funtasticko design

http://funtasticko.net

Apa yang bakal dilancarkan Proton untuk 2011?

42 Komen

Selepas berakhirnya KLIMS & pelancaran Saga FL, kini lengkaplah sudah model-model yang telah dirancangkan untuk tahun 2010. Apa pula yang bakal dilancarkan Proton untuk 2011 nanti? Menurut autoinsidermalaysia untuk 2011 ada banyak model yang menarik bakal dilancarkan. Tahun depan merupakan tahun yang agak sibuk buat Proton dalam perancangan masa hadapannya.

Dijangka model yang mula-mula akan dilancarkan ialah Satria Neo CPS RS Edition yang ditala khas oleh R3.

Selepas itu Exora FL (Face Lift) yang bakal dijana oleh enjin Campro CFE (Turbo) dengan kotak gear CVT dari Punch Motive. Sumber menyatakan model ini dijangka berada dipasaran sekitar April 2011 (Q1 2011). Masih tidak diketahui bagaimana rupa Exora FL ini nanti. Tetapi dari spyshots sebelum ini dijangka Exora FL mengalami perubahan di bahagian bumper yang kemungkinan ada elemen ‘new family face” dari Saga FL.

Kemudian bakal disusuli pula dengan Saga FL (Phase 2) dengan enjin IAFM+ dengan kotak gear CVT.

Proton Inspira (Phase 2) pula akan menyusul dengan perubahan kosmetik yang agak ketara untuk membezakannya dengan Mitsubishi Lancer sebelum ia di eksport ke luar negara & pasaran tempatan. Ini merupakan perjanjian yang telah dibuat oleh Proton & MMC. Kandungan tempatan komponennya akan meningkat sehingga 60%.

Selepas itu kereta elektrik pertama Proton iaitu Exora Range Entended EV bakal dilancarkan untuk kegunaan kerajaan sebagai ” Government Fleet Vehicle Test “.

Akhir sekali model yang kita semua amat nantikan Persona R akan dilancarkan pada penghujung 2011 atau awal 2012. Model global pertama Proton yang mendapat sentuhan rekaan dari ItalDesign Giugiaro ini bakal memulakan ujian di jalan raya tak lama lagi. Model ini bakal dijana oleh enjin Campro CFE dengan kotak gear CVT & kemungkinan ada 6mt. Clay model konsep Tuah yang di KLIMS baru-baru ini adalah bayangan kepada Persona R, tapi menurut theking Persona R bukan lah Tuah.

Satu lagi model global Proton adalah EMAS yang bakal menggantikan Savvy pada tahun 2012.

sumber : autoinsidermalaysia.blogspot.com

Advertisements

42 thoughts on “Apa yang bakal dilancarkan Proton untuk 2011?

  1. Saya harap proton dapat buat satu LARGE MPV untuk selarikan dengan level perdana r..(luxury)
    PerdanaR lak bile nak dibuat….

  2. wah.exciting years ahead.positive improvement ni.x sbr nk tgok industri automotif mlaysia next year.

  3. jgn terlupa… ALL NEW PROTON PERDANA… yg hanya untuk kerajaan… tidak dijual..

  4. inspira phase 2 lambat lg rasenye..2nd quarter 2012 abis awal pun..

  5. can’t wait to see the real production of Exora FL Turbo, EMAS a.k.a Savvy Replacement & Persona R…

  6. mungkin tak kalau ada exora hatch???

  7. Saya tetap menunggu EMAS..(Dgn enjin RE-EV). Kita dah tau Proton akan replace Persona dan Savvy (kemungkinan boleh derived Saga Replacement juga). Bagaimana dgn Satria Neo? Satria Neo penting utk model prestasi, road legal performance car, rally dan track..Takkan Satria Neo R3 keluar banyak edisi? Neo baru laa pulak..huhu

    Ayoh, Proton, jgn ketinggalan..

    • dengar cerita hujung 2011 ada neo fl turbo..xtau la jadi ke x..kemungkinan akan ada neo replacement nanti dlm 2014/15 kot..

      • insyallah..maybe not a totaly new neo but a major facelift for the CPS…

        selepas ini rupa CPS akan jadi standard look utk neo then akan ada FL version yg lagi bagus performance dan bodykit designnya.

    • mmm… meriah proton dgn model2 baru nanti:) Sungguh mengujakan!
      Pasal Satria neo R tu… kalau sebb faktor niche market tapi penting utk model prestasi, saya cadangkan proton create new model. Naik satu level dari model sekarng. Model baru tu bleh ar diibaratkan sebagai kombinasi dari segment model putra n neo skarang. Model yg lebih berkuasa dgn rekabentuk global dan sasaran market pun global gak:) wah! berangan tuh!! hehe..

      cheers!

  8. mcmne pulak dngan saga fl phase 2??adkah reka bntuk akn dtkar??atapun hanya enjin n intrior jga dtkar??

    • engine je tweak skit..takde la perubahan kosmetik or redesign.. SAGA FL ini cukup utk at least 3thn lg sebelum replace dgn model totaly new.. we are aspecting a new Saga in 2014 at least dan new neo in 2013..

      maybe selepas jayanya mass pro 1.6 campro turbo itu bole di applykan juga pada 1.3… dan kita tunggu buah baru yg dapat di hasilan dari RnD engine b11 mitsu itu.. agaknya bole lahirkan 1.8 to 2.4 engines yg sesuai utk premium sedan, SUV dan bigger MPV

  9. main thing..kena luaskan lg market..2011 start masuki india..selepas itu seharus lagi berkembang hinggalah ke market2 yg telah dewasa/pack sprti benua amerika.. bila dah meluas market itu barulah costing akan berbaloi utk hasilkan pelbagai model dan even model2 niche market.. maybe tahun2 mendatang if terus untung dan berkembang, proton maybe bole fikirkan utk take over mane2 (atau share) syarikat global car yg ada..maybe mitsubishi?

    • cuba bayangkan Mitsubishi Motors anak syarikat Proton, mesti ada yg x boleh terima kenyataan nanti, hahaha..

      • mitsu skrg pun utk passenger cars mitsu nye range not quite good..tu yg baru ni dierang nk launch global car kategori medium hatch. if proton take over atau sharing shares maybe bole melengkapi market masing2 dan line up yg lagi mantap. ia juga membuka peluang utk proton explore n RnD jentera dan heavy vehicle yg mitsu punyai.

        fikirkan..jikalau nissan bole develop GTR baru dgn engineering expertise Lotus, why not create a new EVO dgn kepakaran dan cost lagi rendah dgn proton dan lotus. skrg ni pun EVO tidak se gah GTR..byk sbnrnya bole sharing n develop bersama2 dan yg untungnya kita sebagai pengguna yg akan prolehi pilihan yg pelbagai dan bagus.

      • phew .. ini kalau betul jadi .. bagus la .. leh buat cam Lexus .. untuk kenderaan mewah+performance+handling pakai jenama mistu 😛 kete2 kecil jadikan proton .. wahah .. ni la akibat takde bayaran kalau berangan ..

  10. persona R adalah TUAH…masuk tv…diconfirmkan sendiri oleh CEO proton dlm buletin utama….sape “theking” 2 yg pandai2 ckp tuah bkn persona r???

    • mmm… kita pun x tau model hasil rekabentuk italdesign tu mcm mana dan masa bertanya staff proton yg susah sangat nak confirm kn info nie di KLIMS, diorg cakap setakat nie proton tuah nie mgkin jadi persona R kalau mendapat hasil feedback yg baik dari pengunjung. Tapi tanya balik kat dia proton tuah nie hasil rekaan senior designer proton, dia akui, katanya org jawa lagi!:). Bila tanya balik kn kata persona R nanti hasil dari Italdesign? Dia cakap no komen. Lepas dah pusing2 tanya/jawab akhirnya dia mengalah n cakap tuah nie pun mendapat sentuhan italdesign. Lepas tu terus dia ‘melarikan diri’ melayan pengunjung lain n rasa x sanggup menerima soalan bertalu2 dari saya:)

      So my friend, pada firasat saya, biasanya italdesign akan persembahkan bukan 1 tapi mgkin 2 atau 3 model design utk proton pilih menjadi pengganti persona R dan salah satu calonnya adalah model tuah nie. Benda nie sama gak masa proton finalise model yg bakal menjadi MPV pertamanya exora. dari info gambar2 clay model/design ada lebih dari satu model yg dihasilkan sebelum model yg ada sekarang dipilih-exora.

      Kalau saya CEO proton pun saya akan cakap secara diplomasi nie model pengganti persona kepada public sebab kalau x cakap cam tu org akan dok tanya2 lagi model tuah nie model apa kn? Saya percaya calon2 lain model persona termasuk tuah nie ada sikit2 lainnya tapi lebih kurang sama. The king nie bagi yg mengikuti komentarnya di sini bleh ar dianggap informer yg sering memberi bayangan n clue2 yg hampir 100% bleh dipercayai..hehe… kalau persona R nie bukan tuah, maksudnya design yg satu lagi ar pengganti persona R n rasanya x lari sangat designnnya dengan persona tuah tu:)

      Apa2 pun kita tunggu jer spysyot yg bakal ada nanti. dari situ baru ar bleh sahkan sama ada Tuah tu ke yg bakal menjadi pengganti persona nanti…

      cheers!

    • nampak sangat x tahu menahu tentang industri automotif malaysia especially proton..

      • ive a friend who is a former proton.
        it really hard to talk about proton due to the act of secrecy.
        if anything happened he would be fired.

        spyshot is maybe the best early reveal of the unknown.

  11. bro campromania still teringat kat post ni : https://funtastickodesign.wordpress.com/2010/04/04/info-mengenai-projek-pheonix-proton

    nmpk cam 80% dah berjaya dilaksanakan.. kira proton under dsz jenis berusaha keras la.. good job all !

  12. Yg menarik lagi Proton sedang menimbang untuk membina engine generasi baru untuk produk2 masa depan.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

    Beliau berkata, Proton turut merancang mengeluarkan enjin generasi baharu bagi model kenderaan keluaran syarikat itu pada masa depan.

    Bagaimanapun kata beliau, setakat ini tiada keputusan dibuat sama ada pengeluaran enjin generasi baharu itu akan melibatkan usahasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) global.

    “Saya fikir tiada sebab untuk kita mengeluarkan sendiri jika berpeluang untuk mengadakan usahasama. Kami sedang berbincang dengan beberapa OEM mengenai usaha sama pembinaan enjin ini. Sebarang keputusan, kita akan umumkan nanti,” ujarnya.

  13. off topic:
    saya ada terbaca kat wikipedia. Tentang proton dan Exora. Baca2, banyak perkara yg x betul gak. Maklumat tentang proton tu sah2 basher yg tulis dn tentang exora lak, mcm mane org tu leh tulis exora dapat award 4 star ncap. banyak betul maklumat yg pincang. Dan saya rasa proton banyak kerja untuk yakinkan balik org ramai dan juga untuk ubah persepsi org…

  14. Lagi satu saya google at wikipedia, tul ke Arena Second Gen code name die KB4T..
    based on mitsu Triton.. pelik..

  15. Proton sedang sibuk dok develope SUV ?? gempaq ka betoi? hehe

    http://www.autoevolution.com/news/proton-emas-confirmed-for-production-28481.html

    “Though we do like the name “Emas”, it it not yet decided if the factory-produced model will share it with the concept car. Progress on the supermini is slow, as Lotus is building five other sportscar models and Proton also has its hands full with SUV and sedan models.”

  16. PG Andersson test satria s2000 atas salji http://www.youtube.com/watch?v=8DULyF6uSLk

  17. HOT HOT .. setelah 25 tahun proton saga pertama dilancarkan.. barulah diketahui hakikat sebenar penamaan “SAGA” … ish ish ish… mmg tak patutt.. ni dia

    http://www.nst.com.my/nst/articles/19saga-2/Article/

    Ismail says the media reported that he had named the car after the saga seed, but that’s not accurate.

    He clarified: “I did joke about it and likened the engine’s toughness to the hardness of the saga seed, but my ‘saga’ actually stood for ‘safety’, ‘achievement’, ‘greatness’ and ‘ability’. I thought it was a catchy sounding word to describe the car because it had all those qualities.

    “I just played along with the media’s version, however, because I thought there’s no harm linking the word to something that is common and well-known to us.”

    Read more: I remember when: I named the Proton Saga http://www.nst.com.my/nst/articles/19saga-2/Article/#ixzz18Wd66TFb

  18. konklusinya persona r mempunyai body seperti tuah cme bkn in detail la?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s