funtasticko design

http://funtasticko.net


14 Komen

Jelajah Festival PROTON 1 Malaysia bermula!!!

Inilah yang saya pernah cadangkan pada awal tahun ini, cadangan untuk meningkatkan strategi pemasaran proton sempena 25 tahun Proton & akhirnya direalisasikan. Amat teruja untuk menantikan konvoi ini sampai di Kuantan pada 26hb Disember ni. Kalau DSZ ada kat sana nanti saya akan berjumpa dengan beliau kalau berkesempatan. Jelajah ini kini berada di Alor Star setelah berada di Ipoh semalam. Kemuncak festival akan berakhir di PROTON Centre of Excellence (COE) dengan meraikan “countdown” tahun 2011 & sambutan tahun baru. Dibawah adalah jadual perjalanan konvoi ke destinasi yang telah ditetapkan.

Kalendar Festival PROTON 1Malaysia :

18hb Disember, 2010 – Ipoh – Stadium Indera Mulia (10pg – 6ptg)

19hb Disember, 2010 – Alor Star – Star Parade Shopping Centre (10pg – 6ptg)

20hb Disember, 2010 – Kangar – Dataran 350 (10pg – 6ptg)

21hb Disember, 2010 – Penang – Jalan Padang Kota Lama (10pg – 6ptg)

22hb Disember, 2010 – Kota Bahru – Dataran Stadium (10pg – 6ptg)

23hb Disember, 2010 – Kuala Terengganu – Dataran Shahbandar (10pg – 6ptg)

26hb Disember, 2010 – Kuantan – Stadium Darul Makmur (10pg – 6ptg)

27hb Disember, 2010 – Batu Pahat – Dataran Penggaran (10pg – 6ptg)

28hb Disember, 2010 – Melaka – Melaka Mall (10pg – 6ptg)

29hb Disember, 2010 – Seremban – Dataran Nilai (10pg – 6ptg)

31hb Disember, 2010 – Lembah Klang – PROTON Centre of Excellence (countdown Tahun Baru 2011) (8pg – 12tgh malam)

Pengunjung karnival bakal menyaksikan kereta rali Satria Neo Super 2000 yang menyertai Intercontinental Rally Challenge (IRC) dan Asia Pacific Rally Championship (APRC),  Exora Extended Range Electric Vehicle yang telah memenangi kategori “Best Range Extender Electric Vehicle”  dalam perlumbaan Brighton to London Future Car Challenge yang dianjurkan oleh United Kingdom’s Royal Automobile Club, EMAS hybrid concept global car yang telah dilancarkan di Geneva Inter­national Motor Show serta kereta konsep Jebat dan Kasturi yang membuat kemunculan semula setelah menyertai Kuala Lumpur International Motor Show baru-baru ini. Peminat kereta juga dijemput untuk melihat PROTON Design studio untuk berpeluang membuat digital sketching dan clay modeling.


Setiap destinasi jelajah ini akan diadakan mini auto-show, aktiviti yang menarik untuk keluarga & kanak-kanak, konsert yang menampilkan artis-artis tempatan termasuk Jaclyn Victor, Adibah Nor, kumpulan nasyid Rabbani, Dayang Nurfaizah dan Amy Search. Selain itu di sana juga terdapat pemeriksaan kereta Proton secara percuma yang merupakan sebahagian daripada Kempen Keselamatan PROTON. Anak-anak Yatim dari beberapa Rumah Anak Yatim yang terpilih bakal diberi sumbangan dari pihak PROTON melalui Program Corporate Social Responsibility, PROTON. Sama-samalah kita ke sana ye..kalau ada sesiapa yang dah pergi bolehlah emailkan kepada saya gambar nanti. 😉

gambar dari Fb Proton Concept’s