funtasticko design

http://funtasticko.net

Jelajah Festival PROTON 1 Malaysia bermula!!!

14 Komen

Inilah yang saya pernah cadangkan pada awal tahun ini, cadangan untuk meningkatkan strategi pemasaran proton sempena 25 tahun Proton & akhirnya direalisasikan. Amat teruja untuk menantikan konvoi ini sampai di Kuantan pada 26hb Disember ni. Kalau DSZ ada kat sana nanti saya akan berjumpa dengan beliau kalau berkesempatan. Jelajah ini kini berada di Alor Star setelah berada di Ipoh semalam. Kemuncak festival akan berakhir di PROTON Centre of Excellence (COE) dengan meraikan “countdown” tahun 2011 & sambutan tahun baru. Dibawah adalah jadual perjalanan konvoi ke destinasi yang telah ditetapkan.

Kalendar Festival PROTON 1Malaysia :

18hb Disember, 2010 – Ipoh – Stadium Indera Mulia (10pg – 6ptg)

19hb Disember, 2010 – Alor Star – Star Parade Shopping Centre (10pg – 6ptg)

20hb Disember, 2010 – Kangar – Dataran 350 (10pg – 6ptg)

21hb Disember, 2010 – Penang – Jalan Padang Kota Lama (10pg – 6ptg)

22hb Disember, 2010 – Kota Bahru – Dataran Stadium (10pg – 6ptg)

23hb Disember, 2010 – Kuala Terengganu – Dataran Shahbandar (10pg – 6ptg)

26hb Disember, 2010 – Kuantan – Stadium Darul Makmur (10pg – 6ptg)

27hb Disember, 2010 – Batu Pahat – Dataran Penggaran (10pg – 6ptg)

28hb Disember, 2010 – Melaka – Melaka Mall (10pg – 6ptg)

29hb Disember, 2010 – Seremban – Dataran Nilai (10pg – 6ptg)

31hb Disember, 2010 – Lembah Klang – PROTON Centre of Excellence (countdown Tahun Baru 2011) (8pg – 12tgh malam)

Pengunjung karnival bakal menyaksikan kereta rali Satria Neo Super 2000 yang menyertai Intercontinental Rally Challenge (IRC) dan Asia Pacific Rally Championship (APRC),  Exora Extended Range Electric Vehicle yang telah memenangi kategori “Best Range Extender Electric Vehicle”  dalam perlumbaan Brighton to London Future Car Challenge yang dianjurkan oleh United Kingdom’s Royal Automobile Club, EMAS hybrid concept global car yang telah dilancarkan di Geneva Inter­national Motor Show serta kereta konsep Jebat dan Kasturi yang membuat kemunculan semula setelah menyertai Kuala Lumpur International Motor Show baru-baru ini. Peminat kereta juga dijemput untuk melihat PROTON Design studio untuk berpeluang membuat digital sketching dan clay modeling.


Setiap destinasi jelajah ini akan diadakan mini auto-show, aktiviti yang menarik untuk keluarga & kanak-kanak, konsert yang menampilkan artis-artis tempatan termasuk Jaclyn Victor, Adibah Nor, kumpulan nasyid Rabbani, Dayang Nurfaizah dan Amy Search. Selain itu di sana juga terdapat pemeriksaan kereta Proton secara percuma yang merupakan sebahagian daripada Kempen Keselamatan PROTON. Anak-anak Yatim dari beberapa Rumah Anak Yatim yang terpilih bakal diberi sumbangan dari pihak PROTON melalui Program Corporate Social Responsibility, PROTON. Sama-samalah kita ke sana ye..kalau ada sesiapa yang dah pergi bolehlah emailkan kepada saya gambar nanti. 😉

gambar dari Fb Proton Concept’s

Advertisements

14 thoughts on “Jelajah Festival PROTON 1 Malaysia bermula!!!

  1. waw!! batu pahat 27 ni!! mesti pergi ni!!!!

  2. knapa Kuantan dihighlight kan heheheh……bro ambik gambar/korek rahsia byk sikit…

  3. alamak smpai kol nam jer..xdan nk g padang kota lama..feri mesti full..
    sapa yg pegi tolong tangkap gmbar yer..konsi kn kt sini..hehe

  4. menarik bro.dah realisasi dah idea2 bro tu.hehehhe

  5. Aiseh..xsampai JB pun? Batu Pahat jek…

    Em, EMAS masih xdapat utk ‘dimasuki’..(tgok ada tape merah keliling EMAS)..

  6. pd 18 hb dh tgk kat ipoh, fuh gempak….selamat maju jaya proton….

  7. laa.. awat tak buat hari sabtu atau ahad kat penang.. gamaknya tak pi la lagu ni..

  8. Hmm.. tak sangka lak kat Ipoh 18hb yang lepas. Dah melepas..

  9. hari ada chance la pegi pdg kota…balik keja nanti sure kena pegi tgk nih

  10. best dpt pegi kat Batu Pahat smlm,dpt tengok semua kereta,EMAS pun diorang bagi masuk,tp yg paling best mlm dia lah,siap ada ada mini konsert jay jay,adibah noor,maulana dan amy search, peewit !!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s