Berita Harian hari ni bagitau PROTON merancang mengeluarkan pelbagai varian kereta menggunakanEnjin Campro Turbo (Campro CFE) tahun depan. Enjin berkenaan memberikan pacuan kuasa kuda lebih tinggi berbanding enjin campro sedia ada.
DSZ cakap “Ini disebabkan ramai pengguna mahukan kuasa lebih tinggi untuk kereta mereka dan kami sudah menggiatkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu. Persiapan sudah dibuat dan kereta yang akan menggunakan enjin campro turbo dikeluarkan tahun depan.”
Selain itu, beliau berkata Festival PROTON 1Malaysia yang sedang berlangsung sekarang antara acara penutup sempena ulang tahun ke-25 PROTON dan ia membabitkan pameran bergerak yang memperagakan model kereta PROTON dari dulu dan masa kini. Pameran berkenaan akan diadakan di 11 lokasi seluruh Semenanjung bermula di Stadium Indera Mulia di Ipoh membabitkan 180 peserta dan 60 kereta PROTON, termasuk 25 kereta rasmi kelab kereta PROTON. PROTON juga akan memberi tumpuan terperinci terhadap pengukuhan jenama dan teknologi dalam persiapannya untuk menembusi lebih banyak pasaran luar negara.
Mengulas mengenai Festival PROTON 1Malaysia, beliau berkata, matlamat utama acara selama dua minggu itu adalah bagi membuka mata rakyat Malaysia mengenai pencapaian sebenar PROTON berikutan masih ramai kurang faham mengenainya.
Mengenai pengeluaran kereta hibrid beliau berkata, syarikat kini sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan model kereta itu. Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya.
sumber : bharian.com.my