funtasticko design

http://funtasticko.net

Enjin Campro Turbo (Campro CFE) tahun depan!!!

25 Komen

Berita Harian hari ni bagitau PROTON merancang mengeluarkan pelbagai varian kereta menggunakanEnjin Campro Turbo (Campro CFE) tahun depan. Enjin berkenaan memberikan pacuan kuasa kuda lebih tinggi berbanding enjin campro sedia ada.

DSZ cakap “Ini disebabkan ramai pengguna mahukan kuasa lebih tinggi untuk kereta mereka dan kami sudah menggiatkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu. Persiapan sudah dibuat dan kereta yang akan menggunakan enjin campro turbo dikeluarkan tahun depan.”

Selain itu, beliau berkata Festival PROTON 1Malaysia yang sedang berlangsung sekarang antara acara penutup sempena ulang tahun ke-25 PROTON dan ia membabitkan pameran bergerak yang memperagakan model kereta PROTON dari dulu dan masa kini. Pameran berkenaan akan diadakan di 11 lokasi seluruh Semenanjung bermula di Stadium Indera Mulia di Ipoh membabitkan 180 peserta dan 60 kereta PROTON, termasuk 25 kereta rasmi kelab kereta PROTON. PROTON juga akan memberi tumpuan terperinci terhadap pengukuhan jenama dan teknologi dalam persiapannya untuk menembusi lebih banyak pasaran luar negara.

Mengulas mengenai Festival PROTON 1Malaysia, beliau berkata, matlamat utama acara selama dua minggu itu adalah bagi membuka mata rakyat Malaysia mengenai pencapaian sebenar PROTON berikutan masih ramai kurang faham mengenainya.

Mengenai pengeluaran kereta hibrid beliau berkata, syarikat kini sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan model kereta itu. Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya.

sumber : bharian.com.my

Advertisements

25 thoughts on “Enjin Campro Turbo (Campro CFE) tahun depan!!!

  1. vrooooooommm..kepishhhhh… (bunyi turbo)

    • bro dengar sendiri ke ataupun andaian sendiri????

    • maksud saya turbo yg kite biasa dengar ke ataupun CFE…

    • medium boost je kot? xde kepish2…hehe

      • bunyi kepish2 bukan pasal low/medium/high boost. bunyi tu dtg dr blow-off valve. mostly, manufacture cam VW,Audi,Alfa punye turbo pakai close loop, compressed air reroute ke junction selepas MAF sensor dan sebelum compressor blade dan bukan lepaskan ke luar melalui blow-off valve/whistle.jadi enjin yg boostnye medium juga bleh nak bunyi kepish2 kalau nak.

  2. menarek ni

  3. bnyik blow off tu… Huhu

  4. = whoaa.. banyaknya model proton nak lancar.. hebat. hehe.
    Syed Zainal Abidin said Proton also has plans to release a ‘Pahlawan’ (Warrior) series for the local market, featuring five renown warriors in Melaka, namely Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu and Hang Kasturi.

  5. saya mahu Kasturi dgn enjin 1.6…. yeaayyy..

  6. hehe..lepas ni cepat2 develop 1.3 turbo pula..maybe later on 1.0 turbo.. biar ada option turbo semua..then gearbox lak bole set economy or race mode..huhu

    • betol la macam DSZ cakap. orang msia nak performance cam european car, style cam japanese car, yang paling penting harga mesti m’sian. susah nak balancekan semua tu memandangkan market proton yg x luas macam european/american/japanese manufacturers.

  7. mmm
    tak de plan ke nak improve fuel efficiency enjin campro

  8. CFE – campro fuel efficiency kot.. teka je.. huhu

  9. if torque begins at 2000rpm with 205Nm, and the car be driven at 2000 or 2300rpm for a 1300kg coasting 100kmh,
    and for the MPV 2300rpm or 2500rpm for 100kmh. that will contribute to fuel economy.
    a flatter torque curve means to ensure a fuel economical drive.
    just wait and see, so far the figure almost promises us a long distant fuel saving.

    • agak2nye enjin ni boleh blah ke?
      maksud aku, kalu campro vanilla ni, dia rasa cm ada power kt rpm tinggi.
      cfe cmne lak?

      kalu xdpt elise, neo cfe pn jd la…

    • hopefully local OEM boleh belajar tingkatkan kualiti parts diorang to meet VW quality standard. it’s a win-win situation.

  10. ada sapa2 tau tentang perkembangan terkini enjin petronas oe1.adakah telah memasuki pasaran setelah beberapa tahun lalu ada berikta menyatakan petronas bekerjasama dengan syarikat dari cina untuk membangunkan engin ini.Adakah enjin campro ini ada sangkut paut dengan petronas eo1.kerana pernah engin petronas eo1 di uji pada kereta proton

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s