funtasticko design

http://funtasticko.net


33 Komen

KIA Forte sebagai kereta peronda baru PDRM???

Adakah KIA Forte bakal menjadi kereta peronda generasi baru PDRM tak lama lagi? Gambar ini saya dapat di blog saluran07.blogspot.com tadi. Kemungkinan ini merupakan “proposal” dari pihak NAZA untuk dipertimbangkan oleh pihak PDRM. Mungkin Proton juga ada buat “proposal” diorang, Inspira sebagai kereta peronda. Memang dah sampai masa PDRM ganti Proton Waja yang dah berusia 10 tahun dengan kereta peronda generasi baru. Kalau tengok KIA Forte ini memang sesuai jadi kereta peronda, siap dengan bar depan & spotlight kat sisi. Nampak macam kereta peronda kat Amerika pulak sekali imbas, tapi memang menarik & gah. Apa pendapat anda?