funtasticko design

http://funtasticko.net

KIA Forte sebagai kereta peronda baru PDRM???

33 Komen

Adakah KIA Forte bakal menjadi kereta peronda generasi baru PDRM tak lama lagi? Gambar ini saya dapat di blog saluran07.blogspot.com tadi. Kemungkinan ini merupakan “proposal” dari pihak NAZA untuk dipertimbangkan oleh pihak PDRM. Mungkin Proton juga ada buat “proposal” diorang, Inspira sebagai kereta peronda. Memang dah sampai masa PDRM ganti Proton Waja yang dah berusia 10 tahun dengan kereta peronda generasi baru. Kalau tengok KIA Forte ini memang sesuai jadi kereta peronda, siap dengan bar depan & spotlight kat sisi. Nampak macam kereta peronda kat Amerika pulak sekali imbas, tapi memang menarik & gah. Apa pendapat anda?

Advertisements

33 thoughts on “KIA Forte sebagai kereta peronda baru PDRM???

  1. agak segak dan kacak, tp stripes n theme tu bole lagi cool aku rase huhu… cantik gak if current stripe putih overall tu di inverse kan jadi flat black mcm ni.. :”>

  2. Wah…cantik2..macam NYPD..hoho

    Color scheme dia memang menarik..just nice untuk replace color scheme yg ada pada waja..(tapi Waja polis tersangatlah byk, dan adakah PDRM nak beli Forte ni pula?) Mungkin tak tukar kepada Forte pun, tukar color scheme pada waja pun kira ok juga. Kadang2 kita perlukan new look untuk sedikit refreshment.-pendapat saya je..

    • tapi waja tu dah lama, elok la anta ke balai2 luar bandar atau balai2 polis bandar kecik..kat bandar2 besar & utama pkai peronda baru la, orang jahat pun curi keta baru bro..baru la syok berentap..kereta ni nampak banyak feature yg sesuai utk jadi kereta peronda..elok bar besi depan tu kasi besar lagi..sodok mat2 rempit lebih afdal..hahaha

      • bagi saya polis patut pakai forte ngan inspira. Tapi serious saya kate, walaupun lawa, polis still pending peruntukan minyak and kos penjagaan. Kalau pakai mahal2 tapi funtion x d dan kos tinggi(mcm already total Lamborghini police car) buat membazir je. Tapi dari sini kite dapat lihat betapa lasaknye waja boleh tahan. 10 tahun polis pakai ibarat 15-20 tahun average people pakai. Tapi kite still lack mpv polis bergerak. Berbalik kat tajuk atas, Saya harap proton pun preview Inspira Polis dan kalau boleh cube try MPV untuk Polis. What about Exora CFE Polis.. I think that quite good.

      • dan kalau pakai inspira ke, forte ke, Front and rear bar lebih bek wajib pakai. Sebab sekarang penjenayah dah semakin berani nak langgar and lepaskan diri dari polis. Dengan adanya bar kat depan tu, Pit maneuvering lagi senang nak dibuat….

      • Kangaroo bar depan tu memang perlu sangat2. Tapi saya cadangkan ia perlu lebih besar sikit. Cover keliling angle lampu. Kerja2 menyodok penjenayah boleh dibuat disamping lampu headlight xpecah. (Pecah xnampak jalan pulak kalau operasi malam2)

        Saya juga nak mencadangkan anggota polis perlu menjalani kursus pemanduan secara intensif. Lebih bagus jika modul latihan dirangka dengan khidmat nasihat pelumba profesional. Memandu kereta peronda bukan seperti memandu kereta sendiri. Peronda perlu tangkas, agresif mengejar penjenayah tanpa membahayakan pengguna jalanraya yg lain.

        Memandu kereta peronda berkuasa tinggi juga perlukan kemahiran. Banyak orang berkata2 Lancer Evo Polis kerap accident sorang2. Harap kejadian begini tidak berulang dan dijadikan iktibar. Rugi aset kerajaan.

  3. mmg cantik

  4. Kalau kereta jer smart tade makne. cuba la pasang videocam skali cam amerika tu….baru la kureng sket suap2 ni. ada brani peronda malaysia? siap boleh buat real-life tv show.

  5. hah~ rasanya dah tiba masa untuk proton buat proposal untuk polis guna kete proton..kite ad kete sendiri kan,jdi buat ap nk guna kete luar,proton! do something! create a more powerful engine for police use! kite kene ad identiti,govmnt guna local car,police guna local car,baru lah org nmpak identiti kite..sape stuju,like…lol

  6. nh lagi satu, kat hummberside uk, proton paling banyak digunakan pasal maintainance paling murah dan kereta proton police gak yg paling banyak kemalangan.. jap2 bukan pasal kereta, tapi pemandu…
    http://www.thisisscunthorpe.co.uk/news/Black-box-checks-police-vehicles/article-2430896-detail/article.html

  7. pinjam led kt depan tu blh? huhu

  8. tapi aku rasakan, waja ride & handling lagi bagus drpd forte tu… kereta polis mesti pentingkan ride& handling jugak, bukan power aje… high speed chasing perlu kereta yang stabil, handling yang bagus… macam case kerja budak kat shah alam hari tu.. siap nak menembak lagi… kalau setakat handling cikai, byk accident kereta polis tu ….

  9. boleh ke sy cat kereta sy mcm cat hitam kete pulis tu? cat apa tu yer?

  10. Emm…cam polis korea plak…hehehe..makin bertambahlah “JOB” syt. SPANCO..buat mentenance kete nih…

  11. haih. tak cukup ngan lancer helang diorang baraikan. yang forte ni pun nak di jadikan mangsa juga. aku dah saksikan 2 kete lancer helang accident tepi jalan. boleh pecaye ke pemanduan polis kite ni?

    • haha.. polis tak pandai pandu.. dalam report yg sorang sedara bagi tu menceritakan banyak kes kemalangan melibatkan polis kat humberside london tuh.. pasal polis cuai dan lalai.. dan yag masuk wad adalah org awam. kelakar kan.

  12. Proton to build sports car

    KOTA BARU: Proton plans to produce a two-seater sports car in two years.

    Proton corporate planning general manager Dr Badrulhisham Mohd Ghazali said the vehicle would not be a hatchback type like Satria Neo but would look like a Lotus.

    “It’s at the planning stage. We’ll see in a year or one and a half,” he told reporters after giving away school bags to 47 orphans during Proton Carnival here today.

    He said Proton was serious in meeting the aspirations of Malaysians and was committed to introducing a new model every five years.

    A new platform for Proton Saga would also be introduced in five years, he added.

    “Presently, the Saga uses the platform or chassis of the Savvy and it has been in use for eight years.

    “We won’t stop there. The Saga FL was introduced last week in quick response to people’s needs,” he said by way of example.

    Badrulhisham said Proton would also introduce a new Inspira variant that will be fitted with additional accessories such as side skirting, bigger sports rims and a different interior.

  13. rim 17 tu beb…mantop weih

  14. inspira, exora pun kalau rim 17 nampak mantap…

  15. dah tiba polis upgrade pakai keta lebih laju & kukuh. lagi bagus kalo boleh pakai keta muscle car baru tahan lasak.

    • muscle car belum tentu sesuai untuk jalan raya kat malaysia.. kawal muscle dah melebih2 merbahayakan org lain(pemandu lain) buat ape…

      • maksud saya, muscle nh untuk pemanduan aggressive and high speed chase for highway road. Kat malaysia jalanraya mcm mana. Kang bukan polis langgar kereta penjenayah, yg kene pedestrian and others Innocent peoples car..

  16. Pergh…bubuh logo decepticon skit
    dah jadi macam transformer barricade!

  17. mcm show fesyen pulak depa nih..selain dr forte, ade jgk gmbar camry n altis-polis

  18. autobot…transform…. roll out!!

    hehe.

    cheers!

  19. Memang smart kalo keta polis ganti baru mcm ni, dengan kombinasi warna yang nampak gah… tapi mintak lah kat abang-abang driver polis ni, bila memandu tu pakai juga tali pinggang keledar…. baru boleh jadi contoh pada pemandu pemandu semua… alasan sebab nak kejar perompak atau penyangak dah tak boleh pakai dah… ini untuk keselamatan anggota polis juga, yang tetiba kena langgar dengan penyamun atau pangganas….

  20. Myvi tak sesuai ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s