funtasticko design

http://funtasticko.net


19 Komen

Kereta “sukan” Proton dalam masa 2 tahun lagi!!!

Menurut Berita Harian hari ini, Proton mengumumkan bakal mengeluarkan “kereta sukan a.k.a sport car” mirip Lotus 2 tempat duduk dalam masa 2 tahun lagi. Kereta tersebut bukanlah jenis hatchback seperti Satria Neo, tetapi ia masih dalam perancangan sebelum dipertimbangkan pengeluarannya nanti. Kita boleh lihat di KLIMS baru-baru ini Proton telah menunjukkan kereta konsep Lekir yang merupakan Lotus Europa yang di”rebadged”.

Diharapkan Proton akan membuat perubahan sepenuhnya pada rekabentuk luaran & dalaman model ini kerana model ini sudah lama dipasaran & kurang mendapat sambutan berbanding Lotus Elise. Rekaannya pula sudah nampak “outdated” jika nak dibandingkan dengan kereta-kereta “sukan” yang terkini, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan rekaan terkini model akan datang Lotus. Diharapkan ada sentuhan Donato Coco untuk model ini supaya ia lebih global & menawan. Dikhabarkan sebelum ini model ini bakal menggunakan enjin 1.6 Campro CFE (Turbo) & berharga kurang dari RM 150,000. Selain itu, Proton Inspira edisi terhad akan dilancarkan nanti dengan tambahan beberapa aksesori termasuk skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas. 🙂