funtasticko design

http://funtasticko.net

Kereta “sukan” Proton dalam masa 2 tahun lagi!!!

19 Komen

Menurut Berita Harian hari ini, Proton mengumumkan bakal mengeluarkan “kereta sukan a.k.a sport car” mirip Lotus 2 tempat duduk dalam masa 2 tahun lagi. Kereta tersebut bukanlah jenis hatchback seperti Satria Neo, tetapi ia masih dalam perancangan sebelum dipertimbangkan pengeluarannya nanti. Kita boleh lihat di KLIMS baru-baru ini Proton telah menunjukkan kereta konsep Lekir yang merupakan Lotus Europa yang di”rebadged”.

Diharapkan Proton akan membuat perubahan sepenuhnya pada rekabentuk luaran & dalaman model ini kerana model ini sudah lama dipasaran & kurang mendapat sambutan berbanding Lotus Elise. Rekaannya pula sudah nampak “outdated” jika nak dibandingkan dengan kereta-kereta “sukan” yang terkini, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan rekaan terkini model akan datang Lotus. Diharapkan ada sentuhan Donato Coco untuk model ini supaya ia lebih global & menawan. Dikhabarkan sebelum ini model ini bakal menggunakan enjin 1.6 Campro CFE (Turbo) & berharga kurang dari RM 150,000. Selain itu, Proton Inspira edisi terhad akan dilancarkan nanti dengan tambahan beberapa aksesori termasuk skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas. 🙂

Advertisements

19 thoughts on “Kereta “sukan” Proton dalam masa 2 tahun lagi!!!

  1. agak2 boleh jual ke x ni ek…huhu..

  2. then here is the place to present drawing and sketches,,,,ideas.

  3. make sure kereta tersebut RWD…bru bole pecah monopoli mazda miata roadster…………dan smstinye mudah diconvert jd ultimate drift machine

  4. cuba letak side by side antara lotus europa dan konsep kereta hari tu.. macam prodas buat.. leh la nampak mana lebih menarik. dan perbezaannya.

  5. dari segi design.. memang berbeza.. nampak design proton lebih menyerlah.. walaupn ini model lama.. saya rasa saya akan menyokong jika model ini dijual.. anda bagai mana???

  6. buat le design cmne pun, x kire aku still nak RWD….nk bljr jd drifter….kehkehkeh

    dpt plak wat berulang alik kuantan – kemeren highlands……priceless

  7. buat le design cmne pun, x kire aku still nak RWD….nk bljr jd drifter….kehkehkeh

    dpt plak wat berulang alik kuantan – kemeren highlands……priceless

    *kuat btoi aku berangan…..kihkihkih

  8. the main idea is about a mid-engine sports car,

    how about developing a satria neo mid engine. 1.6T, of course it will not look at a proportion of a present satria neo but certainly it would be wider with low slung bonnet and with air scoops and hot air rear outlet. rear drive, how about that?

    same like the idea is how does audi sedan turn into the audi R8. as an example

  9. agaknya engine apa depa nak sumbat dalam lekir ni ya. Harapnya tak kurang dari specs asal europa
    ini specs asal
    Driveline: Rear Wheel Drive
    Engine
    Type: Turbocharged Inline-4
    Displacement cu in (cc): 122 (1996)
    Power bhp (kW) at RPM: 200(149) / 5400
    Torque lb-ft (Nm) at RPM: 194(263) / 4200
    Weight lb (kg): 2193 (995)
    Performance
    Acceleration 0-60 mph s: ~ 5.5

  10. dpt 310hp dah ok ni.. pergh..

  11. baca2 komen paultan tetiba tertarik kt link ni
    http://paultan.org/2005/06/01/proton-sports-car-road-test/

    bentuk dah mcm lekir cuma cover pakai tape je ni

  12. putra generasi kedua dalam pembikinan?….
    memandangkan market kereta jenis niche ni,aku jangka x byk perubahan proton buat,maybe enjin dgn styling utk disesuaikan new design language,interior mungkin kekal europa….
    yg masyuk chasis all aluminium tu,tapi kalau proton nak sumbat campro cfe@cps turbo yg kat neo r3 concept tu boleh ke convert rwd?….

    sebelum lekir ni ditampilkan,aku pernah bayangkan kalau persona r tu ada varian coupe…tapi yg ni pun ok,jimat kos just tukar apa yg patut…

    • front engine in neo is front drive,

      ok, put the engine at the back (mid). then you get rear drive. no problem at all.
      leave the radiator in front. e zee p zee

      lotus car elise, exige and europa engine layout is in transverse, so its agreeable.

  13. mmm… korang perasan x depan model nie dah mcm dragon dlm citer how to train your dragon? cute2 jer… tapi tu lah… kalau bleh lebih macho lagi menarik.:)

    cheers!

  14. europa SE
    http://www.pistonheads.com/doc.asp?c=108&i=18961
    just to get carried away this nice sports car.

  15. .Last Friday Naza has launch the Toyota Estima Hybrid in Petaling Jaya.The new 2008 model Toyota Estima Hybrid is currently priced at RM 268 000 including a 1 year warranty.This new Estima Hybrid features the Toyota Hybrid System THS II that is supposed to give better economy than the previous generation hybrid..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s