funtasticko design

http://funtasticko.net


24 Komen

Festival Proton di Kuantan!!!

Hari ini saya sempat berkunjung ke Festival Proton yang berlangsung di hadapan Stadium Darul Makmur, Kuantan. Menarik juga program ini kerana ia memberi peluang kepada orang ramai yang berada di luar Lembah Klang untuk melihat sendiri teknologi & perkembangan semasa Proton. Banyak juga kereta yang dipamerkan termasuklah Proton EMAS, Jebat, Kasturi, Satria Neo S2000, Exora REEV dan juga beberapa kereta inovatif rekaan pekerja Proton. Selain itu ada demo live dari Styling Studio, clay model & juga enjin CAMPRO, IAFM & CPS. Malangnya xde pulak Campro FE (Turbo). Sambutan di Kuantan dikatakan lebih baik berbanding dari tempat sebelum ini, berkemungkinan kurangnya promosi yang dibuat.

Ada juga pelbagai acara lain seperti cabaran memandu kereta pelik, yang bila kita pusing steering ke kiri dia akan gerak ke kanan, konvoi kenderaan dari Kelab pemilik kereta Proton, Mini konsert &  sumbangan kepada rumah anak yatim. Saya sempat juga mengorek info dari staff yang terlibat, antara info yang saya dapat ialah enjin terbaru Proton yang dikenali sebagai Family Y memang dalam perancangan dan dijangka dikeluarkan pada tahun 2014. R3 akan melancarkan Satria Neo CPS RS pada bulan hadapan. Apa yang kita tahu Tuah bukanlah Persona R juga telah terjawab,pastinya Persona R mempunyai sedikit ciri-ciri Tuah tapi dalam bentuk yang berlainan sama sekali hasil rekaan ItalDesign. Cuma Persona R & EMAS sahaja merupakan model terbaru Proton akan datang, tiada lagi dalam perancangan untuk model lain.

Boleh la layan gambar-gambar yang saya sempat ambil kat sana tadi, 😉

Proton JEBAT & KASTURI


Proton EMAS

Scale Clay Model


Sketch Demo dari Styling Department

Kereta yang dipamerkan