funtasticko design

http://funtasticko.net

Festival Proton di Kuantan!!!

24 Komen

Hari ini saya sempat berkunjung ke Festival Proton yang berlangsung di hadapan Stadium Darul Makmur, Kuantan. Menarik juga program ini kerana ia memberi peluang kepada orang ramai yang berada di luar Lembah Klang untuk melihat sendiri teknologi & perkembangan semasa Proton. Banyak juga kereta yang dipamerkan termasuklah Proton EMAS, Jebat, Kasturi, Satria Neo S2000, Exora REEV dan juga beberapa kereta inovatif rekaan pekerja Proton. Selain itu ada demo live dari Styling Studio, clay model & juga enjin CAMPRO, IAFM & CPS. Malangnya xde pulak Campro FE (Turbo). Sambutan di Kuantan dikatakan lebih baik berbanding dari tempat sebelum ini, berkemungkinan kurangnya promosi yang dibuat.

Ada juga pelbagai acara lain seperti cabaran memandu kereta pelik, yang bila kita pusing steering ke kiri dia akan gerak ke kanan, konvoi kenderaan dari Kelab pemilik kereta Proton, Mini konsert &  sumbangan kepada rumah anak yatim. Saya sempat juga mengorek info dari staff yang terlibat, antara info yang saya dapat ialah enjin terbaru Proton yang dikenali sebagai Family Y memang dalam perancangan dan dijangka dikeluarkan pada tahun 2014. R3 akan melancarkan Satria Neo CPS RS pada bulan hadapan. Apa yang kita tahu Tuah bukanlah Persona R juga telah terjawab,pastinya Persona R mempunyai sedikit ciri-ciri Tuah tapi dalam bentuk yang berlainan sama sekali hasil rekaan ItalDesign. Cuma Persona R & EMAS sahaja merupakan model terbaru Proton akan datang, tiada lagi dalam perancangan untuk model lain.

Boleh la layan gambar-gambar yang saya sempat ambil kat sana tadi, 😉

Proton JEBAT & KASTURI


Proton EMAS

Scale Clay Model


Sketch Demo dari Styling Department

Kereta yang dipamerkan

Advertisements

24 thoughts on “Festival Proton di Kuantan!!!

  1. Gambar ke 3 sketch tu mcam ada hint jer….

  2. bagus la.. buat tiap2 tahun cam ni DSZ.. tiap ujung tahun tau.. paling puas skali dapat tgk Neo S2000 dekat2.. cdgn kalu diadakan lg.. bykn jualan cendrahati proton termasuk R3.. mesti ada benda2 yang berkenan .. 1 lg.. kalu boleh bawak skali kete rally PERT dulu.. sempt jg ty pasal enjin turboo..

    • bro tanya pe kat dia? sy cuma diberitahu kalau enjin CPS masuk turbo memang lagi mantop..dan memang enjin campro turbo tu ada vvt..enjin family Y tu pulak kemungkinan bermula dari 1.2, 1.3, 1.5 & 1.8..setiap cc enjin ada versi NA & turbo..enjin ni masih dlm peringkat cadangan, belum ada apa2 kerja2 RND dan prototype lagi..

      • memang lah.. + vvt, gearbox getrag utk manual tp tak finalize lg. 6 gear utk auto katanya, enjin sgt ringan utk bw exora & dia dah test. power boleh menyamai cc2.0. ty pasal campro cps, ada benda bawah camshaft (x tau nama benda tu)hanya campro dan porshe guna sistem tu..

  3. lama dh tggu laporan dri kuantan…

  4. untuk pengetahuan clay model tu asalnya proposal design untuk model persona yang sekarang menurut bro yg jaga bahagian clay model tu..persona r memang dari italdesign..sekarang persona r dalam proses engineering design, akan ada perubahan lagi dari segi styling utk disesuaikan dengan engineering design.. 🙂

  5. the last drawing (rear view) is so brilliant.
    forgot to ask what his name. so quick and so good. dont like to talk much.

  6. arghh.. sedih btol, xdpat pergi td.. kena kerja plk…

  7. menarik.. esok di batu pahat… ruginye saya tak dapat pergi.. coz.. kene g Johor Bahru pulak… tapi kalau sempat nak jugak singgah…hummm…

  8. off topic jap:
    Bro blogni ada related ngan bro ker? MATFOO’S WEBLOG

  9. xde la, sy pun xtau sape dia tu

  10. Jebat a.k.a Inspira tuh kalo ditanggalkan sticker hitam kat bumper depan tuh rasenyer lagi cun n mabeles…

  11. best dpt pegi kat Batu Pahat smlm,dpt tengok semua kereta,EMAS pun diorang bagi masuk,tp yg paling best mlm dia lah,siap ada ada mini konsert jay jay,adibah noor,maulana dan amy search, peewit !!!!

  12. xlama lagi akan keluar lah Exora teksi,Proton tgh testing dkat trek sekarang,yang pastinya sy nampak Exora colour biru Saga FL kat RND tadi…cantik oooo……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s