funtasticko design

http://funtasticko.net


6 Komen

Tahniah pasukan Malaysia, Harimau Malaya kembali mengaum!!!

Tahniah diucapkan kepada skuad K.Rajagobal kerana telah berjaya membuka lembaran baru skuad Harimau Malaya dengan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Lebih manis ia diraikan di hadapan lautan merah penyokong skuad Garuda. Ini adalah kejuaraan sulung negara & diharapkan merupakan titik kebangkitan skuad Harimau Malaya. Esok PM dah umumkan cuti sempena kemenangan ini. Jika dilihat semalam barisan ini memang masih muda & mempunyai masa depan yang baik jika digilap dengan sempurna. Harap FAM cari lagi lagi bakat-bakat muda & bersemangat tinggi seperi mereka & hantar mereka berlatih di luar negara supaya generasi bolasepak Malaysia terus maju. Syabas Harimau Malaya!!!

* semua player main bagus, tapi goalkeeper la penyelamat skuad kita semalam..memang dia cekap & tangkas