
Semalam Menteri Pengangkutan mengumumkan semua kereta termasuk Proton & Perodua wajib memasang “air bag” pada model keluaran mereka mulai tahun hadapan. Tujuannya untuk mengurangkan kadar kematian & kecederaan semasa berlakunya kemalangan. Cadangan ini amatlah baik tetapi sepertimana undang-undang sebelum ini mewajibkan penumpang belakang memakai tali pinggang keledar masih lagi tidak memberi kesan kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Pemasangan “air bag” juga akan menaikkan harga kenderaan tersebut secara tidak langsung.
Sebenarnya kemalangan yang sering berlaku di negara ini bukanlah di sebabkan oleh faktor kenderaan & jalan raya semata-mata. Antara punca yang utama ialah sikap segelintir pemandu di negara ini yang memang mencari nahas & mengundang bahaya kepada orang lain. Pendek kata pemandu negara kita antara yang teruk di dunia. Kenapa perkara ini berlaku? Adakah pemandu kita ni tak reti bahasa ataupun sengaja tak ambil kisah mengenai keselamatan diri & orang lain? Setiap tahun ketika musim perayaan akan ada OPS SIKAP, tetapi masalah tidak juga selesai.
Untuk mencari puncanya kita perlulah balik kepada permulaan seseorang itu layak untuk mendapat lesen memandu. Ini adalah faktor-faktornya :-
1. Untuk melayakkan seseorang itu ada beberapa ujian di jalankan, tetapi adakah ia secara telus atau sebaliknya? Sebagai contoh sebelum layak pegang steering kereta mestilah menjalani ujian STATIK secara berkomputer atau bertulis. Diperingkat ini sahaja banyak unsur-unsur penyelewengan berlaku. ” Saya mengalami sendiri perkara ini dahulu, saya pernah beratur di belakang seorang wanita yang ingin mengambil kertas jawapan untuk ujian tersebut. Tetapi apa yang mengejutkan kertas jawapan itu telah siap bertanda. Tiba giliran saya kertas jawapan saya kosong sebab ujian kan belum bermula lagi. Bila saya tenung muka pegawai JPJ yang bagi kertas tu saya memang syak dia ni dah buat “duit haram”. Jadi saya dengan selamba je jawab soalan dengan letak buku atas meja sebagai tanda “protes”. Kebetulan pulan wanita tu duduk sebelah saya & siap main SMS lagi. Celaka sungguh pegawai tu, kata saya dalam hati.”
2. Setelah LULUS ujian tersebut tibalah masa untuk belajar memandu. Kadang-kadang tenaga pengajar yang melatih kita juga bersikap buruk ketika memandu, tetapi nak suruh kita ikut peraturan & undang-undang. Macam ketam nak ajar anaknya berjalan betul, dia jalan senget.
3. Lepas cukup jam berlatih memandu tibalah masa untuk ujian jalan raya dengan pegawai JPJ. Di sini juga berlaku penyelewengan & pakatan antara pegawai JPJ & pihak sekolah memandu. Apa yang dimaksudkan saya ialah “Special Test”, dalam bahasa mudahnya bagi rasuah pada pegawai tersebut melalui sekolah memandu. Dulu kita biasa dengar “lesen terbang”, ni la dia bendanya. Ada antara pegawai terbabit telah merancang untuk menggagalkan orang yang tak bagi dia duit ni, sampai 3-4 kali ambil test dengan orang yang sama tak lulus-lulus, padahal ada yang dah mahir sebenarnya. Bila bagi duit ni boleh lulus walaupun kita buat silap, kecuali kita terlanggar pegawai ni je, hahaha..
4. Jika ini la diambil kira berapa ramaikah yang sebenarnya LAYAK mendapat lesen di negara ni? Sebab itulah kemalangan sukar dibendung. Saya bukan nak tuduh semua yang terlibat, tapi ada sebahagian dari mereka ini telah mengkhianati amanah yang diberikan demi mengejar kemewahan hidup. Bayangkanlah pegawai yang saya cakap tu boleh pakai kereta mewah yang tak padan dengan pendapatan dia, dah la berlagak.
Jadi kesimpulannya, untuk mengatasi masalah ini kita balik semula ke asal bagaimana cara sesorang tu dapat lesen. Jika dia dapat lesen dengan cara yang saya cakap tu tak mustahil orang seperti ini akan melakukan kesalahan jalan raya. Maka saya ingin bagitahu pada pihak SPRM, pantaulah pegawai-pegawai ini & sekolah memandu yang ada di negara ini. InyaAllah jika perkara ini dibendung dari awal, kita akan dapat melahirkan pemandu yang berhemah & benar-benar layak mendapat lesen memandu. Tu belum sentuh bab lain lagi, nanti penat pulak saya nak taip. Bagi yang pernah melalui pengalaman ini boleh la berkongsi di sini & dijadikan bukti bahawa perkara ini memang berlaku. 🙂