funtasticko design

http://funtasticko.net

Adakah Proton menyertai Geneva pada tahun ini???

17 Komen

Adakah Proton akan menyertai Geneva 2011 pada bulan Mac nanti setelah mula memperkenalkan diri pada tahun lepas melalui kereta konsep EMAS di booth ItalDesign Giugiaro. Sepatutnya tahun ini Proton perlu membuka booth sendiri dan mempamerkan Proton EMAS & Persona R versi produksi untuk dipertontonkan kepada dunia. Ini adalah kesempatan yang terbaik bagi Proton untuk memperkenalkan kereta globalnya. Secara tidak langsung ia bakal menaikkan imej Proton di arena antarabangsa. Jika sebaliknya ia adalah langkah yang kurang bijak bagi Proton dalam usaha menonjolkan imej di mata dunia. Ada berani Proton?🙂

17 thoughts on “Adakah Proton menyertai Geneva pada tahun ini???

  1. saya harap ye… new exora turbo leh letak, persona r, suv youngman(lekir), dan ther future proton sportscar(PM5 @ Europa).. tapi harap proton sertai.. Kalau x cukup produk xyah la….

    • kalau tunjuk EMAS & Persona R pun dah cukup rasanya, untuk kenalkan model global diorang..tapi kalau ada lebih apa salahnya kan

      • tapi kalau emas ngan persona org x kan teruja sangat sebab emas dah pamer tahun lepas dah tuah kalau ada banyak jenis
        (wagon, sedan, hatchback, cabrio, coupe) x pe la baru org teruja..

      • tu xtau la kan, elok gak persona r tunjuk 2-3 versi, sedan, hatch & coupe sekurang2nya..tapi kalau ada versi station wagon & crossover menarik gak..emas lak tunjuk 3 versi prototype hatchback, mini mpv & crossover..sure gempak..

      • seng ialah enjin pertama proton. bila pula keluar enjin kedua proton?

      • theking, sy dengar cerita family Y codename bakal new family engine Proton..mungkin keluar 2014..xtau la betul ke x

      • betul 2014 akan dikeluarkan kemungkinan 1.2, 1.5, 1.6 & 1.8. na & turbo, 3cyl n 4 cyl.

      • bile start buat r&d, dengar cerita masih on paper lg..teknologi pe yg bakal masuk dlm enjin baru tu? setakat ni yg lotus ada macam active valve train, omnivore belum lg dikomersialkan..so ni la masa yg tepat utk keluarkan enjin baru ada ciri2 ni..yg penting pkai direct injection, blok aluminium utk kurangkan berat enjin & kereta

      • harapnya lotus akn guna kebykan latest tech utk enjin family Y ni.

  2. tak ada dgr berita proton akan sertai.. harap2 ada…. proton perlu mengambil peluang ini..

  3. Geneva nh bile a…

  4. huish…kos tggi tuh nk masuk geneva nie…….proton kn dh byk kluar duit thun ni…tkut x balik modal kang

  5. proton kte die akn ke geneva setiap 2 thun….

    • ye ke..alang2 nak jadi global player kena la join setiap tahun..kalau sekali sekala je macam takut2 je..

      • tak apa bro campro… proton kn masih muda.. jadi kena slow2 dulu… bila dh mantap nanti baru lh tiap2 tahun… tiap2 bulan pn boleh..hihihi

  6. mmm… kalau proton join autoshow kat geneva tahun nie mmg dialu-alukan. Tapi kalau tiada produk yg cukup kuat utk pameran mgkin x memberikan impak yg optimum dan kehadirannya mgkin hanya sekadar penyeri pameran. Lagi pun theking pun ada cakap tahun menyerlah proton adalah tahun 2012, so mgkin tahun depan adalah tahun terbaik proton utk menyertai pameran berprestij tu dgn penuh bergaya;)
    Tapi alternatif utk proton x ketinggalan dlm pameran kat geneva tu adalah menumpang lagi tahun nie di booth lotus dgn menampilkan model prototype persona yg bakal keluar 2012. Yg nie lebih praktikal selain menampilkan model emas yg dah pernah dilihat sebelum nie.
    Tapi agak2 ar, proton sebuah company kecil dlm industri automobil dunia, jgn ar plak expect something like kia/hyundai menyerlah dlm setiap pameran autoshow:) Cuma kena proud bila sebuah company kecil nie bleh bersaing dgn penuh bergaya dgn company2 kereta yg dah otai dlm industri:)

    cheers!

  7. http://aimankesa.blogspot.com/

    PROTON EXORA LOWERED ROOFLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s