funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton bakal guna platform, enjin & transmisi Nissan untuk model akan datang

33 Komen

Setelah membaca Berita Harian pagi tadi, ada 1 artikel berkenaan Proton yang menggunakan platform, enjin & transmisi Nissan untuk model akan datang. Kajian daya maju akan sedang dimulakan & dijangka berakhir pada 30 April tahun ini. Ini merupakan hasil dari proses pembelian ekuiti pasukan Lotus Renault, yang membawa Proton ke arah perkongsian pintar & juga pembangunan model secara bersama dengan Renault dan anak syarikatnya Nissan. Selain itu Proton juga mendapat akses pasaran untuk memasarkan produknya pada masa depan dipasaran yang telah diterokai oleh Genii Capital.

Kemungkinan ini ada kaitan dengan projek kereta kecil global Proton, EMAS yang bakal menggunakan platform, enjin & transmisi Nissan March/Micra generasi terkini dimana rekaannya dibuat oleh Italdesign & Proton. Selain itu ura-ura Nissan Fuga bakal menggantikan Proton Perdana sebagai kereta rasmi menteri & pegawai kerajaan, dengan sedikit perubahan bakal dilakukan dibahagian luaran serta dalaman.

Mengenai isu kerugian suku ke-3 Proton, Pengarah Urusannya berkata Proton bukannya tidak mencatat keuntungan, tetapi keuntungan tersebut terpaksa digunakan untuk penjenamaan semula Lotus, kos R&D untuk produk masa hadapan selain kos pemasaran & penjenamaan yang meningkat. Kerugian ini bakal ditampung dengan jualan yang baik untuk model Saga FL & penghantaran model Inspira bermula. Dalam bahasa mudahnya Proton terpaksa guna “cash flow” yang ada untuk “investment” yang akan mendapat keuntungan di masa depan. Ini adalah normal bagi sesebuah entiti perniagaan. Kalau tak invest macam ne nak meningkatkan kualiti produk & membangunkan teknologi serta model baru kan..

* Bagi mereka yang tak berapa faham atau sengaja buat tak faham pasal perkara ini, tak perlulah jadi ahli perniagaan, baik makan gaji je..hehehe… 🙂

Advertisements

33 thoughts on “Proton bakal guna platform, enjin & transmisi Nissan untuk model akan datang

  1. Makin menarik proton.. hope persona replacement laku globally .. so leh dapat cover all expenses ..

    Tetiba tringat lagu Ella .. “Standing in the eyes of the world~!”

  2. lebih baik mcm nh… Lagipun pasaran yg proton dapat lagi besar..

  3. bosan

  4. ak yakin proton akan membuka mata takpun bg pembuat kereta yang laen berjaga2 dgn dia. harap persona R ni kalahkan myvi dari segi penjualan

    • Nope, myvi da kire segmen lain… 1.5 below…ada fan die tersendiri…lain kelas tu…

      Kecuali kalo Pesona R priced dalam range myvi…bsar kmgkinan boleh kaco len myvi dan ke bawah…

      xpa…kite tgok la same2 nnti

  5. sbnrnya aku rasa ini bukan basher sgt..cuma dia ni sronok tgk reply2 org atas ayat negative/bodoh nya itu..nak cari perhatian..typical sgt org mcm ni yg ada terlalu byk masa spend on9 and budget best coz dia bodoh sombong… heh..

  6. i get the information about new myvi from my fren …

    the normal spec maybe sell 58k , then the special edition 62k

    • 1.5 ke 1.3? kalau 1.5 tu kira dah masuk harga Alza..nanti sales Alza pulak yang kacau.. kalau 1.3 harga macam tu memang overprice melampau2 la..

    • 62k utk hi-spec? hmm..
      apa spec nye? ada info?

    • Perodua xkeluarkan lagi pricelist Myvi 2011 ni..Jadi tak adil jika kita verdict ianya overprice.

      Cuma apa yg boleh kita harapkan ialah, model 1.3liter dijual dengan harga <RM50k..Myvi bukan seperti Hyundai I10 yang bersifat global. Dunia tidak mengenali Myvi seperti dunia mengenali Hyundai dan Proton. Kita juga memahami peratus komponen import akan menyebabkan harga kereta akan meningkat. Tapi apa ada dengan nama Perusahaan Otomobil Kedua jika semua/kebanyakan komponennya diimport? Jika ini berlaku, saya harap Perodua tukar sahaja kepada nama Daihatsu. Saya percaya, rakyat Malaysia tak marah pun.

      Tak mengapalah jika kesemua produk Perodua dijual mahal (overpriced). Barang jepun katakan. Kita lihat saja reaksi pembeli nanti. Samada mereka merelakan atau merungut (tapi beli jugak)..

      Saya secara peribadi mahukan Perodua akan berdiri sendiri dengan model rekaan sendiri.

  7. wow,if the price of new myvi in that range, people will not buy it as a first new car for thier life anymore. They will prefer viva or saga more than myvi. Persona or gen2 cps is more value to buy in that range..

  8. Bro campromania , ada news x pasal engine diesel yang akan digunakan proton di india. Rasanya nissan x popular sangat kat india.?

    • takde la, kalau ada member2 lain yang tau boleh la updatekan..memang nissan xsepopular toyota kat sana..

    • setahu saya, kebanyakkan kereta kat india guna multijet engin dari fiat… Even suzuki maruti pun guna multijet enjin.. Saya rase antara sebab jv ngan nissan pun pasal engin untuk masuk pasaran india kot..

  9. Tapi Proton tak perlulah bergantung 100 peratus kepada teknologi Nissan,sekurang-kurang nya Proton kena iktihar reka teknologi yang syarikat gergasi lain belum mampu lakukan.

    • tunggu enjin 1.2 GDI turbo yg theking cakap tu..pakai aluminium blok, mungkin tu la salah 1 dari versi enjin Family Y due 2014

      • engine proton ?

        1.2 GDI macam engine hyundai GDI ?

        bro boleh share lebih banyak information engine Family Y tak ?

      • pasal Family Y ni sy pun xberapa tahu sgt, tapi melalui pe yg sy tahu enjin ni masih lagi diperingkat kajian..kalau ikutkan dlama Family Y akan ada 2 versi untuk setiap cc enjin, NA & Turbo..kemungkinan enjin start dari 1.2, 1.3, 1.6, 1.8 & 2.0 ke atas..tggu la theking kasi info skit2 nti..

  10. harap2 rundigan dibuat bakal membuahkan hasil positif…jgn jd mcm rundingan dgn vw sblum ni…

  11. rasanya,dsz mmg serius coz pmbelian renault f1,mmg nmpak ada udang dsebalik mee, mgkin tnjukkn prtn brsedia utk kolaborasi ngan renault nissan alliance

  12. kwan sy shoot dpn proton… mari teka kereta ape..

  13. tak leh view la bro..

  14. dah email dah..

    kwan sy amik gmbar ni depan proton shah alam ari semalam.. inspira replacement kot..

  15. bos nak tgok gambo bro murai hantar boleh x?

  16. Apabila dibuat perbandingan dengan model inspira , memang nampak persamaan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s