funtasticko design

http://funtasticko.net

TATA berminat bekerjasama dengan PROTON!!!

19 Komen

Adakah Proton bakal bekerjasama dengan TATA untuk mengeluarkan “kereta rakyat” yang berharga sekitar RM 20 ribu? Jika ini direalisasikan maka TATA Nano akan jadi benchmark untuk menghasilkan model ini. Timbalan Perdana Menteri yang melakukan lawatan ke India baru-baru ini menyatakan, TATA berminat bekerjasama dengan Proton untuk memperkenalkan kereta seperti ini di Malaysia. Namun belum ada sebarang kata putus dibuat, tetapi mereka akan menghantar beberapa pegawai mereka ke Malaysia nanti untuk melakukan kajian terperinci.

* Gambar di atas cuma gambaran dari saya je, artwork lama-lama dulu..🙂

19 thoughts on “TATA berminat bekerjasama dengan PROTON!!!

  1. Saya rasa baik Proton tolak idea ni di Malaysia,tapi mungkin Proton dengan Tata boleh bekerjasama untuk pasaran negara membangun.
    Saya rasa seeloknya Proton fokus dengan projek yang mereka sedang usahakan.Tak sabar rasanya nak tunggu Emas dengan Persona R menjelma.

    • Tata nano ni kat india pun tak laku daa.

      • kurang permintaan.. dah la kecik, lepas tu dengan fire problem lak… menakutkan…
        \Malaysian nye stail nak beli kereta biasanya….
        1. Murah ( wajib sesangat bagi average people)
        2. boleh sumbat 5 orang ( kancil pun leh sumbat 6 org)
        3. Ada bonet luas ( balik dari kampung x kan tangan kosong kot )
        4. Senang nak modified ( etc, saga, viva, myvee, persona )

        ada tambahan x..

  2. peluang baik ni. Layan je, lgpn tata tu ada gak pegang company jaguar.. Blh explore lg market yg luas

  3. pendapat aku better xyah kot,walaupun rakyat leh beli dgn harga murah,tp tahap keselamatan kete TATA nie akan dipersoalkan,nnti JPJ conpem xapprove kete nie OTR sebab xselamat…bayangkan TATA nie jalan atas highway…xbahaye ke tue…

    • Betul tu..

      Tema Kereta Rakyat sepatutnya diberikan kepada Proton Saga 1985.

      Saya takut walaupun harganya murah macam motor sekalipun, orang malaysia taknak beli. Orang Malaysia ni ada citarasa.

      p/s: Kereta rakyat ialah kereta yang mempunyai cukai yang rendah..Tapi lagi elok G sediakan sistem pengangkutan awam yang efisyen. Nak juga lihat kereta dah 5tahun dengan mileage hanya 5000km..

  4. mmm… kalau nak JV dgn tata bleh tapi bukan ar dgn projek tata nano nie. lebih tumpu kan kat pengeluaran kereta2 kompact masa depan yg lain. Proton bleh blajar buat kereta2 compact murah drp tata tapi dgn pengawalan mutu dan keselamatan yg lebih tegas. Sementara tata bleh memasuki pasaran asia Tenggara dgn proton menyediakan fasiliti pemasangannya di tanjung malim.🙂 Kemampuan tata menghasilkan model2 compact premium bleh dikatakan baik. Tengok jer model konsep tata pixel diorg. Kalau ar dapat model nie dan mendapat sentuhan dan kepakaran lotus/proton…. peerrggghh… menangis perodua. hehehe…

    my 2 cents.

    Cheers!.

  5. Produk dari India rasanya taklah popular sangat di Malaysia nih..Mungkin sbb Mahindra dan Tata masuk dengan kenderaan pickup Scorpio dan Telcoline. (Di Sabah lebih banyak Dmax dan Hilux Vigo)

    Di India sendiri pasaran lebih dikuasai Maruti Suzuki (Macam Perodua Daihatsu laa kot). Saya sendiri mengenali Tata sebagai pembuat kenderaan berat (Lori dan Bas). Tapi kini, pembuat lori/bas dari Sweden dan Eropah lebih banyak diatas jalan raya Malaysia.

    Rasanya tak payahlah Proton jadi pak sanggup bawa masuk Tata Nano ke Malaysia. Proton pun ada kereta kompak juga.

    Proton lebih baik tumpu pada core model. Kita tak nak lihat Proton jatuh lagi.

  6. enjin keta tata ni duk belah mana ek…?
    tp klau msuk m’sia nih.. mesti harga 30k.. :8

  7. please la. dont produce TATA NANO here n make us back to a third world country just so for some idiots to get even richer.

    do u c TATA NANO sold in eurpoean countries do u? its rubbish. lacks safetly. heck even the tailgate is shut weld to cut cost. n using 4 speed manual??

  8. 29 k kebawah

  9. 20 k kebawah

  10. tata nano ni bile dijual mmg boleh laku kt malaysia.dan makin jem la jln kt malaysia ni.kematian pun makin meningkat.kalau kmalangan x 100% pun mesti dlm 50% keatas boleh mati gune kereta ni.

  11. Pelawaan Tata ini lebih banyak menguntungkan meraka, Saya rasa apa yang tersirat meraka nak Proton rebadge nano dan bersaing A segment pasaran tempatan, kalau fokus utama nak JV dan eksport ke Indonesia dan Thailand itu harus diperimbangkan. Kalau sekadar nak conquor local market je tak payah lah. Kita pun tahu sekatan birokrasi hingga sekarang Proton masih tidak boleh meniaga disana. Saya harap Pak menteri jangalah pasal nak jual kelapa sawit sampai mengadaikan maruah proton.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s