funtasticko design

http://funtasticko.net

Sketch rasmi MG5 Concept

29 Komen

Berkenan sungguh dengan sketch ni..macam ni la design yang berciri global.. simple tapi nampak garang,  bold & European design.. kalau diamati sketch ini sebenarnya ada elemen-elemen rekaan yang ada pada Proton EMAS..bayangkanlah kalau Persona R yang versi hatchbach macam ni takkan tak tergerak hati nak sambar sebiji kot? Betul tak?😉

* dengar cerita orang yang dah tengok Persona R cakap janganlah terlalu mengharap sangat, lain macam je ayat tu..takkan dah mintak tolong ItalDesign masih lagi gagal untuk menyerlah kot? Harap Proton dengar la ye, masih ada masa lagi untuk perbaiki apa yang patut

29 thoughts on “Sketch rasmi MG5 Concept

  1. ni baru cun! baru gah design dia. Proton, kalo personaR tetap nak safe design,masih boleh tolerate la. tapi kang kalo kluar NeoR x gah, mmg hampeh la.

  2. harap gril pada EMAS tu deksploitasikan sepenuhnya oleh Proton sebagai family gril baru..baru la masuk design garang2 macam ni walaupun ia sebuah family sedan.. at least garang sikit dari Forte atau Lancer..tu dah cukup..takkan harimau muka manja kot, hahaha..

  3. rasenye persona R bakal di “save mode”kan sebab vendor kot,xmampu nak supply ikut kehendak new language design baru persona R yg diilhamkan oleh Intaldesign..proton pulak cm xde pilihan je nak pilih vendor2 yg mantop2 cket yg de teknologi baru yg create part2 yg moden nie,kekangan yang pelbagai,costing,campur tgn politikus n cam2..aduss2x…(still harapkan wow factor utk persona R nie walaupun dh ade desas desus yg cakap dah leh nyanyikan balik lagu “berhenti berharap” utk persona R nie)

    • tak guna betul la vendor ni, kalau tak boleh buat baik tutup kilang buat part kereta..buat kilang jahit baju je..ni semua vendor2 yg ada kaitan ngan politician, sebab tu diorg boleh tekan proton..sy pun dengar2 gitu gak..takpe, nanti kita gunakan kuasa rakyat & pembeli untuk lingkupkan vendor2 ni..baru diorg tahu langit tinggi atau rendah

      • saya pun pelik.. kenapa customer kene ikut pilihan penjual sedangkan customer la punca cari duit deorg.. Bayangkan, proton nak buat kereta pun nak kene ubah design and etc sebab nak ikut vendor.. Mcm nh baik x yah niaga jer… Gi main kat mana2.. Mcm mana la nak maju kalau si”vendor” semua nak kene suap dulu baru nak buat kerja..

      • mmm..kalau cam tu la gayanya, proton x yah ar sampai upah italdesign. Canggih camne pun design tu, sumer kena ikut mampu x mampu vendor nak realisasikan design tu… Tak berkembang ar creativiti cam tu.

      • betul2…

      • jgn bagi vendor yang buat Tupperware buat bumper sudah(CEO dulu punya kerja),mmg diakui oleh rakan2 saya di Proton,Vendor masih menjadi satu masalah untuk Proton berubah.

  4. kita sebagai orang luar memang lah senang bagi idea idea bernas..sangat tak salah tapi korang ingat diorang semua takfikir ke semua itu.vendor bukan senang2 nak cari lain.diorang ada contract.lagi satu,kalaulah dikatakan proton cari vendor lain,berapa je kilang vendor kat malaysia ni??periuk nasi orang lagi…
    lagi satu takkan nak ambil vendor luar negara.alamat mahal lah kereta proton.

    • mmm… sebab tu ar vendor2 kat malaysia nie jgn ar dok dlm zone selesa jer… majukan diri, update teknologi… nanti bila model kereta baru yg kuar. Kalau x cantik…proton jugek yg kena:<

      cheers!

    • sebab tu Proton kena ada alternatif.. sebelum bagi kontrak nilai dulu sama ada mampu ke tidak menepati apa yg Proton nak.. kalau tak mampu jangan la sanggup atau kalau boleh jv la dengan company luar yg ada kepakaran, jadikan base kat sini..secara tak langsung boleh transfer ilmu & teknologi.. takkan nak fikir untung je kot?

  5. ambil info ni kat bhonline : DSSZ ckap ” pihaknya akan mengeluarkan pelbagai varian baru untuk model berkapasiti tinggi seperti Exora menggunakan enjin turbo serta edisi baru untuk model seperti Saga dan Inspira.”

    Inspira phase 2 ke??? theking ada apa2 komen ke?

  6. sadis la…. kl cam tu suruh company china buat part, semua boleh…. ni kita semua tak boleh….

    • kat china boleh buat dengan kos yg lebih murah..tapi sebenarnya ada banyak grade, nak kualiti bagus tak la murah mana gak..material dia mesti la bagus gak, cuma kos buruh je rendah..tu advantage China

    • Tu laaa..industri kita taknak keluar dari comfort zone. Ini adalah salah satu masalah middle income trap. Taknak mencipta benda yang baru. Duduklaa kat situ sampai sudah dengan hasil produk(intermediate part) yang ala kadar, paksa proton pakai dan penghujungnya kena kutuk dengan pengguna. Sampai bila nak jadi macam ni?

      Kena ingat juga, rakyat tak kisah pun kalau harga kereta mahal sikit. janji barang baik. Satu hal lagi, rakyat Malaysia ni memang banyak komplen. Nak barang bagus, tapi harga nak murah.

      Tapi pedulikan je permintaan rakyat Malaysia ni..dorang kan suka Myvi..Biarlah dorang beli Myvi. Nanti Perodua rugi pulak. Macam tu kan? (sinis sikit.huhu)

  7. apa2 pun mula2 sekali mentaliti ni kena ubah,kalau tidak tak guna jugak buat RnD ni semua.vendor terbaik pun ni semua takguna sebab diorang asal nama proton je dok maki dok hamun.tengok perodua tu tade pun RnD tapi sale masih terbaik sebab apa??sebab rakyat malaysia dengar nama Toyota punya barang punya kereta terus je booking.padahal enjin dan body part je dari sana.interior vendor dari malaysia juga.

  8. rupa sebenar lum tau lagi hangpa dah pom pang pong pang maki vendor la apa la.. alahai.. nak maki pun tunggu keluar dulu. ok?

    • memang betul rupa sebenar tak keluar lagi, tapi respons dari yg dah tengok ckap persona r ni perlu ditouch up lagi kalau nak bersaing di arena global.. diorg pun risau gak sebenarnya🙂

  9. bukan apa.yang dah tengok sahaja tahu keadaan sebenarnya.berhenti mengharap abg oi.interior nampak mewah.luaran hmmmm….

  10. kalo mcm tu..kedai ah beng jugak tersenyum…
    “xpa2 blo, lu punya keleta boleh kasi cantik punya. Lu anta wa punya kedai, banyak bodykit baik punya, evo ada, impleza punya bumper ada, apa lu mau suma wa boleh bikin maaaa…”

  11. klo vendor p2 boleh supply brg baik utk p2.bek p1 amik vendor p2 je…..

  12. Jgnlah memandang rendah pd vendor msia kalu tak tahu fakta sebenarnye. Ada vendor msia yg supply components utk co luar seperti ford, gm, toyota, honda, mitsu dll seperti pickup yg br dilancarkan oleh ford dan gm dibangkok motorshow yg lalu. Apapun car manufacturer yg akan define design mcmana vendor kna buat. Kesimpulannya tak sama kalu sekadar melukis atas pc dgn menghasilkan product diproduction line beza mcm langit dgn bumi hihihi.

    • tu memang betul bro, tapi kalau sesuatu rekaan yg buat pada kertas atau pc yg dihasilkan oleh mereka yg arif & pakar dlm bidangnya sebagai contoh Italdesign, mereka dah ambil kira semua benda termasuk costing, engineering & positioning product, bukan sekadar styling semata2.. so apa yg diorang telah buat tu memang relevan & sesuai utk di”mass production”kan.. moulding atau tooling mungkin tak la mustahil boleh dibuat, cuma kena upgradekan sikit kepakaran, beli mesin yg lebih canggih & berani buat investment pada masa yg sama mengoptimumkan sumber serta keuntungan..

      sy memang tak nafikan ada antara vendor2 kita yg bagus, macam Proton pun buat rating/grading kat vendor2, yang terbaik Tier 1, 2 ,3 & lain2…lagi besar angka dia makin kurang la & ada juga kemungkinan diorg buat part2 yg kecil shj.. theking, kalau sy silap bab ni betulkan sikit ye..😉

      • Sebenarnye vendor msia sume boleh buat ttp car manufacturer ada set target cost yg mesti dipenuhi kalu tak nnt keta tak boleh jual plak. Tetapi kalu volume besar then the cost w be cheaper. Cheap not good but good not cheap hihihi.

      • harap mendapat volume yg diharapkan la, sebab ni kan projek kereta global… kalau boleh proton up skit je target cost tu utk dpatkan produk yg lebih baik..lagi 1 kerajaan perlu membantu dari segi pengurangan cukai untuk membolehkan Proton menambah baik produk akan datang, kalau ambil 10% ke bawah dah cukup utk bantu industri..rakyat pun boleh dapat kereta harga lebih berpatutan tetapi menepati citarasa antarabangsa dari segi rekaan, spesifikasi & kualiti..

    • Di bidang saya, kerja rumit juga tapi tak pernah kami buat produk yang cincai.Kalau tidak tau selesaikan masalah produk sendiri tutup kedai ajalah. Atau buka saja kilang tauhu. Haha.

  13. kesian vendor2 kena maki hamun.. huhu. mekasih TheKing sbb fahamkan dorang yg kurang faham nih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s