funtasticko design

http://funtasticko.net

Jom kita ramalkan plan Proton 5 tahun dari sekarang!!!

31 Komen

Ok, setelah mendapat beberapa petunjuk dari theking dan sumber-sumber yang lain, kita dah boleh buat ramalan model-model apakah yang bakal dikeluarkan untuk 5 tahun akan datang. Betul ke tak ramalan ni sama-sama la kita nantikan..tapi banyak yang boleh pakai la.. mungkin cuma beza tahun pelancaran je..

2011

– tiada model baru, cuma model naik taraf seperti Exora facelift, Saga FL phase 2 & kemungkinan Satria Neo facelift (turbo)

– pengenalan enjin CFE (Campro Fuel Efficient) yang ada low pressure turbo & IAFM+ dengan *VVT (*kemungkinan)

– pengenalan gear box baru 5 mt dari Getrag & CVT dari Punch Motive

2012

– Persona R (Replacement) sedan, 2 versi enjin CFE turbo & IAFM+

– Perdana R (Replacement) versi rebadge Nissan Fuga (*kemungkinan lebih awal)

– Exora Hybrid & Range Extender

2013

– EMAS hatchback city car

– Persona R (Replacement) hatchback (*kemungkinan)

– Persona R (Replacement) Hybrid & Range Extender (*kemungkinan)

– kereta sport Proton macam Lekir – rebadged Europa (*kemungkinan)

– Inspira facelift

2014

– Saga R (Replacement) kemungkinan versi sedan EMAS hatchback city car (kalau nak cut cost develop full model)

– Exora R (Replacement)

– pengenalan enjin Family Y enjin generasi baru Proton, blok aluminium, akan ada variant turbo ( twin phaser/variable geometry turbo), direct injection & versi N/A (mungkin macam enjin GDI Hyundai kot).. start dari 1.2l, 1.3l, 1.5l & 1.8l (kalau tak silap saya)

2015

– SUV atau Soft Roader Proton rebadged/based on Europestar SUV

– Satria Neo R (Replacement)???

ada sape-sape lagi nak tambah ke? hehehe…😉

31 thoughts on “Jom kita ramalkan plan Proton 5 tahun dari sekarang!!!

  1. Emm bro cam, bln inspira fl akhr thn ni ke, if xslp

    • kalau ikutkan theking ckap inspira phase 2 tahun ni..lepas tu baru ni dia cakap lambat lagi..so kalau ikut due facelift, 2 tahun lagi la masuk fasa facelift yg sebenar.. kalau tak mesti bengang owner inspira sekarang..lagipun proton ada agreement dengan mitsu, dah smpai target unit yg mitsu bagi, baru la boleh ubah inspira tu..tak tau la betul ke tak.. info di atas cuma ramalan sahaja..

      • Mitsu mcm2 ‘syarat’ utk Inspira ni..

        tp Proton relax je bg Youngman Europestar ubah Gen 2, Neo..

        kan?

      • proton bagi gak syarat kat europestar rasanya..lagipun proton tak boleh enter market guna nama proton sebab polisi negara China lain skit..

      • Bro Abe..
        Bro kene tahu polisi Negara China..Bro ingat proton baru nak masuk china tahun lepas ker.. Sebenarnya dah bertahun mintak tapi Gov China x bagi.. Jadi decision paling baik cari rakan kongsi dari china dan stat sebadge/ revise enginering kat kereta proton.. Baru dpt economic of scale..
        Pasal2 syarat rebadge, bro jangan risau.. ada la tapi PNC la..

  2. Soalan:
    1) Knp enjin gen Y tak ada below 1.0cc?
    2) knp Proton tak beli share dlm Europestar-Youngman? setakat 10-20%, pun dah kira ok tu..
    Bodi Gen2 & Saga terlalu berat dlm kelas masing2.. harap Proton develop body yg lebih ringan.. supaya kurang kos minyak & maintenance..

    • 1. mungkin sebab polisi yang tak bagi proton masuk segment perodua kot.. kalau tak senak la perodua nanti..

      2. klau ikut memang body kereta proton berat, tambah lagi pakai enjin cast iron, lagi tambah berat..mungkin dengan pakai hi-tensile & super hi-tensile steel boleh bantu kurangkan berat, lagi 1 front end module macam kat exora pun boleh membantu..nak kurang lagi berat tggu enjin family y keluar, tu aluminium blok…lagi ringan dari cast iron

      • Engine family Y belum pun dimuktamadkan lagi. entah jadi entah tidak

      • Saya sokong cadangan Saudara Amat,

        Proton perlu kurangkan ‘obesiti’ model keluarannya. Rangka HTSS perlu digunakan tapi bahagian2 lain boleh di’kurus’kan bagi mendapatkan berat lebih ideal, jimat minyak dan mesra alam sekitar.

        Selain menggantikan cast iron block kepada blok enjin aluminium, Proton boleh menggunakan sub-frame polymer seperti yang ada pada Exora, quarter panel hadapan menggunakan fibre reinforced plastic (Seperti Nissan Xtrail), bumbung boleh pakai fibre-reinforces thermoplastic (tapi ni macam mahal jek)

        Multi-material design bak kata EU Commission..

    • kereta skrg mmg semakin berat sbb kena pass crash test, kereta vw yg saiz kecil pun berat hampir sama dgn kereta persona, boleh selesai masalah dgn tambah power dan torque gn turbo atau supercharger bila enjin bwh 2000cc,
      improve power to weight ratio

    • stahu saya nama proton dh jadi trademark kat china sbb ada syarikat nama proton kat sana,
      kalau tengok kereta proton kat taiwan nama proton x de kat logo proton cuma ada lambang harimau

  3. 2012.. Exora hybrid~! ni kompem kan?

    2013.. ada kemungkinan ke Saga hybrid and persona R?😛

    Others queue in the pipeline yang campro jangkakan sangat tak mustahil untuk dilaksanakan. Logik. Sangat menujakan..

  4. Harap Proton akan memperkenalkan proper segment lineup dari A-Segment kepada D-Segment dan satu Compact MPV serta mungkin satu Compact SUV.

    Ni cadangan saya:

    A-Segment > EMAS
    B-Segment > Saga
    C-Segment > Persona R
    D-Segment > Perdana
    Compact MPV > Exora R
    Compact SUV > Lekiu (Nama perlu lebih global)

    Tapi timbul kemusykilan dimana nak letak Satria Neo replacement..Mungkin Neo perlukan platform yang istimewa khas untuk Neo sahaja. Mungkin model untuk prestasi dan sukan rally ini boleh di-sub brand-kan dibawah jenama Lotus.

    Ni cuma pendapat saya je.

    • kalau ikut platform neo memang special, kemungkinan develop untuk hi-performance base car..kira niche platform la..

    • Bukankah Neo hatchback segmen B? Jadi…

      B-Segment > Saga (sedan), neo (hb)
      C-Segment > Persona R (sedan), Persona R gen2 (hb)

      dengan tambahan

      C-Segment ute > arena R

  5. saya cukup setuju jika neo diletak bawah jenama lotus. model neo boleh ditakrif sebagai model untuk pasaran global kerana sumbangannya dalam sukan permotoran cukup besar dan kini menembusi negara jepun.

    offtopic : enjin hijau perodua
    http://saluran07.blogspot.com/2011/04/enjin-hijau-perodua-di-msam-2011.html

  6. Saga EV?

  7. Masa depan Proton ada terlakar kat blog dak nh,enjoy!

    http://aimankesa.blogspot.com/view/snapshot

  8. Bro campro..
    Bro rase Replacment untuk Arena ader ker.. kan mase lancar exora platform die banyak leh gune..
    Plus korang rase exora ada untuk commercial purpose x..

    • tu sy tak sure la, Proton sekarang tumpukan perhatian pada model yg mempunyai jualan yg baik seperti persona, saga & exora..model macam suv, arena, neo, kereta sport & perdana tu dlam kategori niche market bagi Proton.. kemungkinan tu ada tapi dalam masa terdekat tu tak perlu la rasanya..

      • ada sembang ngan drebar teksi… ura-ura exora akan jadi teksi dlm town…. dan ada bantahan dari drebar-drebar teksi..

      • mmg akan ada.. Tapi tang bantahan tu x tau la.. Mungkin pasal deorg nak kene replace kereta lama deorg ngan kerata baru kot…
        Kenapa.. nak pakai Innova/ Citra ker..

      • 2-3 bulan lepas ada sembang ngan member dia cakap kt area kilang dia bnyk teksi mpv warna hijau macam ni http://3.bp.blogspot.com/_GclbF_8fBAA/TL1I7Y0qGDI/AAAAAAAAA1A/YduaYPSAO-4/S1600-R/PICT0153.JPG . dia cakap bnyk problem enjin lepas bbrp tahun pakai pastu sparepart takde tu sbb bnyk tersadai.. ada sesiapa yg tahu ??

      • yg nh renault espace.. Mmg sparepart kurang pasal kereta nh pun kurang dlm pasaran malaysia.. cube la google kat mudah.my ker, mana2 ker… mmg x d kereta nh.. Yg ada pun renault grand espace.. itu pun bape kerat sangat.. lagipun alatan sibling die x leh gune untuk die..

  9. kan best kalau persona R mcm ni🙂 baru lah global car

  10. Harapan semua rakyat Malaysia Proton jadi jauh lebih baik dari tahun ke tahun. Jadi global player. Subaru contohnya, niche market aje. Model pun tak banyak. Tapi 1 dunia jualan memberangsangkan (walaupun bukan top seller). Tengok Suzuki juga. KIA-HYUNDAi aaliance tu dah terlalu jauh kita nak kejar, tapi tak mustahil. Rasanya kalau kerajaan Malaysia buat inisiatif jadikan Proton ni macam Airbus (konsortium antara syarikat-syarikat di benua Eropah), kita boleh jadikan Proton ni konsortium negara-negara ASEAN. Dengan cara ni, takdelah Thailand dengan Indonesia dan ini ditambah Vietnam saling berebut2 tarik FDI & terlebih protect market masing-masing. Ini boleh berjaya. Boleh create lebih banyak pekerjaan untuk penduduk ASEAN.

    Cuma kita tak mahulah dengar macam ni:-
    2014- Proton jual Lotus
    2015- Proton jual Shah Alam plant ke Sime Darby untuk develop. Kilang Proton dipindahkan ke Tg. Malim (Shah Alam ni boleh jadi hub R&D Proton kalau kilang perlu dipindahkan untuk kecikkan head operational cost)
    2015- Proton tarik diri dari motorsport sebab komitmen terlalu tinggi
    2016-Proton minta kerajaan bail out

    nauzubillah…

  11. lotus brand name on proton car, like on the satria neo. but the car has to be ligter, with more power of force induction.
    with the motto, ‘affordable lotus’ or ‘my first lotus’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s