funtasticko design

http://funtasticko.net

Ini serius : Persona baru alami kerosakan tidak sampai 24 jam selepas diambil dari bilik pameran!!!

76 Komen

PUTRAJAYA –

Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan. Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu. Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala. “Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menghubungi syarikat tersebut, namun mereka enggan bertanggungjawab dan memintanya menghubungi pusat perkhidmatan Proton Edar Sdn. Bhd. Ujarnya, apabila menghubungi pusat tersebut di di Taman Connaught dan Bandar Baru Bangi, mereka enggan membaikinya.

“Saya kemudian diminta datang ke ibu pejabat mereka di Subang pada 28 Februari lalu dan mereka meminta saya membayar bagi kerosakan yang dialami kereta itu. “Saya beranggapan tidak wajar saya dikenakan bayaran kerana baru saja mendapat kereta itu,” katanya. Demi mendapatkan keadilan, Nur Wahida memfailkan kes tersebut ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan menuntut bayaran sebanyak RM3,178.45 untuk kos baik pulih dan bayaran ganti rugi ketiadaan kereta daripada Pelangi Innovative dan Proton Edar selaku penentang. Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd. Salleh dalam penghakimannya, memerintahkan kedua-dua penentang membayar balik jumlah itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dikeluarkan. Bagaimanapun, bagi tuntutan ganti rugi ketiadaan kereta sejak 28 Februari lalu sehingga kini, beliau meminta Nur Wahida supaya memfailkan semula tuntutan berserta bukti.

Sumber : KOSMO, 27hb. April 2011 & Arena Kereta

* Ini mungkin dealer rasanya, branch dia akan ikut prosedur yang Proton dah tetapkan seperti kena buat PDI (Pre Delivery Inspection) pada kereta yang akan diserahkan pada pelanggan. Pelanggan juga diminta memeriksa kenderaan yang bakal diserahkan kepada mereka bersama-sama dengan SA yang berkenaan. Jika ada sebarang kerosakan pelanggan boleh terus memberitahu SA untuk dilakukan pemeriksaan & penggantian komponen jika perlu tanpa sebarang caj kerana kereta masih dalam jaminan. Ini kes yang buatkan orang ramai pandang serong pada Proton. Harap syarikat tersebut bertanggungjawab atas segala yang berlaku kalau nak berniaga lebih lama.

76 thoughts on “Ini serius : Persona baru alami kerosakan tidak sampai 24 jam selepas diambil dari bilik pameran!!!

  1. rasanya Syt ni bukan branch proton edar @ eon…biasanya sblm serah kunci pd customer..kena buat PDI dulu…SA ni nak kejar komisen kot…last2 kantoi…

  2. mana org x benci proton.. Sebab Nila setitik rosak susu sebelanga..

    • Penyebab utama rakyat tidak berminat dengan proton bukan disebabkan oleh kenderaan itu, tetapi perkhidmatan lepas jualan. Kita liaht sendiri Perodua, kenapa produk jualan mereka laku bagaikan pisang panas sedangkan produk-produk mereka kecil dan mahal berbanding produk proton. Ini disebabkan Perodua mempunyai sokongan perkhidmatan lepas jualan bagi produk-produk mereka.

      Sebanyak mana dan secantik manapun Proton mengeluarkan kenderaan mereka, jika Perkhidmatan mereka masih di takuk lama, sampai bilapun Proton akan kalah penjualannya berbanding kenderaan lain terutamanya Perodua.

      Harapan saya, Proton akan terus maju dalam segala bentuk, produk juga perkhidmatan.

  3. Dalam hal ini, saya merasakan Pelangi Innovative langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil jualan yang jujur. Proton Edar juga dinasihatkan agar memantau perjalanan jual beli oleh wakil jualannya. Ataupun, adalah lebih baik jumlah wakil jualan dihadkan sahaja bagi memudahkan kawalan prestasi dan kualiti mereka ini.

    Pn/Cik Nurwahida ini berhak memperolehi tuntutannya melalui tribunal. Ini adalah hak pengguna. Syabas kepada Wahida kerana faham dan peka terhadap keistimewaan tribunal ini.

    Kini giliran Proton Edar. 1-2 bulan lepas saya ingat Yun Nam Haircare kena RM17ribu..saya tak berapa ingat.

  4. dalam satu berita lgi disebut mereka dah check… rupanya masaalah pendawaian digigit tikus.. masaalah skrg depa tak nak bertanggungjawab untuk membaiki semula.

  5. “Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut”,-Knapa Pn sain Surat Car Checking klau tahu ada kerosakan,selalunya customers akan sain juga surat checking tue tetapi setelah buat remarks masalah2 kereta(sbb segala masalah ini akan ditanggung oleh Pihak Sales Department.Moral of story Sila pastikan sebelum menerima kenderaan baru ada check betul2 jgn main sain jer,klau dh sain tanpa apa2 remakes dibuat ini lah jadinya…kesian.

    • Sbenarnya yang sy nampak ada konflik dkat sini,Sales department x nak tanggung kerosakan kenderaan disebabkan tiada apa2 catitan masa penyerahan kereta,Service department xkan nak tanggung disebabkan kerosakan yang tidak boleh di klafikasikan sbg Warranty…”bagi sy Ini Semua Mainan Syarikat ni jer,PDI x buat,lpaskan kereta untuk customer,bila rosak pgi service center,malangnya service center pun xtahu nak charge kat mana lastly customer yg terpaksa bayar”hmmmm…Pandai2 Sales Department selamat xpayah keluar duit untuk buat PDI…..sial betol syarikat ni.malukan Proton jer.

    • yup betol tu. sepatotnye puan tu pegi check dulu kerete before terima kereta tu. ala mcm nk beli buah dekat supermarket, mesti lah usha2 dulu buah tu kalau busuk xkan nak beli jgk betol x? dlm kes ni puan ni yg kurang bijak sebenarnye, dah bulat2 kene tipu dengan dealer branch 3rd party ni.lepas tu salahkan proton bulat2. ni yang marah ni. Org laen pun ade je problem tp xde lar smpai macam ni. dulu ade je kes enjin kerete proton jatuh time drive tp xde pun nk kecoh2 masuk paper. huhu..ni mesti ade pape ni!! yela proton nye sales tgh up nk kejar produa tibee2 sabotaj mcm ni..jeng jeng jeng. polis tolong siasat hehehehe *emo plak

      • masalah skrg. kalo masing ada sifat tanggungjawab semua ni xkan jd. Kalo Dealer gi PDI dah tentu problem tu settle. Baru boleh puan tu check mana yg patut.. Bg aku puan tu memang patut masukkan kes ni ke tribunal.. kalo x dealer xkan gi check kat PDI…

  6. proton HQ need to blacklist that dealer. as customer care is part of the contract!

    proton cant just allow this lame dealership management to go on. shame…

  7. a lot of risk if buying car with authorized dealer.
    go to branch where they have direct link with proton.

  8. Member aku pun kena, ECU punya indicator menyala…. masalahnya 11 kali hantar baiki… ni tak tau aper citer.. harap Proton amik kira masalah ni,mcm mana nak tarik pembeli kalo ramai sangat yg terkena…nilai duit 50k bukan nyer sikit lain lah org kaya…. just my 2 cents

  9. kekadang kes mcm ni silap salesman atau proton edar… sesetengah salesman akan memindahkan kereta ini utk tujuan car checking atau promosi d tmpt lain… dan ketika itu salesman akan memandu kereta tersebut dgn sesuka hatinya… saya pernah terserempak persona baru yg ade no plate sementara di pandu olh salesman berdasarkan pakaiannya yg ade logo proton dan nama syarikat…. kereta tersebut di pandu pada kelajuan melebihi 140km/h sbb masa tu saya drive 140km/h dan salesman tu dgn selambe memintas kereta saya….

    • ni lagi 1 perangai yg tak patut, memang kereta tu bukan harta dia, tapi kena ingat tu la punca rezeki dia… jadi jaga la harta org yg tak sampai lagi ke tangan dia dengan sebaik mungkin, jangan ikut suka hati nak tekan je..cuba org lenjan kereta dia sebelum anta kat dia, tak ke angin satu badan..

      • mcm kes member aku wak2 keja kt proton sc. . diorang dpt keta baru diorang lenjan ckp2 keta baru y nk kena antar kt customer. . rasenye lg elok kalo owner g amik sndiri keta kt proton sc. .

  10. Mansuh kan 3rd party branch. Kendereaan proton sume nk beli hanya melalui Proton edar. selesai kes.🙂

  11. PDI (Pre Delivery Inspection) kepala otak ProTOn la… main tick tick tick saja… Pelanggan mana tau check ape?

    Kalau betul betul inspection mana akan ade hal sebegini? kalau takde problem takkan ade banyak forum yg komplain proton… entah bila PROTON akan SEDAR?

    proton hanya jaguh kampung…kalau export… sure berkecai… malu lah sebagai kereta national…

    • bro, kalau ikut proton buat 2 kali pdi..satu kat kilang, lagi sekali sebelum hantar ke pembeli.. tapi dalam kes ni rasanya ada yg tak ikut prosedur.. kita sebagai pembeli pun kena check dulu..kalau kereta calar skit pun boleh suruh diorg spray or touch up…kalau boleh test drive sebelum ambil..check mana yg berfungsi ke tak..ni main ambik je, bila kena mula rasa menyesal..bukan kereta proton je bermasalah, brand lain yg lagi besar pun ada gak, cuma kita tak ambil kisah..

    • Tuan faizal,

      PDI mana2 company kereta pun main tick tick jer(klau x pernah buat jgn cakap)

      Tuan pernah beli kereta baru x?
      xkan kat form tu tulis check lighting pun xpaham…klau x paham maknanya “On” lampu,kluar kereta pergi keliling tgok lampu dpan lampu belakang,dalam form checking kereta x de pun dia suruh buka engine keluarkan piston!!!…basic soalan jer xkn ini pun xtahu….”ini sudah masalah besar bro”

      • haha betol tu bro chor saya sokong! haha

      • Kalau first soalan yang terpacul ialah “klau tak pernah jangan cakap” secara yakin saya akan jawab er tapi 50 ribu tu duit saya bang. Kemudian dengan penuh senyum saya pun pergi ke showroom Perodua Myvi.🙂

      • akka,

        g je bli myvi tu.
        dh beli nnt baru hang tau problem dia.

        itu jam baru la huha huha dlm forum myvi.

      • akka,

        Boleh share dgn kitorang tak
        kat mane showroom Perodua Myvi tu.
        Mungkin lepas ni kita poleh pegi ke
        showroom Perodua Viva pulak.🙂

    • En Faizal,

      Proton bukan jaguh kampung. Sila betulkan kenyataan anda.

      “Pelanggan mana tau check ape?” Ini adalah satu mentaliti bodoh rakyat Malaysia yang tidak tahu menghargai hak sebagai pembeli. Sekadar terima, sekadar sain, tak pernah baca terma dan syarat, apa penjual cakap semua percaya..Bila disuruh buat PDI, silalah baca dan faham. Bodoh sangatkah main tanda je?

      Bukan beli Persona je ada PDI, beli rumah, masuk kolej belajar, masuk rumah sewa pun sekarang pakai senarai semak perkakas rumah.

      Komen anda kurang bijak en Faizal. Sila faham apa yang tuan tanah cuba nak sampaikan dahulu sebelum melontar idea.

    • ke org yg ckp nh jer jaguh kampung..

  12. ni mesti kereta ready stock ni.. bila dah terima dari proton dok biar kat padang atau poarking lot sebelah sales office… pastu bila customer dtg offer kat customer tanpa check balik…. proton patut push untuk semua 3S (sales, service, spare parts) kat semua dealer dia… senang sikit nak control…

  13. korang perasan x muke die tersenyum? kenapa bukan marah? muskil ni hahaha

    • this is sewious!

      • Ko kenapa ni Akka?

        Ko penyokong Myvi ye? Dah beli Myvi belum? Tunggu Myvi 2011 ni laa..Myvi versi enjin 1.3 Tsunami dan 1.5Fukushima.

        Hehe. Gurau je akka.

      • myvi pun dr toyotq…diaorg mana pakai brg yg da rosak…yg kena tsunami da lupus walaupun x jual…bbukan macam syarikat xde duit macam proton…stakat komen x pakai boleh la..kalo stakat proton aku dgn bangga nye cabar mana yg akan rosak dlu wakakakakaka…kebanyakan yg pakai proton malas nak ngaku ade problem…sebab akan kena nganjing ngan geng perodua wakakakakaka…owh 2012 exora bold punye version lampu belakang nyala 1 x nyala 1 erk…enjib bocor erk???kesian bapak sedara aku bayar bulan2 900 hahahaha mb turbo dia kuar minyak kot enjin kot wakaka…aku pakai myvi lek je…x servis dalam pun…ok je..3 tahun xpernah masuk bengkel pasal masalah besor…kecik2 biasa la wakakakakaka…geng proton jrg nak ngaku ade problem…malu seyh…konon patriotik sokong produk tempatan..dalam diam maki wakakakaka😀 pengalaman mengajar aku kenal org proton ni wakaka..blm lagi best..masuk rim 17 ketuk2 body wakakakakakakakakakaka kelakar siot…dekat trafik light bas jalan dlu dr blm wakakaka…proton ni kereta sampah je…cer cek d shah alam…brapa lama kete taruk situ dalam hujan panas…kakak kawan aku paling best..dapat yg da karat wakakakakakakakakakaka😀

    • senyum sebab puas ati dapat masuk majalah/paper..

      Sebenarnya akhbar pun satu hal, banyak2 kes..isu PROTON juga dia nak publish.. memang saja nak publisiti murahan..

  14. Ini betul betul bad rep. Serius abis la Proton. Takziah, huhu.

  15. Sendirilah bertanggungjawab kalau sendiri dah terima dan sign 52checklist car receive in good condition.

    Saya rasa cik wahida ini mengada-gada + pasal marah dan dendam dengan salesman. Mungkin ada free gift yg x dpt? Inilah habuannya.

    Setakat lampu xnyala xkan cost sampai ribu2. Pesona gaji all in 2.5k. Buyer mtk discount 2k broker nak 500 pastu suruh salesman bagi free tinted+full tank+ smart tag mati ooh.

  16. pada pndpt sy, masing2 ada slh. Customer,kena amik perhatian checklist tu sblm sain. Test drive dl. Tgk tarikh pdi tu biler. Kalu dah lama buat cnth sbulan,suh anto xmula coz cnfirm kete kena jemur yg jual.Salesman plak kenala anto pdi. Ada yg engkar coz dia kena byr buat pdi. P e plak, kena counter check ngan kdai kete smaada dh anto pdi ke blum. Untuk kes puan nih,memandang kan keter yang bwh pd seminggu,entertain jelah,nanti susahkan diri coz jd isu yg besar. Kenalah give n take. Kalu dah lebih seminggu,bleh lah kata secondary effect. Lgpun berlaku kat tempat owner xdpt nak check,so kena consider. Kalu menda tu nampak depan mata,customer buat bodoh je,lain cite. So win win situation. Harap dsz amik serius menda ni.

  17. jgnkan checklist,kpl bateri jugak kena check tkt xkemas coz bizsanya diaorzng cbt kpl btr kalu kete ready stok yg jemur tgh panas,so mgkin psg xkemas

  18. Sebenarnya kesedaran pengguna di Malaysia masih berada di berada di tahap rendah dan peniaga yang tamak akan ambil kesempatan.
    Pengguna – Berdasarkan pengalaman beli kereta Proton. Sekali kena tipu RM500.00 masa nak beli kereta salesman asyik menipu spek..nak minta duit lebih..last-last dia berenti..duit saya dgn member lg 2 orang abis dibawak lari. Masa tu tak komplen sebab org syarikat Proton pun buat tak peduli.
    Beli pulak Proton kat Proton Edar Glenmarie. Puas hati sebab dapat kereta dalam seminggu. Ambik kereta hari sabtu tengah hari biar terang. Proses semakan 52 checklist..buat dengan kengkawan..biar diorang check sekali. Dah lama check..baru sain borang.

    So Cik puan kita ni walaupun duit sendiri, tapi kena lebih berhati-hati.

    Syarikat 3rd Party wakil pengedar Proton yang sebegini tidak bertanggungjawap perlu diberhentikan kerana jelas tidak memiliki etika perniagaan yang baik. Proton jangan tanggung liabiliti syarikat yang lemah sebegini kerana ini isu imej.
    Pembinaan imej yang diterajui oleh DSZ musnah dalam sehari disebabkan perbuatan syarikat yang tidak bertanggungjawab.

    Apa pun kes ini boleh berlaku bukan sahaja ke atas proton, pengeluar syarkat lain pun ada masalah tapi diorang bijak cover.

  19. aku pun tak tau amende nye PDI tu, la ni br tau walaupun dh beli kete baru 2 kali…. beli ngan sepupu aku, kl tipu pon, boleh carik dia lagi…

  20. Bibir Nur Wahida ada kesan luka hehe..

  21. PDI tu Pre-Delivery Inspection

  22. cuba tgk yg ni plak.. gen2 cps tahun 2010 baru beli dah berkarat2 sana sini..

    • ni pun 1 kes yg berat, minta proton pantau perkara macam ni..

    • Dah berkarat pergilah hantar balik kat Proton,bukan sepatutnya semua tu boleh klaim warranty ke?
      Kadang2,ada pengguna ni main langak je kereta diorang,entah terlanggar benda,letak kat luar yang kejap panas kejap hujan.Kereta baru jaga2 lah baik.
      Proton,apa kata lantik seorang pemerhati yang rajin pergi internet,kalau boleh dengar keluhan pembeli2,dan dari situ boleh tahu masalah kereta yang Proton hasilkan dan bolehlah buat pembaharuan kepada2 model sedia ada.Kalau nak tingkatkan sales tak susah,singkirkan vendor2 bermasalah,sepatutnya buat perjanjian dengan vendor dan kenakan syarat ketat dalam perjanjian,kalau kualiti menurun boleh terus tendang vendor tersebut.Rajin2 lah menjenguk kilang dan tengok hasil kerja pekerja2.
      Kalau tak bagus,ambillah tindakan sewajarnya.Ujian ekstrem perlu dilakukan kepada model2 baru Proton,buat ujian di luar lebih banyak sebab di situlah kereta2 akan sentiasa berada.

    • yjchang sudah claim RM 10 ribu lebih dari proton ….

  23. gado2 mcm budak2….
    isu yg timbul..
    kete p1 x bagus la p2 x bagus la…
    yg penting nak beli kete bukan minatak duit org pon…
    jgnla asyik beza2 kete p1 p2..
    tapi menyokong kedua2 jenama malaysia😀

  24. Sekadar menghangatkan suasana
    http://www.chinacartimes.com/2011/04/28/lotus-l5-gt-launched-in-shanghai/
    Dalam artikel ni ada disebut tentang transmission cvt untuk Lotus L5 yang masih dalam fasa ujian.
    Ada kemungkinan ke Youngman dapat enjin baru Proton,atau sekadar tukar transmission?

  25. Tumpang simpati pada puan yg dapat kereta persona yg problem ni. Dalam hal ini, pelanggan meletakkan sepenuh kepercayaan pada penjual memandangkan mereka profesional (tak kira dealer proton ke bukan dealer). Dan nampaknya dalam hal ini mereka tidak pro.

    Mmg akan ada yg salahkan pembeli sbb tak buat PDI ke pe, tapi cara kes ditangani selepas tu agak mengecewakan. Sape yg tak marah bila kereta baru asyik rosak je kan. Proton kena ambil perhatian terhadap pengedar/mekanik2 dorg.Tak semua org ada pengalaman beli kereta baru.

  26. pdi tuh dealer yg buat,bukan pengguna. Cume pengguna guna checklist tu untuk pastikan btl atau x diaorang wat pdi

  27. smlm br jumpe sahabat lama selepas sekian lama tak ketemu..rupanya dia dh beli kete baru..proton saga blm (bkn model fl).

    pd mulanya aku puji2 la dgn kemajuan hidupnya skrg krn sudah miliki kete sendiri..tp kegembiraan hanya seketika..

    dia start mulakan cerita duka satu persatu mengenai kete ‘baru’nya..

    katanya, sejak 1st time beli sampai la skrg, tak kurang dr 3x dh ketenya breakdown tgh jln.duit habis kena bayar pada towing je.plak tu just baru 3 bln pakai, bateri plak kong..

    katanya, masa 1st service yg 1ribu km tu, SC proton edar minta dia byr 200 lbh utk 1st service tu sedangkan harga dlm list utk 3x service pertama hanya 100 lbh je..

    dan bermcm2 masalah lg yg sampai skrg masih belum settle.ketenya mmg nampak bersih dan lawa dr luar..tp di dlm, hanya pemunya sahaja yg tau betapa peritnya nk menanggung..

    mmg tak semua pemilik proton terima nasib mcm sahabat saya tu, maybe dia termasuk dlm kategori yg bernasib malang..

    tp adakah memiliki proton yg zero defect tu hanya la nasib???

    **based on the true story

    • biasa nyer mcm ni lah, cerita dr pihak ke-3..agak ganjil bila disebut kadar bayaran service ni, buat dimana, authorized service centre or 3rd party operated service centre? ada beza nyer tu…kemudian, bila kereta mati tgh jalan, kereta baru mesti ada insurance, ada insurance mesti ada auto assist, kenapa tak call..free towing service..

      persoalan nyer, pemilik menggunakan kereta dgn cara yg sepatut nyer ke tak..

      di akui, masih byk improvement perlu dibuat..tapi perlu igt, SEMUA kereta ada masalah, lebih2 lagi kalau disalahgunakan..tak percaya pegi tnya owner kereta2 jenis lain..atau google jer..tgk owners forum setiap jenis kereta kt malaysia nih..

  28. btr kong 3 bln bleh claim warranty coz xslh sy dia cover 6 bln. Towing tuh, untuk panduan sume,tlg call insurance anda,towing percuma,jgn panggil call man,nanti kena charge. Servis pertama mmg sepatutnya murah,check tkt depa letak menda2 tambahan mcm oil additive x1r, injector cleaner n screen washer, tu sume jer dah dkt sratus. Xperlu menda2 tu,kdg2 sc nk amik untung. Breakdwn psl aper yeak? Brdsrkn pngalaman,ada coz isi air dlm radiator.enjin campro pkai 100 percent coolant. So isi air,kete overheat.tp ada gak coz msalah len.bersimpati dgn kwn u,mgkin nasib xbaik. Dia maintain kete kat mane ek?

  29. yup,pkai 100 percent coolant,4 botol coz hamba pkai waja campro. Campro lotus yg develop,ikut euro punya design. Tp ada jugak sc yg tkt customer complain rega mahal,depa isi coolant campur air. Kalu nak jimat ckit, bleh campur deionised (betul ke eja) water aka air bateri🙂 . 3 btl coolant, 1 air bateri. Tp x syor sgt. Tp bleh guna kes emergency,tetiba coolant bocor tgh jalan, mana nak cr coolant proton,so isi jek air btr untuk smentara. Coolant campro pakai sama jer ngan savvy pakai coz hamba ada savvy gak. Org umah pakai waja,hamba pakai savvy,senang nak merempit coz minyak jimat😉. Stakat ni,puas ati pakai waja. Enjin tip top,maintain nagn prtn sc. Cuma simple mod je, lcp,iridium plug,cable plug r3,catless extractor pwrzone(masa tuh r3 jual satu set exhaust system,xjual extractor je,xckp budget,so go 4 pwrzone,itupun atas nasihat org r3,nak sedap,cost rendah,cari catless extractor). Abis 1 k,tp puas ati walupun auto. Penah merempit side by side ngan putra 4g93p, sampai 180,masih sama,dia xdpt leading,tp ngalah coz org rumah cubit🙂. Mamat putra tu dok usha mcm xpuas ati coz xdpt lead walupyn brentap ngan campro 1.6 jer. Penah gak test timing sprint 100kmh,dpt bwh 12 saat. Not bad la.

  30. yup,pkai 100 percent coolant,4 botol coz hamba pkai waja campro. Campro lotus yg develop,ikut euro punya design. Tp ada jugak sc yg tkt customer complain rega mahal,depa isi coolant campur air. Kalu nak jimat ckit, bleh campur deionised (betul ke eja) water aka air bateri🙂 . 3 btl coolant, 1 air bateri. Tp x syor sgt. Tp bleh guna kes emergency,tetiba coolant bocor tgh jalan, mana nak cr coolant proton,so isi jek air btr untuk smentara. Coolant campro pakai sama jer ngan savvy pakai coz hamba ada savvy gak. Org umah pakai waja,hamba pakai savvy,senang nak merempit coz minyak jimat😉. Stakat ni,puas ati pakai waja. Enjin tip top,maintain nagn prtn sc. Cuma simple mod je, lcp,iridium plug,cable plug r3,catless extractor pwrzone(masa tuh r3 jual satu set exhaust system,xjual extractor je,xckp budget,so go 4 pwrzone,itupun atas nasihat org r3,nak sedap,cost rendah,cari catless extractor). Abis 1 k,tp puas ati walupun auto. Penah merempit side by side ngan putra 4g93p, sampai 180,masih sama,dia xdpt leading,tp ngalah coz org rumah cubit🙂. Mamat putra tu dok usha mcm xpuas ati coz xdpt lead walupyn brentap ngan campro 1.6 jer. Penah gak test timing sprint 100kmh,dpt bwh 12 saat. Not bad la..

  31. eee… x nk la beli proton… sib bek ak x beli saga fl lg……. cm ni.. tggu myvi bru ar….

  32. lol…lemahnya kritikan hang. eee ja ni budak tarak akai bolehla ckp mcmni

  33. nak buat cmner.. tu la nasib.. kekadang.. ada org beli x de masalah.. kekadang… byk masalah.. tp disebabkan ini adalah antara model buatan malaysia yg terlaris di pasaran.. maka perhatian nye sgt2 lebey.. terutama para pengkritik… apa2 pun.. tanggungjwb penjual adalah untuk memastikan kereta tersebut adalah berkeadaan baik dan sempurna. sbg penjual tak rugi pun buat baik coz akan jualan anda akan bertambah gak…

    well seller… the choice is ur’s..

  34. ha….nasib la kan,,elok beli dr SC n wakil yg sepatutnya…anyway..i love my bronze,,,dh setahun pakai,,,:)

  35. kreta sy pun bnyak msalah.. sebulan selepas ambil, sy terpaksa baiki n habis duit bnyak.. alasan mereka proton x cover waranty.. hanya enjin jer… kereta sy bermasalah pada brek, tyar… getah bush streng pun rosak… lampu gear sminggu guna dah terbakar…mungkin smua tu msalah pada proton @ ada pihak yang menukar barangan ori dengan barangan tiruan selepas kereta keluar dari kilang…

  36. kes ni masih ok lagi bro,mujur aku xreport ke tribunal je,kena kes aku lagi menyirap,aku baru drive xsampai setengah jam alih2 hose dari gear box tertanggal, habis berasap enijn kereta aku,tercurah habis semua minyak gear box.xsampai setengah jam kereta tu blh breakdown tahap mcm tu,ko bayangkan kan lah apa perasaan aku sebagai pembeli ms tu,patutnya aku panggil wartawan biar tgk masalah QC proton,wajarnya proton kena amek serius mn2 kes pembeli yg berhadapan dgn kes2 kritikal mcm ni.

  37. bagi saya kesian gak kat kakak ni yg kereta dia rosak macam2…saya ni salesman kereta…dulu proton, skrg toyota…sebenarnye bukan salah dealer atau branch, u kena tgk ni salah proton itu sendiri, kenapa buat kereta tak cek betul2….salesman atau dealer tugas dia jual kereta je…sebab tu saya ckp proton punya hal, vendor yg di lantik semua kroni…ni lah masalah…macam perodua atau toyota mereka tapis vendor2 ni…kilang pun QC ketat…jepun ma…tapi proton ni suka salahkan dealer atau salesman…kalau dealer pakat tutup ramai2, tukar dealership perodua atau toyota, baru padan muka proton…

    customer pun ada yg menagda2, mintak macam2…kita dah janji yg tu, mintak lagi macam2…tapi biasanya customer yg cerewet kereta nya confirm banyak masalah…saya agak akak ni cerewet sgt kut…tu yg macam2 kena tu, org lain tak ada pun…hahahahaha…padan muka….

  38. Proton Taman Connaught memang bermasalah. In my case, sepatutnya ada rebate, tapi dia ckp tak layak dapat sebab kereta full loan and Executive shj bukan Premium. Yang Penjual ni pula ckp, tunggu lepas 2 minggu dapat kereta baru dapat rebate. Mmg rasa macam ada yang tak kena, tapi tak apa. Kami tunggu shj apa tindakan selanjutnya. The next week after took the car, jumpa balik salesman untuk collect free gift, yang Penjual ni pun dah start “bercerita” (obviously nampak macam dia create the story la) ckp “Bos saya cakap Puan tak layak dapat rebate sbb Puan buat full loan, yang layak dapat rebate utk kereta 65k shj, tapi boss saya bagi lagi free gift GPS porton and YES broadband yang bernilai Rm1800” Ok. Saya berkata dalam hati Wah baiknya bagi GPS dgn broadband siap ni. Bila dah otw balik dalam kereta, baru terfikir “Eh, ada ke GPS harga sampai ribu2 ni? PAPAGO pun beratus je” saya tanya husband saya. Rupanya husband saya sedar yang Penjual ni menipu, tapi malas nak menjawab. and then, kami clarify pasal benda ni pada Salesman Proton di Shah Alam. According to him, everyone who bought proton model 2012 deserve to get the rebate. dia sarankan kami check dgn HQ. I have already check with HQ, and yes! kami layak dapat RM3,500 rebate utk kereta ni. No such thing sebab full loan tak layan dan mereka akan appoint one officer untuk siasat perkara ni dengan Proton branch ni. Kepada mereka yang nak beli Proton, beli la kat tempat lain. Jgnla cari salesman yang putar belit melampau sgt. Cerita ni hanya untuk pengajaran,salah saya juga walaupun dah baca pasal cerita Puan yang beli Persona ni, tapi saya masih berdegil juga nak beli di Taman Connought sebab apa? saya cuba berfikir positive, kesimpulannya mereka memang bermasalah. Saya pernah kena dengan Salesman Perodua, tapi tahap putar belit dan menipu dia tak macam Salesman Proton yang saya jumpa ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s