funtasticko design

http://funtasticko.net

Proses PDI (Pre Delivery Inspection) Proton diseragamkan

9 Komen

PEMBELI kereta PROTON kini tidak perlu lagi bimbang mengenai tahap tidak konsisten mutu kereta diterima kerana semua kereta nasional itu, sama ada untuk pasaran domestik atau eksport akan melalui proses pemeriksaan pra-penghantaran berpusat seragam.

Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata proses ketat di Pusat Bagi Logistik, Peruntukan, Penyimpanan dan Perkhidmatan (CLASS) PROTON di Tanjung Malim dan Sijangkang, Klang yang beroperasi sejak sebulan lalu itu memastikan kereta yang diterima pembeli berada dalam keadaan terbaik.

“Sebelum ini, pemeriksaan pra-penghantaran dikendalikan berasingan oleh pengedar tempatan dan luar negara di pusat servis masing-masing sebelum menyerahkan kenderaan kepada pengguna, menyebabkan tidak ada konsisten dari aspek kualiti dan tempoh penghantaran.

“Dengan adanya CLASS, hab itu akan menyeragam proses pemeriksaan pra-penghantaran ke atas semua kenderaan PROTON, sama ada untuk pasaran domestik mahupun eksport, sekali gus menjamin kualiti, selain mempercepatkan tempoh penghantaran kepada pengedar,” katanya pada majlis perasmian hab berpusat CLASS di Sijankang, Klang semalam. Perasmiannya disempurnakan Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Zainal berkata, proses CLASS memberikan PROTON kelebihan kerana ia turut membolehkannya mengurangkan pelbagai masalah, termasuk pengendalian berganda sebanyak 40 peratus, mengurangkan tempoh menunggu kepada maksimum tiga hari, mengurangkan kecacatan sekunder dan mengurangkan lebihan inventori.
Bermula April 1, PROTON Edar Sdn Bhd mula memanfaatkan hab logistik berpusat Proton dalam usaha menambah baik rantaian bekalannya. Semua kenderaan daripada kilang pengeluaran di Shah Alam akan dihantar ke Sijangkang bagi pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) dan penyimpanan sebelum dihantar ke pengedar seluruh negara.

Kenderaan dari kilang pemasangan di Tanjung Malim pula akan dihantar ke hab logistik berpusat yang terletak dalam kompaun sama. “Kedua-dua hab itu membolehkan kami mengukuhkan kedudukan di pasaran domestik dan global dengan memusatkan operasi dan perkhidmatan bagi menambah baik keberkesanan penghantaran kenderaan dalam keadaan sebaik mungkin kepada pelanggan,” katanya. Majlis sama turut menyaksikan perjanjian perkhidmatan dimeterai antara PROTON Edar dan Konsortium Logistik Bhd (KLB) bagi menetapkan tahap perkhidmatan dari aspek penyelenggaraan penyimpanan, PDI dan persediaan penghantaran. Syed Zainal berkata, kedua-dua hab di Tanjung Malim dan Sijangka itu membabitkan pelaburan sekitar RM30 juta dengan keupayaan memuatkan 13,000 kereta dalam satu-satu masa.

sumber : bharian.com.my

9 thoughts on “Proses PDI (Pre Delivery Inspection) Proton diseragamkan

  1. Baru tengok hub di Sijangkang baru-baru ini. Ia seluas 18 hektar. Terdapat akses ke lebuhraya KESAS dan future Teluk Panglima Garang SKVE.

    Mengenai PDI, saya harap pelanggan wajib diberikan process flow chart / SOP semasa membeli kenderaan. Supaya pelanggan tahu apa peranan dia semasa dan selepas mendapatkan kenderaan.

    Cadangan je

  2. harap lepas ni mkin strict quality control.. Btw yg berita akak yg persona dia rosak x smpai 24jam tu xde berita folo up ke? Nk tau jgk..

  3. karamjit will race in a cucco neo during APRC au.

  4. Saya cadang DSZ menyeragamkan gaji , komisen dan kebajikan salesman under PEDA, kerana kalau salesman happy pelanggan mesti puas hati. Setakat sikit2 pelanggan boleh pejam mata. Kerana lidah salesman main peranan.
    Tapi DSZ tak pernah ambil tahu gaji , komm dan kebajikan tak ada langsung, salesman gaji pokok tak ada kalau ada basic RM300 (since 1985), no increament . EPF dan Socso pun tak seberapa kalau pokok banyak tu, salesman yang pernah jual ratusan kerata pun beli harga sama. No staff price .Sebenarnya tak ada apa2 kebajikan meraka yang kerja dengan dealer . Kebanyakan dealer tak ada duit semuanya floor stocking. Dealer semua penipu kerata test drive pun jual harga sama, keluar kerata tak ada buget nak polish, isi minyak pun kedekut, PDI tak buat sebab branch sevice jauh , kalau pergi PDi kat dealer kena bayar dulu.
    Saya cadang bubar aje PEDA, Proton tutup semua dealer yang miskin degil, merge jadikan 5 dealer teras, seragamkan gaji ,komm dan lain2 benefits. Saya yakin separuh dari rungutan dan komplain pelanggan akan hilang, Saya yakin kalau salesman kenyang layanan mesti 1st class. Tak ada lagi janji tinggal janji dan deposit hangus. Salesman tak jawab call.

    Sorry terpanjang

    • Hahahaahhaha..
      Betul-betul
      Saye baru2 nh temuduga untuk SA proton kat perak. Dah dpt dah tunggu medical checkout jer.. Tapi still 50\50.. Gaji deorg mmg secotet jer..Elaun lak akan ditolak bergantng bape banyak kereta dijual.. MMG la komisen jualan kereta tinggi tapi sebab dah basic secotet, kalau x d sales bulan tu, x ker mati nak cari duit.. Dan la nak jual kereta bukan senang.

  5. hurmm….nice move la kot..for improvement..tapi depend who they hired arr….kalo dier hire pencacai pencacai dari proton gak….same jek issue dier..
    outsourcing quality is normal practice kat automotive…Honda Japan etc is doing this…but orang yang kat dalam tuh yang mainkan peranan….I remember a guy name Hj. Azhar in my previous company..…people like him is la yang hancurkan quality Honda…and I think belambak la orang cam dier nih kat dalam proton…if outsourcing nih tak dapat selesaikan masalah orang orang VIP nih..same je la memaner pon..
    and kalo niat nak tingkatkan quality..may god with you…tapi kalo niat nak kayakan Kroni..god curse you lah..huhu..
    do bussiness as bussiness arr…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s