funtasticko design

http://funtasticko.net

Dany Bahar ingat Lotus ni bapak dia punya ke???

64 Komen

Macam celaka gak Dany Bahar ni rupanya…dia ingat Lotus tu bapak dia yang punya ke!!! Suka-suka hati je nak buat perancangan supaya Lotus keluar dari kumpulan Proton & joint dengan syarikat automotif besar lain seperti Toyota. Hello bro, lu ingat orang Malaysia ni dungu ke? Ko dah la buat idea Lotus masuk F1, lepas tu proposed 5 buah model akan datang, dah dapat pinjaman dari bank-bank Malaysia, ni nak Lotus keluar dari Proton pulak…Proton, tendang je la parasit sekor ni…dia bukan hebat mana sangat pun..

*sesiapa nak maki ke apa silakan, hahaha…

sumber : www.insideline.com

64 thoughts on “Dany Bahar ingat Lotus ni bapak dia punya ke???

  1. menarik perkembangan ni..huhu =_=

  2. smuanya politik, xheran sgt ngn mamat ni buat cmni

  3. Budus punya Bahar,senang2 je dia nak suruh Proton lepaskan Lotus,dah berapa kali rugi besar,sekarang elok semua plan tengah berjalan,dah nak suruh jual.

  4. Logik akalnya mmg la kalau kereta Lotus nak mantop, kena duduk bawah company besar…

    ada TAPI nya…

    KEPALA HOTAK dia nak senang2 je suruh Lotus keluar dari Proton… suruh la Team Lotus yang keluar…

    Proton dan Lotus sekarang ni dah macam Aur dengan Tebing… Kalau takde Lotus, customer pun tak confident..

    BAGI JE PRESSURE KAT DANY NI, turunkan gaji ke..

    Ataupun biar dia je berhijrah ke company lain..

  5. baru jer proton tlg dptkn hutang bkn skt. . kt tmpt dia sndiri mintk duit x dpt. .
    proton jgn la plak lepaskan lotus wlaupn dpt byaran mahal. .

  6. mamat tu dah nak kena pecat tu… tak lama lagi ada la keluar berita.. dia tgh panik tu mula la ckp meraban…

  7. hahaha… aku ada masuk forum autosport dari sejak dulu ada org dok suspek Dany bahar ni… terutamanya apabila ada laporan bahawa dia pernah tawarkan nak beli saham lotus dari proton. apa niat dia sebenar taktaulah…

    kita tengoklah apa komen Proton pulak lepas nih. Sebenarnya aneh dia keluarkan kenyataan macam nih.

    jadi ada bbrp kemungkinan.
    1- Memang proton dah bagi hint / isyarat bahawa Proton ada niat mahu lepaskan Lotus . lalu depa benarkan Bahar keluarkan kenyataan macam tu untuk tarik possible partner untuk lotus.

    2- Bahar memandai2 sendiri sebb dia mmg tak yakin dengan Proton, kemungkinan kedua ni bagi aku sepatutnya Proton tendang saja punggong bahar nih.. hihihi.

    • Aku pun rasa Proton mungkin nak test water. Dia suruh Dany buat statement nak tengok apa reaction pelbagai pihak. Kalau positif, maka boleh la dilaksanakan, kalau tidak maka diorang takkan buat.

      Lagipun ini antara benda yang biasanya CEO je akan buat, walaupun benda ni pada mulanya akan burukkan nama dia, tapi harus diingat, CEO ni expendable, so dia ada tanggungjawab untuk syarikat.

    • Kadang2 aku fikir reason No.1 tu logik gak… sebab biasanya sebelum press conference, memang director2 bincang dulu…

      Bro.. aku ada cadangan.. Buat je macam CEO maxis, ananda krishnan buat.. semua part yang menguntungkan dikeluarkan dari Maxis berhad dan tubuhkan company sdn. bhd. utk manage..so maxis yang ada sekarang kosong. P1 perlu tubuhkan Lotus Ride & Handling Sdn. Bhd. pastu semua kepakaran bagi kat kompeni subsidiaries under Proton..

      So, pada waktu tu kalau Lotus diorang ambil pun..takde effect pun.. hehe.. Lotus yang kosong macam tin kosong…

      In case perkara sama berlaku di masa depan..P1 kena perkukuhkan jenama P1… tapi seriusly buat masa ni tak perlu dipisahkan Proton & Lotus lg…

      • Mabeles idea bro. Sebelum jual tu semua teknologi dan hak milik teknologi lotus tu pindah proton dulu hahaha.

  8. bapa/datuk saya punya ….. 😀

    proton guna duit tax-tax daripada rakyat malaysia dan ditubuhkan pada 1983 ……. rakyat malaysia ialah salah satu owner proton dan lotus ………

  9. Kawan dah cakap dah Dany Bahar ni memang sengaja nak bankrapkan Proton masa dia punya plan terlalu ambitious keluarkan 5 buah kereta sekaligus. nanti bila dah rugi teruk, mungkin Proton terpakasa jual macam MV Augusta dulu, 1Euro aje. Dany bahar ni dah nampak dah dia boleh takeover Proton nanti. Oleh itu, janganlah percaya sangat dengan sesiapa. kawan dah bagitau awal dulu dah. Tapi ramai yang defend dia ni. Mungkin sebab Lotus dah menang hak penggunaan nama Lotus, dia jadi lebih yakin cakap macam ni. Potential buyer untuk Lotus tak lain tak bukan, VW.

  10. DANY BAHLOL AR

    So, iktibar dari problem ni..jangan percayakan KAKI LOMPAT…

    Proton perlu pantau strategi-strategi MUSUH ni… diorang ingt company anak melayu senang diperkotak katikkan ka?

  11. Terima post kat Lotus bagi tambahkan CV dia untuk job kat tempat lain🙂

  12. Haa.. Itulah. Masa krisis Group Lotus vs Team Lotus, orang dok sibuk sokong mamat Bahar ni. Orang di negara barat sana pun kritik perancangan Bahar. Pinjam duit dari bank Malaysia lepas tu senang-senang nak suruh Proton lepaskan Lotus. Ada la setengah orang tu kritik Tony Fernandes. Tapi tengoklah apa yang dia akan buat dengan Caterham tu. Kalau bagi Lotus pada Tony Fernandes suruh naikkan balik nama Lotus tu pun okay juga daripada bagi pada Bahar dan bangkrapkannya.

    • Tony wanted to own LOTUS, previuosly NAZA want to own PROTON, but govt does not agree with the idea. But if Tony just want to manage LOTUS, then that’s okey….

  13. KITA BAKOR AJER DIA TU!!!!… DSZ, please don’t sale LOTUS… PROTON has used M’sian’s money to safe LOTUS..
    anda sila baca kat Edmund.com, LOTUS sebenarnyer dah ada teknologi yg ramai org tak tau…. kalau tak ada, tak kan si BAHAR ni berani nak beli LOTUS… DSZ, please send your internal auditor team to investigate LOTUS’s operation,.. kerajaan Malaysia, sila hnatr Public Auditeor Committe (PAC)… >:

  14. bottom line…fire jer danny bahar ni, buang masa simpan org mcmni…byk lg org yg lebih bcaliber..

  15. mmm…. lepas satu, satu. Harap Datuk Nadzmi selaku pengerusi Proton a.k.a Group Lotus bijak tangani isu nie. Bukan masanya proton lepaskan lotus setelah apa yg proton telah laburkan. Kalau Danny bahar cuba bermain api dgn pemegang saham terbesar lotus nie, tunggu jer la masanya… Kita tunggu jer apa reaksi pengerusi proton tu dgn statement2 Danny Bahar tu.

    Lotus adalah satu nama besar dlm ledenda permotoran. Kalau silap langkah, mmg ada potensi ‘mutiara’ nie bila2 masa bleh terlepas ke tangan jerung2 yg mmg menunggu kelekaan sahaja. Proton pun ada potensi berkembang di masa hadapan, mmg banyak yg dengki dan iri hati dgn kemunculannya di arena global nanti. So, kita sebagai rakyatlah yg kena support dlm masa susah dan senang syarikat anak watan nie.

    cheers!

  16. Y Family engine plak nih, Saga R 1.5L Single Phaser PFI 2014, Exora R 1.8L Dual Phaser PFI 2014, Exora R 1.5L Dual Phaser GDI Turbo 2015. Saga FL Phase 2 Campro IAFM+ CVT masih maintain SOP june/julai 2011.

  17. Bagi aku yg paling senang dan paling ada maruah buang jer Danny Bahar tu, ramai lagi org Malaysia yg boleh ambil jawatan dia, yg paling penting bagi peluang rakyat Malaysia.. Tengok macam maner rakyat Malaysia buat kerja plak.

  18. 1. we need someone to explain the importance of our purchase over lotus engineering.

    2. we need explanation why we are so much into investing lotus car.

    -and presently we need some report from lotus how and what improvement has been benefited us and our car.
    -with huge investment made, we also need reports on what has been done in charging lotus car forward into sports car playing field right from the start.

  19. actually aku rasa the esiest way out ialah untuk Tony ambik portion yang Khazanah pegang, jadi biggest shareholder dan effectively own proton and lotus itself. Pastu apa yang dia nak buat dengan Dany Bahar terpulanglah kat dia. Sweet revenge kan.

  20. Ape reaksi org2 proton brkaitan dgn knyataan tony bahar ni.. Tony bahar ni org yahudi.. Proton xpatut prcaya dgn org yahudi ni..

  21. Berita baik. MOU Proton-Nissan dijangka muktamad Jun ini. Harap2nya jadi.

    http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-daily/187246-proton-parked-for-the-time-being.html

  22. Bro-bro..
    merujuk kepada komen aku sebelum ni… kita jual je Lotus tin kosong tu… dengan syarat kita ambil semua teknologi..
    Sekarang ni pecah-pecahkan Group Lotus kepada beberapa subsidiaries under Proton… setiap Subsidiaries lantik la manager-manager.. so dah transfer semua teknologi, jual je…
    pada masa sama buat syarat nak guna penjenamaan Lotus Ride & Handling, Engineered by LOTUS dll… dan slow-slow gunakan “Proton Ride & Handling” (formerly known as Lotus Ride & Handling)…

    So, jika dah semua taeknologi dan disedut.. ok loh.. hehhehe.. Tony F pun suka jenama, konfirm dia beli dowh.. makin laku tali lanyard yang diorang jual atas flight tu..hehe

    -cadangan 20sen dari aku je..

    • mmm… jenama lotus sgt2 bernilai sekarang nie. X mgkin proton lepaskn. Kalau proton lepaskn lotus saya andaikan satu tindakan b*d*h. Bukan setakat teknologi jer, nama lotus tu dah seperti magnet untuk menarik segala pelaburan yg memberi keuntungan kpd proton.

      cheers!

  23. Apa komen warga Proton?

    Saya rasa Proton perlu simpan Lotus. Tendang sahaja Dany Bahar ni keluar jika tindak-tanduknya dilihat meragukan..

    • bagi say Asset Lotus sangat penting untuk proton..
      Tapi saya rase mcm pelik jer dengar cerita nh.. mcm ada benda yg dany bahar & proton management sembunyikan..

  24. adkh ini stu cre utk govt utk dpt income?sbb pemegang syer utama p1 ialah khazanah…

  25. jgn lepas kan lotus. aset penting.

    aku nak tanya korang suv ape nih? http://saluran07.blogspot.com/2011/05/suv-apakah-ini.html

  26. bagi aku kalau proton lepaskan lotus pas ni proton tak ada apa apa yg boleh dibanggakan lagi la. Kepercayaan org pada proton akan merudum. Sekarang proton banyak bergantung kepada lutos utk menaikkan jenama dan nama proton.

    Rasanya bodoh sangat sangat org kuat proton kalau jual lotus.

  27. i smell sometihng fishy…. kl ikut berita the edge yg aku amik perhatian nilai saham…. skg jatuh, adakah statement ini dibuat utk tgk saham proton akan makin jatuh atau naik….. drpd situ beberapa kesimpulan akan dapat dirungkai…. kesimpulan2 ialah ….. anda fikir sendiri …..

  28. mmm… tu la pasal. xkn danny bahar nie begitu berani cakap mcm tu? tentu ada sbb nie…

    cheers!

  29. is Y family engine is under lotus development?

  30. Apalah korang ni kepala otak budak kampung betul.. kejap cakap Proton akan tiada nilai tanpa Lotus.. kejap lagi cakap mamat ni hina melayu pasal nak keluarkan Lotus dari syarikat anak melayu. Kalau bangga sangat Proton tu “syarikat anak melayu”, buat apa nak simpan Lotus. Hakikatnya sekarang Proton ni tak kuat walaupun ada Lotus. Namun begitu, Proton semakin maju di bawah pimpinan DSZ. Lotus ni syarikat swasta walalupun pemegang saham majoritinya adalah Proton. Tak mungkin Bahar akan menyebut idea menjual Lotus jika ia tidak melambangkan kehendak pemegang-pemegang saham Lotus, terutamanya Proton. Korang macam budak kampung bikin bising kat sini nak maki Bahar ni (ada yang tuduh dia tu yahudi pulak, memang dasar otak orang kampung mundur) sedangkan ini sebahagian daripada perancangan dan percaturan Proton sendiri. Buat malu jelah korang in.

    • huhu oi hero kampung… ikut suka depalah.. lagipun aku dah buat bbrp andaian kemungkinan.. hang tak baca ka? awat hang rasa hang dah best sangat ka? hihi

    • bukan buat kecoh bang oi, dany bahar ni proton lantik dia sebagai ceo untuk pulihkan semula lotus dengan bawa keuntungan dlm masa 5 tahun akan datang, bukan suruh keluarkan lotus dari kumpulan proton..lotus terbahagi kepada 2, lotus cars & lotus engineering..tapi dua2nya saling berkait…lotus ada teknologi yang terkini & masa depan yang amat diperlukan oleh proton untuk bersaing diperingkat global..lagipun lotus banyak jadi consultant bagi syarikat2 besar lain termasuk toyota..takkan la proton nak lepaskan aset dia yg bernilai ni kerana cadangan seorang manusia yg bernama dany bahar..selain tu proton boleh belajar teknologi baru & buat usahasama dl pembangunan model2 akan datang..

      saya yakin idea ni datang dari dany bahar sendiri sebab dia sebenarnya dalam keadaan tertekan sebab perancangannya terlalu drastik..bayangkan jika dia gagal pasti reputasinya akan teruk macam sampah..lagipun ramai pemerhati diluar negara juga ragu2 dengan perancangan dia ni..ini adalah salah satu cara menyelamatkan diri lebih awal jika dia gagal..buat kontroversi dengan harapan ada tindakan dibuat atasnya, jadi jika ia berlaku dia ni la org paling selamat & reputasinya takkan terjejas..fikir la baik2..orang kalau terlalu yakin ni biasanya akan buat kesilapan..keyakinan ni perlu ada tapi jangan terlalu yakin sebab kita cuma merancang, tuhan yang menentukan…

      • hahaha,,, mat kilau aku sokong kalau semua org cakap yg kau ni bodoh tahap lembu, mgkin kau leh tukar jd mat lembu, otak mcm leembu, hati mcm batu, mulut mcm longkang,

      • em…ok. ni apa yg aku tau.

        bahar ni mmg dah ada plan sebelum msk lotus lagi. tujuan utama dia adlh nak bagi proton lepaskan lotus tu dan jual pada vw atau kompeni eropah lain. pertama dia buat 5 kete konsep tu dah proton setuju buat 4. proton dah buat pinjaman under nama lotus sebyk 270m pound dan under nama proton sendiri 100m pound. tapi mslhnya kete nak kuar 2014 tapi satu habuk takde lagi progress dari baha ni. alasan dia enjin. dia taknak guna enjin toyota/yamaha lagi sebab alasan takde feel lotus. lotus nak develop sendiri enjin. nak duit lagi. lama2 hutang makin byk, progress takde proton kene jual lotus. bagi aku buang je baha ni. cari ceo lain dan teruskan projek sedia ada. tapi proton kene hadapi hutang plak. campur dgn projek sedia ada proton ni. kesan lain proton kene ambik alih dari kompeni lain contohnya VW sebab nak tampung projek. tu belum cmpr duit venture msk f1, indycar lagi.

        aku tgk mcm konspirasi dari vw. dulu kita ada project dgn italdesign tu tapi dah dibeli plak oleh vw. vw kuar plak kete konsep urban lebh kurang emas. emas plak tah ape cite ni. skang ada konspirasi nak beli lotus cmpr jatuhkan proton.

      • nxid, ada logiknya teori konspirasi yg bro bagitau tu…memang vw dari dulu lagi nak proton ni..lubuk emas dia untuk berkembang kat asia tenggara…saya berharap sangat yg vw group ni akan tumbang macam gm yang bangkrap…sebab orang tamak selalu rugi, kita tunggu je nanti…

      • Bro NXID…

        Logik gak idea konspirasi Dany BahLOLar ni mcm ko cakap..

        Mcmtu la bisnes, musuh sentiasa cari lobang nak cucuk.. ada peluang grab terus..
        Best thing to do sekarang.. Proton buat statement itu hanya pendapat peribadi Dany BahLOLar saja..
        Bir investor2 Proton yakin dgn Proton dan takkan kehilangan Lotus.

        p/s: Cuba korang bayangkan ‘Lotus’ ni sebagai seorang gadis mat saleh kacukan melayu, yang mempunyai body mantop (kereta sport), bijak pandai pulak tu (teknologi), pastu dinobatkan gadis tercantik pulak dan punyai reputasi yang tinggi dalam bidangnya…pastu dikahwinkan dengan Mr. Proton..
        Konfemla ada yang dengki bro.. ada yang anggap tak sekufu dan mcm2.. pastu yang ada peluang jadi keluarga dgn Lotus, konfem dah taruh hati dan nak pisahkan Lotus dgn Mr.Proton..
        hehehe..

  31. lepas satu2…

    bermula dari Tony Fernandes dan terbaru Danny Bahar

  32. apa2 pun kita tggu kenyataan dari p1 plk…
    sapa2 ada baca paper berita harian hari ni?….
    ada 1 kompeni dr poland berminat nak mengedar kereta p1 & lotus kt sana….peluang terbaik utk p1
    x sia2 pelaburan dibuat dlm sukan rali,dah mula menampakkan hasil positif….x silap cusco pun dah order beberapa unit satria neo direct dari malaysia

  33. saya rasa report ni di petik dari inside line…….ini orang “sensational” reporting.

    kerana mereka tidak melapor kan.
    “Proton has spent a lot of money on Lotus, probably a lot more than they would have liked, and I am sure that one day they would like to see that money back. With the plans we have and the success of Lotus Engineering, now, for the first time Proton can get the benefit from their subsidiary.”

  34. itu petikan yang dikatakan danny bahar…

    nyata laporan insideline lebih bercirikan sensionalisma

    laporan yang lebih reliable.

    http://carandvannews.co.uk/2011/05/31/funds-in-place-for-lotus-model-blitz/

  35. at this level its a share market game. it involve players issues and speculations.
    we hope they handle it at best.

    for the end user all the question and answer what lies is a 4 stroker under the bonnet

  36. apa2 hal bincang dulu. dsz, danny bahar. funds dah dapat kan. make the best of it .

  37. kita sebagai blogger patut sokong supaya proton mempertahankan lotus. DSZ lihat dan fikir ape kita luahkan kat sini.

  38. bro XND
    the senario is quite logic in that pespective.
    and furthermore if we see that german auto maker keens to buy prestigious and popular name brand like like RR Mini Lambo, Buggati,
    .brand name they got but importantly they have the knowledge and technology and capability.to revive brand names. and of course its proitable.and thats lead them to power.
    i think one of the intention to gain lotus name last time is to win protons share last time, in a way.
    and now its a new plot of how to get it.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s