funtasticko design

http://funtasticko.net

Brochure Perodua Myvi 2011!!!

63 Komen

Arena kereta telah mempamerkan brochure Perodua Myvi 2011 yang bakal dilancarkan minggu hadapan. Warna baharu Mystical Purple memang menarik. Buat masa ni versi 1.3 akan dilancarkan terlebih dahulu. Adakah versi 2011 ini bakal meneruskan legasi abangnya sebelum ni? Sama-sama kita nantikannya..

Harga OTR termasuk insuran :-

RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance

sumber : www.arenakereta.com

63 thoughts on “Brochure Perodua Myvi 2011!!!

  1. Tagline yang sepatutnya untuk Myvi ni ialah ” lagi, lagi Myvi” bukannya “lagi, lagi best”…hahahaha…

  2. Cekik darah betul p2 myvi baru ni dah sama price range dgn persona 1.6L iafm. Kalu banding dgn harga saga fl gila khizir mahal myvi baru ni. Hampeh!

    • terpaksa jual mahal sebab nak cover kos anta ke IDIADA buat julung kalinya, hahaha… selain tu spare part dari Jepun kena tsunami, tu yang Jepun mark up skit..barang limited bro..🙂

    • Pergh..1.3L Elegance almost RM58k!!!! Ini belum lagi versi 1.5L. Takkan cecah RM69k kot?

      Persona Elegance 1.6 HL pun RM59k..Ni betul2 cekik darah

  3. 1.3……………………….myvi HATCHBACK
    RM44,926.00 (M) Standard
    RM47,726.00 (M) Premium
    RM54,908.00 (M) Elegance
    RM47,926.00 (A) Standard
    RM50,726.00 (A) Premium
    RM57,908.00 (A) Elegance

    1.6………………………saga fl SALOON
    RM46,549.00 (A) Executive

  4. wow harga ok gak nie..
    dual air bag & abs utk std kira ok la tu
    tp pikir 2,3 kali nak beli nie

  5. beza harga standard dgn premium lebih kurang 3 ribu… aksesori yg beza anatar standard dgn premium xbyk pun.. rim, fog lamp, cd player yg ada usb& bluetooth… berbaloi ke??? aku rase kalo orng nk beli beli mesti beli yg standard je.. yg lain2 tu aftermarket lg murah kot..

  6. salesman yang buat rasenye .. siap ada tanda soal .. eh .. rear spoiler semua ada? isofix? hum.. abs for all variant? tunggu brochure bebetul kuar la .. betul cakap murai .. baik amik standard ..

  7. saga 1.6 lagi murah. lantakla assesori tu.

  8. Ini cabaran pada Proton sebenarnya sebab kalau orang yang pentingkan keselamatan, tentu dengan adanya ABS dan juga dua airbag menjadi pertimbangan yang menyebelahi P2. Salesman P2 kena bukak wikipedia la..study betul2 ttg kesan ABS dan airbag pada pemanduan. Nanti bila org tanya…dok pusing tunjuk GPS la…fog lamp la, meter baru la.
    Saga walaupun enjin baru tapi kalau ikut masih ketinggalan. Handling saga tak sama mcm Persona, Persona High Line memang mantap. Tapi kalu ikut aksesori, masih takde underseat tray, safety triangle tak pasti ade ke tak, dan yg ade anak kecik ISO Fix Child Restraint System. Memang boleh puji lah Myvi baru ni. Satu cabaran buat proton.

    • itulah..bende mcm underseat tray tu nmpak je simple n murah tp itu la yg saiko pompuan or average buyers bila pergi cek keta ini depan mata. sebenarnya semua aksesori tambahan ini sbnrnya dah jadi wajib dah dan proton mmg kena counter hal ini plus dgn perkenalkan dua tiga aksesori wajib lain.

      • ABS ni aku tak penah rasa kegunaan dia , tapi myvi ni kereta kontot , klu kena langgar blkg direct terus pada orang yg dok belakang.
        bagi aku model sedan adalah citarasa rakyat Malaysia, model kontot atau compact adalah citarasa rakyat Jepun,

    • em..aku ada tanya beberpa kwn pompuan knp pilih myvi.
      diorang tak ckp pun psl myvi ni cantik dan save minyak. abs, ebd mmg haram tak tau.
      yg diorang bagitau seat myvi tinggi, bonet dpn pendek, belakang takde bontot senang reverse. tu je.

      tanya la dvvt ke, handling ke, imyak itam ke. diorang senyum je semua tu. pam tayar pun ada yg fail.
      tapi memang aku akui bkn semua pompuan camtu. ada gak yg power psl kereta tapi diorang tak beli myvi la.

  9. dari segi harga yang dipaparkan di atas, memang agak tinggi untuk sebuah kenderaan kompak. namun, apa yang disediakan dalam setiap varian itu, sesungguhnya memberi nilai yang tinggi buat Myvi LLB ni (walaupun sesetengah dari kita mengatakan, tidak berbaloi dengan harga). walaubagaimanapun, ia menjadi satu cabaran buat Proton untuk menghasilkan model2 terlarisnya supaya setanding dengan Myvi LLB ni, dan menawan hati2 pengguna Malaysia terutamanya.

    “mungkin Saga FL phase 2 mampu menyaingi Myvi LLB ni.. mana laa tau kan, hehe~”

    *LLB = Lagi, Lagi Best..

  10. Nak beli kereta jgn tgk harga mahal ke murah ke,tapi tgk gaji dan kemampuan kt dulu,kira dlu gaji vs monthly installment,maintanence+wear n tear,petrol,tol,aksesori dan misc,kalu rasa ckp baru pegi booking,byk org skrg dia kira nk byr installment je tp yg lain dia lupa, sbb harga ni subjektif bagi setiap org,ada yg rasa mahal dan ada yg rasa murah,tepuk dada tanya gaji..hehe

  11. pd aku, aku xfancy sgt gajet2 electronic nih.
    kalu rosak, ko bayangkan je la regenye.

    tu xcampor kena servis kt authorized SC, takut2 xble claim warranty.

    1. autofold side mirror
    -time jem, bw kete bajet line betul2. ko ingat org yg naik moto tu nk sgt ke langgar sidemirror kete?
    -xpn, design side mirror kete rendah/tinggi drp averege height handle moto. senang, bukan?

    2. “Took Kit” to apa? refer list di atas. “Hook” ke?
    kalu tgk kt keybod nih, huruf “T” & “H” mmg dekat2..

    3. isofix tu mmg bagus. ok proton, sila buat.

    4. kalu myvi gen1, mmg sampah radio dia.
    tutup radio, sumbat mp3 player bunyi lg sedap.
    harap2 yg ni bunyi dia OK la.

    5. ABS & 2airbags tu mmg bagus!

    • 3. Isofix kat Inspira dah ada. Tapi rasaya benda ni tak penting pun kat Malaysia. Child seat kat negara kita ni banyak lagi yang guna 2 point seatbelt aje. Yang guna isofix ni yang mahal2. Lagipun dalam 100 orang yang beli kereta ni, berapa percent yang ada anak kecil nak guna isofix child seat?

      4. Head unit Perodua memang tak best langsung. Speaker dengan head unit cap ayam. Bagi skrin dengan GPS pun tak berapa nak guna sebab kat kedai luar lagi banyak option double din head unit + reverse camera yang sangat-sangat murah serta berjenama.

    • 2. Tool kit .. K ngan L sebelah2 ..😀

    • kadang2 apa yg kita fikirkan sebagai lelaki dan orang yg mengikuti perkembangan automotif tempatan dan global adalah lain dgn pembeli seperti wanita, golongan tua, golongan kaya atas yg mencari kereta utk ke pasar (or 3rd compact car) dan golongan 1st car buying. Rasanya bagi mereka spec dan aksesori tambahan ini sangat2 WoW bagi mereka dan rasakan ia berbaloi. berapa ramai sangat kah yang selepas membeli kereta akan intai kedai ahbeng or aksesori untuk tambah nilaikan lagi kereta masing2? dengan kesibukan kotaraya skrg ini kebanyakan orang malas untuk sebegitu dan itu lah spec seperti ini sangat2 mengujakan mereka.

      satu je cara Proton untuk counter semua ini dan keep up to date adalah dengan mengambil semua kehendak2 ini dan jadikan ia standard dlm semua line-up, ia mungkin nampak agak membazir tetapi image yang akan diperoleh adalah sangat2 bagus dan org akan nyatakan proton tidak kedekut pada buyers.

      • Maksudyang sebenarnyanya ialah, Perodua justifikasi harga tinggi sebab feature-feture dari jenama Cap Ayam yang tak seberapa ni. Orang kampung cakap, jacked up the price”. Dulu pun EON pernah buat macam ni. Bagi la aksesori merapu meraban (sticker, spoiler, sport rim yang tak lawa) semata-mata nak untung lebih. Sedangkan harga-harga aksesori tu termasuk dalm loan hire purchase kita. Sebagai contoh, head unit. Harga kilang dalam RM450, harga di luar RM250. Kat sini dah beza RM200. Lepas tu kalau kita beli di luar kan kita bayar cash selalunya. Apa jadi bila harga built in termasuk dalam loan? kena interest kan? Dari RM450, setahun interest 3.5% = RM15.75 setahun. Loan 9 tahun RM15.75 x 9 = RM141.75. Jadi harga head unti sebenar yang built in tu adalah RM450+RM141.75 = RM591.75. Beza harga dengan pasang sendiri cash RM591.75-RM250=RM341.75.

        Memang la duduk KL ni hari-hari kerja, tapi kan ada hari minggu? Lepas tu bukannya sehari suntuk duduk kat kedai aksesori pun. Fikir-fikrikanlah.

    • tool kit = spana, jack, alat nak cabut tayar dan lain-lain tu kot.

  12. Dulu Myvi laku sebab tak byk option utk kereta segmen dia. Tapi kali ini Myvi baru muncul tetapi saingan lebih sengit. Dengan ada SAGA 1.6, Hyundai i10, Suzuki Alto, dan byk lagi.
    Tak lama lagi SAGA dengan IAFM+ dan transmisi CVT pulak akan muncul. Ura-ura kedengaran SAGA FL SE pun dalam proses.

    Firasat saya, Myvi tetap akan laris, tetapi mungkin tidak selaris model sebelumnya. Apakah pengguna Myvi sedia ada nak jual Myvi dan beli 2nd gen ni?

  13. Orang perempuan la ni pun tak mau pakai myvi dah. Living proof.

    http://oneloveintwohearts.blogspot.com/2011/05/putih-gebu-saya.html

  14. Erk..boleh tahan harganya..Walaupun spec nampak memberangsangkan, tapi harga pun tak boleh kalah juga. Mmg perodua ambil peluang di atas model Myvi ni.

    So Proton, keluarkan model2 yang lebih mengancam untuk segmen myvi/viva ni.

  15. Lagi Best!…
    Lagi Best! keluar duit banyak, dapat teknologi Jepun tapi enjin masih 1.3…. perghhhh
    Lagi Best! sebab dah tentu model asal Jepun yang dinipiskan besinya untuk lebih jimat petrolnya…
    Lagi Best! kereta baru ni hantar kat IDIADA untuk crash test…. tak tau le ada tak test kereta tu guling guling…
    Lagi Best! 1000 orang pertama jek yang dpat kereta ni melaram masa raya sok…. selebihnya TAHUN DEPAN!
    Lagi Best! tambah duit bukan sikit dari model Myvi lama… tapi bila gi Hypermarket beli stok 2 minggu, anak kat belakang yang ditambat Isofix… mencebik muka sambil cakap dalam hati…..”mak tukar kereta baru ni pun sama je barang kena berimpit ngan adikkk…. “)HUHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  16. minat.. tp.. korang rase, patut kah aku beli gantikan viva aku?

    • kalau sanggup nak tggu persona r, baik tggu..kalau tak mesti menyesal tak ingat beli myvi…

      • Apasallah lambat sgt persona R nak keluar daaa….. mesti ramai akan beli myvi baru ni…

      • bukan lambat, memang due dia mac 2012 kalau xde apa2 pindaan..lagipun time tu lifeclycle persona sekarang pun dah cukup 5 tahun..persona r memang berciri global, berbaloi menunggu…1st kereta malaysia ada running daytime led kalau xde kereta lain potong line dulu la..hehehe..

  17. sungguh pun mahal harga nye itu.. namun dek kerana DNA jopun mu itu… totap menjadi pujaan hati wanabbe jopun… hehe…

    • Alhamdullilah hampir hampir nak accident ptg tadi kat exit KLIA(bukan main laju ko drive kat highway tadi siap kutuk Exora lembab lagi),pucat hilang darah member aku,ingat awak tu bawak Alza mana boleh layan corner bang…..

      P/s masalahnya aku sekali ada dalam kereta tue….sial betul.

      • ye ke bro, syukurlah takde berlaku apa2..harap member bro tu hati2 la lepas ni…baru dia tau Alza tu macam ne..hahaha..

      • Nak buat macam mana layannn jer,Geng2 kipas susah mati Jepun ni…cerita lah apa pun kebaikan Proton yang diorg tahu kereta Jepun jer best……lantak lah…

      • Tu yang saya kata, Kalau P2 nyer kereta kalau layan corner jawapannyer cepat naik atas lori tunda la x pun atas divider/pagar jalan.

      • Alza pakai spring asal mmg out. Must change the spring. So far myAlza give a nice job…😉

  18. bile saga fl phase 2 launch, xsabar nk sambar kereta baru…nk amik myvi mcm bazir je

    • Ya betul. Bila nk keluar saga FL n ‘Tuah’ ni. Cepat sikit kayuhan wahai proton. Lainlah kalo blh buat loan keta byk2…

  19. Paying this price for a toyota engine is worth it. In terms of safety, I like it because of the fix child restraint system and also dual airbags. My child’s car seat has this system but the current car that I’m driving, Nissan Livina, nor other cars do not have this system. mostly, only continental cars have this. (The child car seat follows the UK and American safety regulations.

    Besides, it also have a new feature; the electric retractable mirrors. Most cars, even the Vios (lower spec) do not have this. Unlike my 1990 Honda Accord, which already have this 21 years ago. I should say a thumbs up and bravo to Perodua for this upgrade.

    It is not too small (like Kancil), and not too big (like Alza), just nice for mothers with one or two kids and for town driving. My friend who is working in UMW, tells me that Myvi is a good buy for a Toyota make.
    Think safety as well when buying a car and not just the exteriors.🙂

    • http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=494920&extra=&page=2

      saya sebagai pengguna myvi mencadangkan anda memilih saga kerana:

      – anda adalah seorg wanita & memerlukan byk ruang utk letak benda2 yg x sepatutnya spt (kasut, baju, beg make up, beg tgn, etc (mmg perangai kebykkan pompuan mcm ni)

      – anda baru nk pakai keta, jd tahap pemanduan tu mungkin agak ganas lg…keta myvi ni x thn kalo nk lenjan…kalo x caya cuba bwk kt highway dgn kelajuan lebih dr90 km/h atau pun cuba amik selekoh kt highway penchala belakang solaris, mont kiara tuh.

      – anda baru guna keta, jd blom ada byk pengalaman psl sapre part keta ni. utk pengetahuan anda, aksesori myvi mmg byk di pasaran & harga nya pun agak mahal.

      – jika anada beli keta utk jangka masa panjang, maka keta saga lebih seusai krn lebih byk comparement.

    • http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=494920&extra=&page=2

      – suspension system myvi yg original sgt lah tidak memuaskan….selepas penggunaan selama 6 bulan, akan ada kesan leaking di bahagian absober terutama di bahagian belakang sebelah kiri…
      – kalo bwk kat highway dengan kelajuan optimum (kelajuan yg dibenarkan oleh undang2) stereng kena pegang kuat2 sbb suspension sgt lah lembut & juga rekabentuk bdn myvi yg lebar & tinggi membuatkannya x sesuai di pandu laju…
      – break disc x cengkam….begitu juga handbrake….kalo berenti kt traffic lite atas flyover, kena tarik handbreak sampai nk putus kabel break…
      – power window bhgn hadapan sebelah pemandu (co-driver) selalu mengalami masalah…

      • Bukan Proton ke sinonim dengan power window ni Japanese Wannabe??

      • aku perasan, myvi wife aku pw driver side dh bunyi lain macam.
        krek krek gitu..naik pn lambat.

        ada juga dgr myvi pw switch problem.

      • So far mywife old myvi still ok and no problem. Saga juga bagus but bagi aku, better gav her myvi than saga, aku tak percaya dia parking saga tu. Sedangkan waja aku bumper belakang asyik calar je disondolnya divider…..huhuh

  20. Pingback: Brochure iklan dan spesifikasi Myvi Baru 2011 | NotaKosong

  21. btol jgk tu, cc kecik harga mahal, harga lebih kurang toyota corolla altis 1.8g yg second hand
    saya rasa elok amik corolla altis, lg kualiti walaupon second hand, siap ade traction control lg, klu myvi baru ni mahal tp xde natang tu pon wtpe, kona buang jgk

  22. iklan Proton kalo baru andai ada produk baru kluar.. ” lagi-lagi rosak ” kah kah kah kah kah kah kah senak telor gelak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s