funtasticko design

http://funtasticko.net

Perodua ingin jadi “global player” dalam masa 5 tahun

95 Komen

Besar cita-cita & impian Perodua ni rupanya. Baguslah kalau ada wawasan macam tu. Mereka ingin menjadi “global player” dalam masa 5 tahun akan datang. Jika ini ingin direalisasikan Perodua perlu la bersedia dengan R&D mereka sendiri, bukan semata-mata bergantung kepada Daihatsu. Takkan la nak jadi global “rebadged” player kan? Kena la ada model rekaan sendiri, tak kisahlah pakai platform & enjin Daihatsu, janji buat sendiri dari sketch sampai la manufacturing. Dengar kata MD diorang nak buat enjin turbo pula lepas ni. Semoga Perodua berjaya mencapai impian tersebut, kita harap sangat nak tengok hasil tangan Perodua sendiri..jemu dah asyik model “rebadged”, ada berani ke?

ps : gambar kat atas tu ayat dia sepatutnya Malaysian taste, Japan style..bukan global style..tu lebih afdal, gambar dari Paultan.org 🙂

Advertisements

95 thoughts on “Perodua ingin jadi “global player” dalam masa 5 tahun

  1. mcm cepat sngt ja. padahal selama ni rebadge ja keja. ak lebih menaruh keyakinan kepada proton dari perodua.

  2. Global player dalam masa 5 tahun , sepuluh tahun pun belum tentu cukup , tak payah berangan lebih PerutDua , belajar hasilkan kereta sendiri tanpa bantuan abang besar T & D dulu baru boleh cakap nak jadi global player .

    • bagilah sokongan sikit. Perodua nak berubah, ko pergi kutuk buat ape. Kalau org nak berubah kepada kebaikan, sila beri dorongan, jgn diperkecil-kecilkan pulak.

    • Camnila bangsa malaysia kita. Bab mengutuk no.1. Kot betul perodua akan berubah dalam 5 tahun camne? Kita bukan tahu perancangan perodua ni. Aku tgk kereta perodua lagi cantik dari daihatsu n toyota dari segi exterior.

      • macam mana tak kutuk , kalau rakyat Malaysia sendiri beli PerutDua atas dasar kereta teknologi Jepun dan ingat senang2 T & D nak lepaskan gitu je , memanglah lagi cantik tapi itu je yang lagi bagus , lain-lain ?
        Kutuk2 pun nak tengok Perodua berubah , takkan selama-lama nya nak harapkan teknologi Jepun , dah tu dapat pun yang dah ketinggalan punya .
        Ayat ‘camnila bangsa malaysia kita’ sepatutnya ditujukan kepada orang yang lebih memerlukan

      • yang kutuk 2 x dapt beli kete p2 atau p1 je…lau btl handal bt syrikat sendiri n buat kete sendiri jgn duk ngata org je…habuk pn x de.bkn kate nk wat kete nk tkr tayar pancit pn aku rasa x pandai .renung2 kn lah

  3. apa2 pun kita wajar bg sokongan…sekurang2nya mereka dah tetapkan visi&misi mereka…tak menjadi masalah kalau permulaan dia share platform dgn daihatsu….jalan pelan2 dulu

    alah,mcm p1 dgn first design in house waja,bukan ke share platformkan dgn mitsu carisma,volvo?
    tapi tang harga je bg aku p2 mmg….

    itu pun KALAU p1& p2 masing2 berjaya peringkat global,mungkin boleh bergabung,cth hyundai kia…..

  4. ckp pndi lh…glbal konon…bluekkkk….

  5. enjin turbo tu sbnrnye strategi daihatsu.cme psng je kt m’sia lpas ni…

  6. sebenarnya p2 punyai byk kelebihan dari segi backup abg besar mereka utk tembusi marketing global secara amnya. namun p2 juga kena punyai range yg sperti proton yakni sedan dan bukan lagi kategori k-kar or mini compact.

    rasanya mcm deal bahawa p2 takan masuk market p1 dan sebaliknya akan lupus selepas keluarnya Proton Emas dan maybe rebadged vios as perodua? or myvi/alza sedan?

  7. Baguslah.. ada 2 syarikat otomotif malaysia nak berglobal.. hihi… asalkan kerajaan telus dan pentingkan rakyat… semua akan global insyaAllah. Masaalahnya skrg ni hidup rakyat makin terdesak.. kerajaan suruh ubah cara hidup dan berjimat.. sedangkan perbelanjaan menteri suck harta negara. Kalo depa cut atau potong perbelanjaan haram tu untuk kepentingan umum kan bagus… untuk RnD otomotif pun ok gak. ni hampehh.. ubahlah cara hidup anda.. demi kemewahan kami. hihi.

    1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
    – semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

    2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

    6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

    7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

    8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

    9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

    • Patutlah sorang Mamat tu beriya-iya sangat nak jadik PM,.. banyak pekdah ropanya.. Belum pun jadi PM dah kencang asik keluar masuk negara round the world. Banyak sangat kot gaji dia tu. Heh heh

      • Bro, bukan setakat PM. Menjadi menteri juga banyak elaunnya. Kalau dicampur semua mmg mewah. Tidak masuk klaim2 lain. Ni dah masuk bab politik, so u-turn balik ok. Kita komen pasal perodua/topik ini sudah.

    • malas nak berbicara politik , aku tengok yang sebelah satu lagi tu pun mewah jugak hidup diorang .

      • apahal cter politik ktcni?????…nk ajak bpolitik layan forum politik la wei…

  8. biar betol.x penah tau pon pasal details ni.isk3.agak melampau tu.

  9. ambik dari malaysiakini ka, bukannya boleh percaya sangt. semua ahli parlimen tak kira kerajaan atau pembangkang macam2 dpat. kita bukan nak sembang bab politik kat sini

    • selit2lah sikit.. baru ada kesedaran. hehe. kira macam iklanlah.. time buletin utama pun ada iklan.. hihi

      • mane ko tau details2 ni.. kalau ko bace kat internet tu x semestinye betul.. rsenye x perlu kot nak sebar2 fitnah kat sini.. skg kite tgh bncg pasal perodua.. bukan politik.. kalau nk bncg pasal politik pegi forum lain. sekian

      • xpayah la iklan2 kat ruang komen ni.nak iklan p letak dkt ruang iklan sebelah kanan tu.pastu tiap2 bulan bayar kat tuan tanah.syarikat tv bt iklan dpt duit,hang bt dosa ja.kalo nak iklan politik p la blog politik.ni yg ssh bl sumer bende nak selit politik.

      • betul tak betul lain cerita, tapi kerajaan korang mmg camni, cuma korang je yg tak sedar

      • ape bukti ko.. haisy.. bosan sial.. tgh bncg pasal automotif. ade je yg menyelit pasal politik.. sume bende nak dipolitikkan.. kurang mengambil tau masalah.. terlebih2 tau pon masalah jugak.. terpulang lah pada diri masing2.. yang penting jangan percaya kat sumber2 yang x boleh dipercayai..

        utusan – pro kerajaan
        mlaysia kini, malaysian insider n lain2 tu – pro pembangkang..

        terpulang la.. seyes aku bosan.. korang nak bincang politik.. pegi tempat lain la..

  10. haku suka kalu p2 jd global player. Cume stakat ni,xda lg kete p2 yg mengujakan coz rata2 rebadge je. Tp mgkin lmbt lg kot coz aritu ckp nk manufac gear 4 at 2012 – 2014. Aku rasa org pun xpkai dah 4at masa tuh. Xkan p2 nak jual global car 4 at. Enjin turbo xsusah,abg long n abg ngah dh ada enjin tuh,xkanla p2 nk wat r n d plak. Aku rasa, daihatsu nak focus kat p2 untuk market asia coz dia dah stop production daihatsu kat europe. Dia mmg syg p2 coz myvi lebih jauh laku xsilap aku 2 kali ganda jualan di malaysia dari daihatsu sirion mahupun passo kat jepun. So myvi ni lubuk emas daihatsu. Jualan kat malaysia saja dah cover separuh jualan sluruh asia myvi aka sirion. Itu pasal abg long n abg ngah suka kat p2.

  11. kalu tgk kat gambo kat atas,sume cite pasal stylin, front bonnet design untuk improve aerodynamic syling, bukan improve aerodynamic. So kesimpulannya, myvi punya design hanyalah pada form saje, function xda. Sepatutnya, function over form, baru betul, bukan form over function. Cantik,tp xda benefit. Harap p2 mahupun p1 kena focus pada function over form. Buat design bialah ada benefit pada crash testing dan improve aerodynamic n dynamic of the car yg bleh bantu dari segi safety, persormance,speed, stability, handling n not forget lowering fuel consumption. Aku cume agak skeptikal bila p2 cakap myvi br auto improve fc by 15 percent just for eps,low roling resistance tyre n improve aerodynamic. Toyota sendiripun sampai kena kuar enjin lain kalu nak bleh improve fc, itupun xsampai 15 percent dr enjin terdahulu.

    • ayat yg SA Perodua ckap bila tengok Myvi ni, design baru ni boleh jimatkan minyak lagi dari Myvi lama, nak terkentut pun ada bila dengar ayat tu..macam budak tak sekolah je bagi ayat, at least kena la sertakan skit rasional dia..lawak kura2 la diorg ni

      • betapa sucks pun kita rasa sekian2 pada p1 or p2, itulah marketing..dierang nk jual barang n kayakan boss2 mereka aje.. cuma at least p1 ini kayakan org2 tempatan dan terang2an bawa imej kebangsaan dan malaysian design.

        bercakap soal function over form? skrg ni form follow emotion nye designs, itu lah selling point utama. kalau semua org berfikiran function comes 1st maka ramailah naik lori aje..dah la besar bole bawa barang byk2, tinggi selamat, ada engine diesel pastu bole lak on weekend angkut khemah kenduri 😛

  12. Selagi share perodua dikuasai daihatsu perodua akan jadi perodua sama seperti sekarang.MD perodua boleh sembang kosong je nak bagi sedap hati rakyat. Bangsa Jepun tamak dan saya rasa kebanyakan dagangan dunia memihak pada meraka. Mungkin gempa dan tsunami yang berlaku adalah pengajaran atas sikap egoist meraka.
    Suka dengan kartu ultraman aritu dan sokong iklan kekitaan. Lihatlah betapa rakusnya menteri , berlagak baik beri bantuan tapi sebenarnya bukan dari poket sendiri.

    • Bukan mudah nak keluar dari kepompong org jepun ni. Seperti proton dulu juga. Bukan mudah nak keluar dari cengkaman mitsubishi tapi akhirnya kita berjaya juga mencipta dari keluar dari cengkaman mereka (jepun) dgn terciptanya proton Waja. Bagilah peluang kt perodua untuk mencipta target mereka. Mana tahu kot betul dalam 5tahun ni bakal keluar model tanpa rebadge daihatsu. Sebab aku tgk myvi baru ni pun dah tak fully rebadge daihatsu baru mereka tu. So, apapun, aku sokong apa yg perodua rancangkan. Proton juga terus bangun dan mencipta model yg hebat2 lepas ni….. Malaysia Boleh!

  13. hurm, artikel funtasticko ni kebanyakannya bias dan tak cukup informatif. perodua ada global partner, daihatsu, dan kereta2 yg dorg export, cthnya macam ke indon tu sebenarnya daihatsu yg rebadge perodua. business model mereka berbeza. paultan mungkin lebih matang dalam gaya dia tulis artikel. include semua business knowledge dan technical, bukan setakat styling saja.

    furthermore, kena faham, to reduce cost, even global player macam nissan, mazda pun kena rebadge. rebadge dorg lagi simple kuttt. cube cek kete2 jepun sume. even fiat pun rebadge suzuki sx4 jadi fiat sedici. holden (aussie) pun rebadge kete2 GM. enjin2 yg ada pun dorg kongsi atau beli. lotus pun guna toyota punya.

    to me, perodua takdalah rebadge je, in fact, new myvi ni at least byk part2 aero yg functioning esp air spats tu, kalau belajar fluid dynamics mmg nampak kegunaan dia for hi speed stability. cuba google ckit. interior pun vast improvement dari yg lama n jepun punya.

    cuma, dua2 ni pun local kompeni yg cuba nak naikkan industri otomotif, dgn cara berbeza. bukannya proton tak pernah rebadge mitubishi dulu dan sekarang? inspira tu apa?

    aku pun masih nampak byk cara lain lagi perodua n proton nak kerjasama sebenarnya. harga perodua mahal? hurm, layanan antara perodua dan proton dari kerajaan sama ke?

    • Bro, owner funtastickodesign ni peminat proton. So, no wonder more to proton. Jangan marah2 kat wordpress dia ni ya….peace

    • kalau nak ikutkan sini bukannya forum automotif sepenuhnya macam paultan, sy masukkan elemen automotif ni pun sebab memang minat automotif ni terutama Proton..Perodua sy belum boleh betul2 berbangga selagi Perodua tak keluarkan model sendiri tanpa model asas dari daihatsu, takpe la pakai platform & enjin daihatsu, tapi idea & ciptaan perodua sendiri..walaupun nampak gaya penulisan sy bias kepada proton, tapi sy masih lagi bagi ruang pada perodua..cuma takde pe sangat nak diperkatakan pasal perodua ni..asyik2 buat benda yg sama..

      sebenarnya daihatsu bukan rebadge perodua, tapi ini adalah perjanjian antara mereka di mana perodua kena gunakan lencana daihatsu di kawasan pasaran yang dikuasai oleh mereka..perodua cuma boleh pakai lencana sendiri ditempat yg selain dari tu..tapi berapa kerat sangat export perodua..ini salah 1 strategi jepun menggunakan perodua yang boleh reducekan kos mereka tapi mendapatkan untung yang amat lumayan, bagi mereka perodua anak emas..daihatsu pun tak sanggup nak duduk lama2 di eropah..

      memang myvi bukan sekadar tukar lencana, tapi masih lagi perodua tak boleh keluar dari cengkaman daihatsu yg takkan beri kebebasan sepenuhnya untuk buat model baru sendiri..kalau tak dah lama perodua keluar design sendiri..ini amat menguntungkan daihatsu sebab perodua terpaksa share cost development bersama, tapi tak boleh nak buat lebih2..amat rugi sebenarnya sebab identiti masih lagi sama walaupun tak serupa..

      untuk isu inspira, sebenarnya ini bukanlah model “core” proton seperti saga, persona & exora..sebenarnya inspira ni lebih kepada fill in the blank gap antara persona & perdana..cuma proton tak mampu nak buat model baru atas faktor kos & keadaan pasaran..buat apa invest beratus juta tapi jual beberapa buah je..ni lebih kepada strategi perniagaan..proton pun tak ambil bulat2 lancer walaupun sikit je perubahan kosmetik, tapi proton buat penambahbaikan kekurangan lancer untuk jadikan inspira lebih baik bukan sekadar pada pandangan mata sahaja..

      proton & perodua memang boleh bekerjasama dlm perkongsian vendor supaya dapat economic scale & dpat part dengan harga lebih murah sekaligus mengurangkan harga kereta..bab harga perodua memang mahal sebab tak berpadanan dengan saiznya, kereta kompak harga premium, kualiti nak kata premium tak juga..layanan proton & perodua sebenarnya bergantung pada geran R&D, lagi banyak R&D dibuat maka lebih la diorang dapat..takkan la yang buat R&D start dari pembangunan platform, enjin & merekabentuk modelnya sendiri nak dapat sama banya dengan yang cuma buat perubahan rekaan sikit dari model sedia ada? adil ke macam tu? bayangkan anda berusaha lebih siang malam tapi awak dapat ganjaran sama je dengan orang yag kerja separuh hari je..dari segi cukai sama je, takde bezanya…jadi fikir2 fikirkanlah baik2..

      • Ok. pasni janganlah nak kita kata perodua hampeh, proton hampeh. Kita bagi sokongan pada mereka. Bila mereka ada misi dan visi, pasti satu hari anak tempatan akan berjaya juga.

    • Celicazz,
      Em nama pun dah bias Toyota kan? Jadi mestila sokong Toyota, Daihatsu dan Perodua kan?

      Saya memang amat menantikan komen seperti ini. Terutama berkenaan fakta banyak automaker global yang mempraktikkan rebadge atas dasar untuk reduce cost. Maka keluarlah Fiat dan Suzuki serta Holden dan GM. Saya tak pasti anda sedar atau tidak apabila Proton memperkenalkan Inspira, ramai di Paultan mengutuk Proton kerana me-rebadge Lancer dan melebel Proton sebagai satu tindakan yang terkebelakang.

      Bagaimana dengan Perodua yang sehingga kini dengan aktiviti rebadge? Oh tidak, Perodua bukan sekadar rebadge tapi menjalankan tambah baik pada semua model keluarannya.

      Jadi dalam situasi ini, dimana standing anda? Adakah Proton tak ikut rentak global? Ah, bila Proton, semuanya tak kena bukan? Ekzos Satria Neo di tengah kutuk. Mini Cooper tak pula dikutuk.

      Pada awak Perodua takdelah rebadge je memang tepat. Dan saya tanya Perodua buat buat model apa yang tak rebadge? Perodua Bezza? Perodua Kedidi? Beranikah Perodua jika Daihatsu Boon, Luminas dijual secara CKD/CBU di Malaysia? Saya rasa Proton lebih jantan bila mengeluarkan Inspira padahal Lancer pun berada di pasaran juga..

      Saya percaya, jauh disudut hati anda, anda sendiri tak percaya Perodua akan keluarkan kereta sendiri. Dimana rakyat masih mengagungkan jenama Jepun, takkanlah Perodua nak rugi..Rugilah tak jual Myvi..

      Kami disini tidak kisah jika Perodua terus me-rebadge semua model Toyota dan Daihatsu. Memang itu pun piagam Perodua sejak ditubuhkan di Malaysia. Kami hanya menghentam Proton. Hentam Proton supaya lebih maju, berdaya saing dan menghasilkan produk yang berjiwa global..

      Sekian.

      • bro fridz, kita kat sini dari awal wujudnya blog ni memang banyak support proton, mungkin ada yg baru kenal & tau pasal blog ni kot yg kurang alert pasal ni..bab perodua ni bukannya langsung tak di bagi ruang, tapi benda yg kita nak tau pasal perodua ni tak de benda sangat, semua benda dah boleh agak awal2..kalau muncul model baru daihatsu, tu mungkin bakal model baru perodua..no suprise..sebab tu ada yg kata bias kot, memang komen2 atau post ada kritik atau sindir perodua, tapi bukan nak tengok perodua jatuh..tapi nak perodua berdikari & keluar dari kepompong daihatsu walaupun diorg control syarikat..selagi ni tak dapat dibuat maka perodua takkan ke mana la..mungkin boleh jadi juara rakyat je la..juara global mungkin lambat lagi..sekurangnya proton akan mula ke arah tu tahun depan..kalau la ada antara anda semua yg dah tengok persona r, pasti akan gembira & yakin dengan apa yg proton buat selama ni..sy amat yakin sekali.. 🙂

      • Bro Campro,

        Yela, mungkin ada antara pembaca yang baru menjejakkan kaki di funtasticko..Baru baca 2-3 thread, manalah dia tahu visi dan misi laman ini. Jadi tak boleh salahkan pengunjung baru. Apapun saya mohon maaf jika ada yang terasa hati..Walaubagaimanapun, statement saya diatas bukanlah untuk merendah2kan Perodua. Kita ingin melihat Perodua berada pada tahap sekarang (Jualan tinggi dengan model sendiri)

        Jika sekarang, jadilah juara (jualan kereta terbanyak) 20tahun berturut2 sekalipun, ia tidak menggambarkan kejayaan tulen Perodua. Ia sekadar menumpang tuah orang lain.

        Saya sendiri mahu melihat bukan sahaja Perodua, tapi termasuk Naza dan Sime Darby menjadi automaker yang disegani di rantau ini. Walaupun masih tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Proton, tapi lihatlah, dunia dah kenal siapa Proton.

        Bagi Proton, saya amat berharap Persona R adalah turning point yang akan membuatkan rakyat malaysia menitiskan air mata..huhu

      • Damn good rebuttal, Fridzmax!
        I like 🙂

      • yup… ape yg sy cuba sampaikan ialah, business is business. perodua akan sentiasa keluar kereta baru yg akan semakin berbeza dari daihatsu dari semasa ke semasa. mungkin mereka sedang belajar sikit demi sikit. tak sampai 18 tahun pun syarikat ni, kalau nak banding dengan proton. even at this age, proton still rebadge mitsu kan? so, apa salahnya perodua kat sini.

        perodua mungkin belajar dari kesilapan proton, untuk tak take for granted model wira yg sgt laku dulu, tanpa memikirkan replacement dan kualiti yg tinggi. tapi, kesian proton, once image dah jatuh, susah betul nak naik balik. isu power window yg dah takda lagi pun jadi sebutan.

        standard kete msia rendah? so, kalau nak naikkan std, mana Malaysian New Car Assessment Program kita? Gomen punya tindakan??? setakat bagi RnD grant yg taktau kemana perginya, baik bangunkan Malaysian NCAP. barulah boleh lawan foreigners yg kuasai teknologi tempatan.

        rebadge is apa yg nampak pada luaran. tapi byk kete local adalah reengineered sebab bukannya dorg assemble saje n rebadge, tapi develope sendiri locally. reengineered is the best word to describe. kebykn negara maju pun xbuat ni.

        sbg blogger, anda punya tanggugjawab untuk sampaikan ilmu dan kefahaman pada pembaca anda. supaya mereka tak keliru. supaya next time takdalah org bangkitkan isu rebadge (masa inspira dulu) ini di parlimen lagi. tgok, ahli parlimen pun masih bodoh dalam bab ekonomi.

        lebih baik punya GLC yg buat duit dan menyumbang teknologi, peluang kerjaya pd rakyat dari habiskan duit pembayar cukai, betul?

      • FB MyProdua,
        Muhamad Aqbar Muhamad Shah(Designer at Perodua Manufacturing Sdn Bhd)-ko pakai nak alah menang ke ko nak pakai kete sket2 power window rosak? VIOS? cam buta design je, lawa ke design jepon? typical je senanye, ermm, tentang rege, itu kene tanye gov, sebab nak lindung proton, perodua jadi mahal gile, bagi gua, proton la punca, senanye persaingan ni x sehat pon, myvi senang2 je leh sailang FL 1.6 kalau AP xdak

        P/S-jgn buat main2 Designer P2 tu,kutuk Proton

      • bro chor, biarlah dia…dia kutuk sebab dia tak kerja dengan Proton..ada je yg dok Perodua selama ni blah cari kerja lain..dari segi dia bagi komen pun ayat ntah pape, tak faham sangat ngan bahasa moden budak sekarang…mungkin dia lebih gembira dapat bonus berganda…masyuk tu

      • Bro Campro,
        Bior lah yer…cuma Kadang2 rasa nak balas juga patun kat FB MyProdua tu…hihii

      • kalau nak memanaskan kawasan tu try la…ramai yg akan backup diorg nanti, takut tak daya je nak tepis serangan bertalu2, hahaha…kat sini pun ada org perodua dah panas bila sentuh pasal diorg, silap besar la jatuh lubuk proton..kena la tembak

  14. hang tau ka dia x pkai duit sendiri. Setakat baca malaysiakini yang terang2 bias teruih buat tuduhan melulu. berapa ramai orng yang berlagak baek sekrg hanya kerana nak kuasa

    • tau tak per… jangan jadi rakyat yg bodoh.. pemimpin jelas banyak skandal dan haprak pun tetap dok sokong gak. hihi

  15. td sy g showroom Perodua nk tgk myvi baru neh..at first glance,sy tertarik cre dorg mempromosikan myvi baru tuh..compare to Proton pnye promosi agak kurang sikit..semua variant myvi ade kat situ..standard dgn elegance bwh bumbung dan premium di luar..

    pasal myvi nie,xtau la sama ada saya ataupun myvi tu sendiri..sy terasa agak kecik sikit interiornye berbanding myvi lama..boot pun kecik sikit dr yg lme pnye..tp boot ade tray..that one good la kot..passenger seats kat blakang lebih comfy dr yg lme..ade nmpk label ISOFIX..lps tu,bhgian depan just nice..cume sy benci kereta mempunyai dashboard yg tgi..myvi baru ni dashboard tgi mcm vios dugong..

    myvi bru nie guna enjiin myvi lame kan?..tp myvi lme enjin die smooth sikit berbanding myvi bru nie..td bro Perodua tu start je enjin die mcm ade bunyi kasar sikit..hahh..one thing the best kat myvi baru nie tutup pintu senyap je..ade vakum..satu kebaikan yg sy tgu drpd proton buat sehingga sekarang..harap lepas nie proton buat pintu vakum untuk model2 yg akan dtg..sy suke feature neh..hehe..yg lain, sy tak tau nk komen ape sbb sy tak explore lebih memandangkan kwn sy yg temankan sy td nk balik cepat..ouh yea..komen kwn sy hanya berbunyi ‘ape yg barunye..bese je..xde yg gempak pun’..haha..

    perodua nk jd global player?..walopun sy xminat sgt dgn perodua nie sy tetap akan sokong..begitu juga proton..tp sy lebih tumpukan proton la yer…kui3

    • Setiap kereta ada vise versa. Tapi saya amat pelik rakyat malaysia, kalau kite komen kurang baik pasal P2, bukan main deorg hentam balik. Tapi kalau deorg kome pasal P1, bukan main rak sampai jenuh kite nak jawab,
      Tapi ape2 pun nh semua mentaliti rakyat malaysia gak. Yg pasti saya x teruja sangat nak tengok kereta nh pasal banyak sangat gambar leak sampai nak tengok real punyer pun saya rase boleh tunggu sebulan.. x pun tunggu org beli tengok atas jalan raya / lori tunda. ( which come first la).. hahahah

      • betul tu bro..dorg nie ssh nk fhm ataupun bingai ataupuun dah terlalu taksub dgn perodua yg berbaur teknologi jepun..tu yg komen melulu pasal proton..tp cuba kalo kita usik pasal perodua,bukan men lg dorg membidas balik..for sure dlm kalangan mereka salesman yg tak bertauliah…

        ape2 pun,sy sokong semua automotif negara sbb setiap drpd mereka patut diberi peluang untuk meningkatkan prestasi masing2..perodua tu walopun less attention drpd kerajaan,tp dorg dah ade T n D yg mampu back up dorg dr segi RnD dan sebagainya..

      • Ibarat pengomen barisan nasional dan pakatan rakyat plak aku tgk…..anyway, nice mision n vision perodua

  16. ai,bila ckp pasal functiin over form, terus ada ckp baik design lori jer,luas :-). Bacalah dulu, lori memang luas, tp dr segi saiz jer,praktikaliti camne,driving position camna,comfort camne? Function over form xsemestinya xcantik, kalu buat design aerodynamic, pastikan masuk wind tunneling testing, kalu yg br lagi aerodynamic dr yg lama, jgn sekadar bentuk jer, kenalah coefficient drag n lifting drag die improve, br bantu stability,performance n fc. Tapi xbleh abaikan dr segi safety, bukan saje safety occupant, tp safety padestrian jugak. Susah kalu org main hentam kromo jer. Hambe bkn bash, tp bg komen membina pada local company. Kalu myvi br dikatakan lebih aerodynamic dr yg lama mahupun kembar dia, perodua testing aero kat mana? Xbleh testing kat scale model jer, kena test pada actual model. Bgslah myvi dh testing kat idiada, tapi nak tgk gak full video n test sheet dr idiada mcm proton bg. Kalu hantar test,xsemestinya lulus. Mcm yg proton reveal, ada prototype dia xlepas, pastu reengineered smula, test smula berulang kali sampai comply. Sebab tu 30 biji exo hantar kat idiada hanya untuk test. Itu xtermasuk internal testing kat rnd proton sendiri. Proton ada inhause crash testing facility. Stakat ni sy bleh kata proton ckp cntoh persona 3 star, saga blm 3 star, dah terbukti bila auncap n cncap testing, memang 3 star, sama mcm idiada n proton punya result. So xdalah skadar omong kosong jer.

  17. sebab tuh lah designer slalu gaduh ngan engineer, arkitek gaduh ngan engineer, masing2 ada tugas masing2 tapi kenala ingat, kalu diberi pilihan, beli umah cantik, tapi 2 tahun ada yg retak n mgkin bleh roboh atau rumah biasa jer,tapi no problem n last forever? So jgn design ikut emotion jer.

  18. maih saya bg dua contoh,lampu blakang merc, ada lubang angin, mmg cantik n unik dr segi design, tp ada function aerodynamic, bukan design semata2. Tgk gen2,design luar mmg ikut function sehinggakan sidemirror ada sisip untuk improve aerodynamic, tp function tu xberapa sesuai coz menjadikan sidemirror ada blindspot besar. Ditukar pada persona elegance, memang xaerodynamic, tp kembali kepada function asas side mirror, untuk melihat dgn seminimum blindspot. Kan function over form. Interior gen2, sporty n minimalist,form over function, timbul masalah xda glovebox, pwrwindow switch x ergonamik,duk kat ngan handbrake, nak nampak unik,design with emotion, kesudahannya, berakhir dgn emosi,kena hentam, last2 kembali dgn function over form, diterima ramai n dipuji. Tapi bkannya xbleh wat radikal, tgk mcm italdesign buat alfa, design radikal,tapi crash testing tetap 5 bintang. Mgkinlah yahoo seorang yg terlibat dgn design ke atau x,saya xtahu, tapi maaflah kalu sy termenyinggung ker :-),peace yo. Saya bkan aper,coz dah terkena dgn org design ikut emosi nih, rumah baru saya,design cantik, sampai sisip angin bila ujan masuk air,tanya developer,mmg arkitek design gitu, baru cantik, tp air masuk dalam umah,aper cer, ecmall, ayah ada jg bangunan,tegur arkitek, design xsesuai,bleh menyebabkan retak kemudian, arkitek ckp design dh sempurna, ambik, 6 bln pas opening, retak sana,retak sini. Itulah yg saya maksudkan, jgn guna emosi ngat,kdg2 kena gak guna akal. Lainlah kalu lukis atas kertas lukisan untuk jual lukisan, xmelibatkan aper2, blehlah nak lukis ikut suka, abstrak ke ape kebenda ke, cacamarba ke,xdahal. Wokeh, peace no war.

    • Setuju ngan pendapat Bro Mat…adat meniaga laaa…ade pro & kontra..strategi masing2….rambut same itam…hati lain2…kalau rasa berkenan…angkat la satu…

  19. dah tgk semalam myvi baru ni…..
    penilaian aku dibuat berdasarkan perbandigan dgn myvi terdahulu
    exterior – 4/5
    interior – 4.5/5
    aksesori,kemudahan – 4/5

    (utk first car& pembeli wanita)aku rasa kalau beli yg standard pun dah kira berbaloi jgk,ada dual airbag,pasal gps@multimedia touch screen boleh dapat yg lebih baik lg kat luar sana…terlupa plk aku tanya semlm ada abs,ebd utk standard….

    cadangan utk p1,baiklah model selepas ni standard dual airbag semua varian,dan utk varian standard lengkap dgn abs pun boleh, cat sekali door handle dgn side mirror x lupa fabrik kat panel pintu skali…..kalau p1 nak masukkan skrin multimedia tu cuba reka konsol kawalan ala bmw idrive,x pun mcm lexus ke…so xdelah skrin tu comot bertompok kesan jari…

    • Gov dah bagi mandat, semua kereta malaysia from now on kena ada dual airbag. P1 pun dah dapat surat pekeliling.

      • Keta lama camna? patot proton n perodua kena pasangkan gak airbag ni kalo betul gomen buat mandat tu.

  20. haha, korang sume ada kelayakan x nak masuk R&D perodua? emm? kalau ada, meh sini resume ke, rebadges2, itu je korang tau, tau x design asal myvi dari mane? jepon? sume tolol, nyusu lagi ke? janji bonus kitorang berganda2, korang apa ada?

    • bonus berganda tu rezeki masing2, kitaorang tak heran pun…tapi jangan lupa Perodua tu sebenarnya “modjo” dia bukan pada nama Perodua, tapi pada Daihatsu/Toyota punya teknologi..orang kita ni terlebih kiblat ke Jepun, tu yang jadi gitu…kalau Preodua rebadge brand selain Jepun mungkin sambutannya tak seperti yang ada sekarang…

      apa yang ada kat Perodua punya R&D, setakat ada styling studio je takde makna bro, at least ada la macam2 fasiliti macam :

      – prototype build up shop
      – safety lab yang ada sled test, occupant impact simulator, seatbelt & lain2
      – component lab yg ada heat cycle chamber, vibration machine, operational durability, electrical system
      – material lab yg ada material characterisation, environmental simulation
      – virtual reality nye studio untuk styling
      – strength lab yg ada fatigue durability, road simulation & data measurement, body strength
      – chassis development lab yg ada kinematic & compliance rig
      – exhaust emissions – EEC & EPA cycle, cold CO Emission (-7 degree Celcius)
      – engine testing – chassis dynamometer
      – noise, vibration & harshness – modal analysis, complete vehicle chamber, engine bench noise test, pass by noise
      – semi high speed test track

      nak details lagi pasal full R&D http://www.proton.com/Corporate/About-Proton/PROTON-R-D/Facilities.aspx

      kalau perodua nye R&D ada benda tu baru la diiktiraf sebagai R&D sebenar bro, kalau tumpang Daihatsu nye apa barang.. siapa yg keluarkan model tu dulu la pemilik design tu, contohnya Daihatsu Sirion aka Myvi kat sini..memang design Myvi budak Perodua buat sebab nak beza dengan Sirion..tu je..

      • mean sapa keja perodua dia bekerja dgn daihatsu/toyotalah……best2. Mesti tinggi gaji tu……

      • yup…mmg tinggi gak gaji sbnrnya kat p2 berbanding p1…tp tinggi cikit je la..namun bab bonus tu la tak bole lawan tu.. kadang2 dpt bonus 6 bulan gaji dua kali setahun… 😀

    • Bongkak.

    • xtau la pak jabit.

      ble cte kt kitorg x?
      kitorg ni xtau.

      ps: dulu ada kawan gak kt p2, tp blah sbb xbes keje situ, katanya.

    • bonus berganda la sbb korang jual kete mahal

      • aku tiap-tiap 3 bln dpt bonus tak bising pun, skrg ni baru aku nak bising sbb keje kat kilang kereta ni mmg teruk shift 12 jam, 8 pagi -8mlm, ok la dgn keje, lagi satu keje tak boleh nak rest sbb assembly mmg jalan, tempat keje panas. aku penah masuk kilang P1 dan P2 keje kilang kereta lebih teruk dari keje kilang elektronik.

  21. myvi br,saya mmg tabik kat p2 coz dpt wat design cantik dr kembar dia, dalaman pun nampak kemas walupun ada share part ngan alza. No problem coz cutting cost, so menda elok wat per nak buang. Persona r, mgkin ikut pndpt masing2, bg saya, walupun design xradikal sangat, tp line curving cukup bold n elegance, mcm european design style, dah xmcm asian punya car. Dalaman pun clean n simple, ala german car interior. Sy rasa pasti ramai terkejut n teruja dgn persona r(sayalah,xtau org lain), dgr cite 6 speed utk standard, 7 speed utk tubo, so mmg dah ikt flow trend skrg. Walupun cvt,tp yg moden. Dh check ngan punch powertrain punya website, cvt vt2 n vt3(mcm dlm spyshots) mmg state of the art cvt. Dia ckp stiap gearbox dia test lebih 200k km untuk general reliability tanpa sbrg masalah. Cume hrp maintenance xmahal mana. Dgr cite gearbox cvt,tkr minyak stiap 100k km,cume minyak dia mahal ckit dr auto biasa. Salam.

    • agak2 persona r tu bpe ek? klau rege smpai inspira….. em… better amik yg adk ni kot.. =)

    • tak silap aku h.city yg pkai cvt setiap 20k km owner dia tuka minyak cvt.. lancer 40k km kot..
      kalau cvt yg ni every 100k km kne tukar minyak gear, test betul2 la sbb cvt sensitip sikit..

      • Honda City pakai CVT ke bro Nazri? Rasa macam 5speed AT je kot..

        Kebiasaan kereta continental ini menggunakan interval yang jauh, contoh services setiap 15,000km..Jarang dengar kereta conti service setiap 5000km..Kereta jepun memang interval dekat2.

        Saya teka je..

      • h.bandar 2006/07 pkai cvt

  22. inspira cvt tukar minyak gear cvt stiap 100k, aritu tgk kat servis centre, ada jadual dia siap ngan rega.

  23. xtaula brape rega,tp xdalah mahal inspira kot, range 60k ke 75 k. Tp rasa berbaloi coz dimension lebih krg sbesar civic fd n lebar ckit. Aku rasalah 🙂

  24. tunggu persona r. Siyes berbaloi. Rega tu hamba anggar je coz persona h-line full spec dh 59k. Persona r lg besar, enjin br, gearbox br, minimum 2 airbags, abs, ebd, bebd standard, bcm advance, dlm ada soft plastic. Mesti rega up ckit coz mcm2 ada. Xtaula klu proton bleh maintain rega. Target crash test 5 star,dgr cite yg premium ada 4@6 airbags, n esp. Yg cnfirm premium 7 speed 1.6 cfe tubo,yg standard n executive 6 speed. Manual 5 speed iafm plus. Suspension depan mcpherson independant, blakang multilink indipendant gak. Katanya enjin 1.6 iafm plus nih perform mcm 1.8 enjin standard, walupun power xtinggi mcm 1.8, tp coz minimum power lost pkai cvt, banding ngan 1.8 gear conventional auto, kalu kira power loss on transmission, jd lebih kurang jer. Iafm plus nih dah di test kat body exo, so xda masalah kat persona r yg lg ringan.

    • biar betul?!

    • mungkin ini rough nyer data kot.. Tapi kalau nak global, perkara diatas dikira standard la.. Cube tengok Cruze. Sebab standard malaysia 2 airbags and etc la die ada bende tu jer. kalau kat tempat lain, lagi tinggi spec die..

    • Em, terperanjat nih..spec memang high end ni..

      1) Engine Torque spt Lancer 2.0.
      2) Engine power spt Civic 1.8
      3) 6 airbags spt Pug 308
      4) 7spd CVT spt Corolla Altis
      5) Siapa nak tambah…?

      6) Harga spt Proton Persona H-Line tambah RM15,000-RM30,000..(Kena consider semua features diatas dan saiz Persona R dalam C-Segment)

      7) Ada ura-ura nak pakai electric power steering tak? (mohon theking jawab.huhu)

    • ada orang dari forum satu lagi yg mendakwa pekerja salah satu vendor Proton mengatakan bahawa kos produksi persona-r ni diatur agar sedaya upaya lebih murah dari kos produksi current persona, jadi sepatutnya harganya tak jauh berbeza dari persona skrg.. kecualilah Proton nak ambik margin untung yg tinggi.. itu maklumat dia.. saya taktaula betoi ka tak. hehe.

      • kos rendah, tapi kualiti nanti cemana?

        minat dgn saga 1.6 fl, tapi bila tgok fitting especially seal structures utk NVH hilang keyakinan skit. showroom car pun x jaga fitting, cemana pulak delivered cars nnt.

        harap2 proton boleh tekan sikit vendor2 haprak supaya hantar barang2 yg berkualiti utk dipasang

  25. pergh berbaloi2 tunggu persona R ni.

  26. tadi berselisih dengan exora turbo kat trafik light area stadium darul makmur kuantan..1st time jumpa exora turbo test smpai dalam bandar kuantan, tak sempat nak ambil gambar sebab tengah driving.. lepas tu berselisih pulak dengan kia sportage baru, memang cun la, nampak gagah dari sorento pulak..esok launching

    • Kira ok la bro. Saya dari minggu lepas asyik ulang alik taiping – kuala kangsar- ipoh-KL atas urusan kerja. Tak pernah nampak langsung. Kamera mmg dah prepare dah tapi x terjumpe2 pun.

  27. ades ape suda jadi nie,,sepatut nye menyokong kedua2 kete p1 p2 nie bukan kutuk mengutuk,,

    Ayat bro mcm marah je nie hehe,,,sng2 x pyh update pasal p2 dkt sini bro,,biar je terkubur

    ika ini ingin direalisasikan Perodua perlu la bersedia dengan R&D mereka sendiri, bukan semata-mata bergantung kepada Daihatsu. Takkan la nak jadi global “rebadged” player kan? Kena la ada model rekaan sendiri, tak kisahlah pakai platform & enjin Daihatsu, janji buat sendiri dari sketch sampai la manufacturing. Dengar kata MD diorang nak buat enjin turbo pula lepas ni. Semoga Perodua berjaya mencapai impian tersebut, kita harap sangat nak tengok hasil tangan Perodua sendiri..jemu dah asyik model “rebadged”, ada berani ke?

    • bukan marah, tapi ini 1 cabaran saya untuk perodua..bila lagi nak buat kereta sendiri…betul tak? wawasan nak jadi global player dah ada..masa ni la berubah..kitaorg ni bukan tak suka perodua, tapi perodua kat sni macam franchise daihatsu dengan nama tempatan je..

      • CAmana nak wat keter sendirik kalo bos jepun cakap ambik je daihatsu punya. saya rasa kena tunggu sampai daihatsu dan toyota jual semua sahamnya barulah p2 leh design keter sendiri.. macam mitsu jual semua saham dia tika dgn Proton dulu. huhu.

    • Bro TxY.
      nape tak komen mcm nh kat Pt jer.
      Bukan maksud nak marah atau mengata, tapi rialiti.
      Perodua bukan milik org tempatan 100%. Ia ibarah franchise daihatsu/toyota. Kalau nak design sikit2, Naza pun leh buat. Myvi baru still rebadge walaupun baru. Macam Naza buat Dari Kia Carnival jadi Ria. Sekurang2 nyer, Naza Ria nampak berbeza sangat dari kembarnyer.
      Ape2pun yer, kita kene harap p2 boleh capai impian die..

      • P2 mmg bukan 100% tmptn dari dulu lagi dah tau,,,
        p2 amik je dari daihatsu ;D

      • mmm… bro txy, Nie bukan pasal p2 amik drp daihatsu semata2. Nie pasal share saham dah dikuasai T/H. Bro Txy tahu x apa implikasinya? Antaranya semua major decision diorg yg tentukan. termasuk halatuju company. Keuntungan syarikat dah tentu bukan milik p2 100%. designeer p2 mmg bleh berkarya, tapi T/H ada kuasa cedok idea n design diorg nie utk keluarkan model mereka dulu dan kemudiannya baru bleh direbadge dan dilakukan modifikasi. Tapi bila buat modifikasi dari idea model sendiri ini, kena plak bayar mcm2 royalti, consultancy, training fees dll. Sama gak masa zaman proton/mitsu dulu.

        Aminar Rashid gak ada cakap masa press release yg myvi baru nie akan dieksport ke indonesia dgn jenama daihatsu serion…. lucu tak?

        oklah, sepatut kronologi cerita versi saya begini;

        T/H : U punya idea I sudah angkat dan bikin ini passo/serion. Then u bleh rebadge nie model kasi cantik2. Tak pe, u bleh guna sampai 200 engineer u janji kos RnD modifikasi chasis rm 230juta guna duit u. Ini model baru myvi u kasi jual kasi laku. rakyat manyak syok ini myvi baru. Lepas tu u kena eksport ini model kat pasaran besar I; indonesia. Tapi guna nama daihatsu serion tau. Sebab ini model ikonic global I. U jgn risau, I baru bukan kilang operasi terbesar di indonesia. Ini model serion pun akan manyak laku ooo…

        … pandaikan mamat jepun nie? Even, ada gak terbaca yg idea, konsep dan rekabentuk passo/serion asal sebenarnya adalah dtg dari seorg enginner wanita di p2, kalau betul… kesian. Mamat jepun x kuarkan modal pun utk dpt sebuah model serion yg baru utk pasaran indonesia….. P2, please…. saya gak nak tengok p2 ‘berjaya’ … tapi bukan dgn seperti ini.

        cheers!

      • Bkn dah lama dah eksport dkt indonesia guna nama daihatsu serion ?
        bro x percaya ?mmg x boleh buat ape2 da p2 mmg buka 100%tmptn

  28. Off topic…sorry bos,iklan sikit Workshop member saya.

    Azieman tu owner G Car Care,xproton Edar call center…klau sesiapa yang berminat nanti saya letak kan contact number dia.tq bos Campro…

    • ok la tu. Mmg persona/gen 2 boleh pergi 200km/j. Nasib bek kereta mak saya meter habis 180 jer. itupun dah pernah bawak 170. rase nak tercabut tayar. Yer la Kereta pun usia dah 19 tahun.

  29. kan dah ckp,daihatsu dh plan nak guna p2 utk eksport kete, yg tuh pasal p2 ckp dia nk jd global player, tp atas nama daihatsu, bukan perodua, abg long n ngah bleh untung skali. Ha…pelamin anganku musnah….

    • nak buat mcm mana. ikut je la. P2 x kan dilepaskan oleh d/h pasal ini adalah lubuk emas deorg. Walaupun negara x sebesar mana, tapi sales bukan main besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s