funtasticko design

http://funtasticko.net

KIA Sportage dilancarkan esok!!!

24 Komen

EXTERIOR

INTERIOR

Bakal dilancarkan secara rasmi esok KIA Sportage baharu bakal menambahkan lagi saingan dalam kategori SUV. Saya berkesempatan untuk melihat secara “live” model ini petang tadi di showroom KIA, Sri Rebana Motor di Tanah Putih Kuantan. Sempat bersembang dengan Sales Executive, saudara Azmir Nizam tentang persepsi rakyat Malaysia pada jenama KIA ni. Memang sukar juga untuk menukar persepsi ni kerana terlalu lama memuja jenama Jepun. Dengan munculnya rekaan terkini yang lebih ke arah gaya Eropah pastinya persepsi ini bakal berubah nanti.

Terima kasih saudara Azmir Nizam kerana memberi peluang kepada saya melepak dalam kereta ni & merasai audio 6 speaker dengan subwoofernya tu. Jika sesiapa yang berada di Kuantan boleh la mengunjungi Sri Rebana Motor di Tanah Putih Kuantan untuk melihat sendiri model ini. Kalau nak booking boleh la call saudara Azmir Nizam – 019 – 959 6993

24 thoughts on “KIA Sportage dilancarkan esok!!!

  1. SUV kegemaran ku sudah sampai.. bape agaknye harge die ek??
    x sabar rsenye.. hahaha

  2. walauweh.superb design.blkg smart gile.

  3. Tq bro…… Harap2 ada sambutan

  4. dlm kategori SUV terkini yg di kira tidak lah luxury premium mcm bmw, audi, vw or benz. kia sportage dan hyundai santa fe mmg kegemaran aku😀 on design mmg tak bole komen ape dah mmg menepati selera aku juga😀

  5. harap proton suatu hari nanti akan bangkit seperti hyundai dan kia

  6. boring …. tak ada news proton

    • betul..mana spyshot proton?

      sportage & tucson mmg cantik.

      drp pembacaan aku, kete suv ni kena pandai bawa.
      cara drive dia xmacam kete, dia xble bawa laju & cilok2.

      kecuali ada handling yg mantop atau balance system baru ble cilok2.
      contoh system bmw x-drive.

      tp disebabkan aku masih kurang percaya pd system electronic, so aku harap proton ble bg chassis yg bes utk suv dia nnt..fingercrossed..

  7. depan ok la cantik gak.. tapi belakang huduh pulak… pada pandangan aku laa.. jangan lak ada org marah.. citarasa kan tak sama. hihi

  8. nk tnye kia sportage ni brp rating? airbag brp?

    • tak silap 5 star, 6 airbag, ESP – downhill brake control (DBC), hill start assist control (HAC),ABS, EBD, CBC (cornering brake control), BAS (brake assist system), TCS (traction control system)

  9. Model ni pasang kat Gurun juga ke?

  10. Btol,persepsi org malaysia ni mmg susah utk diubah,ambil masa yg mmg lama utk berubah,sbb org malaysia ni kalau nk beli kereta ada dua benda dia akn tgk dlu,brand dgn design,kalu brand tu ok kereta mahal pn dia sanggup beli,langkah kia tuka design language adalah yg terbaik utk attract pembeli dgn pakej yg amat menarik,dh smpi masa utk berubah

    • Memang betul tu… sebab tu masa Hyundai and Kia nak rebuild balik dia punya brand, dia improve in terms of quality… pastu sanggup buat tukar satu sama satu kat US dulu… marketing kena power… bila dah orang tahu quality superb, baru dia push ke design pulak macam sekarang.. lama-lama orang pun akan kenal dan tukar ke brand dia…. macam sekarang ni… 5 tahun dulu, mana ramai sgt nak tgk brand hyudai ngan kia ni kalau tak pasal harga… tapi skerang…harga mahal pun, org dah tak berapa kisah dah,

  11. cantik n sgt tertarik dgn design serta spec kete nih…
    cuma design rim mcm x sesuai jer…😉

  12. cantiknya!kalaulah aku mampu…

  13. X kn ku nk beli lg…. Susah nk jual… Dulu sy prnh pkai keta kia ni…. Kia sephia… Maintanen tinggi! Engin teruk! Pikup hmpeh! Jual blik x laku! Yesal ak x tggu waja dlu…. Hurm….. Yesal!

  14. Saudara Azmir berapa OT untuk new sportage ni?

  15. hmm… rs boring plak.. bila la nk tgk lg spyshot persona r ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s