funtasticko design

http://funtasticko.net

Kereta kecil global Proton & Lotus bakal keluar 2014

19 Komen

Nampaknya kereta kecil global Proton & Lotus berasaskan Proton EMAS bakal dilancarkan pada awal 2014 menurut Buletin Utama tadi. Sebagaimana yang kita tahu Proton akan memasarkan versi 4 pintu dengan jenamanya di Asia, manakala Lotus akan mengeluarkan versi “sukan@sport” 2 pintu untuk pasaran Eropah. Selain itu Lotus juga sedang memulakan program transformasi 5 tahunnya setelah mendapat dana pinjaman dari bank tempatan Malaysia. Lotus juga sedang membina litar ujian terbarunya yang fasa pertamanya telahpun selesai.

Advertisements

19 thoughts on “Kereta kecil global Proton & Lotus bakal keluar 2014

  1. Proton overtook Perodua to take the top position in cumulative sales for the first 5 months of 2011.
    http://www.motortrader.com.my/Cars/NewsHeader/Highlights/May-2011-Market-Report-%28Brands%29.aspx

  2. lambat lagi la nak merasa Emas..

  3. terbantut jualan sbb org tunggu d54t yg 1.3 ngan 1.5.. tgk je la lepas ni..
    bro campro takde review pasal fiesta 6 airbag tu ke??

  4. bro, mcmane dengan saga fl phase 2..xde info baru pn

  5. 2014 lama lagi. Banyak potential customer dah lari ni. Tapi timing agak cantik sebab pengguna Myvi 5 thaun dah nak tukar kereta boleh la usyar Emas. Agak2 nya la apa la nama yang akan Proton gunakan untuk model ni ya. Saga Aeroback? Dari segi engin, kalau guna engin Y sure Emas ni datang dalam form 1.2 & dan 1.5 dan tak lupa 1.2 hybrid system.

    Saga R bila pula nak keluarnya? Ikut trend Honda yang boleh spin out model Jazz/Fit jadi Airwave dan City, tak mustahil Emas ni jadi platform untuk Saga R kan. Jimat kos. kongsi platform. Lepas ni ramai la tukar emblem Emas dengan Lotus pula.

  6. Ya betul,

    Harap ada review pasal Fiesta juga.
    Bukan apa, Fiesta ni adalah model yang mempunyai gadget yang hampir tip-top. Daripada paling common 2airbags kepada 6airbag disamping traction control, 6speed dan dual clutch pada harga yang sama dengan Vios dan City.

    Saya nak kata ini ialah model continental yang paling mampu milik. Tapi nak kata conti sangat pun tak juga, sbb pasang di Siam kan?

    Nak lihat Persona R dahulu..(Fiesta Sport dan Persona R adalah shortlist saya. huhu)

    Disebabkan EMAS keluar pada 2014, alamatnya macam nak lupakan je EMAS ni..atau sekurang-kurangnya Proton leak sikit gambar EMAS, boleh kitorang hold duit. heheh

  7. Off Topic!
    Proton Dealer (PEDA) President Armin Dato Pahamin Rajab menjangkakan jualan kerata proton akan lemah akibat berkuatkuasanya HP Act pindaan 2010. Harga Trade In juga akan turun akibat sikap berhati-hati Used Car kesan dari New B7 Inspections. Kos Inspections telah menokok RM90. Dengar cerita sebuah syarikat baharu ditubuhkan dikenali sebagai Accident Bank ia bagi mengumpul data2 Kemalangan, justeru akan datang setiap tukar milik mesti disertakan sijil bebas kemalangan dari Accident Bank. Kos dia dengar2 RM20. Saya menjangkakan berbagai kos lain akan dikenakan oleh Kerajaan atas nama Free Accident dan Interest Of Consumer.

  8. guys, ada apa2 latest info pasal Lotus APX sports SUV nie?
    http://www.chinacartimes.com/2011/06/22/lotus-apx-sports-suv-spotted-in-china/

    cheers!

    • Inikah yang dikatakan platform SUV dibina oleh Youngman dan kemudian Proton nak guna?

      Nampak macam cantik juga rekaan China ni..

      • Youngman tak reti buat keter la fridzmax.. hari tu dalam akhbar DSZ dah bagitahu bahawa youngman minta proton bina suv berdasarkan platform exora dan engine Proton yg sedia ada. DSZ kata skrg ni mereka sama2 excited nak tengok hasil akhir suv tuh.. dan DSZ tegaskan lagi.. berkemungkinan juga Proton akan beli kembali platform tu untuk jimatkan kos lebih2 lagi suv tu proton juga yg design dan engineerkan untuk youngman.

      • Owh..Maksudnya, Proton buatkan platform SUV utk Youngman. Dan kalau Proton minat nak buat SUV, beli balik daripada Youngman. Camtu ke?

        Atau sebenarnya Proton tak payah beli balik pun platform tu..sbb dah memang Proton punya..

      • maksud bro kekitaan, Proton beli balik design tu, mungkin reskin atau major changes je..platform memang ambil exora..enjin je masih tak pasti..tapi kalau pkai cfe 1.6 dah memadai, tapi bagi tune lagi la supaya hi-performance..baru la tak de suara2 sumbang cakap underpower nanti.. 🙂

    • nh kereta yg hari tu gak.. Sekurang2nyer, Youngman nh x la seboring yg kite sangka.. Lepas nh L6 mesti based on Exora Turbo.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s