funtasticko design

http://funtasticko.net

PANAS : Pengeluaran Savvy dihentikan kerana kualiti yang teruk???

93 Komen

UPDATE : Sumber info ini dari orientaldaily.com.my

” (Kuala Lumpur 26 Jun) Proton announced that the company will stop producing Savvy, which has been in the market for almost 7 years, claiming that the compact car is tarnishing the company’s image due to the extremely poor quality.

Proton’s Managing Director Dato’ Seri Syed Zainal described Proton Waja 1.8L and Savvy 1.2L produced from the collaboration with Renault as a painful lesson.Launched in Jun 2005, Savvy is to take over the Tiara as Proton’s new compact car model.Savvy’s quality tarnishing company’s image.

Syed Zainal admits that Proton’s car have quality problems, the decision to retire Savvy is because SAvvy’s quality is tarnishing Proton’s image. Syed Zainal told reporters when attending 2011 GLC Open Day that retiring Savvy does not mean the model is defective, Proton also will not recall all the Savvy that are sold.

Savvy is using the Renault made D4F engine while Waja 1.8L is using F4P engine but owners of the vehicle has been complaining about the problems that had, today a participants inquire Syed Zainal about the complains, hoping that Proton pay attention to the issue.

Customer complains are decreasing

Syed Zainal pointed out that Proton is not a flawless company but the complains they received for the past 5 years has been decreasing. He stated that when some Malaysians criticize the quality of Proton cars, it is all based on their own personal impression and rumors, some of them never even drive a Proton before.He mentioned that Proton cannot be blamed for the problems with Proton cars because all the parts are supplied by suppliers.

Please do not put the blame on Proton, Proton makes 700 cars per day, that’s 1 car every 98 seconds, we do not have the time to check on Proton parts.” Earlier, Syed Zainal Abidin in his speech mentioned that Proton will emphasise on “Cheap selling price with cheap maintenance parts” principle to prevent having problems with expensive parts for cheap cars.

He stated that proton has been planning to move the company’s market to foreign country. The target is to increase Proton’s foreign market share to 72% by 2016. Currently foreign and local market are equal.”UAE, India, China and Middle Eastern country is our targeted foreign market.” Syed Zainal stated that Proton is facing a shortage of qualified personnels instead of planning and funding when moving to foreign market.”

Nampaknya kalau betul la perkara ni bertambah “buruk” la imej & nama Proton lepas ni. Sampai ada yang buka fb punya akaun untuk menghentam Proton. Adakah benar penjelasan dari DSSZ ” Proton tak ada masa nak periksa kualiti part sebab Proton keluarkan 900 unit kereta sehari, seunit kereta dalam masa 98 saat”. Kalau nak banding dengan syarikat lagi besar yang keluarkan berjuta unit kereta setahun, takkan la Proton akan lepas pandang perkara ni. Masalah Proton sebenarnya bukan dari pemasangan/kilang sangat, tapi kualiti part yang dibekalkan oleh vendor yang tidak berkualiti & menepati piawaian yang sepatutnya yang jejaskan imej Proton. Harap Proton “bakul sampahkan” sahaja vendor yang tak bertanggungjawab ni walaupun ada kaitan dengan ahli politik. Nak buat pe simpan lagi, cari la sumber lain. Kalau nak ikutkan Savvy ni dulu masa mula launch ada TUV punya pengiktirafan.

Harap pihak Proton bagi penjelasan yang sebenarnya supaya pemilik Savvy yang sedia ada tidak menerima nasib yang tak sepatutnya, “resale value” akan makin teruk jika benar perkara ini. Kalau Proton nak bela hak pemilik Savvy jika betul perkara ni berlaku ialah dengan memberi “rebate” sekurang2nya RM5,000.00 untuk beli Proton yang baru. Tapi jangan pilih model, seeloknya bagi model baru macam Persona R. Baru la sejuk sikit hati pemilik Savvy termasuk diri saya sendiri. Proton jangan la pulak lepas tangan macam tu je pulak, memang nak kena la jawabnya. Bukan silap pembeli tapi silap Proton sendiri buat benda tak fikir macam MD yang dulu. Fikirkanlah cadangan saya tu dengan sebijak2nya sebab pemilik Savvy ni tak ramai mana pun. Nak rugi bakal pembeli ke nak jaga hati pembeli, pilih salah satu je talian hayat ni.

* Saya amat berharap pihak Proton tampil untuk membuat penjelasan yang sebenarnya agar perkara ini diselesaikan dengan segera. Sila emailkan kepada saya campro_mania@yahoo.com penjelasan dari pihak anda. Kerjasama anda amatlah dihargai, terima kasih.

93 thoughts on “PANAS : Pengeluaran Savvy dihentikan kerana kualiti yang teruk???

  1. savvy ini model hasil pentadbiran lama proton, konsepnya agak kurang baik dan x ikut kehendak pasaran

    • After reading the Oriental Daily translation, aku rasa ada agenda lah derang ni beb, aku dah komen benda sama kat page Proton tadi.

      Aku ada di GLC Open day tu..Datuk Syed Zainal explain buat kereta ni bukan kerja mudah, komplikated dan makan masa dan duit yang banyak

      takkan Proton gila tak jaga kualiti lepas belanja ratus juta nak design satu produk

      ini semua memang ada niat buruk

      Proton kan punching bag dan modal senang untuk wartawan dan akhbar dapat publisiti murahan, batai proton terus popular….

  2. DSZ berusaha improve quality ~ HABIS
    Image Proton ~ HABIS (tidak masa check parts)
    Brand Name ~ HABIS (Tin MILO)
    Sales Proton ~ DOWN

  3. Apa yang DSZ cakap ni? Honesty is the best policy but I cannot appreciate his statement at all. Savvy is 7 years old and is long passed its due date. He should have just said it is discontinued, that’s it.

    Apa kata kalau owner Savvy sekarang ni tuntut gantirugi beramai-ramai dari Proton based on his admission that Savvy is a poor quality car. Proton should have manufactured a reliably decent (if not good) quality car.

    • Yup..saya setuju dgn pandangan anda dan juga pandangan penulis.
      DSZ sepatutnya lebih berhati2 mengeluarkan pandangan.Rasanya pemilik2 savvy berhak menuntut penjelasan dari pihak proton.Mungkin menuntut ganti rugi?
      Takde masa nak check part?aduhhh…jawapan apakah itu dato’?

  4. sy sebagai admin blog ni nak DSSZ sendiri bg penjelasan yg sebenar di sini & sila bela pemilik Savvy jika ini yg berlaku..fault bukan dari pembeli…

  5. Kecoh….Bashing….

  6. ntahla betoi ke tak.. sbb setakat ni saya google tak jumpa pun berita pasal nih… pelik jugak.. biasanya kalau saya google mesti jumpak punyer apa2 cerita pasal Proton. tapi yg ni belum ada. hmm..

  7. kalu aku, aku cakap je savvy dihentikan kerana nak fokus pada model baru yang lebih mendapat permintaan.. Habis citer… dalam business ni kenalah jaga sentimen customer..

  8. yg peliknya tak jumpa dari media berbahasa melayu atau inggeris.. fishy betul.. harapnya tak betul lah.. sbb mmg pelik dan tak boleh diterima statement camtu keluar dari Ceo sndiri.. haishh

  9. mengejutkan!…tapi kalau benar dsz keluarkan kenyataan sebegitu rupa….
    aku mcm nak klik butang thumb down….kcewa,kaput,kapish
    persona r dgn kualiti global?…..maaf,kami xda masa nak cek parts…..
    mcm ni nak kualiti/tahap global??….
    dsz buat p1 mcm sumbat gol sendiri je…

    apapun harap theking ada sebarang ulasan ttg kenyataan dsz….
    rasa mcm ssh nak percaya dsz boleh keluarkn kata2 tu…

  10. gali kubur sendiri?

    • Yela,

      Ada ke orang kutuk barang sendiri? Penat2 buat nasi lemak, lepas tu cakap nasi lemak saya tak sedap..

      Saya menjangka ada propaganda lain disebalik isu ini. Mana wartawan paper lain? Berita, Utusan, Sin Chiew, Nanyang? Atau mereka sibuk membuat liputan terhadap Bersih 2.0?

      Jika benar Savvy tidak berkualiti, saya sebagai pengguna Savvy ingin memfailkan tuntutan terhadap Proton di Tribunal kerana Savvy diakui tidak berkualiti oleh pengeluarnya sendiri..

  11. btw, ayat last skali kt berita tu aku x paham la..tolong explain sikit sapa yang paham

    • He stated that proton has been planning to move the company’s market to foreign country. The target is to increase Proton’s foreign market share to 72% by 2016. Currently foreign and local market are equal.”UAE, India, China and Middle Eastern country is our targeted foreign market.” Syed Zainal stated that Proton is facing a shortage of qualified personnels instead of planning and funding when moving to foreign market.”

      INI ?

      macam total sales proton ada 100 (malaysia + negara lain) … 72% dari negara lain = 72 buah proton kerata jual ke luar negara …. 38%= 38 buah proton car jual di malaysia …

      jika sales di malaysia kurang pun xpaya takut jika 72% jual kepada negara lain … perkara baik

  12. hahahaha… takkan DSZ nak jadi macam Dany Bahar hari tu pasal lotus nak cari partner… hihihi.

    • Proton sudah ada partner baru ….
      http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/glprot/Article/#ixzz1Qb9ZGxw4

      KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd said it is finalising a collaboration next month with a foreign car maker, which is expected to bring up to RM800 million of investment into the country.

      Managing director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said the tie-up involves using the partner’s transmission for Proton’s new engine.

      The powertrain of a car consists of many components, including the engine, transmission, driveshaft and any of the internal workings of the engine.

      He did not reveal the name of the foreign car maker.

      “We are finalising the collaboration and it should be completed next month,” he told Business Times.

      Back in March this year, Proton sealed a preliminary pact with Japan’s Nissan Motor Co Ltd to form a strategic alliance. The pact is unlikely to involve any equity purchases.

      Both entered into a memorandum of understanding (MOU) to pave way for feasibility studies on specific areas of collaboration which included the potential use of Nissan’s platform and powertrain.

      The MOU was supposed to end on April 30 this year but both have yet to announce weather the agreement has been extended or terminated.

      Auto analysts said the tie-up between Proton and Nissan will fast-track the former’s production of its EMAS global compact car and break grounds in the domestic and export markets.

      They suggested that two immediate products Proton will get from the potential alliance will include Nissan Fuga. It will be used as a replacement for its ageing Per-dana sedan.

      Mana satu car maker ? i guess Nissan sebab Proton emas akan guna engine gearbox nissan

      • maybe is PUNCH MOTIVE

        tengok video punch motive ini , di China

        0.30 ada Proton Exora ….
        CVT proton akan import dari China punch powertrain ….

  13. menarik tu sedara David.. tapi harapnya ada penjelasan pihak Proton secepat mungkin tentang statement yg didakwa dari DSZ tu…

  14. ohh.. dalam video tu nampak macam ada exora..

  15. Ini rekaan aje. Entah apa la facebooker ni tulis. memandai-mandai aje. DSZ & Proton. Jangan teragak2 untuk buat laporan polis. Ni fitnah jahat kepada Proton. Bro campro, sumbernya mana? Tak reliable kenyataan tersebut. Seorang MD syarikat besar (GLC lebih2 lagi) takkan buat statement macam ni.

  16. Kalu guna logik akal pun tadak CEO company didunia termasuk Proton akan keluarkan statement mcm tu.

  17. bro camp,ade sumber tak dari mana berita ni?

  18. saya pembaca setia blog ni harap campromania lebih berhati2 mengenai kenyataan sebegini supaya tidak mengelirukan pembaca dan pemilik2 kereta savvy. Ikut etika kewartawanan, sumber asal petikan itu sepatutnya kena letakkan sekali.

  19. mmm…. banyak sungguh cabaran proton. Ada sahaja perkara yg mahu mencalar imejnya. Apatah lagi bila model2 generasi terbarunya bakal muncul nie. ada yg nak menjatuh n menjejaskan reputasinya dgn mgharap strategi dan perancangannya gagal. Apa2 pun proton x bleh tunduk dan mengalah dgn rintangan2 nie. Anggap ar semua nie bukan kudis utk mencipta gemilang:)

    cheers!

  20. ni gambar keratan akhbar tu

    http://www2.orientaldaily.com.my/read/GEN/2fVd00141zq71k5e060s6P0L2f6V7o9X

    ni link berita

    taken from Facebook page, ‘Kami Benci Saiful Bukhari!’s page. (Also shared,available on my wall)

    picture description

    Pengeluaran Proton Savvy henti disebabkan kualiti yang rendah!

    Syed Zainal (Managing Director of Proton) berkata: “Jangan salahkan Proton, Proton menbina 700 kereta setiap hari, iaitu 98 saat untuk setiap kereta. Kami tidak mempunyai masa untuk check peralatan kereta”

    Bukankah QC untuk peralatan kereta ini tanggungjawab Proton? – AhBeng

    Minta maaf, Ah Beng tak dapat cari berita versi BM atau BI.

    • Ni mesti direct translation daripada Mandarin ke English jadi benda lain. Mesti salah faham ni. Lagipun Savvy bila translate dalam English dari Mandarin tu jadi Seville.

  21. try tengok sini

  22. Die kebarangkalian ada 2 komen. Ingat x mcm mana Dany Bahar nyer komen kene putar belit dek media sampai die kene buat press confrence sekali lagi.
    Berdasarkan pemahaman diatas, DSZ cakap mcm nh la,
    ” Kualiti proton semakin meningkat, akan tetapi, still ada produk yg kualiti die x mencapai sasaran yg menyebabkan SAVVy stop production. Proton x d masa nak cek barang maksudnyer mesti la QC bahagian vendor kene cek barang sebelum hantar. Dan semestinya bila dah sampai bahagian production, x kan la deorg nak tengok fungsi satu 1 bende. mcm tu x yah jual kereta la. ”
    Tapi yg pasti ini mcm perkara yg dipolitikkan.
    kalau perhati baik2, ini bukan ayat DSZ. lebih kurang diputarbelitkan jer..
    Betul kata theking. X kan ada CEO kat kat dunia akan cakap mcm tu kat product deorg..

    • harap2 gitulah.Sumber berita ni ada dinyatakan dalam blog ArenaKereta.
      Mungkin ini salah satu cubaan untuk menjatuhkan nama baik proton?

      • mmg yer. Musuh P1 Still banyak. X pun nh salah satu nak jatuhkan sales proton sebelum deorg lancar saga CVT kot. Ntah la. kalau menuduh jadi fitnah lak.

  23. sukar nak dipercayai seorang CEO bercakap begitu.

    • mmg sukar dipercayai sebab bukan CEO yg cakap. X kan ada CEO kat duni nh akan cakap mcm ayat kat atas..

  24. baru 2 jam tadik sorang proton owner dari mesir msg aku bertanyakan tentang berita nih.. huhu. aku kata masih terlalu awal .. kena tunggu penjelasan pihak Proton dulu.

    • Elok Proton buat press conference untuk elak masalah besar.

      • mmm… proton tak prlu terus melatah dgn apa yg berlaku. Kena cool, siasat sumber, kenalpasti permasalahan dan ambil action dan perbetulkan segera. Kalau tak, benda2 nie akan melarat dan jadilah perkara yg tidak benar akan dilihat seperti benar.

        my 2 cents.

        cheers!

  25. proton savvy 6 tahun dan bukan 7 tahun mcm dlm laporan tuh…

    hanya satu sumber sahaja ada statement dan diwar-warkan oleh pembaca ke forum-forum

    sekiranya tidak benar proton perlu nafikan

    ok saja klu diberhentikan pengeluaran secara baik seperti persona akan digantikan persona r tetapi stement berhentikan sbb banyak problem dan tak sempat nak cek seperti membunuh diri.. jika benar saya ingin ucapkan selamat tinggal kepada proton…..

  26. Betul la seorang CEO takkan cakap macam ni. Tapi DSZ tu MD, bukan CEO Proton la.

  27. “” Currently foreign and local market are equal “””

    Ayat di atas menunjukkan ini berita ntah apa2 … mana ada equal . setahu aku Proton hanya export dalam 20% – 25 % sahaja ke luar..

    • mm… nie kes ada agenda di sebalik agenda nie… ada org mau main kotor. Fight back!

      cheers!

    • I smell something fishy..

      Bila masa Proton buat 50% local dan 50% export? Kalaulah Proton buat 50-50, jualan Proton Jan-May dalam negara lebih kurang 70,000 unit. Jadi maknanya Proton telah buat 140,000 unit globally?

      Jika 140,000 unit dalam 5 bulan = sama dengan 28,000 unit sebulan = 933 unit sehari!!!

      Saya menganggarkan dengan 20% eksport, Proton menghasilkan sekitar 580 unit sehari..(dengan kapasiti 2 kilang-Tg Malim dan Shah Alam)

      700 unit sehari boleh dikatakan WOW bagi Proton. Sedangkan Exora dan Inspira pun duduk dalam satu line. Proton bukan boleh full swing macam Perodua. Saya rasa semua orang maklum perkara ini..

      p/s: Perodua mencapai jualan lebih 188,000 unit pada tahun 2010. Iaitu 522 unit sehari..Proton 700 unit? Nak percaya ke tidak..entah.

      • sorry… sedikit pembetulan….

        sebulan ada 30/31 hari, tapi hari sabtu & ahad tak kerja….
        setahun ada 365 hari, but ‘Working days’ hanya 240 ~ 250 sahaja (tolak weekend, public holiday)

        so, nilai yang betul bagi P2 ….
        (188,000 setahun = 522 sehari ‘SALAH’)….
        188,000 setahun = 767 sehari (245 hari berkerja setahun)….

        P2 jalan 2 shift sehari….. P1 jalan 1 shift sehari……

        *vendor P1 & P2…

      • Oklah tu vendor..

        Ni kiraan kasar je..yang membawa maksud tak logik bagi Proton buat terlalu banyak kereta dalam satu hari..Lagipun Proton ada 2 buah plant (Tg Malim-Shah Alam).

        Encik Vendor supply apa? Saya baru dapat tahu daripada adik saya bumper Myvi Lagi Best dan Persona R adalah daripada vendor yg sama.

  28. Jgn percaya sangt suratkhabar cina. apa kata pemilik savy tulis surat mintak penjelasan dari DSZ. jgn cepat percaya fitnah tmbh2 dari fb yang terkenal dgn lubuk fitnah.

  29. saya masih menunggu penjelasan dari pihak Proton tentang perkara ni..sebab nampak macam ada yg tak kena je dengan artikel tu, sebab tu sy keluarkan cerita ni…kalau Proton senyap je makin berpanjangan la cerita ni…harap Proton buat tindakan segera…boleh email kepada saya campro_mania@yahoo.com supaya saya dapat menjelaskan perkara ini kepada semua pembaca blog & juga boleh counter balik cerita ni jika terbukti memang tidak benar..

  30. DSZ kata:

    He mentioned that Proton cannot be blamed for the problems with Proton cars because all the parts are supplied by suppliers.

    Please do not put the blame on Proton, Proton makes 700 cars per day, that’s 1 car every 98 seconds, we do not have the time to check on Proton parts.”

    Pelik kata:

    Tak boleh blame Proton? Abis sape suruh proton tak pantau vendor n cantas mana yang tak patuh? Ayat kat atas tu tak sepatutnya datang dari seorang CEO.

  31. Pada pemerhatian saya, DSZ ni seorang yang cerdik. Tengok saja track record dia kat P1.
    Dah tentu tak akan buat kenyataan mcm ni yg membunuh syarikat yang dia terajui. Tak kira le dia CEO ke, MD ke, COO ke, Sales Manager ke, kalau kerja dengan company tu, kenalah bagi statement yg tak menjejaskan reputasi company tu. Melainkan ada agenda yang tersendiri la. Tapi kalau dari DSZ memang x masuk akal.

  32. mmm… hanya dikeluarkan kat satu akhbar cina jer?…

    Kalau ada sapa2 yg bleh dpt data pembeli kereta myvi (dah tentu perodua ada analisis tu) cina malay india dll… di m’sia.

    Dan kalau benar cina % tinggi… no wonder artikel mcm nie disebarkan dlm akhbar tu…

    sekadar meneka dan serkap jarang:p

    cheers!

    • bro fauzan, kalau boleh kita tunggu apa reaksi dari Proton..sebab menaikkan sentimen ni susah gak..tapi stekat ni orang Proton senyap je..jangan diam nanti tak selesai masalah

      • sekarang banyak forum buka topic baru selepas tengok gambar akhbar orang share di facebook….

        pun ada banyak blog share gambar tu

        sy cina so sy boleh search dalam bahasa cina 普腾 = Proton …selepas search semua perkara ini ~ Pening

        Proton sekarang senyap and diam diam ….. xkeluar untuk selesai masalah ini ~ habis tu

      • bro david, kita tggu dlm masa terdekat apa reaksi dari proton..harap mereka selesaikan secepat mungkin sebelum ianya makin teruk..

  33. sian pemilik savvy ni….. agak2… jual 2nd laku ke?

  34. Takpe, Proton boleh minta tolong PERKASA untuk bangkitkan hal ini.

  35. Proton Savvy antara Kereta Proton yang paling selamat pernah nampak dekat karak jatuh ke longkang besar…. pemandu savvy terselamat disebab ” Body Shell ” Savvy yang kuat…. hairan macam mana kata Savvy tidak berkualiti…..

  36. aku dapat rasakan ada agenda tersendiri akhbar berbahasa cina tu…
    banyak sebelum ni berita berita yang tidak tepat melainkan sumber dari BERNAMA…
    tak rasa pelik ke, berita sensasi sebegini hanya diterbitkan dalam 1 suratkhabar sahaja?

    aku rasa, pihak PROTON sudah sedia maklum, cuma sekarang mereka sedang mempersiapkan bukti dan serangan balik bakal dilakukan dengan SAMAN berjuta ringgit keatas penerbit tersebut, (jika berita tersebut tidak benar).

    Dan, ramai pihak yang anti PROTON menggunakan sumber tersebut sebagai bahan untuk menjatuhkan PROTON…. mereka bersorak sorai…. tapi jaga jaga… mereka yang terlibat menyebarkan berita tersebut dalam fb atau blog/web.. mereka tertakluk dibawah akta multimedia… jaga jaga…

    Pihak Proton wajar menfailkan saman kerana menjatuhkan maruah PROTON serta agenda untuk melumpuhkan syarikat PROTON dengan menFITNAH (jika berita tersebut tidak benar)

    …. melainkan ianya memang benar keluar dari mulut DSZ….

    JAWAB PROTON! JAWAB!!!!!!!!!!!!!!!!!

  37. saman je paper tu, lepas tu suruh dia minta maaf, tulis besar besar kat muka depan.

  38. aku x pecaya langsung…minta maap la kepada2 orang nk cuba sebar dahyah cap ayam nie…savvy terbaik drpd protong…

  39. kalau proton dah tahu yang savvy tu banyak masalah, kenapa proton tak masukan enjin 1.3 campro dalam savvy? tak pun keluar model savvy baru guna enjin 1.3 campro.. compem laku punya.. boleh saing dgn myvi and viva..

    • kerana engine bay savvy terlalu kecil …. ini orang design kereta tak fikir baik2, selepas design baru tau engine bay savvy tak boleh masuk Campro

    • sebab proton ada perjanjian dengan Renault. sampai sekarang masih banyak enjin ni dalam simpanan proton. Walaupun savvy kurang permintaan, proton tetap kena terima enjin dari renault sebab ada perjanjian.

  40. Proton adalah syarikat korporat pengeluar kerata, selayaknya kita melayan meraka dengan berita2 yang sahih sahaja. Untuk orang politik meraka adalah politkus dan meraka juga oppurtunis jadi berita2 yang samar2 tidak ada masalah untuk meraka. Geram dengan arahan pejabat pelajaran suroh lari 1malaysia tapi tak bagi budget alih2 terpaksa guna duit PIBG, Tak wajar menyusahkan orang untuk gain political mileage. Apa kata Mufti P?

  41. kat link ni ade org citer ape sebenarnya yg berlaku sbb die g GLC open day hr tu.die citer ape yg DSZ ckp pd hr tu.blog ni blog politik tp disbbkan die ada menghuraikan ape yg sebenarnye terjadi,so rsnya xslh kalo kongsikan sbb proton pun xkeluarkan kenyataan rasmi lg.die citer mengenai statement panas DSZ tu,tp xde plak psal savvy tu.at least mgkn blh kita fikir2kan ape yg berlaku.so kalo ada sape yg xsng dgn blog yg ni,bc post psal proton je la ek.post lain xpayah la bc kalo xsuke.

    http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2011/06/oriental-daily-bantai-proton-untuk-jadi.html

    • cmtu ke asal usul cte nih.
      cut sini, cut sana & paste jd artikel?
      peh…mmg bes la jd reporter cmtu.

    • baru paham cerita mcm mana..

    • Dah baca artikel tu..

      Tapi ia langsung tidak menyentuh pasal Proton Savvy. Ia hanya bercerita berkenaan penulis melawat Hari Terbuka GLC. Isu Proton-Oriental Daily juga tidak dikembangkan.

      Setelah membaca posting tersebut, saya pun menyelak halaman lain dan saya kira penulis tidak mempunyai kredibiliti untuk mengulas isu Proton-Oriental.

  42. bila la Proton nak bagi jawapan…masih lagi berdiam diri, jangan macam tu..kalau perkara ni tak betul terus lawan balik, kitaorg akan bagi FULL SUPPORT!!!

  43. silap tak oder enjin renault 1.4, kalau tak, savy lagi lebih best

  44. campromania…i think u should call,email or fax to Proton to clarify this……don’t simply spread rumours…its not good for Proton owners especially the Savvy owners..TQ

  45. jangan salahkan vendor itu bukannya alasan, jika di bandingkan dengan PERODUA vendor lebih kurang sama saja, kebanyakan sama dan dari negara malaysia, PERODUA memgeluarkan 500 to 600 kereta sehari, DATO engkau bekas PERODUA takan engkan tak tahu. Bagaimana kuality PERODUA berbanding PROTON itu semua masalah pengurusan.

  46. dah Jadi Forum Politik lak………

  47. selamat aku pakai vios…:)

  48. Do not blame Proton on defective parts? If this statement come from you, you are not the right person for the job.Hello you are MD of the company! How do you approve your suppliers? what is proton’s requirement on defects (PPM) at supplier In-process and out going quality inspection? how often do you have quality audit on them? Proton pay for every piece of parts from suppliers, how the hell you let proton pay for defective parts? How the hell you let proton customers pay for cars with defective parts. Is a shame, proton do not deserve to have an MD who does not understand customer satisfaction and safety.

  49. aku pun guna savvy AMT sejak 2007. penah sekali tukar the whole AMT set. mujur ada warranty. if tak kena 12k dari Proton. kesmua Parts tu semua imported dari France. maklum lah enjin Renault. kalau nak parts yang murah bole beli kat proton parts centre seperti ada kat Glenmarie Shah Alam tu. tp ada parts yang murah and ada parts yang mahal. jadi kena pandai2 buat survey & research kat mana boleh dapat lagi murah. baru semalam kena tukar ignition coil, pasni TDC Sensor pulak. if hantar kat proton nak service memang kena ketuk. labour charge pun boleh cecah ratusan ringgit, itu belom masuk harga parts nak diganti lagi.

    artikel paper Oriental Daily ni memang menarik. apa response dari Proton fasal isu ni. tu pun kalau ada. tak pun depa tengah sibuk fokus rally kat europe la ni.

  50. Boleh sy tak bayar kat proton dulu sebab tak ada time tapi nak kereta dulu? Payment nak full tapi kerja buat separuh. Bisnes begitu baik ke? Larisnya proton… Kenapa rugi ye tiap2 tahun? kalah I pad. Silap silap nanti pekerja proton bunuh diri. Tak tahan, pressure. Order banyak sangat.

  51. Cadangan,agar pihak proton dapat melanjutkan tempoh warranty setiap keluran proton savvy selama dua tahun lagi kepada setiap pemilik kenderaan savvy yang ada.

  52. sebagai salah seorang pemilik savy amt (keluaran 2007) saya kini mulai merasai perit poket sebagai pemilik kereta proton….tolonglah proton, jgnlah lepaskan batuk di tangga buat kereta…savy is the epitome of “expensive spare parts for cheap cars”….to be fair though, my savy has been loyal and in good condition (due to my careful driving and good maintainance) however, just like any other cars in the market, my savy’s condition starting to worsen from early 2012, after 5 years. My fret is not really about the quality, BUT ONLY ABOUT THE EXPENSIVE MAINTAINANCE that is not only ‘burning the pocket’ but ‘disappearing altogether whatever account balance i may have’….this part is the most appalling and tragic. Imagine being proton and eon quoted RM15,000 for my maintainence fee! my heart almost stopped. for a fresh graduate, on a pitiful salary, this is overly too much too bear.

    pls la Datuk, dont give crap like “proton makes too many car…1 car every 98 seconds talk”….and for once you can redeem Proton’s tarnished image by giving us the savyians a rebate for trading in savy to get new proton cars just like the author here suggested. that would be the wisest thing to do instead just walking free of guilt (and our hard earned money). because of this crappy image, savy does not have any VALUE for resales. a friend of mine have had his savy rusting in his garage since the past 3 years but at least lucky for him, he can afford to let it rust. I, on the other hand…have to make do with this rusty savy that already keeps ‘dying’ in the middle of driving mode and in the middle of the road literally. Jangan sampai savy jadi statistik penyebab kematian barulah nak amik action and i bet my bottom dollar, you yourself Datuk, never DROVE a savy let alone own one!

    be responsible for once PROTON! pls.

    -disappointed and devastated savy owner-

  53. “the complains they received for the past 5 years has been decreasing” <<< this is due to sales on proton is decreasing that why complain decrease haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s