funtasticko design

http://funtasticko.net

Apakah sikap atau gaya pemanduan rakyat Malaysia yang paling anda BENCI, Jom kita senaraikan!!!

21 Komen


Gambar sekadar hiasan

Sepanjang menjadi pemandu di jalan raya negara ni, dah macam2 perangai, sikap & cara memandu kita pernah lihat. Kalau nak cerita memang tak abis, sebab ni la punca utama kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di sini. Jangan la nak disalahkan kerajaan sebab wujudnya Proton & Perodua harga kereta luar jadi mahal, terpaksa beli kereta tersebut yg dikatakan kurang bagus(padahal pemandu yg tak bagus), jangan salahkan Polis & JPJ kalau macam-macam undang-undang diperkenalkan & jangan salahkan keadaan jalan raya di negara ni yang tidaklah sebaik mana, sebab kalau dah tahu pasal tu kena la berhati-hati. Pokok pangkalnya ialah sikap pemandu itu sendiri, dah tahu bahaya gi cabar lagi, bila kena menyesal tak sudah.

Sila kemukakan komen anda, kita buat sesi mengumpul data…mungkin ini dapat membantu kita memahami perangai rakyat Malaysia di jalan raya.. Jadi kita akan lebih berwaspada nanti🙂

21 thoughts on “Apakah sikap atau gaya pemanduan rakyat Malaysia yang paling anda BENCI, Jom kita senaraikan!!!

  1. Tak reti-reti kasi signal! Konon la kete kene ada airbag, ABS la ape laa… signal yg. sempoi pun tak reti nak guna ada hati nak demand kete dgn airbag sumer tuu. Chehh… Kalau org Mesia reti pakai signal, aku rasa accident mmg bole byk kurang..

  2. World class facility, third class mentality. Ini memang berlaku dalam sanubari rakyat Malaysia.

  3. sikap yg suka seksa kereta sendiri yg di gunakan utk berkerja dan keluarga dengan meng’racing’kan kereta itu dgn pengubahsuaian persembahan engine, bodykit melampau, bunyi bising dan tidak menghormati pengguna jalan raya yg lain dengan pemanduan yg cuai dan ganas.

    *duit yg invest utk itu lebih baik di laburkan untuk beli emas, rumah, asset2 dan pelajaran anak2. jikalau nak racing sangat sila beli kereta ‘mainan’ yg sesuai.

    • ataupun simpan duit tu untuk beli kereta sukan yg sebenar…kalau mod smpai habis beratus ribu harga kereta tu tetap akan drop sebab harga kereta ikut nilai pasaran semasa..lagi lama lg la jatuh harga dia..kereta ini ibarat liabiliti, tapi atas dasar keperluan nak taknak terpaksa juga beli..🙂

  4. 1. Pakai lampu putih yang menyakitkan mata pemandu lain di waktu malam. Kalau selisih kat depan takpe lagi, sekejap je. Tapi kalau yang mengikut kat belakang pakai lampu putih, sakit jiwa oh! Yer, mungkin aku jeles sebab kereta korang mahal.

    2. Tak bukak lampu langsung semasa malam/hujan/kabus. Mungkin la korang boleh nampak jalan, tapi hello, orang nampak ke kereta korang?

    3. Salahguna/silapguna lampu kecemasan (hazard light) semasa hujan. Pasang lampu headlight biasa sudey, tak perlu pasang hazard light yang signal kiri-kanan blink-blink tu. Itu untuk kecemasan je kan.

    4. Penunggang motor yang dah la takde lampu, pakai baju hitam/gelap pulak tu bila bawak motor waktu malam.

    5. Penunggang motor yang bawak laju-laju dalam jem. Hello, tau la motor korang kecik dan boleh mencilok, tapi tak perlu la bawak laju-laju. Bila kereta baru bagi signal nak tukar lane, korang dah hon tin tin pon pon, padahal korang jauh lagi. Saje nak hon sebab korang nak laju?
    [emo kat penunggang motor sebab aku drive kereta. kalau aku bawak motor, aku emo kat drive kereta pulak kot hehehehe]

    6. Driver (biasanya teksi) yang suka potong line dan buat u-turn sesuka hati di mana sahaja.

    Hahaha suke hati aku je komplen ni. Aku duk menyumpah orang atas jalan, tapi aku rase aku pun sering disumpah juga semasa memandu. Huhuhu.

  5. Err bro Campro,

    Adakah input terhad kepada pemanduan orang awam sahaja? Atau ianya terbuka termasuk pemanduan kenderaan polis, ambulance, VVIP?

  6. salah satu buat saya naik angin, bila ada kereta yang masuk dari simpang pastu slow kat depan masa kita tengah laju.

  7. 1. Kereta peronda polis, kereta waja pegawai penyiasat pemandunya semua tak pakai seat belt. Lepas tu sampai di roadblock, diorang ni pulak tahan orang awam yg tak pakai seat belt.

    2. Pernah meng-horn kereta peronda polis yg tiba-tiba mencantas lane saya dari the most right lane kepada the most left emergency lane dan masuk simpang. Ini memang gila..dan bila polis tu lihat ke arah saya, saya tunjuk jari tengah..

    3. Saya selalu tak puas hati jika terpaksa beri laluan kepada lori polis yg membawa OKT/Pesalah. Kereta peronda yg escort memang drive secara reckless dan membahayakan pengguna lain. Kalau langgar bontot kereta kita, confirm kita tanggung sendiri sbb kereta polis takde insuran.

    4. Kawan saya bekerja di PPUM dan dia cakap, ambulance yg memasang siren dan bergerak laju adakalanya tak mempunyai pesakit. Ambulance kosong sebenarnya boleh didakwa. Saya tak pasti nak dakwa bagaimana.

    5. Bila VVIP nak ke sesebuah function, habis ditutupnya jalan menuju ke situ semata-mata nak bagi ruang pada kereta VVIP ni meluncur laju. Jalan itu yg kebiasaannya sesak menjadi lebih sesak atau ‘mati terus’.

    Ni pasal pemandu awam

    1. Keluar simpang macam nak hantar isteri bersalin. Tapi tak sampai 10 meter masuk simpang macam nak pergi shopping.

    2. Time launching kereta, bising tanya ada ABS, EBD, Airbag dan Isofix. Time pandu kereta handset di tangan, seat belt tak pakai, anak kecil dibiarkan berdiri tengah2 dalam kereta.

    3. Ada juga yang menjadikan anak kecil sebagai ‘autopilot’. (Bagi anak pegang steering)

    4. Lori simen (Mobile Cement Mixer) juga suka merempit. Laju sebab mahu mengejar trip atau sebab takut simen kering? Batu-batu yang terbang melanting kearah kenderaan lain. Retak cermin kereta saya.

    5. Huh banyak lagi nih..

    • Bro Fridzmax,

      No 1. tu memang dalam law dia orang dibenarkan untuk tidak memakai seatbelt sebab mudah untuk react kalau jadi apa-apa… Tapi bagi saya, kalau accident masa high chase, dia yang cedera dulu bila terlanggar..

    • no.4 tu mmg bole smn x de hal punye =D

  8. ada sesetengah kenderaan dipandu laju di kawasan universiti macam litar F1 walhal kereta banyak, bumper setiap 100 meter sekali, pelajar2 kiri kanan jalan bila-bila masa je nak melintas. tak perlu pun pandu laju. buang minyak jer.

  9. pada hamba….

    – org yg suka potong Q.(klu dah potong buat muka bodoh aje)
    – bw kete duduk line kanan…. bw 60km/j….sabar je baik adam atau hawa sama sj tak perihatin org belakang… sia2 org bt kereta side mirror tak pakai.
    – ibubapa yg biar anak2 yg tak ada lesen bw motor.(bila kena langgar,mula meraong)
    – lampu putih yg menyusahkan org lain.
    – penguatkuasa yg ada kala melanggar peraturan.cth:parking ikut suka.lampu merah pun langgar…. lps tu suruh org ketepi sbb nak bg laluan VVIP… walaupun dah tahu waktu peak hour.

    rasa tu aje kot…. pada sape yg terasa hamba mohon maaf….

  10. 1. X reti nak guner signal samada nak tukar lane, masuk simpang atau memotong… Patut dealer kete patut bt signal kete tuh as optional feature masa nak beli kete, tny samade diorg nk beli signal or x. especially yg keter bebeso noh yg cecanggih nih… feature byk sgt smp signal x reti nak guner…abs,ebd,esp,itu ini as long as i dont die.. ceit

    2. X duduk lane yg betul. especially kat roundabout. Cnthnyer kete nih dr roundabout kul 6 nak ker simpng kul 3 tp g duk lane luar bukannyer lane dalam… menyusahkan betul tau… bende nie slalu berlaku kat roundbout kat shah alam especially kat Istana tuh… Pastuh x reti nk bg signal…. haish geram… klau kat hgway pulak yg jenis nak mkn angin duk lane plng kanan duk rilek jer…. 10sion

    3.Yg suker men brek mengejut nih pown masalah gak… dah lelaju ko bleh plak brek mengejut padahal jarak org dpn jauh lg… cam cibai tul

    4.lampu kalimantang pown satu hal… ingatkan kete mewah maner yg memakai lampu kalimanang nih sekali hanyalah kancil sajo… bt sakit mato den jo….

    5.bermadu asmara dlm kete… ko nak gurau2 ker… manja2 ker… g la check in saner… xyah la bt dlm kete time tgh drive…..

    6. Byk lg nih… tp malas jer nak taip…. dan aku byk bersetuju ngan bro fridzmax especially yg no.1 tuh…. actually bukan polis jer, sumer kereta perkhidmatan awam or kerajaan sumer x pakai seat belt reason sebab kerajaan… sebab ader skali aku nek kenderaan jabatan kesihatan majoriti penumpang dan driver (termasuk aku) x memakai seatbelt dan biler ader polis trafic driver tuh rilek jer ckp x yah riso mmg x kene samanyer sebab kenderaan rasmi jabatan kerajaan… haish…. aku pny la cuak duk tarik seatbelt…

  11. paling aku rasa nk ‘BUNUH’ bila kat highway ade keta lampu beso guna HID bg high beam dari belakang suruh kita ke tepi or bg laluan utk dia speeding..ingatkan BMW, merc, celica, ferrari, lambo or bugatti veyron tp rupa2nya….klu tak myvi, viva or alza…kampit betul la!!! aku dgn selamber je turunkan tingkap pastu tunjuk jari tengah masa diaorg tgh memotong.

  12. saya paling anti dengan orang yang suka bawak slow macam siput BA-ALIF-BA-YA kat lane kanan.rasa nak kerat 18 jer orang itu…

    Saya juga anti dengan orang yang tak reti guna signal semasa membelok atau memintas kenderaan lain.rasa nak rejam jer orang itu sampai mati…

    Itu saja pendapat saya.terima kasih…

  13. Saya sokong lazf..satu lagi tak gemo betul org yg nak potong asik bg lampu je..padahal belum abis potong lori ke bas..tak reti nak bersabar ke..bukannya naik Merz S500 ke BMW 7 series bayar tol mahal dari org bawak Proton…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s