funtasticko design

http://funtasticko.net

PANAS : SUZUKI dah terkena dengan VW!!!

17 Komen

UPDATE : Terkini, VW membalas kembali kenyataan yang dibuat dari phak Suzuki yang mereka tidak akan campurtangan dalam pentadbiran Suzuki & menyatakan yang kedua-dua syarikat akan bergerak sebagai 2 entiti yang berbeza. (Pantas sungguh VW bagi kenyataan balas setelah KANTOI, tak guna betul VW ni).

Nampaknya Suzuki telah terkena juga dengan taktik “pakatan startegik” dengan VW. Difahamkan Suzuki berasa tidak senang dengan sikap VW yang cuma pentingkan dirinya sendiri. Kerjasama yang dibuat akhir 2009, sepatutnya untuk membolehkan VW mendapatkan teknologi kereta kecil Suzuki, manakala Suzuki mendapat akses kepada teknologi Hybrid & teknologi masa depan VW tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membangunkannya.

VW dikatakan ingin menggunakan pengaruhnya dalam pengurusan Suzuki & menentukan halatujunya seperti yang telah dilaporkan dalam laporan tahunan VW.

CEO Suzuki, Osamu Suzuki pula menegaskan, ingin mengehadkan pegangan saham VW ke atas Suzuki kepada 19.9%. Suzuki juga dilaporkan menggantung segala projek usahasama mereka dengan VW sehingga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Buat masa ini tiada sebarang pembangunan model baru bersama secara spesifik dengan VW menurut Yasuhito Harayama, timbalan presiden (eksekutif) Suzuki. Dalam masa yang sama Suzuki juga telah mengumumkan perjanjian pembelian enjin 1.6l diesel dari Fiat. Ini membuktikan Suzuki tidak lagi bergantung kepada VW sepenuhnya.

* Mungkin ini la yang dapat dibaca terlebih awal oleh Proton semasa rundingan kerjasama dengan VW yang sampai 2 kali tak jadi. Jelas mereka cuma nak “control” Proton untuk dijadikan sebagai hub mereka memasang kereta & bagi platform lama mereka untuk diguna pakai Proton dengan niat mendapatkan keuntungan lebih. Namun Proton lebih bijak menanganinya, nasib la tak jadi, kalau tak Proton cuma boleh pasang kereta VW je tapi tak dapat langsung teknologi terkini, kalau dapat pun semua yang lama je.. Bijak juga la orang kita ni, Jepun yang diagungkan oleh segelintir orang kita yang fanatik tu pun kena “kencing” dengan diorang..Tipah Tertipu bang, hahaha..🙂

sumber : paultan.org

17 thoughts on “PANAS : SUZUKI dah terkena dengan VW!!!

  1. hehe. hari tu sstgh orang kita syiok sgt proton nak berpakat dgn VW.. depa punyalah marah dan maki hamun proton bila tak jadi dgn VW .
    .. aku masuk forum proton UK pun og sana tak suka kat VW dan depa seronok je bila proton tak jadi partner dengan VW.

  2. kalo sampai jd mcm n mmg kptusan proton xjd kerjasama dengan vw kepututsan paling tepat. .

  3. Proton atasi jualan kereta Perodua

    PETALING JAYA – Proton Holdings Bhd. (Proton) mengatasi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) untuk menduduki kedudukan teratas dalam jualan kereta pada separuh pertama tahun ini dengan 74,519 unit dijual berbanding Perodua sebanyak 62,584.

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam laporan kajian pasarannya berkata, jualan Proton meningkat daripada 65,918 unit yang dilihat pada tempoh yang sama tahun lepas tetapi Perodua mencatatkan penurunan daripada 71,375 unit kereta sebelumnya.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

    Banyaklah bonus theking raya ni.

    • The car market after 6 months

      Proton delivered 85,223 units to take a 28.7% share of the TIV while Perodua delivered 79,467 units, a difference of 5,756 units (our figure posted in Twitter earlier in the day did not include 55 units of the Arena). In an unchallenged third place was Toyota which delivered 41,688 units and had 14% market share. This figure included 10,885 commercial vehicles which gave Toyota the dominant share of 34.5% of the CV category. Honda and Nissan were fourth and fifth with 19,246 units and 17,306 units, respectively.

      http://motortrader.com.my/Cars/NewsHeader/Highlights/The-car-market-after-6-months.aspx

      Tak tau mana satu figure yang betul. Kosmo ke motortrader?

    • PROTON harus buat serangan bertubi-tubi..

    • kualiti dah meningkat, line up pun menarik, harga yang berpatutan sebab tu proton kembali jadi pilihan..harap model global sulung proton pun akan berjaya di pasaran dunia tahun depan

  4. sama gak la psl pakai keta proton bila ade masalah teknikal kcik pun nk heboh lbih bgtau cam kualiti proton teruk sgt…kpd sesape yg pakai keta jenama dari korea atau ade kwn2 yg ‘kipas susah mati’ brand korea, cuba bgtau kat sini kualiti brand korea tu…dh la keta import, kualiti lagi ‘jahanam’…malu nk ngaku kot..al maklumlah, pakai keta import tp kualiti lg hampeh dr proton walhal depa yg dok sebok kutuk kualiti proton…member gua ade yg dh t’kena dgn keta korea ni.pakai x smpai 2 bln enjin terus ‘arwah’.tggu dkt 3 bln br dpt enjin baru dr korea.wah! bagusnya servis….proton x mcm ni..

    • bro,
      kadang2 nasib gak bro. Ada orang dapat kereta ok dan kadang2 ada org dpt kereta yg mudah rosak. Tapi ape2pun penjagaan kereta paling penting. Nih tidak, Dapat jer kereta baru, terus lenjan sampai 120. Tu yg pakai kereta merajuk sampai masuk bengkel. Last2 diri sendiri yg susah.
      Tentang “kipas susah mati” nh. Mmg x dapat dinafikan mmg ramai org macam nh. Biarla mereka dengan kereta kipas susah mati deorg. Elok bawak deorg ke Madinah/makkah jer. Bagi deorg tengok org sana bawak kereta deorg untuk kegunaan aper. Kalau setakat camry baru kemek sana sini tu standard la. Inikan lagi dugung tu. Tapi ape2 pun biarla mereka dengan angan2 mereka tu.

      P/s: kereta korean mana yg die beli? Ssangyong?, Kia? Hyundai?

    • Kereta Korea yang import dari Gurun, Kedah.🙂

  5. mmm…. kesian suzuki bila tak dapat mghidu tipu muslihat VW. segala pembelian stake kat beberapa company kereta dan firma2 rekabentuk seperti italdesign dll. adalah utk mengawal dan memastikan peluang mereka utk menguasai pasaran kereta dunia 2013 lebih cerah. Diorg tak dapat fasilitis tanjung malim. Alternatifnya pekan pahang dibawah kolaborasi DRB-hicom. Bleh ar bertapak kat asean walau pun sebenarnya tg malim paling strategik. Pembesaran operasi/kilang di China dgn usahasama VW Group China (VGC) (lubuk besar) VW di luar eropah, diperbesarkan lagi utk meningkatkan pengeluarannya. Pengeluaran VW di china tahun 2010 pun dah mencecah 1.9 juta kereta bagi pasaran china. Sekarang nie VW ranking ke-3. 2013 lengkap la perancangan diorg nie utk menduduki takhta pengeluar kereta terbesar di dunia.
    Nasib baik ar proton ada prinsip. Kalau tak mmg kena main jer dgn VW. siap digula-gulakan dgn platform Passat lagi utk model gantian perdana.

    cheers!

  6. Proton Exora 1.6 H-Line FIRST DRIVE

    This is our first drive of Proton’s seven-seat MPV, the Exora. The car was first introduced in Malaysia in 2009 and from 2012 becomes the fifth model in Proton UK’s line-up.
    The car we’re testing here is the Malaysian-spec 1.6-litre petrol version, mated to a four-speed automatic. When it arrives in the UK, however, the engine will be turbocharged and paired with a CVT ’box instead. A diesel variant will follow in 2014.

    “This is a car you’ll have to be patient with; it isn’t a driver’s car. What it is, however, is a simple, inoffensive and comfortable MPV, offering plenty of kit and space for seven. Priced to sell? Most definitely.”

    http://www.autocar.co.uk/CarReviews/FirstDrives/Proton-Exora-1.6-H-Line/258248/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s