funtasticko design

http://funtasticko.net

EKSKLUSIF : Video rangka Persona R!!!

125 Komen

UPDATE : Gambar dari Facebook Bshamsul Atoque\’s

VIDEO 1 :

VIDEO 2 :

Secara eksklusif dari Funtasticko Design, ini merupakan rangka sebenar bagi Persona R yang bakal dilancarkan tahun depan. Nampaknya Proton telah bersedia untuk melakukan production untuk model ini dalam masa yang terdekat. Video ini telah dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat yang tak nak namanya disebutkan di sini. Terima kasih diucapkan kepadanya kerana telah sudi berkongsi video ini dengan kita. Dapat tengok rangka dulu pun jadi la..sekurang-kurangnya kita dapat agak besar mana kereta ni nanti.. πŸ™‚

Advertisements

125 thoughts on “EKSKLUSIF : Video rangka Persona R!!!

  1. Sy nampak lekok di rear quarter panel hingga ke lampu belakang sama mcm Tauh.

  2. lampu belakang nampak mcm saga fl, boot mcm inspira

  3. inspira punya ruang dalam bonet blkg lebih kecil daripada waja sebab tayar spare dia saiz biasa, bkn jenis kecil. ni dlm video ni aku rasa ruang tayar spare ni kecil, tak tinggi, jd tayarnya pun mesti kecil juga, ni yg best sbb boleh legakan ruang boot supaya besar

  4. ada bumbung metal.. maknanya takde la panoramic sunroof nanti? huwaaa…..

  5. fulamak dh boleh bayang saiz kete ni….

  6. terbaik….sape leak nie?? makin dub dap jantung nak tgk camne wajah sebenar Persona baru….totally different dengan Persona asal…Mantap Proton..Tahniah Proton….buktikan Perodua memang hampeh!! yosh

    • kalau nak ikutkan sebenarnya hari ni kat proton tanjung malim ada majlis pelancaran skit pasal persona r..wartawan akhbar dijemput untuk program ni..esok mungkin ada keluar kat surat khabar kot cerita pasal ni..tapi video ni memang eksklusif untuk tatapan kita semua.. πŸ™‚

  7. huh dah kuar news dah, proton nak eliminate vendor2 yg xleh pakai tu utk start producing persona r dan ke atas. menarik ni πŸ™‚

  8. aku nampak pekerja IQM… huhu…ni vendor ke staff p1 yang rakam ni…huhuuhu

  9. Baru tengok buletin utama..proton tgh menilai vendor2 yg ada bagi tujuan pengeluaran kereta global ni. Diharap proton memilih vendor2 yang benar2 mampu mengeluarkan komponen yang berkualiti.

  10. korang rase saga flx or persona r ni? bajet dlm rm60k je..

    • persona R akan lebih dari rm60k..basic spec pun maybe 62k kot..and hi end spec 69k or 72k… tp kalau ikutkan seharusnya ia follow harga persona sekarang ni je…

      • jauh sangat jump kalau starting dah 62k tu bro. kebarangkalian harga dia lebih 60k tu memang ada… Dengarnya persona R ni yg gantikan Waja, bukan Inspira. kalau ikut spec pun maybe Persona R ni better than Waja (lebih besar, dengan CVT, and maybe byk lagi benda baru.
        tapi… saga dah isi market utk harga 30-45k, persona utk 45-60. so kalau Persona R naik jadi 60k+, model mana nak gantikan Persona?

      • kalau ikut persona r ni macam forte gak la..mungkin sebab tu la dia dah jadi C segment..rasanya B segment persona & saga nanti bakal diganti oleh saga r, yang mungkin akan besar skit dari saga sekarang..ni ramalan saya la..kalau nak tau dengar cerita tahun depan juga ada inspira phase 2, mungkin yang proton restyled banyak skit kot.. πŸ™‚

      • kalau 1.6 tak logik harga lebih 60k, mungkin kalau 1.8 boleh diterima, kalau pakai cfe 1.6 mungkin harga permulaan sepatutnya 51k dan yang paling high-end 63k, tapi mungkin Persona R ni dah segment lain mungkin harga pun naik sikit

      • 1.6 turbo cik unknown. awat tak logik pulak ? power pun 1.8 ataupun 2.0 . tapi kalo lebih murah amatlah dialu-alukan.

    • walaupun 1.6 turbo yang sama output power dengan 1.8 tak semestinya kena sama harga dengan kereta yang menggunakan engine 1.8L, tapi letak la harga yang berpatutan, jangan overpriced macam ‘lagi best’.

  11. slop ke belakang ada sikit mcm curve audi….slurrpp…
    aku igt ada additional glass kat c pillar cam tuah…tp cam xde,maybe cover plastic kut….harap xde plain camtu je…paling kurang ltk logo proton atau emblem persona
    korang agak persona r still retain rear multilink?coz aku tgk mcm x ketara cabin intrusion tu…

  12. model ini akan lebih popular dari populariti saga pd hari ini.

    • Kalo yang bro maksudkan populariti tu ialah jumlah jualan, I don’t think so.
      Susah Persona R nak dapat jualan macam Saga sekarang. Sebab faktor harga.

      • eh, Mr Poton.. aritu ada cakap pasal ESP kat saga. nampaknya Saga ‘mungkin’ ada ESP sebab kat meter cluster dia ada logo ESP on/off. tapi… mungkin untuk FLX 1.6 je (aku agak je ni). Saga 1.6 agak laris kat Australia, and law kat Australia mewajibkan semua kereta baru (model baru yg diperkenalkan dlm tahun 2011) wajib ada ABS+ESP

  13. Proton Persona R ni akan dikeluarkan di Kilang Proton Tg. Malim la eh.. bgusla.. kilang tu pun masih tak dioptimumkan lg peggunaannya. stkt ni cuma pasang, Savvy, Neo, Gen2 n Persona. harap proton dpt gunakan kilang tu sebaiknya sbb ia kilang yg besar dan canggih.

    • Beza antara kilang Shah Alam dan kilang Tjg Malim adalah tahap automation yg tinggi bg kilang Tjg Malim..sape setuju operasi kilang Shah Alam dipindah seluruhnye ke Tjg Malim?

      • Saya tak setuju.

        Sbb nanti warga Klang Valley tak boleh skodeng/spyshot kereta baru Proton. Hahahaha

      • Tp sebelum ni DSZ pernah cakap yg proton akan pindahkan seluruh operasinya ke Tg. Malim. Dan juga die kata Kilang Shah Alam mungkin akan disewakan kepada pihak lain.

  14. A-pillar nampak besar dan tiada tetingkap kecil seperti Exora atau Tuah..

    Kali ini, shoulder line lebih ‘tajam’, lebih agresif..

  15. mata sy melihat cat persona dlm video nie lebih solid dan shining..huhu

  16. read from the news, if Proton able to attract few OEM around the world to rebrand the car, Dato’s Seri jadi Tan Sri ler lepas ni… hihihi..

    p/s: kudos to DSZ…

  17. persona R mgkn akan jadi niche product mcm inspira kerana faktor harga, saga mgkn akan lebih popular tapi tak kisahlah asal boleh jual.

    “It is understood that the P3-21A will be powered by the Campro TURBO-CHARGED engine and designed by an Italian design house.”

    confirm pun ada turbo, eh exora turbo kuar dulu . lol

  18. Ayat kat bawah tu bermaksud syarikat lain ada keinginan nak rebadge Persona-R ke?

    “There is lot of interest from other global OEMs … they want to use the car as a possible OEM rebranding,” said Syed Zainal, adding that countries like China has huge interest in OEMs.

    Read more: Proton global car by February http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/futon/Article/#ixzz1TBIdjuEg

    • kekitaan : YES

      • Tuah hari tu sekadar konsep / lum siap lagi tapi banyak syarikat2 dah tunjuk interest.. maknanya rekabentuk design Tuah itu pun dah menepati citarasa syarikat2 tersebut. itu ka yg dikatakan faktor “wow” hehe.

        He said the new model has attracted interest from several original equipment manufacturers (OEMs) since it was revealed as a concept car last year.

      • persona r pulak versi tuah yang di”enhancedkan”… lebih mengancam.. hehehe.. πŸ™‚

  19. rangka persona r ni memang besar

  20. Berita baik

  21. tahan gune batu bata jer kat tayar die tu. Hahaha. Nampak sikit kekampungan but yes. Sometimes the silliest thing help. Hahahah

  22. Secara kasar, saya nampak C-pillar area agak kosong dan agak kurang reinforcement utk body jd lebey solid, harap outer surface adalah menggunakan UHTS (Ultra High Tensile Steel)..contoh terbaik utk chassis yg solid adalah seperti Inspira…hmmm

    • Produa dah berapa kali design keter dan proton dah berapa kali? savvy dan satria neo adalah contoh chasis yg solid. dorag dah ada pengalaman takkanlah keter global ini lebih lembik dari model sebelumnya? biar depa buat kije depa.

      • tu rangka asas je..belum masuk lagi besi2 yg reinforced rangka tu..ni kira teaser step by step mcam exora dulu..mungkin sebulan sekali ke keluar skit2…elok juga buat macam ni, baru la ramai yg ternanti2.. πŸ™‚

      • apahal ni bang. datang bulan ka.

      • dia tu jurutera P2 yg tak pernah ada pengalaman design keter.. jadi ada kelayakan kah nak pertikaikan kesolidan rangka tersebut yg dibina oleh jurutera Proton yg dah berpengalaman bina rangka2 kereta proton sebelum nih yg mmg solid seperti savvy dan neo.? tu je pointnya. hihi. jangan marah.

      • walopun aku komplen. tapi aku dah like komen lu dude. haha.

    • Huh…6 bulan punyo teaser…mmg Proton kojam wat jantung pokcik berdobar2..pokcik berkiro2 nak boli kreto ni atau inspira…sabo je lah..tambah2 dekat bln posa nie

    • Persona-R guna material dari Hot Press Forming. Lagi keras dari UHTS.

      • maknanya chassis dia ni pakai material ni la ye…mulanya saya ingat Hot Press tu untuk buat body panel dia supa curving2 kat body tu nampak lagi fluidic..tak tau la kot2 proton beli semua mesin tu.. πŸ™‚

      • mana dapat tahu nih? Bukankah Hot Press Forming tu satu Proses dan bukannya material ? sedangkan UHTS adalah material.

        ka lagu mana ka? minta perjelaskan apa dia Hot Press Forming tu.. sbb dari perkataan tu menunjukkan proses dan bukannya material.

        ok.

      • HPF ni kalau korang nak tau, material yang tensile strength hampir 1500Mpa. Tapi untuk area crash saja (bahagian rangka dalaman).
        Seriously, ketuk dengan hammer pun segan nak kemek, drill pun sampai haus mata drill tapi tak berlubang. Memang kuat weh. Teknologi ni sudah digunakan untuk kereta2 VW, Audi, BMW. sebab itu crash rating diorang power2.

        Proton dah maju setapak lagi. Syabas PROTON!! tak sabar weh tunggu model ni keluar

      • HPF tu aku survery kat tenet merupakan satu Proses.. ia bukannya material. ia adalah satu Proses tekenan untuk mengukuhkuatkan dan memantapkan lagi sesuatu material yg mau dibuat sesuatu bentuk. … material tu adalah menda yg diproses. ok

        betulkan aku kalo salah.. tapi dah melilau cari dalam tenet.. hihi

      • Jadi konklusinya HPF adalah satu proses untuk menghasilkan UHTS atau HTS. Sebab itulah dalam link yg diberikan oleh MOfaZ tu ada mention pasal miyazu laburkan 50 juta untuk Hot Press Forming (HPF) new plant building and equipment … antaranya adalah untuk beli peralatan HPF . Kalau survey internet, Syarikat China banyak tawarkan HPF machine nih.

        Jadi takderlah apa yg dikatakan sebagai material HPF yg lebih keras dari UHTS. Itu hanyalah kekeliruan darkspoon.

        Cheers.

  23. mmm… sesuai utk persona replacement:) Masih ada DnA persona. Cuma yg nie dah advance n enhance sket:)

    Saya worried kat design bumper blakang tu. Harap2 menawan. Kalau bleh xnk mcm forte ar.. tak seksi:P Biar lah mcm ‘punggung’ terletak! (dgn izin)

    cheers!

  24. bgs,ada komen dr org p2,kalu betulla dia org p2, em, cume nk bgtau, prtn dah lama pkai htss start dr savvy, neo, blm,exora n kini persona r. Chasis exora torsion n bending rigidity dia hampir 19000nm, persona r chasis derive dr exora. Klu btl org p2,brp torsion n bending rigidity myvi(bukan passo k), n brp plak bg original passo, tlg kongsikan.bgs,ada komen dr org p2,kalu betulla dia org p2, em, cume nk bgtau, prtn dah lama pkai htss start dr savvy, neo, blm,exora n kini persona r. Chasis exora torsion n bending rigidity dia hampir 19000nm, persona r chasis derive dr exora. Klu btl org p2,brp torsion n bending rigidity myvi(bukan passo k), n brp plak bg original passo, tlg kongsikan.

  25. Ni kalau Theophilus boleh render mesti cun ni. Bila diamati design cue lekuk2 ala2 spoiler kat belakang tu dah macam Honda City. Ruang lampu tu pun dah macam Honda City punya lampu.

    • setuju!:) design bahgian atas dari blakang menganjur ke depan dah ikut flow honda city. So far honda city punyak flow tu dah cantik. cuma yg nie roof bahagian blakang memanjang sket n tinggi supaya ruang boot n ruang penumpang blakang lebih luas walau nampak kontot mcm honda city.

      cheers!

    • Boleh compare belakang Honda City ni dengan Persona R rangka.

    • bagi Chaku je render..he is far better than him πŸ˜›

  26. serius xsabo nih..

    ni rasanya mesti cantik drp honda city.

    proton, letak kaler hibiscus tea. my wife suke kaler tu.

    • bro kalau letak yellow hybiscus tea, baik proton buat ladies edition jer mcm fiat buat. Ubah kereta tu jadi feminine sikit mcm corak2 kat dashboard plus ruang untk letak kasut dlm bonet. Senang kata buat mcm P2 buat kat myvee ungu tu. Baru org wanita/perempuan teringin nak pakai.

      • utk kaler, wifey suka hibicus tea, dark blue honda city, pinkish myvi gen1 & matte black.

        aku ske puteh je.

        ah..xkesah la warna apa, yg penting bawa sedap..kekeke

  27. rasanya warna yang confirm ada hitam & putih..merah macam forte/inspira tu sesuai gak untuk keta ni..silver pun nampak sleek & moden

  28. tp kalu proton bg pearl white mmg masyuk,xyahlah ada solid white,alang2 global car. Tp hrpnya ada,br elegance

  29. terbaikk…x sabar nak tunggu persona r

  30. Off topic, en.awak, u will be happy to know that flx ride n handling has been revised n reworked. It use thicker anti roll bar 21mm oppose to fl 19mm, stiffer spring rate, stiffer rebound shock, longger bushing,sharper steering turn in n response plus better feedback. For the manual,it get new getrag transmission that has final drive 3.8 oppose to aichikikai 4.7, a lot of tuning for iafm unit, injector, ecu n etc for better power n torque across rev range, lower rpm by 500rpm compare to old iafm, 100kmh at 2500rpm n 120kmh at 3000 rpm oppose to old 4 at 100kmh at 3k rpm, 120kmh at 3500 rpm. It is in paultan, they have been called up for a test drive n positive review was given by anthony.

  31. proton memang habat…

  32. kalo tegok betol2..model persona R nie depan pakai subframe,mc Pherson strut..rear pakai multi link…memang syok la…x pakai pakai chassis murah torsion beam…ride n handling terbaek…sama macam Exora..tp exora pakai torsion beam belakang sebab nk save space..sy tunggu2 je…bila la pulak proton nk pakai double wishbone..

  33. salam…sapa kt web nie tau…berapa panjang wheelbase Persona R nie?kalo gen 2,persona,waja 2600mm..kalo panjang ckit lg catek la…lg selesa occupant n lebey baik in term of RnH..

    • 2650mm cik, krg 50mm je krg dr honda civic skrg. pnjg body sama je. itupun kalau ikut spec espire
      hehe tgk gmbr pun dah tau blkg mmg pnjg, tgk je cermin sisi blkg tu hampir sama pnjg dgn cermin sisi dpn.

  34. dalam bay depan macam pakai hydrulic PS?ke persona R nie pakai ESP?sape tau..tlg bgtau.hehehee…

  35. Mesti bro Awak..yes,yes..hihih,sbb bro awak yang selalu bercakap pasal handling Saga.

  36. ada Vendor menawarkan diri kat proton .. hihi. kalo orang tak invite tu faham2 je lah.

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=604329

  37. chasis serupa persona

    • x sama la cik adek..chassis gen2 derive dari chassis gx41..ni chassis derive dari exora,saga blm n savvy…kod P

      • Platform Gen2, Neo, Persona derived daripada Waja. Platform Saga derived daripada Savvy. Platform Persona R Exora dan model2 akan datang derived daripada Exora.

      • Pertama kali dengar bahawa platform gen2 neo dan persona derived daripada waja. boleh bagi source tak? sbb setahu saya gen2 adalah Standalone platform bukan derived dari mana2 dan sebb itulah ia dinamakan “Gen 2” . dan yg pastinya Persona dan Neo adalah derived dari Gen2. harap maklum.

      • Paltform je bro. Maknanya lantai dia sama. Bukan chassis. Chassis dengan platform lain. Saga tu paltform sama dengan Savvy tapi chassis kan tak sama. Sebab tu bentuk tak sama. Tapi dari segi lebar kan sama.

  38. kompom Persona R akn menjadi fenomena baru proton…cube kite tegok keta myvee br..konon lg best…ntah la…tp bg sy lg mahal!!!!!,lg sempit!!!!!,lg x laku adela!!!!!…pencabar x bole gerak..drpd blog CBT sale myvee bulan 6 sekitar 18++ je….sy sgt terkezut…keta fenomena da berkubur..penin geng perodua nk rancang stratigi nk naikan balik myveee…kalo dulu 7-9k jualan sale averi manth..yela harga xmasuk akal …sila2 komen…

    • rasanya myvi sbb jualan slow byk component dari jepun delay sbb tsunami.. gpun buyer hold sbb nak tungu myvi baru, tu yg tak bape laku.. kita tgk la nanti sale dpn2 tp saga flx ni wat myvi ada ckit kacau la

    • Tu sales start hujung bulan 6 bro. Sekarang ni aje booking Myvi baru ni dah 22000. Dato’ Aminar dah commit nak release 8000 unit sebulan. Tapi bila dah keluar Saga CVT ni kacau juga booking Myvi yang 22000 ni sebab ada option better for money. Bak kata Perodua gitu, lagi best!!

  39. oh gitu.. ari tu ada terbaca org kata dari chasis exora tp suspension blkg multilink pnye bkn torsion beam..

  40. Lagi purposely spyshot Persona R kat track Proton. Kelihatan jelas Grille hadapan kereta ini.
    http://cbt.com.my/110728/strange-black-proton-on-test-track

  41. komen yang bagus, terbaik,! x sabor ni nk tggu persona r ni keluar. meleleh,,,

  42. i heard rumors that the price will be a bit lower than our current Inspira, true eh? tgk comments anda2 semua pn mcm around 58k-63k. Paiseh~~~

  43. bukan nya mamat mat salleh pic atas skali pernah keja gan BMW ke?

    • ye..sebab tu la sejak dia masuk banyak vendor2 teruk dah kena buang…lagi 1 dia banyak pengalaman dengan OEM yang global..kalau tak camne proton leh dapat gearbox cvt & manual baru kalau tak mamat ni yg ada link dengan company tu yg supply gearbox bmw gak.. πŸ™‚

      • ye x yer kan. Elok pun mcm tu. Lagipun cvt saga bukan bodoh2 punyer. Saya pun sebenarnya x berapa yakin yang cvt saga pakai 6 speed. Ye la, pasal cvt kan kos mahal. Lagipun x d org assume kereta semurah saga leh pakai 6 speeder cvt. Kereta mahal pun 5 jer.

  44. Proton dapat gearboz cvt dan manual baru tu takder kaitan dengan mamat tu..Pemilihan itu adalah di atas kajian proton sendiri. Company yg membekalkan gearbox tersebut adalah terbuka kepada semua clientnya, semuanya atas dasar bisnes… Proton tak perlu apa2 link untuk mendapatkannya.

    • Itu mmg betul. Tapi sekurang2 nyer adaorg dlm yg dpt bantu mempermudahkan/melancarkan proses jual beli gearbox tu.. tak Gitu.

      • tak . tidak dapat diterima dakwaan begini kerana ia seolah olah ada kaitan dengan tuduhan rasuah.. melainkan prolever ada bukti sedemikian.. jika tiada bukti maka kembali kepada hukum zahirnya , iaitu tiada di sana yg apa dikatakan link dan pelincir .. (ingat istilah “pelincir dalam kes video anwar?)

      • mungkin lebih tepat atas recommendation dari dia supaya proton outsource gearbox baru dari oem lain & atas pengalaman dia dengan bmw, company tu memang dah reliable dari segi teknologi & ketahanan gearbox, selain atas sebab proton boleh tune serta match dengan enjin campro baru so ia jadi pilihan..proton boleh pilih company lain lagi, tapi tak tepati kehendak diorg dari segi kos & sebagainya..tu je..

      • bukan mcm tu.. Lebih kurang die recommended proton untuk amik gearbox la.. Lagipun die dah tahu banyak pasal Gb tu.. Sory la kalau ayat atas agak menjurus kepada penuduhan..

  45. keta dlm gambo nie versi sedan…bukan h/back..betol x??…perggh comel betol…kikikikikii

    • sedan moden sekarang semuanya ekor pendek, tapi boot luas..sebagai contoh forte..persona r ni pun ikut trend yg sama..mungkin lepas ni ada versi hatchback & tak perlu lagi buat versi aeroback sebab sedan pun dah bentuk gitu

      • Bro, hatchback ngan aeroback tu sebenarnya sama jer bro.

      • berbeza la.. cuba search betul2 ape itu hatchback, aeroback, fastback, short sedan, full sedan, compact sedan dan lain2…ini term2 styling…

        *sibaik protont ak letak targa door πŸ˜›

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s