funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : Persona R (P3-21A) di test track Proton!!!

74 Komen

Nampaknya Proton sengaja je nak kasi sneek preview model ni kat wartawan yang buat test drive Saga FLX baru-baru ni. Gambar ini telah berjaya dirakamkan oleh cbt.com.my. Makin kurang tampalan koyok pada model ni, jelas kelihatan bentuk tingkap sepenuhnya & juga sebahagian gril depan yang menmpunyai “cues” dari Proton EMAS.

sumber : cbt.com.my

 

74 thoughts on “SPYSHOTS : Persona R (P3-21A) di test track Proton!!!

  1. semakin hampir pelancaran persona r ni,tak sabar nak tunggu

    harga 65k-75k betulke

  2. Hope soon it will be more kacak….

  3. Td sy ada brbual dgn org proton bhg manufacturing. Die kata bulan 8 ni production persona stop smentara utk bg tmpuan pd setup production line persona r. Bulan 11-12 start trial production. Pelancaran plak djangka akhr bulan 3 atau bulan 4 2012.

    • kalau ikut kata DSSZ dalam bulan februari tahun depan..tapi pada ramalan nujum pak belalang, jangkaan dia mungkin dalam bulan 3, time geneva 2012..masa tu la paling afdal proton launch kereta ni secara global…buat pelancaran serentak dengan malaysia..baru la gempak…cadangan saya masa launching tu cukup2 la buat kereta konsep versi ah beng, bagi job tu kat r3 je..proton design kena tunjuk kemampuan persona r punya fleksibiti untuk jadi pelbagai bodystyle contohnya hatchback, coupe, wagon & crossover.. tu la baru kemampuan sebenar proton…🙂

  4. tu tgh ujian jemur panas dan hujan.

    • bwahahaha… memang bergoyang2 perut aku yang hampir boroi ni bila baca komen ko. nasib baik tak tersembur.

  5. lor… Btui ka bulan april baru nk lancar.. Apasal lama sgt. Aku mmg tggu keta ni sbb skang pakai kancil sakit2 badan.. duit dh berkepok ni..

    • btui tu.. aku pun pakai kancil, sakit blkg jika bw lama2… memandangkan takde hutang skrg.. aku duk kumpul duit je… target beli persona R byr deposit tinggi atau byr cash je🙂

    • tuan-tuan yang duit dah berkepok ni… beli ler emas dulu.
      bile Persona R ni launch tahun depan, boleh la jual balik emas tu untuk beli Persona R.
      [tumpang buat iklan hehehehe]

  6. C-pillar dah reveal..Saya membayangkan jika ia dipadankan dengan rim 17inci banyak jejari macam Kia Forte..

    Tadi saya bertemu dgn co-pilot Proton Exora Turbo sedang berhenti mengisi minyak di Shell Bangi-arah SILK dan beberapa maklumat telah diperolehi:

    1. Exora Turbo akan dilancarkan paling awal hujung tahun 2011.
    2. ESP besar kemungkinan akan dipasang pada model eksport sahaja.
    a. Tiada keperluan dalam syarat JPJ.
    b. Malaysia tiada salji.
    c. Final price sudah tentu akan naik. (sedangkan feature ini tidak begitu kritikal di Malaysia)
    3. Interior lebih kurang seperti Exora 25th Anniversary Edition. Cuma color scheme menggunakan gandingan kulit hitam kekelabuan dan coklat kekelabuan. Head rest bagi seat hadapan dengan emboss ‘Exora’ dan terdapat LCD di setiap head rest. Dan menggunakan format tempat duduk 2-2-2, 2nd row seat dgn arm rest.
    4. Sport rim masih 15inci tapi warna seperti coklat+kelabu dan ia amat cantik pada pandangan mata saya.
    5. Konvoi Exora Turbo ini disertai oleh sebuah Inspira hitam dan sebuah Toyota Wish.
    6. Gambar? Saya tak ambil sbb baru balik kursus. (Singgah Shell sbb nak top-up TnG). Maaf kawan2. huhu

    • my favorite la 2-2-2….. tak de la anak aku gaduh2 dlm kete viva mcm skg…

    • perrgghhh..terbaikk!!puas hati la kalo beli..

    • Jawapan saya..
      1. Launch hujung tahun ok dah, Janji produk bagus.
      2. ESP saya mmg nak. Kalau model export jer nanti org kata bias lak.
      a. Sebab kereta deorg pun x d. Tengok la bape banyak lancer dah total.
      b. ( sijil elok polis keluarkan untuk pemandu lancer pdrm yg dah total). Penghargaan..keh4
      3. Janji finishing cantek. Baru puas hati beli. Kalau simple but plain buat aper.. Pasal lcd mmg bagus and seat 2-2-2 mungkin dapat tarik target market lain.
      4. Mcm bukan 15 jer. Buat la 16 baru cun.
      5. Deorg mmg suka berkonvoi. Kalau rosak Wish and inspira tu leh la tarik. Hahahaha. X membazir duit nak tunda.
      6. Info dah banyak mcm nh pun dah ok bro. Tq very much.

      • dia cakap salji, ko cakap sijil.. ke ayat ko mmg takde kena mengena dgn ayat dia?
        bro fridzmax, silap tu.. abs mmg sgt sgt perlu utk elak halangan kat depan, tapi kalau time mengelak tu terbabas plak secara mengiring, esp berfungsi untuk membolehkan driver memusing semula kenderaan. esp tu utk menstabilkan semula kenderaan anda. walaupon malaysia ni takde salji, hujan lebat pon boleh membahayakan.
        mamat2 drift mesti tak suka kereta yg ada esp… nasib baik la esp selalunya bleh on/off.

      • hahaha.. x perasam tadi.. Sari yer bro., Dah bacer baru perasan. Masa taip komen tadi bukan main laju.. hahaha sorry sekali lagi na…

      • tengok, taip laju sangat.
        Berbalik kepada komen, Salji mmg x d tapi minyak/air/etc kan banyak atas jalan raya malaysia nh. Itu belum masuk diesel yg dah sebati dengan jalan sampai tar jalan jadi hitam mcm baru.

      • Rileks bro,

        Co-pilot Exora Turbo tu tak cakap pun Malaysia takde Salji. Cuma dia angguk dgn kenyataan saya je masa perbualan singkat tu..Apa yg jelas, dia sebut ESP utk eksport. Kenyataan 2(b) dan 2(c) tu adalah pendapat saya semata-mata.

        Saya berbalik kepada keperluan JPJ, setakat ni JPJ tak mewajibkan ESP. Namun wajar Exora Turbo dipasang ESP tetapi secara pilihan premium. Tapi saya berpendapat, kadang2 tak semua feature memberi impak signifikan dalam pemanduan harian kita.

      • tapi lebih elok kalau ia sebagai option untuk pemilik nak pasang atau tidak. Bagi saya esp amat penting dlm pemanduan seharian. Incase tetibe kene steer hard right or left, esp banyak membantu. X semestinya kite perlu break jer.

  7. Start dari saga flx, rasanya model proton yang di eksport akan ada esp dan traction control. And as expected, malaysia takkan pakai esp, but boleh jadikan option kalau user tu nak sepatutnya, jgn la tak diberi peluang langsung. Sapa2 yang agak berlebihan duit poket leh add option tu. Tak pun make one more line-up and called it SE for malaysian consumer. Boleh la orang kaya2 pun beli barangan buatan malaysia rather than recon wish, or honda stream.

    Good info bro fridzmax. thanks, info anda sangat menarik ecen gambar tarak.😀

    Tapi untuk seat tu better proton buat choices to user. 2-2-2 seating, 2-3-2 seating and better kalau 2-2-3~(besar juga sebenarnya 3rd row exora tu) macam naza ria~! sangat selesa.. so user boleh pilih seating yang derang nak.

  8. Pintu belakangnya nampak aneh sikit.. gril depan pun pelik.. takpelah.. ttnggu je final baru leh nilai.. hihi

  9. c pillar dia mcm chevy cruze pon ade..x pe lah..asalkan proton ade identiti yg tersendiri…

  10. P3-21A…..RASENNY3 MAKSUD P3 TU PROTON GENERASI KETIGA KOT….

    21A TU X THU LA BNDE APE…HUHUHU…TEKAAN AJA

  11. tak jelas dia punya side mirror atas pintu ka atau macam biasa?

  12. Tapi sekurang2nyer grill depan dan mcm spyshot sebelum nh. Dan kebarangkalian lampu die mcm lampu depan tuah. sapa x nak lampu mcm tuah.

  13. Memang cantik dari segi luaran kereta ni, harap2 interior diapun sama cantik dah gah. Tak sabar nk tunggu kereta ne kuar…

  14. mmm…. dah mcm Civic dari segment C!🙂

  15. harap2 pintu masuk pemandu tu biar tinggi skit sbb PE ader masalah utk org tinggi. dan kalo boleh kawasan A pillar buat r&d lagi bab PE punyai masalah kalo amik corner x nampak sgt keta dari arah lain…

  16. Dar segi features & performance rasanya dah sangat cantik untuk kereta Malaysia. Tapi dari segi harga ni proton kena aware la. Masalah Inspira tu contohnya, menurut analisis pakar rakyat Malaysia masih berfikiran dan takut nak beli kereta malaysia yang harganya lebih dari RM65k. Ini disebabkan dengan lingkungan harga RM70k-RM90k ni banyak lagi pihan kereta luar (Toyota, Honda, Kia, Hyundai, Peugeot) yang boleh dimiliki rakyat Malaysia dengan tambahan faedah rendah di bank2 komersil.
    Ini disebabkan mentaliti rakyat kita yang memikirkan kereta Malaysia adalah kereta murah, dan dengan harga yang sama mereka beranggapan lebih berbaloi dapatkan kereta luar walaupun specnya amat-amat rendah dibangkan dengan kereta Malaysia. Lagipun rakyat kita juga terlalu banggna dengan badge T dan H sebenarnya. Sime Darby pun dah nak bawa masuk Elantra baru, ala-ala Sonata mini gitu. Ini satu lagi cabaran buat Proton kat domestic market.

    • tapi bagi saya kenyataan nh dapat disangkal kan la. Bukan ape, mase inspira kuar dulu, first month mmg susah nak tengok sebijik pun. Sekarang bukan main banyak sampai yg kemalangan masuk blog ondscene pun ada.. Jadi saya rase org dah start pilih proton walaupun harga dari RM70-90k.

      • Jualan Inspira pun bukan diukur berdasarkan berapa banyak kemalangan yang melibatkan Inspira, tetapi melalui statistik rekod jualan bulanan. Yang ni senang-senang boleh check kat motortrader atau cbt. Tiap-tiap bulan keluar. Yang analisi pakar tu pun berdasrakan statistik ni.

  17. nak tanya, butt kereta belakang mcm gen2 ker? ni sedan atau hatchback 5 doors?

    • 4 pinru macam current persona. Cuma sloping belakang tu ala-ala coupe/hatchback gitu.

      • senang citer mcm blkg honda civic ler kot, slope belakang tirus ke bonet , takde ruang rata mcm biasa

  18. Kenapa lain je …LOGO kat depan tu,…sebelum ni nampak bentuk bulat..

  19. LOGO bulat tu lagi cantik le…

  20. dapat info sikit (semalam ada kat kilang tg malim.. keh keh keh)
    1. Lampu depan memang ada “daylight led” (aku rasa semua orang dah tau)
    2. dalam bulan puasa/raya stop production/cuti panjang nak setup production line persona r bak kata Savvy88
    3. tangki minyak sama cam exora (50liter) (nampak 2 orang vendor usung tangki minyak ke dalam) hehehehe…
    4. ada 2 – 3 biji kat kilang tanjung malim, separuh siap…buat ujian line kot…

  21. menarik info tu..RDL benda wajib pd kenderaan eropah.

  22. exora turbo ada color baru!…
    otw nak ke masjid shah alam aku terserempak dgn exora turbo warna aku x pasti sama atau x dgn warna baru elegant brown saga flx tapi more saturation drpd tu….mmg smart….rim sukan mmg nmpk garang lg dari exora mc….

    • yer aku juga dah terserempak dekat masjid albakri bukit naga shah alam mmg cantik🙂 harap harga dia tak lebih RM 85000

  23. sangat cantik…
    umpama kombinasi antara Mazda 3 + Forte…
    LIKE LIKE LIKE…

  24. ni kalau sape2 boleh masuk menyelinap kt studio proton, mesti dah leh tau rupa sebenarnya…mcm exora dulu cpt jugak dh dpt tgk model sebenarnya…Anybody??hehe

  25. tadi semayang kt masjid bomba cyberjaya.. Ada org depan aku pakai baju koperat dan kt belakang ada tulis P3-21A second consultant.. Segan lak n interview dia. So sapa dia n company dia wat apa utk P3-21A…

  26. kalau tgk cermin sisi belakang mmg agak panjang, ni yg best sbb sure legroom kat blkg pun panjang, sesuai utk org dewasa yg kaki panjang, utk perjlnan jauh pun selesa

  27. Hrap mdel ni pkai rim sukan 16inci..

  28. 16 inci punya utk versi turbo kot hehe

  29. smlam nmpak exora turbo kt area bangi.rim bru di lawa la,16 inci.blkng die ad inspira dgn trade plate kaler hitam tp x prasan ad koyok ke x…

  30. bro,sy ada emel gmbr spec iafm+ 1.6

  31. sy ade teka teki….mana lagi cantek PERSONA R ke civic br version UK?
    macam honda da tiru trade mark proton je…ride n handling

    • ^^^ civic pakai torsion beam??? xbes nye…

      Ade sesiape tau…Persona R ade head rest tak seat belakang?

      • Torsion Beam sekrg bukan macam dulu.. kalo TB nih tak ok takkan depa nak sumbat kat Civic kot.. depa bukan bodo nak menjatuhkan nilai CIvic.

    • errr…. bukan ker civic sedan baru yg nie?
      http://automobiles.honda.com/civic-sedan/

      Yg kat atas tu bukan ker honda civic type R yg baru nanti?

      Mmm… design persona R dgn ekor kontot tu mmg design yg tepat ar bila bercakap tentang ride n handling:) Versi civic nie pun memilih langkah yg sama…

      cheers!

      • Civic design dulu sebelum Persona. Anyway aku setuju Persona ikut design camtu, Cuma wiper tu kasi tersimpan sikit macam VW dan lain2. Jangan terjojol sangat la.

      • mane de bro, for europe design civic ialah versi hatchback.

  32. Kalau dilihat dari side profile nampak sangat ikut Kia Forte. Ada perasan tak? Fluid design tuh.. ermm.. Honda kekurangan idea nampak nya..

    • Kalau Tuah.. mmg tak nampak macam forte pun.. tak caya letak side by side. tapi tidak dinafiakn sama sbb dua2 pakai 4 tayar.

  33. Maksud saya comment ini dituju kepada video Honda civic tuh. Tuah pun ok gak.. even ada iras2 Forte skit tp identiti proton tu ada

  34. oo ditujukan kpd video tu.. tapi ada orang kata Kia Forte yg ada iras Civic.. sbb dikatakan Civic keluar dulu dari Forte. camana tu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s