funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton lantik Chacko sebagai pengarah pemasaran dan penjenamaan

82 Komen

Nampaknya Proton semakin serius dalam usaha meningkatkan program pemasaran & penjenamaannya seiring dengan pengenalan model global P3-21A (Persona R) tahun depan. John Doody Chacko telah dilantik sebagai pengarah pemasaran dan penjenamaan. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pemasaran global, akan menerajui penjenamaan, pemasaran dan sukan permotoran kumpulan untuk menyerlahkan kembali jenama PROTON di dalam negara dan antarabangsa. Chacko adalah lepasan University of Waikato, New Zealand. Proton ingin keluar dari kepompong “jaguh kampung” & bakal jadi “jaguh global” pula selepas ini. Diharap Proton dapat meningkatkan kualiti produk & menampilkan model terbaru yang menarik untuk berjaya lepas ni.

* Proton bila pula nak cari Head Designer yang dah ada nama yang kuat di arena global, macam KIA ambil Peter Schreyer. Ni la masanya untuk melakukan transformasi secara total. Chris Bangle kan masih free lagi buat masa ni, ada calon-calon yang lain? Boleh dikemukakan diruangan komen..🙂

sumber : Berita Harian online & BERNAMA

82 thoughts on “Proton lantik Chacko sebagai pengarah pemasaran dan penjenamaan

  1. takut bajet tak cukup je nak hire mereka yg expert ni..huhu

  2. Chris Bangle memang free tapi dia pon dah ada designing firm sendiri. Nanti dia design jadi kontoversi mcm BMW pulak. Hehe.

  3. kenape amik X coke?..related industry ker?

  4. org malaysia rupenye…mati2 igt foreigner, tp tgk pengalaman die ni mmg mantap ler…hopefully proton akan dpt benefit yg terbaik drpd perlantikan ini

  5. rupanya dia adalah salah seorang tenaga pakar yang terlibat dalam program yang boleh dikatakan sebagai “sirih pulang ke gagang”… lagipun dia berhasrat nak jadikan jenama Malaysia lebih iconic di persada global..🙂

  6. gudluck to u PROTON!!!
    wish u all da best!!!
    keep it up!!!

  7. kalo lantik chip foose untuk head of designening pn ok gak…heheh..

  8. pergh bgus r ad anak malaysia nk majukn jenama sendiri….

  9. igtkan lantik CHAKU. seb baik

  10. saya cadangkan proton tubuhkan design studio kt eropah dan negara2 lain yg ada potensi.. lagi satu, proton takde kilang kt eropah ke? utk pasaran eropah bagus kalau proton tumpukan pemasangan model global tu kt sana je.. guna komponen tempatan eropah la

    agak2 kereta proton yg dipasang di luar negara kt mana je ye?

    • china je stakat ni. itupun dikawal selia oleh Youngman, bukan directly bawah proton. dengarnya proton akan bukak di India pulak, yang ni bukan rebadge tapi guna original nama Proton.

  11. Kenapa bukan saya yang dilantik!!!!!!!!!..xpe2.. satu hari nnti saya akan jadi pengganti beliau… hahaha

  12. off topic, saya br prasan yg cermin saga flx tertera perkataan saint gobain. Maybe rakan2 bleh check🙂. Rasanya xdapun pada saga@kete proton sblm nih,xtaula kalu xprasan.

    • Saint-Gobain ni vendor yg buat cermin kereta Proton skrg.. Antara product diorang yg terbukti ialah lantai cermin Skywalk yg kat Grandcanyon, USA. So kite leh bygkn kualiti product diorg ni.

  13. saint gobain ni company buat wall ceiling xsalah..huhu maybe ni yg proton kata vendor2 baru tu kot

    • ni yg aku jumpa bila dikorek dalam google:
      “1 kelemahan Grand Livina adalah Front Windscreen dia. Grand Livina pakai cermin cap St. Gorbain. Sangat mudah crack, tapi xkan berderai. Sekali crack, boleh je tahan pakai sampai setahun. Biasanya pengguna Grand Livina akan beli insurans cermin tambahan (Takaful sudah, RM260 setahun)”
      so… saint gobain ni tak elok ke?

  14. Kenapa nak cari design head yang lain, Donato Coco kan dah ada, ex chief designer at Ferrari lagi.

    • design and marketing lain la.. X kan la org yg design produk nak kene jual produk tu.. Kesian la die..

      • Cuba bro baca ayat Osaka to betul2. Nanti bro faham.

        At least kalo kita nak respond pun, kita akan kata lebih kurang camni: “Pereka kereta cam Ferrari mungkin kurang sesuai tok pengeluar kereta cam Proton.”

      • Kenapa Poton? Reaction Prolever tu salah ke?

        Thread kali ini ialah berkenaan Marketing dan Penjenamaan. Bukan aspek rekaan. Apa kena mengena Donato Coco pulak?

        At least kalau nak respond pun, teliti isu dan pendapat forumer lain terlebih dahulu..

      • Osaka respond pasal design (which lari sket dari tajuk).

        Bro kita tu pulak respond apa yang Osaka cakap, tapi bro kita tu pun respond yang lari dari apa yang Osaka cakap.

        Cuba bro tengok betul2.

      • Rasenye Osaka ‘reply’ kepada soalan tuan rumah:
        “* Proton bila pula nak cari Head Designer yang dah ada nama yang kuat di arena global”

        So walaupun dia lari dari tajuk, tapi masih dalam konteks (sebab tuan rumah yang tanye…)
        Hehehehe

      • Tepat sekali apa yang Bro Orang Timur katakan.

      • Setahu saya die (osaka) tanya kenapa nak cari head designer lain. Saya assume die salah anggap yg tajuk nh. Die ingat p1 nak amik head designer lain. Sedangkan tajuk pula p1 nak amik head marketing baru. Itu jer.
        Lagi 1, Mana boleh proton pakai Danato coco untuk design kereta P1. Sebab Lotus and P1 adalah 1 entiti yg berasingan. Sebab p1 parent la yg p1 boleh adopt teknology and keupayaan lotus untuk develop Proton car. Bukan pakai bulat2. Nanti org kata buat ape amik designer tempatan lak. kang jadi satu isu lain lak.

      • oh kalau mcm tu terjawab la teka teki kita yer..

    • Kalau tak silap saya DSSZ pernah mengatakan bahawa Lotus dan Proton akan berkerjasama dengan lebih meluas dan Donato Coco akan turut menjadi penasihat kepada designer Proton.

      • betul tu.. dulu ada disebut pasal engineering Proton dan Lotus akan disatukan .. kalo tak silaplah.

  15. em,br jer dpt maklumat dr mr google, rupanya byk kete europe skrg pkai saint gobain. Ada gak yg pkai pilkington mcm kat exora punya. Dkt europe, 2 manufacturer windscreen yg diaorg percaya adalah pilkington n saint gobain. Tapi ramai forumer kat sana kata yg saint gobain lg baik dr pilkington coz lebih tebal n noise insulation lebih baik. Mgkin proton naik taraf nvh flx nih dgn guna cermin nih supaya bunyi angin xler byk ngat masuk kabin. Aku rasalah. Tapi good upgrade for proton,xdalah pkai msg yg xtau asal usul company mana,cume tau malaysia buat. Yang ni ada logo proton n tulis saint gobain,maksudnya saint gobain dah jd oe proton. Mgkin nk test mana ok antara pilkington n saint gobain utk persona r kot.

  16. haha…igt chaku kt sini yg diambil kerja dek proton….apa2 yg bagus utk memajukan proton aku sokong….yg meranapkan@mengabihkan boreh tu boleh berambuslah ye…

  17. Ada yang dh tgok design interior Persona R???source sy cakap dalam mcm civic dan city!!!

  18. caiyyoookkk PROTON..memang terbaikk!!!

  19. content not found la bro due to permission..

  20. lancer nak pasang CVTF cooler kot…
    i think many lancer owners quite worry about this, so the best fit is at proton.

    • Aah. Betul jugak..

    • akhirnya rahsia lancer tu terbongkar, bro chor cakap tu la salah 1 dari japan wannabe lancer…hahaha…asalnya inspira juga, tapi darah jepun yang kuat mengalir dlm badan terus je tukar jadi lancer gt… kantoi… patut la dia tak anta ke mitsu, kalau tak pecah la tembelang dia..hahahaha…🙂

      • Hahahaha,.. Daj jadi Inspira wannabe la..
        Kereta beli 100K servis kat Proton servis center yg jual kereta harga bawah 100k.. hahhahaha..

  21. Bro izarul dh bc ka BH Auto..model p3-21A bkan Persona R…minta kepastian..

    • sebenarnya theking ker saper hentah ada g tau yg p3-21A nh bukan persna r. Kitorg mmg rasenye semua dah tahu ttp populariti kereta nh sebagai persona R yg begitu kuat menyebabkan kitorg panggil je la Persona R. Lagipun panggil nama Persona R lagi mengancam dari p3-21A nh.. X nampak Vouge.. hahahahah.

      • kalau ikut spec and size, aku rasa kereta ni pengganti waja yang sebenarnye🙂 Inspira tu pinjam kejap buat isi masa lapang.
        dulu proton ada waja utk market RM60k, Perdana utk RM100k. ada gap yg terlalu besar between 60k dengan 100k tu. hanya 300 waja dan 300 perdana je terjual setiap bulan (model dah lama, so tak laku sangat dah) sedangkan 7,000 unit Vios dan Honda City dijual setiap bulan. rugi la kalau proton tak kacau market 70-100k tu.. sebab tu derang bawak masuk Inspira.
        p/s. figure ni aku check masa proton nak rebadge inspira dulu.. skrng ni tatau la brape waja, vios n city yg dijual sebulan.

  22. 2 yg b’tmbh lg keliru ni?sy bc dh BH auto..dri sumbr2 Bh auto mengata mdel 2 antara persona n inspira…jd dimana Persona R 2..hehe

    • Sebenarnya Yg disebut Persona R tu P3-21A nh la..
      Senang kata, sebelum Terlekatnya nama persona R, x silap saya ada berita bagi tahu yg Persona dan End Of LIne. Jadi Kalau dah nak EOL, sah2 la replacment die akan kuar. Lepas berita tu keluar, keluar lak kereta hitam ( exora Penyek) tu kat media automotif. Jadi semua tertanya2, model ape nh. Lepas kereta tu hilang, Kuar lak Kereta hitam (p3-21a). So dengan tidak bertanya lagi ramai la orang assume yg kereta tu Pengganti persona. Lagipun persona dah 5 tahun . Life-cycle die dah sampai penghujung.
      Model nh mmg lebih kearah globel sebab nampak sedikir ke”forte”an kereta tersebut. Kalau tengok size pun mmg die upper C. Inspira kan kelas lower D kira kereta nh mmg tengah2.

      • yup..dia akan menyelit antara persona & inspira… ada juga yg nak inspira ditamatkan selepas keluar model ni, bagi saya inspira utk japan wannabe & ada market dia yg tersendiri..dengar ura2 dalam bulan 7 tahun depan mungkin keluar inspira phase 2, yang ni agaknya yg local content 60%..mesti akan ada major facelift untuk versi ni nanti..

    • bro wave, kalau ikut p3-21a ni projek new sedan yang gunakan platform exora..tapi pada awal info dia theking cakap akan ada model pengganti persona 2012 nanti..dssz pun cakap lifecycle model proton akan dtg cuma 5-7 tahun shj..jadi sampai la masa persona mendapat model baru..kalau ikut perkembangan trend automotif global, kebiasaan model gantian akan lebih besar & luas dari model sebelumnya walaupun dari segi rekaan tak menampakkan beza yg ketara pertambahan saiz tu..jadi secara teorinya p3-21a ni memang tujuan dia untuk gantikan persona tetapi pada masa yang sama segmentnya dinaikkan ke segment C… sebab itulah kitaorg gelarkan kereta ni persona r(replacement)..saya rasa segment B Persona sekarang bakal diambil alih oleh saga r(replacement) 2014 nanti..sama macam p3 ni juga, saya yakin saga r nanti akan lebih besar saiz dia, ke arah saiz honda city & toyota vios..jadi kecelaruan yg ada dlm segment proton sekarang selesai…tak de 2 benda dlm segment yg sama..🙂

  23. Thank bro prolever n bro campro atas info yg dibri..xsbr nk tgok wajah sbnar p3-21A ni..hehe

  24. Klu nk truskn persona yg lama sblum di tamatkn,Proton ptt masukkn enjin Cps sb edisi trakhr pengeluaran..

  25. FLX with test drive body sticker is here

  26. bro camro ni ade gmbar camry baru dekat internet huhu

  27. video kempen proton dengan tema ‘Komited untuk menjadi lebih baik’

    • Kereta dah terbaik tapi byk org komen pasal servis Proton SC, harap perkhidmatan dapat dinaik taraf setara Toyota SC….

      • yup… kena memperbaiki perkhidmatan di Proton SC, kalau tak impian Proton utk menjadi teraju no1 di M’sia tak akan tercapai..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s