funtasticko design

http://funtasticko.net


29 Komen

SPYSHOTS : Exora CFE di R&D Proton!!!

Gambar ini telah diambil dari www.zerotohundred.com. Kelihatan sebuah Exora CFE berkemungkinan warna baharu sebab ada perbezaan dengan warna Plum Red yang ada pada  Exora MC1. Nampaknya warna ini amat sesuai dengan  Exora CFE yang nampak lebih mewah & sporty. Terima kasih bro Nahar ARS sebab bagi link ni.. 😉


31 Komen

Lotus ETHOS bakal dilancar menjelang 2013

Baru sahaja baca surat khabar Berita Harian tadi, ada pula cerita tentang Lotus ETHOS, kereta kecil global Lotus yang bakal dipasarkan menjelang 2013 menurut jurucakap Lotus Alastair Florance. Kereta ini merupakan versi “sukan” 3 pintu kereta kecil global versi Proton iaitu EMAS yang bakal dijana dengan enjin hybrid. Ia juga berkemungkinan menggunakan enjin range extender untuk menambahkan jarak perjalanan kereta ini yang cuma 60km jika menggunakan bateri. Tetapi jika menggunakan enjin range extender jaraknya bakal bertambah kepada 500km.  Kereta ini bakal dipasang di kilang Proton, Malaysia. Ini bermakna Proton EMAS juga bakal keluar pada masa yang sama. Tidak mungkin Lotus keluar dulu versinya sebelum Proton EMAS, setidak-tidaknya dilancarkan secara serentak.   Aston Martin Cygnet keluar selepas Toyota IQ keluar, betul tak? Nampaknya ini adalah petanda Proton EMAS akan berada dipasaran dalam 2 tahun lagi. Apakah perkembangan kajian dengan Nissan tu? Masih tiada pengumuman rasmi mengenainya sehingga sekarang. Adakah Proton EMAS & Lotus ETHOS bakal menggunakan platform sendiri?

*Jangan tunggu lama-lama sangat, nanti bertambah la populasi Myvi Lagi Best kat jalanraya lepas ni… 🙂