funtasticko design

http://funtasticko.net

INFO TERKINI : Ciri-ciri yang bakal ada pada P3-21A!!!

43 Komen

Ada sedikit info yang boleh dikongsi bersama mengenai P3-21A atau lebih mesra dipanggil Persona R oleh kita semua. Yang pastinya ciri-ciri ini memang membuktikan P3-21A ini sebuah kereta global. Tapi info ini masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya, diharapkan info-info ini bakal menjadi kenyataan la  🙂

Ciri-ciri yang bakal ada pada P3-21A :

  1. Penggunan teknologi (hot press) untuk menjadikan struktur kereta lebih kukuh & ringan
  2. Auto wiper &  Auto light (mungkin ni kot rain & light sensor)
  3. Bluetooth, USB and iPod connection & Navigator (GPS) – kemungkinan GPS ni built in sekali dengan Head Unit
  4. Auto cruise
  5. Airbag (6 airbag with curtain) – *mungkin ni untuk versi CFE full spec kot
  6. Advanced Body Control Module (BCM)
  7. ESP, EBD & ABS mungkin jadi standard kot (tak pasti)
  8. CVT VT2 6 speed untuk 1.6 IAFM+ & CVT VT3 7 speed untuk 1.6 CFE (yang ni mungkin ada paddle shifter) termasuk SAT button (untuk 1.6 IAFM+& 1.6 CFE).
  9. Lampu dengan dengan DRL (Daytime Running LED Light)
  10. Lampu belakang kombinasi LED (harap sangat style macam BMW/Audi punya kombinasi) – ni mungkin sebab trend kereta Proton sekarang memang lampu belakang LED
  11. Ruang boot yang lebih luas dari Persona sekarang (mungkin lebih kurang saiz Forte)

43 thoughts on “INFO TERKINI : Ciri-ciri yang bakal ada pada P3-21A!!!

  1. kalau ikutkan ciri2 kereta global dah ada pada P3-21A ni…yang masih belum pasti betul ke tidak info-info ni… ni pun dapat dari pelbagai sumber, jangan 1 pun tak betul dah la… saje je buat khabar angin, hahaha 🙂

  2. Ape2 pun saya nak sangat Safety came first. 6 airbags nh dah standard sama ngan forte tapi harap Exora pun diupgrade safetynyer.

  3. kalo memag ada paddle shift..memg best lah..

    • paddle shift kat beskal pun ada tau, hehehe, malu kalau kete global takde shift-shift yg mcm kat beskal aku ni, go2 proton!!! MERDEKA!!!!!

      • Bro, paddle shifter beskal tu harga 10-20 hinggit nyer bro. Yg nak pasang kat kereta harga 3-4 ribu.

  4. harap interior die lawa lah,kalau ada power ngan memory leather seat kan lagi bagus

  5. eemm… ape cite dgn exora penyek tu ek.. senyap je dah..

  6. soft plastic please

  7. bro aku nak tambah 1 lg feature kt kreta ni.. kunci dia keyless mcm swift n bmw.. info ni aku dpt dr kwn aku dia praktikal kt rnd.. dia punya task kene design kunci..

  8. Ciri global perlu ada:

    1. Dual climate a/c system – spt Savvy pasaran UK, ada feature ni tapi yg jenis tombol manual.
    2. ESP – Spt gmbr spyshot Exora penyek main salji.
    3. Driving Mode Selection – eg Sport mode dan eco mode + steering eps dgn programmable adaptive system.

    Ciri global car mestilah kereta yg boleh digunakan dalam hampir semua keadaan iklim di dunia dan menepati ciri keselamatan minimum sesebuah negara.

  9. Terbaik lah! Kalau pulak harga dalam lingkungan rm60k++ mesti macam hotcake saja kereta ni laku!! ^__^ Bro nak mintak ijin nak ltak dlm blog spec tu boleh tak?

  10. nanti saya credit page nih ^_^

  11. forte saiz boot x besar mana pun lbh kurg inspira je. mybe mcm honda city. lg satu features electric power steering.

  12. kalo dh hot pressed stamping, bleh la buat body surfacing dgn character line yg tajam2,ala2 flame surfacing BMW gitu. Jgn yg kuar nnt slab sided mcm exora dh la.

    • tu la, harap curving2 dia lebih menyerlah macam kereta eropah atau sekurang2nya kereta kia/hyundai.. 🙂

    • Hot press stamping ni bkan utk outer surface. Hot press stamping ni untuk structure kat area crash macam kat A-pillar, B-pillar.

      Sebab sifat hot press ni yang yield dia sangat tinggi (~1500MPa), ketuk dgn hammer pon tak kemek, bomba nak potong pon struggle.

      • maknanya lebih kuat dari high tensile steel ke?

      • You mean yield point?

      • @Campro

        Material nyer type is one thing, manufacturing technique is quite another.
        Otai2 lain maybe ada yang nak share info.

      • betul gak poton, mungkin yang lebih pakar boleh bagi penjelasan yg lebih terperinci..sebab ni teknologi baru Proton apply untuk P3 ni..

      • @Campro

        Tula. Saya masih menantikan penjelasan lanjut dari bro darkspoon sebab posting dia atas tu boleh menimbulkan sedikit keraguan/persoalan dan salah faham.

      • ok la. maybe i am not the right person to talk about hot press ni. tp based on what i read dari technical paperlah. so correct me if im wrong

        yes. hot press itu adalah nama proses untuk membuat steel tersebut. Oleh kerana macam tak ada nama khusus lagi (sbb ni teknologi baru kot) maka steel tu tetap dinamakan hotpress steel. So takde isu kat nama proses or nama steel dia

        Hot press steel ni masa proses nya, dia stamp masa besi tu tengah panas (merah-merah lagi. sbab besi time panas kan lembut) pastu water quenched utk sejukkan dia. So dia jadi lebih keraslah (macam orang zaman dulu buat pedang). sebab tu yield point dia mencecah 1500 MPa. biasanya stamp metal ni paling keras pon bleh pergi around 500 MPa je. Mane nak carik stamp machine bleh form metal keras smpai 1500MPa kan

        begitulah dia serba sedikit analogi pasal hot press ni. Ekceli banyak je OEM lain dah pakai hotpress ni. PROTON je baru nak start

      • yield stress kt stress-strain graph tu ek?
        1.5 GPa..

      • @darkspoon

        Thanks bro. Faham dah lebih kurang maksud yang bro nak sampaikan tu. Benda ni biasanya orang panggil hot stamping. Teknologi ni takde la baru pun, dah dah lama gak la. Cuma mungkin baru untuk Proton.

        Anyway aku mengharapkan yang terbaik dari Proton. Sebab kalo tak buat dengan proses dan peralatan yang terbaik, maka hasilnya pun tak dapat la macam pengeluar yang bagus2 tu. All the best untuk Proton. Aku sentiasa berada dibelakang.

    • Diorang tak pakai yang hydrostatic nye sekali ke?

      • hydrostatic ke hydroforming bro?

        tapi proton belum lagi try nak pakai tailor weld technology ke? yg mana panel2 body kete punye blank disambung2 macam guna kat kete2 nissan n suzuki swift? perodua dengarnya dah guna material tech gini.

        penting woo, untuk pastikan kete ringan n tak terlebih berat disamping nak jaga FC n kekuatan body.

      • @Celicazz

        Proton dah lama dah pakai tailor weld technology. Tak silap since Saga kot. tak caya pegi la bukak door trim depan tu.

      • @Celicazz

        Hydroforming, yang mana ia menggunakan hydrostatic pressure. Sorry sebab tak sebut in full.

  13. i hope proton xamalkan “Double Standard” mcm dulu.. Export version yg dijual oversea ada semua spec pada harga yg lagi murah berbading yg dijual ke rakyat sendiri yg spec xberapa mane.. come on proton..utamakan rakyat dulu la..

    • sebelum tu, en Harriz Izwan, En perlu tahu yer perbezaan currency/harga kereta/ legal/law negara kita dan negara orang lain. Semua negara berbeza. Janga nak main sebut jer. Kaji dulu aper yg saya bagitau dan kemudian baru saya rumuskan untuk anda..

      • Regardless, Proton sepatutnya at least bagi OPTION pada mereka yang mahu, especially tok benda penting cam ESP, more airbags dan lain2. Bukan terus tak bagi option langsung.

      • yes. Option is the best. Tapi lagi best kalau buat online configurator. Semua option leh pilih.

      • ape ko ckp ni prolever.. mmg harge proton diluar quality berbeza ngn local punye..infact even power window motor supplier is different from our version. Kenapa utk rakyat sendiri dpt lower quality version and yet we pay more? Even wira lame tuk export market ada extra feature as cruise control and airbags.

      • Configurator for the accesories ye aku stuju..tp airbags, ABS, ESP,TCS and all those safety features should be standard on our cars dah.. dah 2011 dah pon.. negara lain semua dah wajibkan mende ni on cars.. When it comes to safety aspect kite always ketinggalan..

        I hope Things will change with the new Persona R 😀

        Proton bawah Syed Zainal jauh gile beza dgn time bawah tengku mahalel.Tp still some “krony” suppliers cannot be rid off unfortunately.
        The problem with proton has always been the suppliers.

      • prolever cuba cakap something yg ramai org tak faham.

        negara berbeza, requirement berbeza.

        cth 1: anti-rust x berapa ada function kat negara kita sebab bukan negara pulau (tepi laut/air masin) pun. so buat apa nak guna material galvanised?

        cth 2: motor power window kat sesetengah negara kena lagi slow/kuat sebab requirement tempatan, bukan sebab low/high quality.

        org malaysia ni asal benda tu lain skit je dah kata kualiti beza. padahal kalau nak, proton ke, perodua ke, toyota ke honda ke, nak guna je benda sama untuk semua kereta. x payah pening nak kira variant.

      • Ye Bro Celicazz.lebih kurang mcm tu la.
        Requirement sesebuat negara berbeza ikut undang-undang tempatan. Mcm kat malaysia, Pasal aper org banyak pakai kereta petrol, pasal diesel roadtax/insurans mahal walhal kat india diesel lagi jimat dan dapat pengurangan cukai lagi. Jadi perbezaan demografi banyak memberi kesan diantara perbezaan harga/product sesebuah negara.

  14. saya hrp smua features yg ada pd kia forte ada pada persona r ni

Tinggalkan Jawapan kepada udeng Batal balasan