funtasticko design

http://funtasticko.net


18 Komen

HAWTAI bakal mengadakan kerjasama strategik dengan PROTON???

Khabar angin semakin kuat mengatakan HAWTAI salah sebuah syarikat automotif di China bakal bekerjasama dengan PROTON pada masa depan setelah kegagalannya membeli SAAB. Kebetulan pula SAAB telah dibeli oleh Youngman yang merupakan rakan strategik Proton di China. Menurut sumber, HAWTAI & PROTON akan bergabung tenaga untuk menyerang pasaran Indonesia. Adakah benar adanya perbincangan mengenai hal ini? Persoalan ini cuma boleh dijawab oleh PROTON…Apakah yang akan terjadi dengan usahasama antara PROTON & Youngman? Adakah cerita ini sekadar khabar angin semata-mata, sama-sama kita nantikannya..

* Jangan silap sebut HAWTAI jadi HWA TAI pulak ye..nanti tak pasal-pasal ada yang cakap PROTON nak buat kereta pakai “tin biskut” pulak setelah isu “tin milo” sudah basi & ketinggalan zaman.  🙂


9 Komen

Lotus GTE Road Car Concept

UPDATE :

Lotus GTE Road Car Concept bakal membuat penampilan sulungnya di McCall’s Motorworks Revival, Pebble Beach esok. Diinspirasikan daripada kereta lumba Evora GTE yang menyertai perlumbaan 24 jam di Le Mans. Bakal dijanakan oleh enjin 420HP V6 dengan kotak gear AMT yang terdapat pada Evora GTE. Nampak bumpernya telah mengikut “design language” baru Lotus yang terdapat pada 5 buah kereta konsep yang sebelum ini.