funtasticko design

http://funtasticko.net


115 Komen

Interior Persona R perlu “upmarket” jika hendak menjadi model global

Kat sini saya bagi beberapa sampel interior yang bertaraf global & upmarket. Harap Proton boleh jadikan ini sebagai rujukan jika Persona R hendak menjadi model global. Tiada lagi alasan untuk letak “cheap plastic” & “hard plastic” kat tempat yang tak sepatutnya. Pakai lah “soft plastic” ditempat yang boleh nampakkan kemewahan & membuatkan interior nampak mahal. Sila jadikan steering wheel & gearknob bersalut kulit sebagai ciri standard. Logo pada steering tu buat la elok sikit supaya tak nampak cikai. Kalau boleh pedal brake & clutch tu kasi la yang aluminium, sekali dengan scuff plate (kalau boleh illuminated). Lampu meter panel tu bagi la yang menarik sikit, jangan terlalu plain & membosankan. Sebaik-baiknya pakai la electrochromic mirror yang boleh view reverse camera. Akhir sekali moulding tu biarlah tepat supaya takde gap yang ketara & pemasangan perlu kemas.

Kami tak mau lagi interior kereta Proton macam sekarang. Sila ambil perhatian. Harap maklum. Masih sempat lagi nak perbetulkan apa yang ada sebelum Persona R dilancarkan. Kalau ada lagi cadangan boleh la dibuat diruangan komen ye 🙂