funtasticko design

http://funtasticko.net

Interior Persona R perlu “upmarket” jika hendak menjadi model global

115 Komen

Kat sini saya bagi beberapa sampel interior yang bertaraf global & upmarket. Harap Proton boleh jadikan ini sebagai rujukan jika Persona R hendak menjadi model global. Tiada lagi alasan untuk letak “cheap plastic” & “hard plastic” kat tempat yang tak sepatutnya. Pakai lah “soft plastic” ditempat yang boleh nampakkan kemewahan & membuatkan interior nampak mahal. Sila jadikan steering wheel & gearknob bersalut kulit sebagai ciri standard. Logo pada steering tu buat la elok sikit supaya tak nampak cikai. Kalau boleh pedal brake & clutch tu kasi la yang aluminium, sekali dengan scuff plate (kalau boleh illuminated). Lampu meter panel tu bagi la yang menarik sikit, jangan terlalu plain & membosankan. Sebaik-baiknya pakai la electrochromic mirror yang boleh view reverse camera. Akhir sekali moulding tu biarlah tepat supaya takde gap yang ketara & pemasangan perlu kemas.

Kami tak mau lagi interior kereta Proton macam sekarang. Sila ambil perhatian. Harap maklum. Masih sempat lagi nak perbetulkan apa yang ada sebelum Persona R dilancarkan. Kalau ada lagi cadangan boleh la dibuat diruangan komen ye 🙂

115 thoughts on “Interior Persona R perlu “upmarket” jika hendak menjadi model global

  1. setuju 100%…………………………

  2. VW Scirocco terbaik…. proton perlu benc mark

  3. Vendor jge perlu hasilkn plastic yg memenuhi kehendak dn standard proton

  4. hyundai berubah mendadak sekarang..tu la baru betul2 transformasi

  5. Paling tidak pon Proton sepatutnya buat yang bertaraf Avante (gambar atas sekali tu).

  6. kena benchmark dgn segmen yg sama mcm forte, civic, altis, jetta, pug 408 dll yg sewaktu dengannya. bab nvh terutamanya kat interior noise bole perbaiki lagi. dengar citer dh improve pun mcm kat inspira , lg baik dr lancer asal. bab vibration dan harshness rasanya mcm dh ok tp apa salahnya kaizen kan?

  7. citer pasal noise waja tak payah citer la dgn wajachestra , tp tu dulu la, skrg tak pasti,tp kat persona, bunyi2 sbb seat blkg, tu sapa yg ikut forum automotif mmg tau la. dashboard, door panel dan lain-lain interior kena pasang kemas, design pun penting sbb kena lekat betul dan kemas kat tempatnya, jenis plastik pun penting , baru la upmarket. opss jangan lupa option utk leather seat.

    pastu bole je tiru honda, byk tempat letak bekas air mineral, payung dan barang-barang yg kecil dalam kereta. dan jgn lupa penyangkut teh tarik kat batang headrest. foldable seat 60:40, bole akses bonet blkg terus, tempat sandar lengan (armrest) depan dan belakang. klu tgk headrest blkg mmg ada dr gambar yg lepas tp kalau bole nak yg blh tgh jugak (kat blkg).

    kalau semua ni ada kat model basic agak2 harga dia mencanak naik tak? hehe

  8. Logo proton tak mampu buat dlm Steering Exora & Inspira. agak susah proton nak but quality interior. just harap proton improve dalam interior kereta.

  9. Kereta zaman sekarang dah mcm kokpit kapal terbang, hehehe..

  10. hope…. dalaman Persona R mesti mantap.. dan logo kt stereng 2 kasi lh krom atau berwarna sikit….

    • stereng waja aku masih ada warna, cuma plastik yg cover logo tu dh kabur sikit , sikit je mgkn sbb selalu berjemur tgh panas

  11. yup tgk gambar spyshot tu agak2 design lampu blkg dia mcm polo gti pun ada, atau f10

  12. korang ni nk mcm2… hope nnti x de la ad org yg nk complain hrga mahal2 lak…

    • kate nak jadikan global car, kena la macam2 ada… kitaorg tak kisah sgt harga naik asalkan berbaloi dengan kualiti, spesifikasi & kualiti

      • aku rase proton lambat lagi nak catch up dgn automakers lain.xpe la orglen cakap aku mentality stereotype malaysian,tapi sebab nak sep je aku beli proton.tunngula abis bayar,akan ku beli jenama luar.ni br pakai saga x smpi 2thn da gegar2, bunyi tikus la. Hampa…

      • Saya phm bro.. Persepsi setiap org berbeza2. X d salah luah pendapat.
        Bagi saya, komitmen P1 untuk berdaya saing boleh nampak hasilnyer. Ye la. Untuk Carmaker yg baru berusia 6 tahun ( 20 tahun ngan mitsu dikatakan x d hasil tempatan plus semua benda Mitsu kontrol (PNC P1) ) mesti la nak mereka benda 2 mcm nh agak susah. Kena pula dengan market yg kecil.
        Ape2 pun setuju pendapat 99% org kat sini. Saya x fancy sangat dengan Dashboard yg melekuk2 tapi asalkan soft plastic dan juga clean ( mcm beemer 3 series ) pun dah lawa. X nal plastik saga..

  13. kalau persona R ni ambik harga persona skrg mmg cantik la
    sbb kalau harga persona R kurang sikit dr inspira nanti ada gap pulak antara persona R dengan saga, lagipun nanti ada pertindihan pulak dengan exora, walalupun berlainan segmen
    satu lagi, silap haribulan nanti sekadar utk niche market je bukan utk mass
    target nak jd global car mesti la utk mass market kan, target volume mesti tinggi

  14. how about in a classy way dial analogue meters with drivers focus intention without lots of clutters,, like here, its direct and simple……
    http://www.wallpapers-home.net/imgs/wallpaper/aci-bfi-icfjfbx%7Cbafahgbh_630x466.jpg?ts=1277213879

  15. or

    well the taste is ones behold, but this is one example among the finest car.

  16. kalau nak benchmark dgn vw golf atau audi model terlalu jauh utk proton sbb target harga yg berbeza dan juga kapasiti pengeluaran, kalau nak benchmark ikut target harga (50k-70k)
    kalau kat uk model dlm target harga antaranya ford fiesta, kia ceed( forte), i30, jadi blh bajet la mcm mn kualiti dlm kereta persona r, kalau nk dalaman mcm vw golf yg ada scuff plate illuminate atau aluminium pedal harga x mungkin bwh 80k,
    bagi sy model yg ada ruang dalaman menarik berada dlm lingkungan harga 12k pound ke atas seperti astra, polo dan focus

  17. bg sy interior mcm kia forte atau peugeot 308 sudah memadai dgn target harga 50k-80k

  18. talking about extreme ,, lotus have it

  19. my comment is that proton must design its dashboard line flows to the door pad. so the interior will looks as a whole.
    =example- http://zeocars.com/wp-content/uploads/2011/03/2011-infiniti-g37-ipl-inerior-dashboard-6.jpg

  20. pada firasat aku je ni….
    maybe interior persona r jenis straight forward…no fancy;weird style,inspired by bike or blablabla….
    tetapi dgn kemasan yg teliti,soft touch,piano black finishing,digital climate control,iphone dock(mcm EMAS concept)?….door panel ada grip mcm waja,logo di stering dlm bentuk monokrom….

    kalau mid console ambik contoh porsche panamera sedap mata memandang tu

    apa apa pun nak ucap selamat hari raya buat bro campromania dan semua followers kt sini
    pandu cermat insyaallah akan selamat~

  21. takkan takde apa-apa citer tentang design interior persona R?
    dah banyak citer ttg exterior je, atau mmg belum final atau mmg tak boleh disclose?
    kalau boleh nak jugak tahu at least hint bentuk dashboard, gear dan stereng

  22. salam sahabat sekalian mintak maaf nk lari tajuk sikit, saga 1.6 akan ada cvt tak?

    • napa ..nak tagkap satu ke?
      kami yak tau, tapi dalam buku manual pengguna saga flx ada specikasi bersekali dengan 1.6
      dan saya sendiri tengok spec gearbox 1.3 dan 1.6 setiap satunye manual dan cvt,

      so 1.6 cvt akan ade.

      so back to the topic,, this a dash of a porsche, before that can you imagine the dash of the saga blm fl or lx………….

  23. korang nk expect proton design interior macam gamabr2 tu?
    tak payah la dok mengharap. korang expect dashboard iswara sudah la kat persona -r tu.

    persona -r tu bagi aku dah basi dah.
    dok spyshot bnyk sgt dan sebenarnya design pun tak la gah macam mana pun.
    bnyk copy paste dan tiada originality dalam design kereta.

    korang tgk la nanti, design mesti ala2 forte dan persona sekarang jer.
    design exterior pun tara mana, macam mana korang nk expect interior dia hebat?

    kalau korang tk caya, korang cuba tutup pintu kereta proton dengan kereta toyota. apling bodon pun ambil toyota vios. bunyi pun dah lain. kalau nk compare lagi, korang cuba tutup pintu kereta buatan China Cherry ngan proton. entah2 Cherry lagi elok dari Proton.

    Proton tak reti nk market design keta dia. lambat nk ubah. walaupun sedar design tk elok, dia terus market jugak. lepas tu keluar SE version sampai 2-3 kali. lain mcm honda, hyundai. no SE edition, sekali keluar, model baru. proton kan banyak duit, kalau alasan memerlukan kos besar, itu tk leh terima dah. rubbish reason.

    percayalah, proton ni kalau VW, hyundai, buat B segment car, confirm proton bungkus. orang sanggup bayar ebih untuk kepuasan dari bayar murah semata mata kerana keistimewaan.

    proton bukan setakat kereta sahaja yang ala-ala hidup segan, amti tak mahu. tapi service center pun dah macam puduraya tahun 80-an. proton sekarang ini nampak macam nk produce kereta murah, tapi sebenarnya kereta murah model luar lagi berbaloi.

    proton persona -R ni tak berbaloi. thn depan VW vento, Toyota Etios akan masuk. setakat persona-r ka, saga kosong ka…orang tak ambil peduli. orang akan pilih kereta luar dari proton.

    ini semua adalah fact. bukan bashing. proton tak kemana selagi tiada experience designer yg design kereta proton. design kereta proton bare, tiada seni.

    • kitaorg tak la expect design macam tu, tapi pemilihan material, warna, detailing & finishing amat penting untuk naikkan seri interior..kadang2 interior simple macam Volvo nampak lagi menarik & kemas…

      terpulang la kat bro kata persona r ni tak berbaloi, sebab bro bukannya dah tengok real product & spesifikasi dia lagi..benda tak nampak memang la leh fikir bukan2…kalau bro mampu beli VW ke kereta lain bro beli je la…org lain x la sekaya bro, mampu pakai kereta local aje… btw toyota etios tu bukan segment persona r la bro, dia sama segment dengan saga flx je…vw vento pulak sama segment dengan persona elegance sebab dia kan polo sedan…

      proton bukan takde experience design kereta, cuma kena ada orang yg betul2 hebat macam peter schreyer yang boleh buat perubahan drastik pada design & kalau boleh jangan terlalu harap pada local talent, rekrut la designer luar negara serap dalam styling department, baru la budaya luar masuk & macam2 idea baru proton dapat…tapi jangan lupa persona r ni italdesign yang reka, tapi dengan bantuan designer proton juga

    • kita dah ada tukang tilik sekarang ni kat sini.

    • ni lagi sekor beruk wat pandai..bro org yg dah tgk persona r full pun xde pun komen cam bro ni,bro padahal br tgk yg tape punye dah nk tilik lebih..

    • org mcm nh biarkan jer. Kalau dah mampu pakai kereta conti, Pakai je la, X yah nak provoke org lain. Ntah2 kat umah die/ adik beradik die ada sebijik 2 kereta local.

    • aku dh try byk buka tutup pintu segmen b mcm vios, city, pemerhatian yg aku dapati ialah pintu dia ringan sangat jika banding dgn waja buruk aku. kelau kena hentam sekali mmg kemek la mcm tin milo. pintu waja aku (depan) berat, mmg rasa sgt masa nak buka tutup , nampak sgt jauh beza la.

      anyway , apa ada pada bunyi tutup buka pintu? kalo owner bmw kata pintu dia bunyi tak best so what? apa yg lg penting bar yg ada dalam tu, dan dari apa pintu tu dibuat, takat ringan mcm tin milo takyah nak canang la hehe. itukah yg dimegah-megahkan sgt dengan kereta import?

      satu pasal se, ala keta import pun wat facelift gak, kalo takpun tukar body je, enjin , transmission jenis lama gak hehe. kalo dh byk duit sgt apa lagi go for it la

      takat etios, hatchback cam ok tp sedan …tgk sendiri la , design front end dia mcm dh ketinggalan zaman, lagi baik vios dugong. experience designer? ada jer, Italdesign Giugiaro tu menatang aper? bukan kompeni design ke?

      • italdesign company car designer. VW dah amik alih. Antara hasil Italdesign adalah Suzuki sx4 and ssangyong Korando. EMAS pun deorg reka.
        Bab pintu waja mmg betul berat, Tapi lagi ok dari sesetengah pintu yg tutup bunyi gedegang..

    • toyota camry, auto 4 speeder smp la ni, kau tak bising pulak. haha.

    • Mmg btul p1 not a par with smua brand yg bro sbutkan in term of quality n finishing.tp mechanically p1dh mula mju ke hadpn.trpulang pd bro tp utk pengetahuan mslh kete p1 adlh pd model yg direka pd thun sblum 2007 dn bermula dgn persona mslh ini tlh berkurangan. Mungkin minda bro yg masih 80an.cbe tutup pintu persona e n vios.pd pndapt sye kualiti kedua2nye setanding.harap after sale p1ditingkatkan spya setanding jenama jepun kerana sye amat berpuas hti dgn aftersale mereka…

  24. Agak merisaukan ada terdengar dengar dashboard “lagi best” lebih baik dari Persona R nih!
    Tak leh nak cakap banyak sebab belum tengok bila dah siap 100%
    Sungguh sedih rasanya bila luaran cantik, anggun, menarik, terbaik tapi dalaman…….ehmmmm
    Jangan sampai gadget canggih yang bakal diletakkan tenggelam dek dashboard yang membosankan….
    Harap yang terbaik dari Persona R, kereta Global pertama PROTON!

    • Setahu saya, Bro the king kata meter die je yg lagi lawa dari Persona R. Dashboard x d la pulak..

    • mr recycled tires,

      interior myvi boleh mengancam ke’stylish’an persona R…
      tak taw la engineers hebat2 dlm P1 tu sempat ke tak tukar design…
      kalau dah vendors dah siap tooling, hmmm…nmpknye putih mata la semua kat persona R nie….

  25. lihat sini ada nampak sikit dashboard dia sikit… tapi gambar ni tak besar so tak dapat nak zoom…

  26. untuk model global..interior perlu benchmark dgn kereta2 europe..bukan jepun..especially toyota..kecuali mazda…trend kereta2 europe sekarang lebih kepada mcm cockpit…cocooning etc..

    setuju dgn pendapat penulis..disebabkan ini model global sulung proton..kene all out and jgn simpan2…no such thing as cost cutting..good luck proton team

  27. persona -r ni dalam malaysia boleh la jual banyak…sebab tk kena cukai tinggi..
    design persona -r is boring…

    yg spyshot ni pun geng2 proton jugak….
    proton kalau nk buat globar car kena pakai orang eruope jugak design…
    ish..tapi mmg boring giler persona r punya design ni…

    apa la yg korang suker sgt…hyundai pun dah transform gila2…kia pulak dah ada official face…
    proton dok canang persona -r yang outdated ni…
    sampa bila proton nk facelitf persoan -r ni pun tak tau lagi…
    entah2 10 tahun ke 20 tahun cam wira n waja..

    saya pernah pakai proton dan mmg rasa tak berbaloi seperti ditipu memakai kereta proton.
    beli wira aeroback. power window problem dah famous dah. meter rosak, waterpump lingkup…
    mmg menyesal beli proton dulu. maklumlah beli pun sebab murah. tapi kalau murah pun, kita nk kualiti setadnding harga, sebab murah2 wira pun, mahal gila.

    sudahla proton, lagi ko tak produce keta yg betul2 hebat, jgn kencing sama rakyat la.
    yg nk bayar hutang n nk pakai keta, rakyat.
    korang syok je mainkan market.

    lebih baik beli keta luar yg mahal dari sakit hati kepada orang diharap, rupa2nya pagar makan padi.

    • ikut lah bro nak kata boring ke pe… hak masing2, yang penting kalau dah tak nak pakai jenama proton lagi beli la jenama yg bro rasa terbaik…. nak beli 1 kilang pun tak pe, kitaorg tak kisah pun, janji bro senang hati & tak bising2 pasal proton lagi…

    • setakat beli wira aeroback second mmg la banyak kong.
      10 thn punye cite. ntah tau ke tak siapa management baru proton skang.

    • bro bli je kete luar tu, xde hal. kalu kete mesia rosak u dh bising, kete luar rosak mau u bakar 1 rumah…hahaha..

      bab exterior, drp spyshot, persona-r ni mmg nmpk kemas (kecuali wiper yg terjojol tu la).
      DLO dia lebih kemas drp gen2.
      Rocker yg bersambung ngn fender dpn tu straight,
      ada shoulder yg ngam,
      door handle yg smbg kt character line mmg masuk la.

      xfaham aku membebel ape?
      then take ur time to these:
      http://jalopnik.com/5623742/the-jalopnik-guide-to-automotive-design-terms-exterior

    • bangun bro!sekarang dah taun 2010..tu cerita taun biler punyer weh..wira aeroback SE tu pon sebenarnyer utk clearkan stock wira lamer2..kalau ko bukak panel dalam, kaler cat lain..makna nyer aper??stock lame tu dicat semula (outer) and bagi cantik sket..member2 aku ramai jer pki proton generasi gen 2 ke atas…semua xdehal pon..ko beli keta jepon ker keta konti ker same je sebab mekanikal tetap akan ada defect punyer..ko igt xde ker keta vios yg rosak tgh jalan??ko x nmpk ajer..padahal berlambak..

      ko nak komen lebey2 ko kene paham bidang manufacturing ni..byk issue proton dulu puncanya daripada supplier2 x bertggjwb yg xreti bahse, x ikhlas dalam buat bisnes..asik nk untung ajer..proton akan buat design parts and supplier kene supply…setiap komponen ada supplier dia..daripada sekecik2 skru sampai la sebesor2 cermin tu..klu dari level supplier lagi dah bagi barang busuk..proton nk buat cmne??dah memang mentaliti orang malaysia (termasuk ko dgn aku) kerja asal boleh..klu ko nk kutuk proton, ko tgk dulu la diri sendiri..muhasabah diri sket..ko pergi kerja ikhlas x?ko buat kerja all out x??

      itu yang org malaysia kurang sket and kene improve..klu org jepun semngat fukuwai tu diorg ada..xboleh nmpk benda salah..mesti kene betulkan..tapi org malaysia kurang benda2 ni..byk lagi la prinsip2 depa..klu org malaysia bole ubah mentaliti, aku jamin semua benda kita bole achieve..hopefully generasi kita yg akan datang akan lebih baik daripada kita..dari kecik lagi kita kene didik diorg benda2 mcm ni..klu dari kecik lagi da buang plastik aiskrim bersepah2, smpi besor la dia akan buang sampah merata..ko pecaye la ckp aku..sekian

      • betul tu, sikap ni bukan boleh diubah dengan cepat, sebab susah nak buang sikap yang lama sebab dah jadi tabiat.. kalau nak buang kena step by step..jadi kalau nak mendidik sikap yang baik kena la bermula dari awal (kecil), baru la sikap yg baik tu akan jadi tabiat yg baik.. 🙂

      • Dan Kita yg besaq2 ni pon Kena tunjuk teladan yang baik jgk.jgn jd ketam ajar anak Jalan lurus tapi dia sendiri taktahu haha

  28. Saya setuju. First design biarlah betul. Silap
    payah nak adjust
    2- Material sesuai dgn pricing &
    pesaing segmen yang sama
    3-Power windows tu biar lah ok

    • aku rasa isu power window ni dah setel…
      sama ada mekanisme scissor atau lifting je isu die…
      kalau pakai scissor type, less isu than waja’s lifting system…

  29. percayalah kawan2…

    bila persona R keluar nanti, ia akan x akan dapat menyaingi interior dan equipment dalam kete2 kat atas tu…
    korang mesti kecewa punya…
    aq dah byk kali kot sebut pasal meter cluster yg hampeh tu…
    interior and equipment lain x match dgn exterior design…
    hai entahla, bila la boleh sama level mcm OEM lain…penat dah bg harapan kat P1…
    myvi baru punye meter cluster lebih cantik dr persona R…

    sorry x dpt tunjuk gamba sbb phone+camera is forbidden there…

    • kalau ada dapat gambar share2 la ye…sy dengar interior persona r simple & basic je…ramai yg kecewa gak bila dah tengok

    • bro campromania,

      mmg nak share dgn sume org, supaya kita dapat beri pandangan 1 malaysia we need more than that…
      tp biasa la, confidential pact di mana-mana OEM…
      x nak kes exora photo leak dr dlm prototype shop…
      bukan ramai gak yg kecewa…mmg akan mengecewakan…
      smpt lagi ubah dlm masa 8-9 months ni kot…kalau p1 willing to hear…
      any comment the king?

      • Bro,cube ko bagi sketch..agak2 takat mane yg igt.nanti pakar2 funtasticko leh detailing kan. Leh?

      • kan saya dah cakap.
        Proton buat kerja tak habis.
        dok canang keta ada BCM la, CVT la, Heat Body Impact, tapi sebenarnya tak ke mana pun.

        design yg korang tgk tu betul2 dah outdated. no curve lining, no mutual face grill.
        takat letak Day light LED n rear lamp LED proton dah poyo. lampu2 tu kat kedai ekasesosri dan ramai OEM boleh buat.

        design exora adalah MPV paling buruk. Mungkin orang kata Renault Kangoo pun buruk, tapi Kangoo khusus untuk keluasan ruang komersil. Bumper Exora yang bersegi dan head lamps pun proton tak mampu nk adjust dgn body style. Nak keluar Exora turbo ni cuma tukar design bumper dan smoke rear lamps jer. tukarla design lampu depan tu n belakang tu supaya lebih menarik sebab dah tahu hodoh.

        orang MAlaysia bila jadi administrator, tambah2 orang yang dah lama bekerja dan old people, susah untuk terima perubahan. tak mau dengar cakap orang.
        rasanya Syed Zainal kena rombak kepala designer proton tu sebab tak pandai design.
        Masda 5 MPV pun kalau ikut pun chasisis dia buruk, tapi masalah tu selesai sebab designer Mazda pandai tutup design yg bruuk itu dengan penempatan lampu dan rekaan tambahan yang lebih baik.

        CVT dalam saga FLX tu pun kita tak tahu lagi prestasinya. CVT proton ada button SAT, pelik jugak. simplenyer CVT gearbox proton. CVT inspira dari mitsubishi nampak lebih baik dari proton.

        macam nila. saya bukan tak suka kemajuan proton, tapi proton sebagai sebuah syarikat yg monopoli cukai kereta Malaysia sewajarnya peka dan ambl berat tentang kesempatan monopoli itu untuk tambah kepercayaan kepada rakyat. bukan buat kerja tangkap muat.

        binalah kereta yang betul2 cantik, hebat dan diminati bukan kerana harga murah, tetapi kerana kehebatan dan keunikan yang tersendiri tanpa memperbodohkan rakyat.

        Satu lagi pasal MYVI ni, perodua juga pelahap duit rakyat. model berkurun yang dah elok jadi stok besi buruk asyik diupgrade dan diadjust mentang2 kerana laku. teknologi yg sama. sama macam orang biasa yg adjust kereta lama jadi lain.

        mungkin bnyk sgt politik dan kroni kot dalam kedua2 syarikat ni. tu yg susah nk berkembang baik.

      • @ bro akupunya

        saya tahu la bro punya hal la nak komen mcm tu tapi bro tahu x yg bro kutuk keji sangat tu yg buat org tempatan/melayu/islam. Saye x tahu la bro org melayu/islam tapi berdasarkan pendapat mcm bukan je.
        Bagi Saye sebagai org muslim kalau yg buat/ bina/reka org islam lagi saya suka dan kalau yg buat tu pulak org melayu, lagi saya suka.
        Satu je bro, kalau bro mmg pandai design/mereka kereta, baik apply kat P1 dan cuba ubah aper yg bro katekan. Saya suke org yg boleh cabar org lain dan berjaya dlm cabaran membina tersebut.
        Nak mereka senang tapi bile dah final design, kos semua nak kira. Boleh jer P1 buat kereta kualiti setaraf beemer.merc tapi sanggup ker bayar harga yg sama dengan 2 carmaker tu. Mmg dah persepsi jenis mcm tu mmg x leh nak ubah la. Selagi mentality tahap ke3 x berubah,x leh nak buat aper gak.

      • @bro akupunya
        pasal cvt ada sat mudah jer. P1 nak harga semurah mungkin untuk org biasa. Nro tahu ker kalau tambah + – dlm cvt kos die bertambah berapa.
        cvt and sat nh mcm hanphone la sebagai contoh. Cvt nh ibarat handphone touch screen dan SAT lak mcm software dan program hp tu sendiri.
        Dlm kata lain CVT with SAT mcm Samsung Galaxy 5 dan CVT with +- nh ibarat Galaxy s/s2.
        Tahu kan beza harga mereka.

      • pasal SAT button tu, ada sebab kenapa saga hanya ada button, takde +/-…
        tanye je product marketing strategy kat COSE tu, kenape xde +/-…
        sume bukan sbb kos, client kat rnd P1 kata development cost same jer kalau pakai button SAT and +/-…
        katanyer sama software, cuma cara activation je lain-lain…
        persona R nnt ade la benda2 yg advance dr saga katanyer…

    • Kadang2 apa yang ditayangkan kat kilang tu mungkin bukan final design, info yang dapat pun boleh jamin tepat,jadi janganlah tergopoh gapah dengan apa yang didengar dan dapat dilihat. Nak tahu final design kenalah tunggu pelancaran rasmi.Bagi saya interior yang simple pun dah cukup bagus tapi jangan nampak outdated sangat, yang penting kualiti. Yang lagi best tu best sangat ke, atau meter cluster je yang hebat. Walaupun interior design tak segagah kereta2 dalam gambar kat atas tu, sekurangnya Proton boleh gunakan colour scheme yang sesuai.Sama2lah kita nantikan kemunculannya

  30. baru dpat info, interior persona r ni masih belum final, baru stage prototype…akan ada banyak stage & perubahan…harap cerita ni betul…

    • bagus2~

      aku xske dash yg cm kapalterbang byk buttons..hahha

      mgkn bro ble bikin 1 post psl sketch interior. mana la tau sbb design blum freeze lg?

    • mesti theking ke DSZ bagitau bro campro nh.. kan blog die dah famous dengan org P1.
      Alhamdulillah lah kalau mcm tu. Rasenyer tu yg sampai 3 kereta test sekali tu. Ntah2 3 tiga meter/dashboard lain2..

  31. Lg satu sudah mari..kta kasi dia ckp kaw2 pya..ckp mcm bagussss….

  32. klu ikut pemahaman aku yg tak berapa faham ni, mgkn ramai yg harap ada dashboard cantik, tak simple sangat , byk butang-butang, boleh pusing tombol sana sini, byk function la mcm kat mazda3 atau 6. stereng pun nak ada multifunction , lagi best kalau dah mcm ps3 byk lak butang2 kat situ, so nampak canggih la, baru upmarket

    mungkin la lps tgk dashboard exora yg simple tu membuatkan ada yg rasa keperluan utk menyampaikan hasrat dan cita-cita yg terpendam, walaupun belum tentu akan beli bila dah keluar nanti

    apa pun sebagai pembyr cukai bole je membuat teguran yg membina sbb proton kan glc tapi biarlah dgn fakta dan dgn kritikan yg membina

  33. Rsenye p1 playsafe .diorg skrg prefer simple n functional.mngkin x nk jd mcm zaman gen 2. Cntik tp x ergonomik.anyway p1 kne ingat first appearance pling penting sbg main selling point.anyway selamat hri rye n Maaf Zahir batin kpd campromania n semua follower funtasticko

    • play safe i would agree. if proton go funky people might say they want to follow renault.
      to simple people say its boring.
      but if we look at mazda the dash is not that dramatic, i would say its is simple european style. all are in a very organised manner. so if proton could achieve that its already good. i think proton is already have that way of designing, just that it needs some fine tuning,

    • i beg to differ.
      for me, gen2 is a driver’s car.

      xergonomic?
      see.
      1. master pw switch at center console. easy to reach by every1 in case of emergency.
      2. steering to gearstick distance. close so that driver can have full ctrl of situation.
      3. dashboard meter. sunken as not to block driver’s front view.
      4. side mirror switch located again at center console. easy to access.

      pls compare these items with myvi lg best.
      ergonomic my ass.

      • maybe gen-2 is your first car. u never try other car.
        please test drive toyota, honda or bimmer if u can, and feel the betterment.
        then, you know that your gen-2 is only a ‘mistake’ production from proton.
        no glove box, baldi plastic with sprayed paint (silver), hard seat and also very bad accelaration with the campro.

        i have drove gen-2 from the first batch and the car is bad, but selling like hot cakes on that time bcz the price. and the price actually can be reduced. proton sucks the rakayt money for his car on the name of ‘competetive price’.
        low end car with over price.

        buying car is not based on patriotisme, but based on worth it.

      • akupunya,

        1. ur assumption is wrong. gen2 isn’t mine. if u follow this blog (rather than barging in, u’ll know that i do not have any car yet).
        2. i’ve driven civic ak, corolla ae101, kancil, viva, myvi 1gen, city 1gen, wira 1gen, triton. above all these, i prefer gen2.
        3. it seems that other cars also have their own problems. fiat, bmw, alfa, honda & u name it. my close frens have these.
        4. i dun buy car for patriotism. bmw isn’t my cuppa tea. toyota&honda? hmm..it’s just name..no enjoyment..boring..
        5. my wish is lotus exige.

    • hahahahaha..
      aah. Mmg betul yer. Saya pernah bawak gen2. Tapi bagi saya walaupun seat die x berapa selesa, tapi saya boleh belok dekat jalan Gunung semanggol – Taiping everage 70-80 setiap selekoh.( Jln nh mcm jln cameron highlang cume area kampung jer). Pemanduan die mmg best dan pengendalian stereng and gear mmg senang pasal dekat. Kalau tengok porsche yg gune gear stick mmg lebih kurang mcm tu jugak..

  34. lagi byk butang dan tombol lagi serabut plak, pastu kalau dh tercabut ke satu butang atau tombol dh plak kena cari spare part , kena lak saiz butang dn tulisan kat atas tu lain2 plak dh susah lagi

    tu belum lagi rosak kat wiring ke atau chip yg control benda2 tu semua mahal, kos pulak kena tanggung, best masa ok , masa tak ok paham2 sendiri la

  35. saya beli satu neo cps..manual..sedap dipandu….stabil..n just feel so planted..
    and engine cps itu…boleh tahan…ada power n economical juga…

    tapi..baru aje 2000km…bunyi vibrate kat dashboard airbag..
    and gearbox trim ada bunyi….baru 2000km… 🙂
    n glovebox cannot open… small issues..but could be better…

    pada pendapat…dont expect too much from persona R…kalau nak buat macam kereta yang showed kat sini..susah.. sebab..Proton tak de volume sebasar manufacturer lain to do a very luxurious and quality interior… if they do that..the car sure mencecah 100k…

    but i hope they prove me wrong..

    • itu mmg x dpt dinafikan. Tapi kami berharap yg terbaik jer..

    • citer pasal volume mmg negara yg ada pasaran besar mcm USA dan China diberikan kelebihn oleh pengeluar kereta, cth mcm bmw kat china ada versi LWB (long wheelbase) pastu klu kat USA spek camry lagi bagus dari yg kat malaysia ni. mgkn suatu hari nnti bila pasaran automotif kat malaysia besar, masa tu pengeluar kereta bole buat customisation utk kereta versi malaysia, nak setting yg lbh utk kegunaan urban ke, nak airbag lebih ke, nak bodykit ikut citarasa malaysia ke dsb

    • Sometime we are juz too emotional toward our cat and too protective to this car manufacturer. First thing when d car bought got problem it surely the manufacturer problem whether volume besar ke kecil ke is not my bloody problem. If proton think no volume.to build quality car then close shop. Fyo i also a frustrated proton onwner. Gen 2 one the sux car with low quality of seat dasboard and engine pinging.

  36. Pada pendapat aku,
    interior Persona R nih harus mengikut riak alunan (maaf, tak reti bahasa design nih) bentuk luaran.
    Semua setuju bentuk luaran memuaskan, diharap berterusan bentuknya didalamnya pula.
    jangan lah pula bentuk badan luaran cantik, tak bersegi, tapi kat dalam bentuk berkotak, banyak bentuk segiempat, rata, macam kereta 80an…
    Biarlah bentuk dalaman tu seakan “bersatu ngan kita” tak lah ada perbezaan dashboard dengan bentuk dashboardnya warnanya lain lak ngan warna pintu, siling nya lak berbeza,
    Aku nak bila masuk, bentuk panel pintu “bersatu”ngan dashboard terus ke siling, pemegang gear, tempat duduk…
    Akhirnya, kalau betullah bentuk dashboard Persona R nih simple jek… perbaikilah jangan jadi contoh beli rumah serba moden, design moden, canggih, tapi masuk dalam barang perabut 80an….

  37. mcm vw cntre console dia petak, dah lama mcm tu…dh jd trade mark, kalau sama je nnti org kata muak lak, klu lain sgt nnti takde identiti lak, kena ada jln tgh la kot
    klik2 kat google tempest gray tu mcm brown rupanya ingtkn warna kelabu gelap
    kalu dshboard exora baru warna tu bole je seat warna coklat gelap takpun hitam
    standard la tu bila time facelift gelap2kan warna ashboard, seat , cam waja , livina dll sblm kuar model baru

  38. IMPORTANT

    off topic,
    latest update from a friend an owner of proton saga FLX.
    kuantan = KL at a speed of 110=120. milage returns at 12cent / km.

    KL -to- kota baharu nearly 500km (470km like that) at only 50RM.
    (a little over than 10cents or less than 11cents)

    technical= 3000rpm sometimes speedo could go upto 130km/h (due to the flexibility of the cvt)

    FLX is the best peoples car.

    • good indication of FC results…
      pasni menang award ape pula Saga ni…

    • Yang KL-KB 470KM @ RM50, kira lebih kurang 17.86KM/L kalo aku tak salah mengira.
      Ini sudah bagus.

      • yes ,macamana nak bagi tahu orang yang FLX ni terbaeek! ramai orang tak tahuuu skarang ni!!!

        HAZERI SAMSURI , I LEAVE IT TO YOU TELL IT IN YOUR CBT, OR PAULTAN YOU CAN GIVE A SECOND RUN ON FLX.

        ME.,,IM TRYING TO GIVE THE RIGHT FACT.

      • Aku rasa diorang tangguh buat full test untuk FLX sebab diorang nak mengabiskan dulu FL nyer stok kot? Kang tak laku pulak FL kalo dah highlight lebih2 tentang kebaikan FLX.

        Apa komen korang?

      • most cars rasanya takde masalah dgn perjalanan jauh, bole je maintain 90km/h jd mmg jimat la , lau extra urban atau urban yg susah, kejap gear 1 , 2 , gear 1 balik mana tak makan minyak, lain la civic hybrid cam bwh 40km/h pakai bateri atau insight pakai dua2 sekaligus, mmg la jimat
        apa pun saya pernah terbaca flx punya fc utk urban ialah dlm 13km/l, tu dh mcm myvi/kancil tu, myvi pun kena ada dvvt br dpt mcm tu, flx cvt jer
        kudos proton

    • highway proton = God
      city proton = low rpm shit, kl city full tank 300km

  39. mungkin interior persona r simple sbb ambk part dr inspira

  40. toyota dh try, vios, city, even yg besar bagak fortuner 2,7l tu hehe
    x best. ada gegar2 , proton gak yg smooth
    jgn marah

  41. tgk dr segi luaran persona R mmg dh ok, mmg standard la desin proton mcm terjongket ke atas, berlawanan dgn design asal tuah/espire yang lebih lurus dari depan ek belakang mam audi. bagaimanapun kecantikan adalah sesuatu yg subjektif, sstgh org nak yg lebih curvy,ada yg tak kisah boxy sikit kalau masih nampak muscular, ada org nak yg lebih kpd conti design , kalau nk bagi semua orang puas hati mmg susah.

    bagi aku design exora dah ok, boxy tang bumper tp mash ssuai dgn keseluruhan body . tgk jer alphard, takde lak nk kecoh , puji lagi adalah, tp kenapa masa juara kecoh buruk? mgkn la sbb saiz pun main peranan, kalau besar bagak cam alphrad tu tak nampak sgt boxy nya,. tp klu kecik cm juara mmg terserlah

    lampu blkg exora lak mula2 mmg nampak design cam lain, tp bila tgk mazda5 pun cam tu gak, rasa takla janggal sgt

  42. proton sememangnya takde masalah luar design, macam Exora pun nampak cantik, tapi interior lalaman memang tak cukup standard, macam Saga dashboard , saga iswara dashboard pun lagi cantik dan bermutu (ada soft skin). Exora dashboard pun langsung takde design standard. benda mudah macam Lago pun tak mumpu buat dalam steering, kan nampak ada class sikit kalau steering ada logo chrome proton.
    Perlu ingat interior kita driver duduk dalam sapanjang masa dan selalu berdepan, kalau interior berclass, kita pandu pun gembila dan rasa berpatutan.

  43. Problem bukan plastik atau design tapi kerana vendor kroni. Pada mula proton management approve kos rm 100 lepas komisen tinggal 30. Then apa u expect lagi.

  44. wow,mcm2 post,sampai ada yg sampai sat. Den adola tanya kawan den pasal sat nih, sbenornya sat n manual override,samo ajer costnye, cume kalu nak pkai paddle shift,cost dia lebih ckit(byk jugaklah), sebab tuh den rujuk ngan lotus website, lotus buat n jual paddle shift simulation software,tp xjual gearbox plak, so,maksudnya,mmg ada cost tambahan utk paddle shift nih,bukan samo jer,kalu x wat per lotus jual menda yg dpt free bila beli gear boxkan.
    Den pun dh tgk prototype dashboard persona r nih,mmgla simple,tp ok gak. Kena ingan, persona r global car,bukan ikut taste asian market coz kita dh terbiasa ngan design k n j car. Cntoh exora,bg den sendiri,dashboard biasa ajer,safe design tp good function, tp bila autocar uk test drive exora mc 1 br2 nih(bleh rujuk web autocar uk),depan kata dashboard exora memang modern design. Kdg2 den nk gelak gak coz den rasa xdalah moden sgtpun dashboard exo tuh, tp mamat saleh kata moden,depa nih ketinggalan zaman ke eden yg ketinggalan?
    So,kesimpulannya,dashboard persona r yg direka oleh italdesign n consultant dr magna styer nih based on global taste,more on european side coz poton bukan nk jual kete lat jepun n korea kalu market luar,lebih pada market euro n gulf country. So,mikee kat italdesign n magna taula aper yg mikee buat.
    Bg eden sbagai pngguna n pmbeli,design,asalkan xhodoh n ada fungsi dah cukup,yg pnting pemilihan color,material serta fit n finish itu yg penting. Meter cluster plak asalkan terang n jelas,xmenyakitkan mata,mnjalankan spenuhnya fungsinya sbagai meter n berinformasi,oklah,jgn meter cantik,tp xleh bc.

  45. pasal logo tuh,memang nampak simple,tp xsemudah tu nk buat,maksud eden proses safety homogolation. Poton nih, company kocik ajor,modal xberapa bosar,so,bila wat test,fokuskan pada aspect yg lebih penting. Poton buat kete sume cost around 500 juta ajor,tp kalu ponah baca mjalah ekonomi, satu kete,cost rnd paling cikai nak 1 billion,kdg2 cecah 2 billion.
    Ponah org tanya engineer nape xbubuh krom kat steering?dh jawabnya bahaya pada driver kalu airbag deploy. Lalu ditanya jugak,kete lain bleh buat? Memang bleh buat,tp kena anto testing byk kali coz firing angle airbag bg stiap keter berbeza,tp poton xdalah nk tinggikan cost anto crash test semata2 utk logo ajo,kalu toyota lainla, budget tinggi. Exora budget 500 juta,so,kena berhemah berbelanja.
    So,harap2,persona r nih,poton blanja lebih ckit coz dgr2,budgetpun plg tinggi yg ptn penah buat. So,kali ni,tryler dptkan logo krom tuh,kalu xpun, bubuh logo cam kete waja, kira ok gak walupun lama2 tercabut,cume pkai ler gam kuat ckit(den punya xtercabut lg stakat ni.

    • benda-benda kecil seperti logo steering button-button dlm dashbaord termasuk dashboard sendiri yang anda atau proton boleh fikir benda kecil, tapi sebenarnya bende-bende kecil in konsumer yang bernilai sesebuah kereta berkualiti atau tidak cukup “kehalusan(detail)” buat kereta. jadilah dirasa tidak sempurna kereta proton dengan benda-benda kecil ini pun tak betul. jangan ambil airbag sebagai alasan, Inspira juga OEM dari Mit lancer, steering pun sama, takpaya but banyak test, dlm Lancer sudah cukup but aibag test, Lancer ada logo chrome mitsubishi dekat steering, jadi Inspira tiada, just tampal logo Waja pun boleh. ini bukan cut kos ke ? banyak tengok in sebagai Proton cut cost sjh. Logo chrome dekat steering satu basic saja kena adalah.
      macam Dashboard Exora and Saga Blm, design dan button-buton macam std kerata 80an, bukan kita nak dashboard macam bmw, tapi sekurang-kurangnya design cantik sedikit. kalau design cantik meterial kurang sedikit nampak ok. itu lah orang tengok Kereta P2 berkuality dalaman.
      jadi harap proton jangan cut RnD kos dalam benda-benda kecil. kita pun harap Proton boleh berjaya dlm industrinya. kita pun berbangga.

  46. den stuju kalu ada logo krom, em,tp kes mitsu lncer n inspira,menda yg sama, memang ada airbag,tp logo mitsu n proton berbeza design bentuk luarannya,so,ada perbezaan impak pada logo. Lainla perodua,sbb tuh perodua tukar logo,n kalu prasan,saiz logo sejibik dgn toyota n daihatsu,senang nak slap on chrom. Tapi den pun hrp sgt ada krom gitu@logo cam dalam emas@waja lama.
    Den stuju gak kata waja tuh, walupun menda remeh,tp kdg2 beso gak efek dia

  47. kalau betul dashboard persona-R ni ringkas, diharap ia taklah terlalu ringkas mcm kereta gen-2 atau saga kereta kebal. aku rasa, rata2 rkyat msia suka dashboard yg kemas n nmpk eksklusif mcm altis, meter cntik mcm civic.
    hrp2 proton kna pertimbangkan semua aspek sblum launch kereta ni.

  48. Banyak komen yang menarik…dari aku punya, mat..tm-guy..dan tentula bro campro..bagus boleh berdialog macam ni.
    Macam pengguna lain, sebagai rakyat Malaysia mestilah nak kereta Proton yg paling best ‘handling’…lari 120km/j kat jalan kampung…rasa stabil je..bila lori potong tak gegar ke bergoyang badan kereta.
    Dulu saya pun pakai Wira A/B…yg paling murah 1.3 la..Airbag ke ape ke yg canggih tu takde..memangla terasa gak hampa sebab ‘panel gap’ dashboard yg melingkup…memang makan duit rakyat punya vendor. Tapi power window rosak selepas 6 tahun, water pump, oil pump tak pernah rosak..alhamdulillah…cuma ECU kacau selalu keluar signak ‘check engine’. Setting ECU rase dlm 7 tahun..kaye jugakla Proton ke EON servis.. Nak marah pun dah beli..so pakai la sampai habis bayar utang.
    Kendian pakai Civic 2005 ET 2.0..memang tak boleh dan tak relevan la nak bandingkan dengan Wira. W/P kereta Honda 2nd sebab harga dia RM100k lebih masa keluar dulu. Tapi masalah sparepart..mahalnya mak datok…nak wat camner…pakai je lah.
    Ada la test drive Hyundai i10, i30 dan Sonata NF dan YF yang terbaru..memang satu kemajuan yang sangat drastik…ke Deras Sikit. BMW X5 2005 pun pernah bawak tapi itu dah lain la.
    Memang harap sangat supaya Proton tidak kalah dari segi interior..dasboad, meter panel, fit & finish..NVH..benchmark dengan yg setara dengan Proton mcm Fote, Avante, i30 pun not bad.
    Saya pun tak harap finishing exterior & interior Proton mcm Audi, VW..tp biarlah tak kalah dengan T & H, Hyundai dan Kia…takkan kalah dengan Myvi Lagi Best kot…he..he

  49. semua org ada keinginan n harapan masing2..
    apa kata admin wat survey..mane tau boleh proton boleh amek data survey tu utk tgk berapa ramai yg nak kan penambahan di interior krete proton..
    ramai2 la vote..sape yg nk logo krom..sape yg nk lcd..or gadjet2 canggih lain..n brapa pulak penambahan harga kereta yg kita sggup keluar kan..

    myvi elegance 54k..saga flx 45k..agk2 harga saga flx naik 3k dgn tambahan gadget seperti lcd n lain, berapa ramai agk2 nye yg sokong n sanggup beli..??

    agk2 kalau beribu2 kata sanggup, mesti ada effect n tindakan nye dari proton..

    mari bantu proton dgn tindakan berbanding kata2 dan perbualan mapley =)

    selamat hari hari raya..maap zahir batin..

  50. buang je vendor2 p1 yang x guna tuh.. utk local ni improve kualiti dulu. kasik convince exec2 muda yang pakai keta korg.. kalu diorg pakai keta 2 thn rase hampeh.. konpem la bile diorg da berduit sikit da mampu sikit.. diorg lari ke jenama lain.. time tuh xdenye diorg ke p1 balik..

Tinggalkan Jawapan kepada wajarian Batal balasan