funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : Myvi Extreme menunjukkan rupa sebenar!!!

75 Komen

Akhirnya Myvi Extreme telah menunjukkan rupanya yang sebenar. Nampak agresif juga bodykitnya, malah nampak lebih ganas dari abang Jepunnya. Kemungkinan bulan September kot kereta ni akan dilancarkan, sebab ada yang dah jumpa 1 treler bawa kereta ni yang masih berbungkus. Ini pasti berita yang baik bagi peminatnya. Adakah versi ini bakal menggunakan enjin 1.5?

sumber : www.arenakereta.com

Advertisements

75 thoughts on “SPYSHOTS : Myvi Extreme menunjukkan rupa sebenar!!!

  1. Freakin ugly and useless.

  2. cun2,tp front spitter nampak mcm neo r3@lotus racing punya. Hrp2 betul xtreme coz neo r3 yg xda nama xtreme pun kena kutuk walupun mcm2 dibuat,bkn skdr bodykit jer, eh,tapi,ni perodua aka toyota,mesti xda komennya,tgk vios trd dah ler,meletop2 🙂
    by the way mr poton,haku pkai kete malaysia ajer coz preference aku bukan pada wiper. Yg penting kete worth the money coz kete ni harta yg merugikan. Yg penting selamat n ikut budget. Kalu xmampu beli kete 2 airbag, beli yg satu, kalu xmampu jugak,belikah kete yg dirasakan selamat. Sebab tu kawe pkai savvy05 2nd car,wajacampro07 family car. Ketepun dh abis bayo coz kawe ni jenis xda duit,xleh utang lelama.
    Preference kawe pkai ikut kemampuan n bijak memilih. Kalu duit ada skdr beli kete biasa xdak mcm2 gadjet,beli jelah,xperlulah demand mcm2. Nak kete kaw kaw tp nk bayo murah. Biasalah,typical melayu coz hakupun melayu :-).
    No offence,tp ada org beli kete 2nd hand,konon2 coz ada airbags,tp depa lupa,kete tuh dh lebih spuluh tahun, airbags xslh kawe 5 tahun sekali kena service, besi kalu dh spuluh tahun, dh berubah sifat,xcaya tanya tokei besi,rigiditypun dh berkurang, abs ada,tp xpenah check fungsi ke x.
    So,sapa yg amik kete 2nd yg ada mcm2 gadjet,eloklah pegi ngecheck aper2 yg patut,kalu x,bukan lg slamat,lg teruk adala.
    Anyway,byk dh off topic,slamat ari raya,maaf zahir batin

  3. Tak menarik minat aku. Tambahan pulak target price dia tak masuk akal untuk city car jenis macam ni.

  4. mesti extreme giler keter ni
    ye la enjin 1.5 tu…extreme (kalu ikut standard P2 la)
    bodykit extreme..( x terkejut sbb P2 ni mmng pakar dlm bab2 buat bamper)
    harga extreme ( biase la rasenya keta P2 mcm overprice je)
    SELAMAT HARI RAYA

    • Rasanya rekaan bumper Myvi Extreme ni terlalu overdone.

      Apa yg membuatkan Perodua terfikir utk menjadikan Myvi berenjin Avanza ni sebagai sebuah varian sporty?

      Ni pendapat saya je.


  5. probably proton need saga R3 1.6FLX

    • Kalo keluar Saga R3 1.6 FLX cam yang bro cakap. Jawabnya Myvi Extreme ni akan cepat ditalkin kan la. Harga tak mematut ngan apa yang diberi.

  6. ni myvi kalau tk silap body dia lg lebar dan luas dr myvi skrg.. kne tggu review official la.. harga plak kalau da dekat2 vios bek lupekan je la.. huhu

    • body luar je kot? 😛

      Nyway kete jepun yang kecik2 semua tak seswai bawa jalan jauh.. Untuk orang yang duduk di bandar, keje di bandar dan kampung di bandar amat seswai. Tetapi untuk perjalnan jauh 4~6 jam sehari, better amik proton. Rilex dan stabil..

      Myvi aku baru 4 tahun ECU dah kong.. Spark Plug iradium 100k km kong sebelum 50k km lagi .. mmg dia buat kereta kecik2 ni untuk city ja .. pakai lenjan gi sana sini, poket berdarah. Power window lagi teruk dari proton rasa nya.. Power window myvi tak ley kena air hujan. Sepatutnya derang dah wat power window baru.. yang tahan lasak.

      Ape pun nak tunggu saga 1.6 cvt untuk next card .. tahun depan habis bayar myvi .. sama kes ngan mat .. tak leh buat hutang lama2 .. sebab takdak duit..

      • hang pakai kapal korek Komatsu pun jahanam.NGK-R aku dekat 200km pun steady je.Ape problem pun takdak.

    • Lebih luas? Mana ada lebih luas bro. Takkan dia nak buat ruang dalam lebih luas la bro.

      • kasi pintu super nipis, boleh ler dapat tambah luas kat belah dalam kot nya pun adoi.

  7. garang jgk rupa dia, tak banyak kereta keluar warna kuning ni. teringat bumblebee.
    tunggu launching dulu, biar pengguna tentukan. kalau tak laku pun, tak rugi sangat sbb body sama je dgn myvi baru 1.3. enjin pulak dr alza. myvi baru dah mula banyak dijalan.

    selamat hari raya semua. hati hati dijalan raya.

  8. ak kempen kawan2 tunggu saga 1.6 flx. lebih berbaloi dari benda ni

  9. nampak 2 buah exora turbo ngah test di kuantan (balok n seberang balok) arini, 1 hitam 1 putih berkoyok.. xleh nk snap sbb bertentangan haluan.. ape plak buat kt kuantan sehari sblm raye ni..

  10. yup tunggu jer 1.6flx . then buat perbandingan
    jgn beli dulu sbb kereta ni takkan lari mana-mana
    mmg ade nyer la stok tu , menyesal dulu pndptn….

    • aku pun sokong korang tggu flx 1.6 cvt…
      katanyer lps raya ni dah nak start buat production trial…
      haih x sabar nak kejar 1.6 cvt tu kat highway…agak2 larat ke city aku nak kejar 175 kph?

  11. salji x de turun kat m’sia tp knp perodua kuarkan kereta penyodok salji? hrga msti merapu giler…ape pun, keta ini ttp ade p’beli yg nk tunjuk kebangangan di jlnry & hgway

    • Aku rasa kurang sesuai la kot nak kata pembeli dia tu bangang plak.

      Aku setuju yang Saga FLX better dari Myvi, tapi tak sampai kot nak kata pembeli tu bangang.

      • bangang yg aku mksudkan bkn sbb dia bangang beli myvi tp majoriti owner myvi tunjuk bangang ms bwk keta kt jlnry & highway…jln tgh jem pun ade hati nk potong wlupun ade keta dr depan, suka bwk laju2 kt highway smpai 140-160kmj, suka bg high beam suruh org ketepi masa org tgh potong keta dpn dlm 120kmj kt highway sbb dia nk lalu…kan ke bangang namanya tu…dh bnyk kali aku kna kt LPT…woi owner myvi yg bangang (yg x bangang t’kecuali la), porshe kt blkg aku ari tu pun sbr je bg aku potong keta dpn,pas aku potong br dia speed wlupun hrga keta dia bleh beli lbih 20 bijik myvi tau tak!!!

      • oh.. Kalau yg itu mmg setuju banyak. Saya dah beberapa kali experience dah. Kebanyakan mmg perangai kurang sikit. Bawak membabi buta tapi yang paling risau bile anak mude yg bawak. Hati2 lah dijalan raya. Kalau kereta tu 5 stars crash test x per lak jugak nak bawak laju . Drive safe..

      • bro mysterio…
        kita kena sangka baik sikit… maybe die ade emergency…
        mungkin diorang SEMUA ade emergency… puiii.

        actually setuju 100%
        tapi bukan myvi je lah… semua kereta lain juge, especially kereta murah-murah ni… sedar ler diri, kereta kita tak seberapa (aku pun sama), so takyah ler over sangat memandunya… puiii.

    • tunjuk bangang camner tu? laju tak keruan ?

      • ye la agaknya…”pemanduan secara melulu serta membahaykan orng lain, lagaknya mcm bwak sportcar mahal2″

    • gua rasa drebar keter bebal tak kisah dia pegang stereng kete apa pun.lu jangan bagi komen sempit pikiran camni.gua hari-hari berulang naik motor guna NKVE,berapa banyak jenis kereta potong queue.
      Petang kang gua buat banci.

  12. wow,,smart bumper depan,,bumper blkg hrp2 sporty jugak,hrp extreme ni better than myvi elegence,cuma model 1.5 ni hrp2 saiz besar skit dari myvi elegence la,,,coz aku tengok myvi lagi best ni em lagi kecik,,kecik mcm kelisa memang x cantik,,,bentuk cantik tapi saiz kecik memang jadi x cantik,,,huhu,,

    • Besar sikit macam mana tu bro? Frame, chassis, platform dah tak boleh adjust (body frame yg sama dgn Myvi Elegance). Kalau nak rasa lebih luas, cuma boleh adjust interior plastik dan interior color je.

      • saiz dalaman myvi lagi best 1.3 memang dah okeh,,,cuma ianya kecik dari segi luaran ,,,depan dan belakang…nampak kecik,,kalu dilihat dari body belakang nampak kecik macam kelisa,,jika dikekalkan saiz luaran seperti myvi sebelum ni memang cantiklah,,diharap myvi 1.5 besar skit luarannya macam first model myi se,,

  13. Banyak orang dok condemn myvi ni bangang la buruk la overpriced la tp aku tngok kat jalan raya bukan main banyak skang nih. Ish2.. tp bagi aku mmg cantik myvi ni cuma overprice ja..

    • Gua sokong lu.banyak yang kondem gua tak paham apa masalah diorang.kereta cmana diorang suka aku pun tak paham.gua rasa Savvy lagi sampah kat mata gua.Tapi taste orang gua tak kacau.
      Lu orang suka Perodua jual kereta apa?

  14. myvi extreme ni ada turbo?

  15. perodua target keta lusuh ni utk anak2 muda.

    stop la produce myvi yg mcm version, tp yg dok bertukat hanya warna dan harga.
    tukar warna, harga naik.huhuhu…

    jgn jual lg ini sampah.

  16. ish ish pagi pagi raya pun mcm2 perkataan keluar ye..

    semua kita ada minat sendiri, jgn la nak samakan minat kita dengan minat orang lain.
    kalau minat org lain tak sama dgn minat kita jgn la kata minat dorang tak betul.

    ada orang minat memancing, tapi yang tak minat memancing pulak kata memancing tu buang masa la, buat duit la, baik beli ikan kat pasar je senang, jgn la mcm tu, minat masing2.

    myvi tu kereta kompak, saga pulak sedan. pilih la mana mana yang kita minat. kalau tak kisah mana jenis elok tunggu saga 1.6 cvt dulu. tak payah la kutuk2. biar la dorang pilih, kalau esok dorang tak boleh bayar bukan kita nak tolong bayar pun.

    masa myvi baru keluar hari tu, mcm2 org kata kecik la, mahal la, labilabi la..
    tapi cuba kita tengok jualan myvi baru tu bulan julai.

    Top 10 national vehicles – July 2011

    1) Perodua Myvi – 8,447

    2) Proton Saga – 5,233

    3) Perodua Viva – 4,558

    4) Proton Persona – 4,023

    5) Perodua Alza – 3,370

    6) Proton Exora – 1,841

    7) Proton Inspira – 745

    8) Proton Satria Neo – 331

    9) Proton Waja – 77

    10) Proton Gen 2 – 11

    *Statistics from Malaysian Automotive Association

    biar la pengguna yang tentukan. duit dorang.

    • mmg duit masing2.
      tapi sbg pengguna kena bijak.
      masalahnya ramai yg tak bijak.
      huhu…dan org tk bijak selalunya diperbodohkan oleh orang yang suka ambil kesempatan.

  17. sy da pki myvi 5 thn.. Quality lg trok dr proton kot.. 1st.. Power wndw da 4x tukar n yg terbaru pn rosak tp x tukar2.. Fed up dah.. 2nd.. Engsel pntu bunyi.. Da tukar skali bunyi lg.. Da letak wd40 pn x jln.. Suspect installation problem.. 3rd.. Brek caliper bunyi sbb rod da longgar.. Ni ty kat sume owner myvi confirm ad mslh sm.. Perodua pn cume bg temporary solution.. Ltk gris tiap 3 bln.. So sape2 nk share klu ad solution yg effective.. Silakan..

    • same problem ngan aku,terutama brek caliper tu, tiap kali servis je jadi camtu le, dah 2 tahun pakai, kalo saga baru kuar 1.6 flx, saya terfikir mau jual ini myvi la,

      • Gua punya Myvi dah 4 tahun lebih, so far takde masalah melainkan suis power window belah penumpang depan buat hal, so kena guna suiz yang belah driver.

        Selain dari tu takde hal, cuma akan kena jual bila nak amek Proton nanti.

        Tapi kalo Persona R bagus seperti yang dikatakan, atau kalo tak berapa bagus, maybe akan amek Saga 1.6 FLX dulu sementara tunggu diorang perkemaskan Persona R sambil tunggu enjin Family Y masuk. Semua masih tergantung, masih lagi mengamalkan sikap tunggu dan lihat.

  18. betul kata pemilik alza tuh,duit memasing,so,ikutlah masing2 punya minat. Em,pasal jualan myvi tuh stock pile bulan yg lepas2 xsilap den,check balik jualan myvi sblum nih, xsilap denlah, md p2 penah ckp dia dh standby byk stok myvi lg best,tp ntah nape,pasal tsunami katanya,tersangkut,xsilap den,p2 bleh bwk kuar myvi dlm 6k unit jer sbulan, so agak musykil guana bleh tetiba jadi 8k plak, bln depan pun 8k gak xsilap den coz dh simpan stok sblm nih. Anyway, good strategy by p2, so poton pun kena blaja mcm nih, release 3k unit saga bg 2 bln berturut2,pastu bulan ketiga release,musti dpt 10k sbulan.

    • betul en mat, perodua memang sediakan stock yang banyak sebelum launching, taknak pembeli tunggu lama2, bila dalam sebulan dua je dah bnyak myvi baru ni kat jalan, ini boleh menarik perhatian ramai org, ramai yang nak kereta cepat, ramai yang tertarik bila nampak kereta di jalan, bukan semua org pegi showroom. tu pun salah satu strategi jgk.
      bulan bulan sebelum tu memang jualan mayvi sket sgt sbb rata2 nak tunggu tengok myvi baru dulu. launcing bulan 6 bulan 7 dah ramai dpt.

      dari statistik tu bukan jumlah jualan yang nak saya tunjukkan, tapi kereta kompak sememangnya ada ramai peminat. walaupun semua tahu kereta kompak takde bonet.

      • Tahun 2005-2006 dulu, Perodua memang tak sediakan stock yang cukup. Ramai pembeli terpaksa tunggu 3-4bulan nak dapat kereta. Saya sendiri mengalami situasi ini walaupun saya memesan Savvy Apple Green tahun 2006. (sengaja pesan warna pelik2, supaya dapat kereta yg betul2 baru.hehe)

        Salah seorang dealer beritahu saya ,format sekarang berbeza. Bank perlukan no chassis kereta dahulu sebelum loan diluluskan. Pembeli pula boleh suka-suka cancel loan atau tukar model lain (saya tak berapa pasti perkara ni, harap ada pencerahan).

        Format begini mungkin membebankan pengeluar, tapi sekaligus memberi kelebihan kepada pengguna. Mungkin disebabkan ini, kita nampak kereta Perodua dan Proton melambak kat stock yard.

        Pohon kawan2 berikan maklum balas dan pendapat.

  19. emm…menurut sumber dalaman,Myvi Extreme..kuar lepas raya…1.5cc…regenya lebih rendah dari alza….

  20. em,minta komen kepada pengguna myvi baru ,,,em,,,isu power window ni ,,,power window dah ok ker utk myvi lagi best ni,,,sume dah beres ker,,,maknanya dah elok dah ker,,xde rosak2 ker tingkap kuasa ????

  21. wuzere: br dpt info dr 1 blog.. Nk bg hilang prob brek caliper dr bebunyi.. Dorg suggest letak heatsink 2cm dkt hujung nut.. Bende tu leh dpt kt kdi elektronik.. Sy pun blom try lg.. Klu daa cube inform la kami ek..

    • bukn kes cliper berbunyi, tapi vibration bang, heatsink rase2 cume nak bantu dalam heat dissipation je, kalo takat nak heatsink takyah beli kedai elektronik, gi order custom kat bengkel besi pon boleh(itu kalau fungsinye sebagai heat dissipation la), apa kaitan brek bunyi ngan heat dissipation? ke overheat sampai membengkok kan disc tu dan disc ngan caliper tak rata so bunyik macam2?, patutnye solve ngan disc yang baru yang lebih tinggi value heat resistance die, recall balik myvi(ade bran ke?), maaf banyak tanye, aku electronic eng. so pasal2 heatsink ni agak tahu jugak la sikit

      • Ni orang mechanical eng. nak cakap.tujuan letak heatsink 2cm kat caliper myvi tu bukan utk dissipate heat.nut yang pegang caliper tu ada ‘gap’ sikit dengan body caliper.tujuan heatsink tu cuma untuk ‘fit’kan nut tu.
        Ape jadah sampai nak recall?

  22. x berkenan pada keretanyer….
    cuma berkenan pada warnanyer saje…

    *owner Myvi 2007…

  23. eh jap, soalan jujur — apekah motif pakai enjin 1.5 kat myvi nih? myvi kan ringan je. aku tengok pakai enjin 1.3 pun dah berdesup-desup atas jalan.

    soalan sindir — kan lebih baik kalau di-extreme-kan dari segi handling pulak?

    soalan menyampah — tapi ni bukan soalan pun. cuma ingin menyatakan kemenyampahan terhadap myvi yang alahai beriyer laa sangat nak memotong orang kat jalan straight (tapi dah dekat dengan corner)… pastu bile sampai tang corner, mencicit tekan brek pastu block kete aku. dah tau handling kereta kau macam hampeh, takyah ler nak kayuh laju-laju tang corner. puiiii. [diari pemanduan di lebuhraya karak]

  24. typical msian minded.. Tu bkn slh kete.. Slh owner.. Aku drive myvi gak.. Yg kete besar2 ni pun bwk 60 nk dok kat lane 3 ape kes lak.. Bila kete kancil ke myvi cucuk di kate kurang ajar lak.. Padahal nk potong sbb ad bnd urgent..

    • Tu mmg x per. Tapi kan ada ditulis sesetengah pihak. Tapi kenapa yer owner myvi yg selalunyer buat hal. Baru tadi saya jumper. Boleh lak die nak ke line kiri dari line kanan, boleh perlahan/berenti kan kereta (line kanan) sedangkan lampu dah hijau dan org belakang semua mencicit berenti.

      • aiyo aku rasa sebb apa kamu selalu jmpa owner myvi buat hal~~sebb kereta myvi memng bnyak atas jalan raya ni~~kalau dr segi jumah jualan tahunan sejak dr tahun dia dilancarkan tak payah sebut la berapa bnyak myvi dah terjual.tu sebb la jalan 100 meter nampak myvi,100 meter lagi pun myvi jugak..jadi percentage kita nmpak diorng punya prob bertambah la

    • memang btul la salah owner, tapi yang peliknya mentaliti diorg tu sama je,,typical malaysian minded kot, hahaha…

    • alamak En. Cupin, adekah merujuk kepada komen saya di atas?

      sorilah, bukan masalah ‘msian minded’ ke mindset ke ape, rasenye itu cuma cara percakapan je.
      memang dah biase cakap macam tu. contohnya kalau tengok manusia (yang tak dikenali) drive kereta macam haram, secara automatik kita (or at least aku) akan sebut nama kereta. “bengong punye Gen2!” secara dasarnya memang ditujukan khas kepada driver yang memandu, tapi takde la pulak nak sebut “bengong punye driver Gen2!”. memang sah-sah salah driver bawak laju, bukan salah kereta. anyway, noted, next comment dari aku akan dikarang dengan lebih harmoni.

      lagi satu, kemenyampahan aku hanyalah kepada driver myvi yang buat macam tu. yang tak buat macam tu, tak perlulah terasa harapnya. maaf zahir batin.

      FYI, bapak aku pun drive myvi =)

  25. ape2 je la..

  26. sabar… sabar…. berhati2 di jln raya. kalau bw slow jgn duduk line kanan ye… kesian kpd mereka yg nak potong…

  27. salah kandang.. Skali kandang proton daa..

  28. bumper terlebih design…ala kalau buat ala2 myvi SE tu pun nampak sporty…ni macam kete lumba…1.5L jer..huhu

  29. ‘Seronok’ gua baca komen-komen kat sini.gua tolong jawab mana yang gua rasa lawak.Owner blog,harap approve komen gua.Baru meriah sikit.

  30. Mana komen-komen gua?Gua jilat Proton baru lu nak approve ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s