funtasticko design

http://funtasticko.net


82 Komen

SPYSHOTS : Percaya atau tidak, Exora Turbo testing di Hari Raya???

Percaya atau tidak, Exora Turbo ni testing di Hari Raya??? Tapi anda jangan terkejut kalau perkara ini adalah benar, raya pertama pulak tu. Tentunya pada masa tu ramai di antara kita berada di kampung & sibuk makan lemang & ketupat. Sahabat kita bro Wallace Au Yong telah berjaya merakamkan gambar ini di Genting Highlands, sekitar jam 3 petang semalam. Yang paling menarik, test driver dia “awek” tu, hahaha… beraya dalam test car la dia nampak gayanya… pecah rekod testing kereta time raya… Teima kasih bro Wallace kerana berkongsi info dan gambar ni, Selamat Hari Raya pada semua & Salam Kemerdekaan terutama buat “awek”  test driver ni, berhati-hati di jalan raya.. 🙂


2 Komen

FORD Evos Concept

FORD juga tidak ketinggalan memperkenalkan kereta konsepnya, EVOS di Frankfurt bulan hadapan. Nampaknya model ini juga memperlihatkan “global design language” baru mereka. Kinetik design telah diberi sentuhan yang lebih kemas & menarik. Rekaannya tidaklah terlalu radikal, tetapi cukup untuk menampakkan kehebatan rekaan tersebut.