funtasticko design

http://funtasticko.net

Hyundai i30 2012

41 Komen

Memang mantap & garang rekaan luaran Hyundai i30, 2012 ni. Dengan “fluidic sculpture” yang menyerlahkan lekuk badannya. Rekaan dalaman pula nampak kemas & moden sesuai dengan rekaan luarannya. Aksesori upmarket seperti pedal aluminium & kerusi kulit menyerlahkan lagi kemewahan model ini . Bakal membuat kemunculan pertamanya di Frankfurt tak lama lagi.

41 thoughts on “Hyundai i30 2012

  1. en poton suka wiper camni ..😛

    Adakah ia akan menggugat golf gti?

    • hahaha, wiper pujaanku..😀

      • citer psl wiper hyundai ni, aku mcm prnah tgk satu rncgn kt discovery channel 1-2 tahun lepas mngenai kereta hyundai. hyundai mmg design wiper tersorok utk mngelakkan ia tersangkut pd mesin pmbasuh kereta automatik.

    • sebenarnya..

      saya pun suka mcm nh..

    • Wiper tak terjojol pilihan encik Poton~~~~

      Macam ni lah kereta global, semua orang leh terima tak kira ceruk mana…kalaulah design sebegini, orang yang anti-korean/korean basher pun terkedu dan tersipu2 nak beli….

      Berapalah harga agaknya…range harga Myvi ataupun range harga Swift?

      • Sebab brand Hyundai, mesti mahal sket kot. Tapi kalo yang dibawa oleh nazak (macam Kia) mesti lebih murah dan lengkap dengan macam2.

        Tapi sebab semangat patriotik, kalo Proton ada buat model setara dengan ni, memang aku beli yang tempatan la.

      • sime darby pun markup harga kaw2 gak..kalau buat ckd mungkin la kurang skit harga dlm 10k plg kurang

    • Cayalah bro. Ko memang bentul2 faham apa yang gua minat. Harap Proton boleh buat model kereta macam ni (Satria 4 pintu baru??) supaya aku takyah beli yang Korea nyer.

    • Haha, ramai suka wiper camni..Saya juga suka.

      @Poton,

      Hyundai mesti Sime Darby Auto-Connection yg bawa masuk. Tapi Sime Darby mahal sikit. Kalau Naza, ada harapanlah harga i30 lebih kurang Forte.

      • Maklum la, nazak memang pakai bab nak kasi turun harga ni.
        Kalo Hyundai memang agak mahal sket berbanding Kia dari nazak.

  2. betapa pantasnya korea melangkah dlm sektor nie…. design memang kena dgn citarasa masakini….. mereka tahu dan amik berat apa yg pengguna nak…

    • Itu la pasal. Tapi masalahnya ada sesetengah penyokong totok yang membabi buta akan terus label kita macam2 bila kita mengkritik Proton. Diorang ni ingat diorang jer yang patriotik kot? Bila tegur Proton terus diorang kata tak patriotik.

      • Mmm. Kalau betul kritikannya, masakan tidak dikritik balik kn? Kritikan membina sgt2 la dialu2kn agar proton bleh prbaiki kelemahan dari masa ke semasa. Hehe. Niat yg betul tapi cara yg salah pun tidaklah consider sesuatu yg betul;-)

        cheers!

      • @Fauzan

        Yang aku perasan P1 dan P2 yang paling ramai ada penyokong macam ni.

        Macam aku walaupun aku suka nak sokong Proton, tapi sokong yang masuk akal jerla. Kalo dia jual macam Saga FLX tapi harga RM60K, aku takkan beli jugak tak kira la aku sokong Proton atau tidak.

      • mmm… the choice is urs:)

        Satu lagi, walaupun ada komen/artikel yg nampak pro proton, tak leh gak nak kata diorg nie diehard proton. Diorg nie bukan dlm katogeri sokong. Cuma diorg proud…itu jer… Bila diorg proud, kecenderungan nak mengetahui lebih dalam adalah lebih tinggi. Dan bila ada komentar yg membuta tuli sikit pun org2 cam nie akan terus bangkit n berkongsi info. Cuma terpulanglah bagaimana pula penerimaannya bagaimana sama ada itu dianggap sokongan membuta tuli atau sebaliknya. Frankly, saya adalah mgkin dlm katogeri ini:)

        cheers!

      • Ni masalah penerimaan pembaca. Sepatutnya diambil intipatinya, jangan dikira siapa yang berkata. Tetapi kadang-kadang tulisan menggambarkan watak penulisnya..Terpulang..

        Bagaimanapun, kita sebagai pengulas perlu memberi pendapat yang jujur. Jika sesuatu aspek itu wajar dipuji, pujilah. Jika kritik, kritiklah dengan berhikmah dan berfakta. Jika nak kutuk sekalipun, lebih baik kutuk dengan bahasa yang agak sopan.

        Dunia forum sekarang, kita berhak melontar apa sahaja pandangan kita. Tapi pihak yang diberi pandangan berhak mendapat input, maklumat yang berguna daripada kita.

        Baru forum kita lebih bersih dan bermatlamat.

        @Poton,

        I like your style.

      • @fridzmax

        As am I

        Why? Sebab engko jenis yang lebih objektif, tidak fanatik.

  3. kat US i30 ni mahal sikit je dari accent. so kemungkinan besar kat sini pun sama. agak2 dalam 70k-80k utk baseline model. tu pun kalau nazak nak bawak masuk.

  4. DRL da mcm audi a1+ bmw e60
    language design mcm mazda

  5. Setakat ni Hyundai 130 cuma Sime Darby yang bawak masuk…harga pun agak tinggi…pricing strategy Naza je yg terer….

    • Bukan pricing strategy nazak yang terror, tapi dia terror boleh bagi murah. Camne dia buat, itu nak kena tanya diorang la kot.

  6. cun design hyundai ni…mmg betul2 mengujakan..interior pun ngam kena dgn konsep exterior.

    kalau compare model i30 sekarang, sime darby jual RM90K+ utk 1.6 dan RM100K+ utk 2.0. So mungkin model ni pun harganya dalam lingkungan tu. Yang aku perasan, sime darby ni letak harga tak berapa “mesra” untuk model2 mid-high range hyundai berbanding naza utk model kia.

    kalau sime leh letak harga dlm RM80K utk model baru hyundai elantra/accent/avante pun dah cukup bagus.

  7. hatchback ke ni?
    kurang minat hatchback , minat sedan cam elantra/avante

  8. memang cantik kereta proton ni

  9. MAZDA style..nampak sgt dpn n blakg..

  10. eh, sape Hyundai punye head design/styling department ek? local or international?
    dulu aku rase Hyundai punye new design language macam buruk (macam udang la, macam ketam la, etc) tapi sejak kebelakangan ni apsal terlopong lak nengok nih… hehehe…

    • x silap saye, head design hyundai org korea gak,hanya kia je mat saleh..korek me if im wrong..

      • Casey Hyun, Creative Design Manager Hyundai (Lead Project Designer bagi Sonata YF) adalah orang Korea..

        Tapi Casey sendiri tidak mempunyai/memiliki kereta..

    • Pada aku pulak, soal bakat local atau bakat luar tu no 2. Yang paling penting ialah hasil kerja.

      So, kalau bakat local boleh memenuhi apa yang diinginkan, maka tak perlu cari bakat luar. Tapi kalau takde bakat local yang boleh, maka tak salah untuk kita cari bakat dari luar. As simple at that. Takde soal pilih kasih orang tak patriotik kat sini.

  11. mmg 100% taste aku! nk kumpul duit le nk tukar amik hyundai pulak!

  12. xminat la.. minat ford fiesta gak.. ken block punye cun giler..

    • Fiesta Ken Block dah lingkup dalam WRC Portugal.

      Ramai orang kenal Ken Block dengan tema Monsternya. Lebih-lebih lagi orang Malaysia. Padahal dalam WRC kantoi memanjang.

      Karamjit Singh 100x lagi precise daripada Ken Block

  13. Cantik tapi hakikatnya hanya carry forward , face lift LM Tucson, interior Avante2010, Lampu belakang pun tiru Avante2010. Hyundai i30 berjaya cut and paste model Tucson+Avante2010 dengan cemerlang. Saya percaya meraka akan terus mengeluarkan design dari DNA yang sama. Semoga meraka tidak kehabisan idea apabila hendak mengeluarkan totally new model akan datang ,i30 lama tak mendapat sambutan hanya few number sahaja terjual. Sime Darby Auto Hyundai salah pricing dan mungkin design dia european taste.

    • ini namanya whole range design language/styling yg sama. baru mudah org dpt tgk keserasian dan design bole di develop dari ciri/styling yg sama. namun tiap2 satu tetap unik, if nak benar2 unik kena mcm time bangle pegang direction design bmw…benar2 ada ciri tersendiri.

      on design styling kadang2 ada company hanya bergantung pada certain part of styled untuk di samakan seperti grill design, side profile characters or jenis bentuk/styling front n rear lamp. ada juga yg fully whole body di reka dengan serupa sebegitu tiap2 segment nya.

      so far bagi aku on design styling, hyundai dan kia sudah berjaya dan abit meninggalkan design dari jepun (mazda still ok design nya skrg).

  14. bla la nak msok malaysia~~~~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s