funtasticko design

http://funtasticko.net

PROTON & MITSUBISHI : Apa yang penting, KERJA…SAMA!!!

31 Komen

Berita yang menghangatkan lagi Proton kali ni ialah mengenai kerjasamanya dengan Mitsubishi yang telah dipanjangkan dengan beberapa perkara yang menarik termasuk perkongsian bahagian & komponen utama kereta kecil global Mitsubishi dengan Proton EMAS/Lotus ETHOS. Kesemua model itu akan berkongsi banyak komponen yang sama walaupun rupa yang berbeza sama sekali. Banyak lagi perkara yang lain termasuk pembangunan produk & platform secara bersama, penggunaan enjin Mitsubishi pada model Proton, pembekalan enjin & kilang pemasangan untuk pasaran global, pemasangan model lain Mitsubishi di kilang Tanjung Malim(kemungkinan besar ASX) serta mendapatkan pembekal komponen yang sama untuk mengurangkan kos. Diharapkan usahasama ini dapat menguntungkan kedua-dua pihak.

31 thoughts on “PROTON & MITSUBISHI : Apa yang penting, KERJA…SAMA!!!

  1. nissan xmau proton auto proton xmau nissan …..?

  2. So aper jadi kpd Perdana R. Rasenyer based on Galant la..

  3. small global car?? colt ke?

  4. Rasa macam dah penat dengar kerjasama Proton vs MMC. Campur tolak campur tolak akhirnya Proton je Rebadge Mitsubishi (Mungkin ASX). Cerita MMC nak Rebadge Exora dan Persona dah senyap. Dari era Pak Lah sampai sekarang Proton tak dapat2 lagi full swing semaksimumnya kilang Tanjung Malim, Apa kesudahan JV proton dengan nissan,tata nano dan chinese car maker semua tak jadi ke? Dan ada perkembangan ke pasal partner Lotus Renault GP nak tolong Proton masuk market Russia?

  5. hari tu desas desus nak kerjasama dgn Hawtai pun x jadi la kot

  6. plan utk develop enjin Y-family akan diteruskan atau tidak? byk sgt persoalan ni bermain di minda ni.

    • ape yg dah diplan dari awal akan diteruskan. Ini perancangan untuk bina model dan utilize kilang proton jer.

      • Tapi dalam slide kata nak guna enjin Mitsu sebab dah proven.

        Ape cerita pun gua tak kisah kalo Proton nak jadi tukang rebadge macam dulu2. Sebab yang penting ialah rakyat mendapat kereta yang the best bang for their buck.

      • bagi saya x kisah kalau pembinaan engin adalah join venture MMC ngan Prootn. Dua dua untung. Tengok mcm Fiat Chrysler Jeep. # jenapa tapi boleh guna 1 engine. X pun Peugeot, Citroen and Fiat. Deorg bina model yg boleh kongsi 3 tiga jenama. Contoh C8, Ulysee,807. Lain Kangoo and Berlingo

  7. Rasa2 nya Mitsu dah tak mampu nk bertahan da lepas tsunami aritu..diorg nk jual kt proton, proton tanak sbb tanak tanggung risiko ada 2nd tsunami..so baik la bekerjasama dan buat kt proton..ada tsunami pon tak efek sgt..

  8. salam smua, mgkin info ni korang dah tau, mggu ni i balek kmpg then jumpa nagn kwn jurutera proton shah alam, die kata insyaAllah 2012 akan kuar 2model baru dr proton , persona R n small car, kilang kat shah alam tak akan dijual, lgpun rnd cuma ada kat shah alam, kat tanjung malim lambat lg, buat mas ani tu sahaja info yg i dpt,salam

    • EMAS tahun depan jugak ke bro? menarik ni..hehehe…

    • Opss.. Sy rasa maklumat anda salah ye.. Tahun depan persona r kluar, lepa 6 bln persona r hatch plak kluar, & thn 2013 br Global small car (GSC) kluar, pastu saga R plak klua…

      • ingat gsc (golden screen cinemas) tadi, hahaha… elok juga p3 hatch keluar 6 bulan lepas sedan launch, biasanya global manufacturer memng buat gitu..takkan lebih dr 1 tahun keluar variant lain, kalau boleh ada versi coupe gak

  9. suku sakat wonderpet… yang lagi baguih R&D takyah, masyuk lebih, rega asal 100k ++, bila letak logo thundercat boleh dapat bawah 90k, tak gitu tuan tanah?

    Jangan mare…. tanya jer

    • Ape sebenarnya soalan bro?

    • mungkin maksud bro “rebadged” je lagi baik dari buat r&d kot, pada sy biar buat r&d, sebab kita nak kuasai ilmu & teknologi untuk bersaing pada masa depan, kalau model yang bukan teras & tak boleh jana jualan tinggi elok rebadge je la, contoh macam inspira & bakal perdana nanti..

      ibarat macam ni la, kalau orang yg asyik dok meniru & malas belajar sampai bila takkan pandai, malahan akan lebih pandir lagi…biar kita belajar walaupun kita tak berapa pandai, lama2 nanti boleh la jadi pandai juga kan…nak jadi negara maju kena la kuasai ilmu & teknologi, kalau tak jadi pengguna je la selamanya…

      • Gua setuju, better buat sendiri. Cuma pada gua yang no 1 ialah rakyat dapat memang membeli, menang memakai.

        Cuma agak terkilan sebab Persona R tak menarik.

      • Betui-betui…. kalau rebadge pun, bior bila keluar jer lebih hot & garang dr model asal, jangan mcm yg ada tu, kuar jer mcm ‘suam-suam kuku’.

    • Takde RnD, sampai bila kita perlu jadi pengguna teknologi..

      • Sampai bila-bila kot, selagi ‘untung sakan’ menerjah ke kantung sykt.

      • bro stylo, untung2 tu cite lain, sebab tujuan proton ni adalah salah 1 cabang kepada pembangunan teknologi automotif & kejuruteraan negara… jadi ilmu & teknologi tu amat penting untuk membangunkan negara & lahirkan modal insan yg berkemahiran tinggi & berdaya saing…

    • Pada gua memang takde hal nak rebadge ker aper ker. Asalkan jangan amek model yang dah outdated atau model yang dah lebih dari midlife.

      Yang paling penting pada gua ialah rakyak dapat menang membeli, memang memakai.

  10. Proton byk buat rnd, terutama dengan IPT tempatan. kita hanya nampak Proton kerjasama dgn kompeni luar tp sebenarnya perkongsian itu boleh di rnd secara sendiri kemudian. x mungkin proton akan melakukan kesilapan yg sama. dh penah rugi juta2 xkan nk buat perkara sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s