funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton EMAS menjelang tahun 2013???

37 Komen

Kalau ikut apa yang terdapat pada slide ni Proton EMAS bakal dilancarkan menjelang tahun kewangan 2013. Bila pelancarannya tu tak pasti la. Nampaknya betul la tahun depan 2 model global baru Proton keluar serentak, P3-21A & EMAS. Memang menarik berita ni, pastinya EMAS bakal menjadi kereta kecil global & model global kedua dari Proton. Difahamkan model ini bakal berkongsi banyak komponen/part dengan Mitsubishi global small car 2012.

Berbalik pada slide di atas, Proton benchmark EMAS dengan Nissan March & Toyota Aygo. Berkonsepkan practical advanced, youthful & roomy. Enjin pula 1.2 petrol (enjin baru ke? @ enjin Mitsubishi?) & yang paling menarik versi 1.5 diesel (untuk pasaran India sahaja – * enjin mana pulak ni?). Lotus pula benchmark ETHOS dengan Mini Cooper E, SMART E & Cygnet. Berkonsepkan intelligent, future urban mobility, sporty & premium. Enjin pula Plug-In EV series Hybrid dengan Range Extender & yang menariknya ada pula versi 1.2 petrol pressure charged (turbo kot – kalau la Proton EMAS pakai enjin ni mesti power).

* EMAS punya design nampak cute & garang. Yang bestnya model ni bukan benchmark dengan Myvi/Passo/Sirion/Boon. Maknanya level dia sepatutnya lagi tinggi & lagi best, hahaha... ๐Ÿ™‚

37 thoughts on “Proton EMAS menjelang tahun 2013???

  1. yang jadi misteri lagi enjin, gearbox & platform mana Proton guna untuk EMAS ni.. mungkin juga Proton & Mitsubishi share & develop platform global small car ni bersama sebab banyak major parts diorang sharing, kemungkinan juga enjin & gearbox…

    • adakah design die mcm ni bile production nnt atau menghampakan mcm persona r 2??

      • Mmm… bagi saya x bleh nak cakap menghampakan utk persona R nie. tunggu jer waktu pelancarannya. Then… baru la..hehehe.

        cheers!

      • design ni dah tersebar setahun lebih dah..so pasti akan total redesign/revise lagi.. lagi pun akan share major parts dgn mitsu so kena la mix n match..if tgk kan dari konsep global car mitsu tu kita da bole anggar dah base ia size mcmana.. ๐Ÿ™‚

  2. myvi setakat jaguh kampung je, mana layak nak compare dgn EMAS!!
    jah panggang dari api..hehe

  3. Since kita dah dapat info akan ada major part sharing antara Proton dan Mitsubishi, besar kemungkinan EMAS akan menggunakan platform Mitubishi, enjin MIVEC 1.2L 3cyl, CVT. (dari Paultan).

    Berkenaan varian Ethos, 1.2L pressure charged mungkin enjin Nissan 1.2DIGS. Kalau 1.2TSI tak logik laa pulak.

    Nissan March/Micra dan Toyota Aygo sememangnya kereta global. Jika begitu, Myvi dan Viva bukan tandingan EMAS.Seriously..

    • Kalau dah banyak sharing oarts, harap design exterior dan interior untuk Emas totally different dari Mitsu, NVH yang lebih baik, ride & handling yang jauh lebih baik, dan satu cabaran untuk Proton agar kualiti Emas seangkatan takpun lebih bagus dari global small car Mitsu. Bukan apa sekurang2nya ada perbezaan untuk pembeli global untuk memilih Proton berbanding Mitsu tapi harap projek engine family Y diteruskan untuk model lain dan mana tahu Mitsu pun boleh guna engine ni nanti.

  4. Off Road kejap:

    Proton takde buat Kursus Defensive Driving ke?

  5. model penganti exora sesuai gunakan model emas sbg rekabentuk hadapan, midel emas juga mudah utk masuk dan keluar

    • maybe proton bole jadikan satu variant utk directly cabar produa alza, yakni segment small compact mpv..dah cantik dah tu coz ada exora dlm segment medium compact mpv..then kuar lak yg exora wagon/cross/suv gitu..lagi la best…

      dari part sharing smpailah ke OEM engineering manufacturing n way of work dan serta material, byk proton bole cut cost jikalau benar2 sharing dgn mitsu. buat2 elok2 sudah pasti mitsu sgt2 syg pada proton pada rujukan perkahwinan kedua ini..hihi

  6. sabar jer… tggu jer nanti berita.. tp kan mcm biasalah dari apa yg aku dengar… design EMAS nie mmg cun….

  7. off topic.

    supprisingly 2014 proton will produce suv, but the prototype still doesnt know

    bye

  8. rasanya pressure-charged engine ni = direct injection?
    sbb kalu turbo/supercharged = forced induction.

  9. Something pop up about…
    Proton may supply for EURO 2012 as official car etc…
    http://motoring.asiaone.com/Motoring/News/Story/A1Story20110920-300358.html

    kalau jadi, mmg bangga lah aku sebagai rakyat Malaysia.. ๐Ÿ™‚

  10. Takde berita ke tentang Saga FLX 1.6…aritu rase dah nak kuar katenye bulan 11 nak jual di Australia…ape jedi dgn itu kereta….cepat lew kuar nak lawan lagi power nie..adoyai…

    • TAKDE YANG MENJAWAB PUN

      • kalau baca website australia, saga 1.6flx dan exora turbo akan masuk sana ujung tahun ni. kemungkinan nov-dis. saga 1.6flx akan ada abs dan esp. tapi saga 1.3 takkan dibawa masuk kat austalia dah lepas ni.

      • untuk pasaran malaysia…FLX 1.6 tak kuar ke…

      • terpaksa la tunggu dan lihat..
        takut 1.6FLX kacau market persona plak, sebab harga yang 1.3FLX pun dah dekat sgt dgn persona b-line, sedangkan persona b-line takde abs, takde airbags ๐Ÿ™‚

  11. Dah OK lah tu Proton, tambah lagi 4 pintu jadilah Savvy EMAS baru. Stretch sikit jadilah mini MPV EMAS untuk lawan Alza.

    Enjin tikam 1.1, 1.3, 1.5 dengan pelbagai trim dan budget pembeli, dengan harga dump price vs Viva, Myvi dan Alza.

    Jgn lupa offer bodykit sekali dijual separate tak payah tunggu AhBeng jual, terus order dekat SA je.

    Kalau Proton nak hantam Viva, Myvi, Alza sekali gus, ini lah dia Savvy EMAS baru.

    Perodua nie tak pernah lintang pukang ini lah masa nya Proton ketuk Perodua tu sikit ada fight lah offer harga paling best full accesories untuk pembeli!

  12. ish….ko ni… berpijaklah pada bumi yang nyata…

    ntah EMAS ni akan jadi macam TIARA & SAVVY gak nanti…

    jgn high expectation nak hentam p2…..

    sedarlah skit, klau produce barang yg xberkualiti sape ndak beli ?

    spart part lak kalah kete jepun & konti….

    kata nk tolong rakyat, yg sebenarnya nk tolong kroni aje….

    • kamal…proton bpijak bumi nyata ape skg?????sape kate savvy gagal?hanya org xtau industri keta je ckp savvy gagal macam ko…..proton da power wat keta…bukan produa da power wat bumper keta…kalo cun xpe lak..tp haram…buruk mcm penyodok taik anjinggg…

  13. Tidak kah kalian pernah dengar bahawa Proton kini sudah bekerjasama dengan Honda sekarang untuk ciptaan model mereka yang seterusnya yang lebih kepada pinjimatan minyak dan sistem bumi hijau?
    Saya rasa EMAS ada kaitannya dan model mereka yang seterusnya. Namun apa yang saya khuatir, sepatutnya Proton harus belajar cara membuat teknologi yang menjimatkan minyak dan bumi hijau untuk memenangi hati pembeli. Sekurang-kurangnya Proton berbeza berbanding jenama kereta yang lain. Kini, Proton baru nampak kelebihan teknologi ini, baru beralih ke arahnya. Bagi saya, ini menghabiskan banyak masa Proton dan ke manakah sebenarnya arah tujuan Proton sebenarnya. Saya pernah ke Jepun sebelum ini. Seawal tahun 1998 tidak silap saya, Jepun sudah mula mencipta kereta konsep yang berteknologi jimat minyak dan bumi hijau dari awal lagi. Stesen untuk mencaskan kereta yang menggunakan tenaga elektrik telah pun dibuat secara berperingkat. Sekarang, rakyat Jepun yang jauh lebih sedar akan kepentingan bumi hijau (mereka lebih arif berbanding rakyat Malaysia jika berbual tentang politik kerana mereka adalah jenis suka mengkaji) berbanding rakyat Malaysia.
    Mentaliti rakyat Malaysia perlu berubah dengan cara banyak membaca dan bergaul dengan bangsa asing, khususnya dari negara barat. Budaya buruk mereka janganlah pula terikut-ikut pula. Jika mudah terikut, itu tandanya rakyat Malaysia tidak ada jatidiri.
    Walau bagaimanapun, walaupun saya kagum dengan tindakan berani Proton bekerjasama dengan Honda, mungkin tidak terlewat, tetapi hingga ke hari ini orang ramai masih mempertikaikan Proton khususnya enjin dan gajetnya.

    – Nafilia –

Tinggalkan Jawapan kepada Chor Batal balasan