funtasticko design

http://funtasticko.net

Bakal Viva generasi baru???

31 Komen

Adakah ini bakal menggantikan Viva pada masa depan? Bagi saya eloklah Perodua ambil Daihatsu A-Concept dari ambil model ni sebagai pengganti Viva. Kalau Perodua “terpaksa” juga ambil model ni, saya cadangkan buatlah total “reskin” luar & dalam. Buruk bebenor rupe dia.. hahaha🙂

31 thoughts on “Bakal Viva generasi baru???

  1. mmg huduh…

  2. dalam dia lawa tang meter dgn dashboard je..
    luar out..

  3. mmng buruk bebenor rupenye …😛
    * proton still no.1 for me …😀❤

  4. Cerita Mitsubishi Fuga takde ke? Hari tu spekulasi adik nak rebadge Fuga, skrg abg yg betul2 rebadge.

    Rasanya kalau ganti Viva lagi baik berasaskan A Concept sbb skala ekonomi dan kos. Boleh ambil CKD dr Indon je nanti. Ura2 Indonesia nak perkenal polisi di mana kereta seperti A Concept jual RM28k je kat sana. Avanza kat sana jual dlm RM50k. Nanti saya jumpa artikel tu saya pos di sini.

  5. Hum, rasanya macam susah perodua nak amik ni dalam masa 2 tahun terdekat ni .. sebab viva kurang laku.. Tak macam myvi.. kite tengok la macammana .. tapi naluri rasa takkan tukar lagi .. sebab tak berbaloi sangat lagi ..

    • Viva kurang laku?.. beribu ribu lemon viva terjual sebulan bro…
      140,000 org beli Viva dan Saga thn lepas je. maknanye masih ramai yang belum mampu atau enggan membelanjakan RM50,000 utk sebuah kereta.

  6. first impression bagi orang kita = buruk.
    tapi bagi orang jepun, practicality & fuel efficiency yang menjadi keutamaan.
    di jepun, kereta2 cc kecil macam mira semua ni takde la lawa mana pun. after all ini kereta yang direka khusus untuk kegunaan dalam bandar saja. mereka tak guna kereta ini utk balik kampung, long distance drive.

    not fair utk kata kereta ini buruk. bagi saya, ini sudah memadai & meet the purpose.
    kecil, mobiliti, practicality, efficiency, low-maintenance.

    30km/l ? – gempak..walaupun ia bukan kereta hybrid.

    just my 2cents🙂

    • mmg lah bro takde long distance drive.. coz jepun tu kecik jer..dorang naik keretapi je kat sana kalu jalan jauh.. drive pn dorang jarang dah… lg pn negara dorang banyak pulau… so memandu jauh mmg tak praktikal pn bg dorang.. nak praktikal mcmana… tak cukup jalan nak balik kampung.. kene seberang laut…. :p
      satu jer rata org malaysia tak leh ikut org jepun “DISIPLIN”
      tu jer yg takde kat org malaysia.. kalu ada mmg lama malaysia nie maju….
      renung2kan.. selamat hari jumaat

      • 22 September (semalam) ialah Hari Tanpa Kereta Sedunia..Bila Kerajaan Malaysia menyokong kempen seperti ini, apa pendapat anda?

        Mula-mula saya beranggapan kereta akan kurang di jalan2 utama sekitar lembah klang, lane motor (Federal Hiway) akan sesak dengan motor, basikal yang beli ribu2 dikeluarkan dari dalam stor bawah tangga, komuter dan LRT akan bertambah padat dan ramai orang akan punch card merah sebab lambat sampai pejabat. (Sbb komuter sesak diluar dugaan)

        Rupa-rupanya pada pagi 22 September, hujan lebat. Jadi, lane motor kosong, jalan sesak dengan kereta (ada kemungkinan yang ride motor pun naik kereta sbb hujan).

        Apa yang saya dapat? Saya punch card merah sbb lewat sampai pejabat kerana jalan sesak.

        Sorry tuan tanah, lari topik. hehe

      • hujan lebat gak dari JB-Singapore smalam. nasib baik aku takde guna punch card.. jalan slambe je masuk opis. hehe

    • hahahahha betul2.
      Jepun mmg minat K-car pasal praktikal dan semestinya parking deorg kecil.
      Lain pulak korea, Kereta deorg mmg pakat besor2 gedabak. Org biasa pun pakai Hyundai Azera ( c class). Kereta yg biasa pun dah gedabak besar, pasal tu la SSangyong pun buat Stavic besar alam.
      Lain pulak di Europe.
      Setiap negeri berbeza2. Tapi yg paling susah syarikat kereta mana2 pun nak masuk (grab) market share adalah Rusia. Lada, Gaz,Kamaz punya market sesangat la besar pasal kereta deorg mmg sesangat sesuai untuk negara kita. Kalau sesiapa yg berani pakai Alphard itu berani x bertempat la. Pasal jalan raya yg sesangat teruk.

    • tu betul, tapi bila di negara ni rupa memainkan peranan penting sebagi 1st impression.. dulu org tak pandang KIA sebab kereta biasa2 je design dia, tapi bila new generation keluar persepsi tu berubah, Forte makin banyak atas jalan.. lagi 1 org kita ni memang pakai kereta ke mana2 pun, dalam bandar, angkut barang smpai la balik kampung..dah jadi multi purpose

    • Bercakap mengenai Kia, Actuallly, sebenarnya Kia and Hundai dah lancar model Sonata, Forte, Optima setahun awal dari Europe. Saya peminat cerita korean, jadi terperasan yg 2010 nyer cerita dah start ada Sonata baru jadi teksi. hahahaha. Jadi mmg betul la cara P1 nak pasarkan persona r. Kene ada setahun/6 bulan dlm market baru boleh start global. tapi kan, Rasa lain sangat bila tengok sonata sini dan sonata sana. Pasal pa, kat Korea, Sonata and K7(Optima) deorg buat teksi jer. Hahahaha. Mcm kite nh negara miskin la kan. hahaha

      • mungkin diorg nak public transport yg betul2 hi-quality, sebab tu diorg pakai kereta yg boleh kategorikan dalam segment mewah..baru la pelancong cakap teksi sana 1st class…sambil2 tu teksi driver ni sebagai bagi feedback gak pada manufacturer…

      • kat sini pon sama.. Waja slambe je jadi keta polis ngan teksi. padahal dulu waja tu mahal woo.. zaman tu ramai yg mampu stakat beli wira je.
        kat korea hanya 5% je kereta import. kat sini dalam 40%. Gov korea kontrol import kaw-kaw. jangan harap la nak jumpa Honda atau Toyota atas jalan di korea.

    • adik ipar gua prnh blajor kt jepun..dia kata bntuk keta2 kompak cam mira ni sbnrnya direka utk memenuhi selera driver pompuan yg ingin menikmati pemanduan scr rileks sbb tu guna enjin kcik je…tp bila perutdua kuarkan salinan model kompak jepun kt m’sia abih owner taram speed cam GTR R35..

  7. perodua memang pakar kosmetik ni.

  8. betul ke boleh dapat 30km/l dgn cvt? proton kena cepat2 launch emas ni.

  9. Kelisa bagi saya still the best kalo nk dibandingkan daripada Kancil @ Viva…

  10. Pada pendapat saya,

    Mira eS ni practical dan served its function. Practical yang saya maksudkan ialah sesuai utk kegunaan dalam bandar jika jimat minyak dan mudah cari parking.

    Kepada sesiapa yang ada 3-4buah kereta, rasanya Mira/sooner Viva perlu wujud dalam car line-up anda.

    Mira pastinya praktikal dalam Lembah Klang, Penang dan JB. Tapi dari Lembah Klang ke Penang atau ke JB, Mira bukan kereta yang sesuai.

  11. A-pillar myvi
    pintu myvi..

    ni adik myvi nih..

  12. Design rasanya stylist Perodua lebih hebat dan kreatif berbanding citarasa Jepun. Cuma interior..boleh diterima.

    • Bukan jepun tak creative bro. Tapi sana banyak limitation tok K-Car ni, tak macam kita boleh suka2 buat bumper kasi cantik sket.
      Lagipun orang sana tak kisah sangat bab styling K-Car ni. Tak macam orang kita.

  13. lambat lagi perodua nak pakai mira ni
    diorg akan pakai mira previous generation
    viva skrg dah 2 generasi ketinggalan
    betul kan?

  14. bole dapat ke enjin 30km/l ni utk model pengganti viva yg akan datang?

    • jangan harap.. haha. Boon dah lama pakai CVT kat jepun, kat sini 4AT lagi.

      • Kat sini dia bagi yang zaman batu nyer, sebab bagi yang zaman batu pun berebut orang dok beli gak. So buatpe nak susah2 nak dapatkan tech yang baru.

  15. ada byk peringkat kecantikan: sgt cantik, cantik, kurang cantik, tak cantik, buruk sikit, buruk, sgt buruk, pastu definisi bagi setiap org bagi peringkat ni beza pulak, lps tu cantik pulak subjektif…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s