funtasticko design

http://funtasticko.net

Pengerusi VW cemburu dengan Hyundai i30!!!

38 Komen

Bos besar VW, Martin Winterkorn baru-baru ni ada melawat booth Hyundai & sempat membelek model terbaru i30. Terkejut beruk & kagum mamat ni dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Hyundai. Walaupun VW dah lama, tapi Hyundai dah buktikan kereta Korea/Asia juga hebat dan setanding dengan jenama besar Eropah. Siap pakai alat lagi ukur, memang tak boleh blah betul la mamat ni. Baru dia tau kebangkitan Korea, siap mengaku lagi dalam banyak syarikat di Asia ni, Hyundai sahaja yang boleh buatkan VW pening kepala… Jepun pun boleh blah la lepas ni, hahaha…

* orang Malaysia je yang dok sibuk agungkan Jepun lagi, jenama Jepun “cikai” je sekarang… ini zaman kebangkitan & kegemilangan Korea (Hyundai/Kia). Kita bila lagi?🙂

38 thoughts on “Pengerusi VW cemburu dengan Hyundai i30!!!

  1. gaya ego & angkuh juga dia ni, macam tak boleh nak menerima hakikat yang Hyundai dah buat yang terbaik untuk i30 ni…macam bagus je…

  2. bukan setakat dunia automotive je, dunia hiburan pun sama artis KPOP sudah menguasai pasaran jepun dan asia, sekarang nak mula masuk amerika pulak

    • tu la, ni boleh dinamakan Korean Phenomenal…hahaha…

    • hahahha..
      Actually saya adalah diantara diehard kpop kat malaysia nh…
      Nak buat mcm mana, dah lagu deorg best, mcm BigBang, Beast, SNSD, T-ara, Kara and others.

      • minat menda2 ni tak patut dibanggakan.. kalau dah terminat tu sepatutnya sembunyikan dan cuba hilangkan minat tu sbb menda2 tu tak baik.. kalau minat rekaan dan teknologi mereka itu terpujilah.

  3. jgn terkejut..nanti VW beli Hyundai plak…

    • mungkin tidak, Hyundai bukan syarikat kecik macam Proton, kalau buat jv tu masuk akal gak la, tapi faham2 je la jv dengan Nazi ni, memang dia je la yg akan dapat faedah…

  4. dari cara dia inspect keta tu ternyata beliau memang tahu ape itu sebuah produk kereta, ini bermakna dari dimension, tolerance, body structure and styling dia amat2 faham dan well passionated di dalam itu. kita kat sini akan wow gile2 if ada ceo auto local yg bole benar2 bercakap tentang design, engineering dan marketing produk mereka itu dgn bagus🙂

    • tu la bro, memang mamat tu expert bab kereta, siap ukur blind spot..

    • tak pelik kot sbb dia ada phd dalam bidang fizik (baca kat wikipedia). mungkin dia ni “geek” kereta mcm Bill Gates “geek” komputer.

    • sebenarnya ada org2 dlm industri auto local yg tau bab2 engineering kereta ni tp org kita xnmpak.. sy student tahun akhir engineering & sy penah jumpe 1 top engineer kt proton yg bercerita ttg kereta secara solid dari segi design, material selection, segala test reliability utk kereta proton.. naik pening gak la sebab bila cerita psl engineering ni mmg penuh dgn matematik tahap tinggi..huhuhu

  5. maybe one of the thing he checked is view obstruction.

  6. proton slow slow wait …..

  7. i30..can Proton use this as benchmark for next Satria Neo?

  8. Kalau bos VW sendiri yg study, sure lepas ni apa ciri² yg ada dalam i30 ni akan ditransfer masuk ke dalam model VW, terutamanya mekanisma steering tu, takde bunyi pelik katanya..

  9. pernah drive naza citra 2.0, apa yg aku suka stereng dia dekat je dgn tempat lengan belah kanan(yg lekat dgn pintu) jd bole letak siku kat situ sambil drive, ok tu bkn posisi memandu yg betul tp klu la drivejauh sure penat tgn tergantung je kat stereng kan so bole la rehat kejap siku kat situ…apa lagi ek.. ah bila brek ditekan sampai berenti mmg cpt, prbndgn dgn waja aku ..hehe walaupun tak sesuai banding pun sbb lain segmen. tp nk bndg space dgn exora mmg la exora third row lagiselesa, citra punya sesuai utk budak2 je duk kat situ, satu lg kekadang ada lak bunyi2an tp sikit je la

    dan aku pernh naik hyundai i10 , ride mmg selesa walaupun kecik, beza dgn keta lain yg ada gegar2 wpun lbh besar, bab handling tatau sbb tak prnh drive huhu

  10. Handling kete Korea msih blum boleh dbanggakn tp dr sgi fit n finish serta design,diorg mmg jauh ke hdpn

  11. Yay! Way to go Kia/Hyundai!!

  12. martin winterkorn tak pi tgk proton punya booth ke? boleh dia kasi komen sikit untuk meningkatkan kualiti & design kereta proton. sdr Azlano boleh jemput dia bg ceramah kpd team R&D proton. Percambahan minda & perbezaan pendapat tu bagus utk masa depan generasi kereta nasional kita

  13. exterior hyundai byk tiru europ..mercedes..mmg cun..

  14. Hyundai/kia sudah berada pada landasan yg betul untuk menguasai pasaran kereta di peringkat global. Mereka telah bertapak di USA/Europe dan juga Asia dengan mewujudkan kilang2 pemasangan dan RnD centre. Memang nampak langkah2 mereka yg agresif. Ini sudah tentu boleh menggugat jenama VW, toyota, honda yg selama ini merupakan “player” utama dalam pasaran kenderaan umum.

    For proton?, mungkin perlu masa 25-50 tahun lagi untuk mencapai tahap ini. Tapi ini pun sukar nak dijangka kerana kemungkinan besar kenderaan dari China pula tidak mustahil akan bersaing di peringkat global pada masa akan datang. Let wait and see whether proton can go to global market.

    Perodua tak payah risau sbb model perniagaan dia lain. just cntl+C and cntrl+v je. pastu edit sikit2.

    • tu la, tak perlu letakkan harapan kepada perodua selagi daihatsu yg pegang saham utama

    • i30 designed and engineered in Hyundai’s European Technical Center in Russelsheim, Germany.

      http://www.cardesignnews.com/site/home/first_sight/display/store4/item240660/

      Selain itu, Hyundai juga mengambil pekerja berpengalaman dr VW, Mercedes, BMW. Jadi, tak hairan dlm masa beberapa tahun kualitinya mampu menggugat VW. Proton tak perlu 25-50 tahun lg. Kalau kereta global Proton masih belum mampu mencapai tahap membanggakan, bangunkan pusat R&D di Eropah dan tarik pekerja berpengalaman di sana. Masih ada peluang utk jadi pesaing global yg dihormati.

      • buat permulaan dr.karl epple tu adalah perintis kepada pengambilan pekerja syarikat terkemuka yg berpengalaman luas, kita tengok apa yg dia buat untuk p3-21a nanti..tapi nampaknya hasil dah nampak..🙂

      • Epple tu pernah kerja dgn BMW selama 23 thn. nampaknye macam proton ni sungguh2 nak jadi BMW of Asia. cubaan pertama, Waja agak mengecewakan tapi proton masa tu cuba membuat kelainan daripada apa yang mereka biasa buat (rebadge). all the best, and good luck to Proton🙂

  15. design keta VW suma huduh2…..

  16. proton? apa pun tk boleh. semua masuk perut kroni.

  17. resale value produk korea jatuh merudum. Itulah kelemahannya.

  18. aku minat gile dgn sportage baru, mmg teringin nak ambik tapi lepas compare harga 2nd hand aku risau plak. sportage yg 3thn dulu dah drop jadi rm70k je sdgkan crv 3thn masih lg rm115k. andai kata eksiden total lost atau kecurian, teruk la nak settlekan loan sebab balance jauh lbh tggi dari nilai yg di-insuranskan. ni la kelemahan plg ketara utk kreta korea kat malaysia ni.

    • tu memang kelemahan utama yg boleh buatkan sales kereta korea sukar nak beat jepun kat sini, lagi 1 spare part yang agak mahal & susah nak dapat tambah lagi kekurangan tu..sebenar2nya yang buatkan resale value kereta korea jatuh teruk puncanya rakyat malaysia gak yg lebih prefer jepun..ye la, sebab baru2 ni je la korea mula bangkit..sebelum tu jepun dominasi market dah lama sangat..sentimen tu dah jadi sebati dengan jiwa rakyat negara ni, sebab tu muncul spesies “japan wannabe” yang lebih jepun dari org jepun… tapi kena igt bukan semua jenama jepun yg dipuja2, cuma toyota & honda je yg mendapat tempat, sedangkan mazda, nissan & subaru menerima nasib yg sama dengan kereta korea & europe dari segi jualan & harga 2nd hand value yg teruk..kini zaman gelap toyota & honda bakal muncul, so kita kasi tukar la pulak…asyik2 diorang je, dah la takde peningkatan, bertambah masalah lg ada la…asyik2 recall..🙂

  19. Kia Rio terbaru sungguh cantik. European design, lebih ekonomik dan 7 years warranty lagi.

  20. Ni sy dpt terjemahan dri internet tentang ape yg sir wintercom cakap:

    Winterkorn: “Bischoff, wo ist der Bischoff? {…} Da scheppert nichts! {…} Warum kann es der? BMW kann es nicht. Wir können es nicht… Kein Scheppern!”
    Voice Off-camera: “Wir hatten ja mal eine Lösung gehabt, das war zu teuer {…}”

    Translation
    WINTERKORN: “Bischoff, where is Bischoff? {…} There is no clanging! Why can they do it? BMW can’t do it, we can’t do it… No clanging!”
    Voice Off-camera: “We once had a solution, but it was too expansive then {…}”

    Hanye satu jek…AWESOME!! Proton should learn from KIA more aggresively..Support proton. They can do it.. I KNOW! and You too🙂

  21. Proton dan perodua bergabung..jadi lebih kuat…🙂

    • x boleh. P2 kecil dan dibawah T&D. X kan dpt ape2 benefit. Kalau P1 syarikat Independence ok la gak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s