funtasticko design

http://funtasticko.net

Satria Neo S2000 tempat ke-2 Rali Hokkaido

37 Komen

* UPDATE : Pemenang Rali Hokkaido telah dibatalkan kemenangan, Alister McRae naik ke tempat ke-2 & secara tak langsung pasukan Proton memenangi kejuaraan pemandu APRC tahun ini. Lepas ni sapu kejuaraan pengeluar pulak,😉

Syabas kepada pasukan Proton Motorsport kerana telah berjaya mendapat podium tempat ke-3 di Rali Hokkaido. Satria Neo S2000 yang dipandu Alister McRae ini berada di belakang Toshihiro Arai yang memandu Subaru Impreza WRX STI, manakala Katsuhiko Taguchi yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X ditempat ke-2. Tak dinafikan Subaru Impreza & Mitsubishi Lancer Evolution ni memang boleh dikira “otai” dalam rali, tapi Satria Neo mampu bersaing dengan kereta tersebut.

Tambah menggembirakan Akira Bamba yang memandu Satria Neo CUSCO yang bertanding dalam Kategori N berjaya muncul juara FIA APRC Junior. Tahniah Akira Bamba & CUSCO!!!

* Kejayaan ini diharap menaikkan lagi nama Proton… harap pengganti Satria Neo lepas ni boleh masuk WRC Pulak..🙂

37 thoughts on “Satria Neo S2000 tempat ke-2 Rali Hokkaido

  1. bile nk masuk WRC…bosan la rally keta x power ni…

  2. Yang menariknya, Satria Neo Group N 1600 Karamjit Singh dan Akira Bamba ini telahpun mencantas beberapa Lancer Evo dan Impreza.

    Dalam JRC juga, Shuhei Muta プロトン クスコ ラリーチーム (Neo Cusco yang pakai livery anime) menduduki tempat ke-7 (37 penyertaan) dan mencantas beberapa Lancer dan Impreza serta semua Toyota Vitz, Swift, Mazda dan etc.

    Harap Neo Group N 1600 ni dapat masuk IRC. Besar sikit publicity Proton nanti.

  3. mmg kat hokaido bg klebihan pada kete turbo sepertimana yg dinyatakan sblm perlumbaan,prtn xmgharap sgt utk menang coz course dia byk yg straight,favour utk kete yg turbo charge,tp mreka tetap berusaha n buktikan yg mereka mampu buat.
    Xkisahlah aprc ke,irc ke,wrc ke,sume kete power2 n yg disukai japan wan abe. Cume irc n wrc,byk kete euro n lg byk yg turbo charge. Prtn masih rely kat kete na s2000. Tp ada baiknya,kalu na dh bleh tapau turbo charge dlm rally,dh tnjukkan bhawa chasis n suspension setup memainkan peranan penting selain enjin.
    Akira bamba n karamjit menang dgn kete neo enjin campro,so dh tnjukkan enjin campro mmg berkuasa pada highrev berbanding kete2 lain,cume dlm bando je lemah ckit. Tp dgn iafm+,prtn dh atasi masalh itu.
    Malaysian super series pun prtn menang 1-2 podium,tmpt ketiga walupun bkn dr pasukan prtn,tp bwk satria neo r3. Tempat kedua gen2 r3. So dah buktikan neo n gen2 punya chasis cukup baik, enjin juga bagus walupun ada yg membandingkan ah beng prep enjin n r3 yg mana ada kat ahbeng buat lg power berbanding r3,tp apsal dlm race,r3 yg selalu menang?
    Org pro kalu tune enjin,dia bg power tu balance,xsemestinya peak torque n hp tinggi bermaksud lg power. Ini bukan drag race,jalan kat msiapun bukan lurus memanjang,so power yg dapat extract ketika memandu itu yg paling penting.
    Yg proton r3 buat kat neo r3 utk street@stage 1,selesa utk dibawa,xdalah berhenti kat traffic light bunyi enjin mcm nak runtuh bangunan mcm ahbeng buat. Its all about comfort n power. Dia bleh bg neo r3 yg tg djan pkai, 180hp yg warna kuning,tp phm2 le,kalu high tuning camtu,idling mmg kasar n bunyi enjin mmg kuat giler.
    Penah sembang ngan geng r3 dulu,diaorg ckp,rnd diaorang utk enjin prton ialah increase USABLE power across rev range n at the sametimes do not compromise on comfort utk versi on the road r3. Cntohnya,mcm2 jenis profile camshaft yg diuji dlm rnd(bkn try n error mcm ahbeng) utk dptkan yg paling balance.
    R3 xnak dah buat mcm hardcore mcm old satria r3 n original neo r3,abis sume kena strip,sampai ilang suma creature comfort.
    Skarang nih,mereka dh lain. Bukan menggalakkan org utk race straight line,tp utk kepuasan pengguna. Sebab tuh tagline, from enthusiast for enthusiast, not from pro racer to illegal road racer🙂

    • Rasanya R3 ada jual model Neo Clubsport (R3 Neo CS S1). Strip down sampai takde carpet, bucket seat, roll cage, FIA approved tapi versi road legal. Harga RM75k.

      Tak tahu proton ada jual lagi ke tak..

      • clubcports xde jual da..da sold out..yg de pn 2nd pnye..owner jual blik lps lanyak kt sepang..haha~

  4. itulah,aritu waktu post proton serang jepun tuh,ada yg ckp,ala,mesti prtn bayar,unbelievablelah, kan dah tgk result race,xheran proton ada fans tersendiri kat jepun,tambahan pula salah sorang driver org jepun. Kat czech dulu,walupun prtn xmenag irc coz retirement, tp merchandise sold out n booth proton paling ramai dikunjungi,so dah buktikan,proton dah berjaya buat marketing kat luar,sekaligus,kalu proton released p321a tahun depan secara global,marketing mcm nih bleh membantu.
    Dulu org xtau aper tu proton,xpenah dgr,sekarang,kalu org luar tanya,bleh jwb,ala,kete kuning yang masuk rally tuh,yg paling cun,yg ada menang podium tuh, yg enjin na tapau kete turbo tuh🙂

  5. off topic,klu tahun dpn kuar versi r3,mgkin minimum tuning coz sng nk entertain warranty kete standard. Yg cnfius exora cfe n inspira coz klu cfe dh power,xkan pkai cps mcm neo r3,xtaula kot pkai yg supercharge cps. Inspira,xtaula mitu bg 4b11t kat prtn,kalu x,nampaknya mcm supercharge 4b11. Saga r3 mgkin buh enjin neo r3,jimat cost rnd.

  6. bro fridzmax,klu xsilap,masih ada jual,tp utk ahli clubsport aje. Nak beli kete,kena jd ahli dulu. Dia ada class driving n race sesama club members. Xsilap,power dia 120hp, ecu tuning ajer. Lebih kepada org yg minat driving on track n berminat nk blajo advance driving technique.

    • 2nd hand ada jual. Around RM58k-60k kot. Saya baru je suggest Neo Clubsport ni pada kawan saya. Supaya dia berhenti men-drag civic vtec secara haram. haha

  7. WRC sudah guna enjin 1.6 turbo dgn spec s2000

  8. bagus2,elok gak dr membahayakan diri n org ramai,baik masuk trek,lebih afdal. Cume clubsport ni xda ngat publisiti,lgpun,hanya yg dekat area kl n shah alam je selesa utk join,kita yg jauh ni,stkt dengo cite jelah🙂

  9. betul2,wrc ada pkai 1.6 tubo mcm vw,tp prtn ssh ckit coz utk dpt extract power cam2 kena pkai gdi, skrg masih pkai mpi. Hrp2 enjin lotus esprit br bleh derive 1.6,bleh gak prtn tmpang sekaki,tp ambil masa coz ada rules rasanya tntang penggunaan enjin mcm s2000,kena 5 thn dh pkai on the road,br enjin tu layak utk dimodified masuk race. Wrc,xpastilak,tp biasanya,mana2 race@rally,ada syarat tertentu.

    • Common regulation utk wrc mudah je. Kereta perlu terdiri daripada production model dan terjual sekurang2nya 2500 unit. Spek enjin wrc skrg ialah 1.6 turbo.

      Volvo kalau tak silap pernah buat 2500 buah S40 hanya semata-mata nak masuk rally.

  10. update,gill dah disqualified,so drivers title antara Atkinson n McRae,dua2 prtn drivers, hrp2 dpt team title plak pas ni

  11. baca berita baru dari hokaido… proton 2-3 rasanya

  12. bosan la camni…menang tempt 1 pom atas tiket kesian penganjur… sy x caya Evo 10 kalah…mustahilLLLLLLLLL……

    • macam ni la bro, kalau F1, Ferrari & McLaren kalah dengan Red Bull yg pakai enjin Renault je takkan bro tak percaya kot? tak semestinya enjin power boleh menang kalau race yg melibatkan pusingan yang banyak & jarak yg jauh… anything can happen bro… kalau drag race boleh la, tu pun belum tentu gak..

    • tak percaya sudah

    • baru ni skali evo x ada infringement dgn spec kete dia. sebelum ni takde dan proton masih boleh dpt no.1 dlm 3 rally.

    • dalam japan rally championship pusingan ke 7 di hokaido,satria neo menang dapat tempat pertama dalam kelas JN3 (factory spec) mengalahkan kereta lain termasuk BOON (myvi),

      APRC hokkaido rally

      satria neo s2000=2nd
      satria neo cusco group N spec= karamjit singh 1st dan akira bamba 2nd
      satria neo cusco group N spec= menang junior cup oleh akira bamba
      Japan rally championship satria neo kelas JN3 = shuhei muta

  13. aku pernah gak bawak neo 1.6 , tp kejap je la. stereng dia ‘ketat’ sikit banding dgn waja aku, mgkn utk precision masa low speed driving, rim 16″ tp low profile
    kabin mmg lagi senyap, selesa je duk kat cockpit driver, laju2 blm try la huhu

    nk banding dgn versi racing mmg tak sama la kan , apa pun cam best jd keta hujung mggu..

  14. aku tgk kat paultan,bashers xberminat nak masuk post pasal nih. Kalu proton jadi johan aprc,memang bashers dah xda point nk ckp aper coz manufacturer yg depa agung2kan dh kalah. Kalu prton dpt no 2,mmg akan jd bahan kutukan coz basher ni,slagi ada ruang nak hentam,diaorg xkan henti.
    So,aku hrp proton jd johan, i.allah. Syarikat msia tuh.
    Perodua bile plak,dh kuar lg power lg best,try lak rally ke,xpun malaysian super series kat sepang@asian max 1600. Kan dah ada enjin 1.5,bila lg nk try, slogan power, sembang xingat,apa lagi,tunjukkanlah kepoweran agar kami rakyat msia dapat berbangga plak dgn pengeluar kete no 2 malaysia.
    Aku amat berharap agar perodua plak dpt mmbawa nama malaysia di persada dunia, tp wait,br teringat, rasa2nya abg long n abg ngah bg kebenaran x depa nak race pkai engine n kete diaorang? Nampaknya,hanya dlm mimpi jelah. Bangkitlah wahai perodua,dah duk bwh toyota n daihatsu tuh,korek2lah banyak2 ilmu dr diaorang,jgnlah asyik duk bwh,jd kuli n duk asyik nk bersaing dgn pengeluar sesama malaysia,kita patut bersaing kat luar dgn org luar,inikan asyik bersaing sama sendiri. Kita dah merdeka, so,merdekakan diri anda perodua,sahut cabaran ini.
    Sorry,ter emo plak.

    • Ape yang sangat menghairankan, mereka tak pula mencabar Proton utk berentap dengan Citroen, Ford, Mini, Skoda dan Peugeot. Sebenarnya pengeluar2 inilah yang mendominasi rally sekarang.

      Sememangnya paultan banyak kali juga posting kejayaan Proton dalam APRC. Kalah dalam IRC pun ada posting juga, tapi posting tersebut bagai tiada respond.

      Adakah mereka hanya mengenal Mitsubishi dan Subaru saja? Atau mereka-mereka ni langsung tak minat pasal Proton dalam rally?

    • Perodua dah boleh homologate Myvi 1.3 dan 1.5 utk compete dalam rally. Lengkap enjin tuning, roll cage dan FIA approved. Then jual dengan harga berpatutan. Bolehla anak-anak muda asah bakat dalam Malaysian Rally.

      Daripada diorang ni duk make-up kereta, tayar besar, turbo bagai tapi rempit kat jalan raya, takde siapa yang untung.

      • Mmm… saya rasa model myvi tak sesuai utk mana2 rally. Body structure mcm tu tak balance n x stabil n x aerodinamik utk kelajuan tinggi. Itu jer. Tapi kalu nak cuba n kimikaze no hal:)

        cheers!

      • ahh. bro dah lupe post nh..
        http://paultan.org/2006/02/18/perodua-myvi-rear-axle-snapped/
        Nh baru atas jalan raya. Belum jalan tanah lagi..

      • Owh, axle myvi terkepak tu myvi yang owner modified ikut suka.

        Cuba browse Perodua M5 Rally Team, 2 buah Myvi dan Viva pernah masuk rally tahun Felda Rally2008.

        Satu Myvi 1.6NA, Myvi 1.3T dan Viva 660T. Ni betul2 punya rally prepared Myvi. Macam nilah yang saya maksudkan.

    • perodua x bleh wat ape2 utk develope main power cam proton wat from zero to hero.. just sekadar buat dan pasang shj…jpn ni bijak dia xkan pindahkan teknologi kat P2.so rugi kpd pekerja p2 x dpt merasa pengalaman mcm mane staff proton dapat..terbaru kerjasama dengan proton mgkin perkongsian dari segi vendor shj sbb utk mengurangkan kos production,untuk teknikal mungkin tidak.utk pengabungan mungkin jauh sekali sebb dua-dua ade matlamat yang berlainan.

  15. siapa yang design neo ni mesti bangga sebab kereta ni boleh pergi sampai ke sini… tahniah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s