funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton & Mitsubishi bakal bangunkan enjin 1.2 (Global Small Engine)

20 Komen

Terbaca dalam CBT sisipan khas Quarterly Review hari ni, ada berita pasal Proton & Mitsubishi bakal bangunkan enjin 1.2 (Global Small Engine) secara bersama menjelang 2015. Enjin 1.2, 3 silinder dengan kos yang dianggarkan RM800 juta melalui FDI (Foreign Direct Investment) termasuk dengan kilang “casting” (acuan) & mesin-mesin khas untuk membuat blok & “head” enjin. Sebahagian daripada komponen enjin tersebut akan dibekalkan oleh vendor tempatan. Selain itu Proton akan berkongsi komponen untuk Global Small Car bermula tahun hadapan.

Kat Berita Harian pula hari ini ada berita pasal Proton membatalkan MOU dengan Nissan disebabkan beberapa faktor yang tidak membolehkan kedua-dua pihak meneruskan kerjasama teknikal. Jadi tak perlu berangan lagi la ye Perdana replacement Nissan Fuuga tu. Lagipun baru ni Mitsubishi “rebadged” model tu untuk pasaran Jepun. 🙂

Advertisements

20 thoughts on “Proton & Mitsubishi bakal bangunkan enjin 1.2 (Global Small Engine)

  1. wah tak sabar nak tunggu dah nih! ^^

  2. wahhh.. ni sudah dikira bagus….

    terbaca proton satria lama masih hebat..
    http://www.racingexposure.com/blog/2011/10/nightmare-becomes-dream-for-kaz/

  3. diharapkan kualiti komponen dari vendor tempatan tidak mengecewakan.

    • aku pun harapkan perkara yang sama.
      tapi apa yang lebih penting, kita buang perasaan ‘prejudice’ terhadap proton sebelum menilai apa yang proton hasilkan. maksudnya, janganlah sebelum pergi ke showroom lagi dah beranggapan bahawa ‘kualiti proton ni dah tentu teruk’.. padahal belum pun sentuh dan duduk memandu uji kereta berkenaan. ramai sangat yang expect proton hasilkan kereta berkualiti macam mercedes pada harga RM40k. tu yang susah tu….

  4. saya sebagai pekerja di kilang enjin proton… mengesahkan perkara ini… ewah…

  5. citer pasal MOU proton dgn nissan, rasanya proton dgn mitsubishi je yg ngam. Dgn company kereta lain setakat gitu2 je.:-)

    So kalau enjin 1.2 keluar menjelang 2015, EMAS terpaksa cari enjin lain dululah. Di harap jgn cari powertrain dari Renault lagi.

    • Engine Lotus 800 cc something the develop ada. Watpe nak gune engin org lain.

    • Mmm…. dah takde jodoh dgn nissan. Tak pe la. Kalau nissan bagi nissan fuga utk proton rebadge pun tentu model yg lama kn?

  6. kat arenakereta.com ada post pasal exora turbo kaler brown / gold
    rim baru 🙂

  7. 3 silinder tak bagus lah, banyak vibration. 4 silinder baru ada std.

    • bro cakap mcm bro engineer jer…technology dah canggih bro… dia reka enjin tu tuk fuel yg rendah bro… bkn sport pn..tp kalu nak mmg boleh tune dapat kuasa yg tinggi.. itu lah pemahaman tech di kalangan org malaysia nie masih rendah lagi… dah ramai automotive player dah guna engine 3 cylinder… enjin 4 silinder tu tech bro rasa selesa coz dah lama guna kan.. sbb tu kata std…

      pasal vendor.. dont worry.. cuba tengok block enjin campro jer.. setakat nie guna takde pun yg complain block pecah ker apa ker… coz bab engine nie kualiti vendor mmg di jaga.. tapi masalah lagi kat malaysia… tak banyak lagi player buat parts automotive.. bila company yg sama buat parts dia kata crony… so tepuk dada tanya selera

      nak ikut selera lama or ikut perkembangan zaman… renung2kan

    • bro.. Nh 2012 nyer 3 silinder la bro. Bukan 2006..

    • “Ford 3L itu 1.0L” ??? Tak faham maksud bro.

      Ni bukan 3 cylinder macam enjin kenari/kancil bro. Enjin idle pun kereta gegar. Ni 3 cylinder direct injection dengan turbo. Banyak dah automaker pakai 3 cyl antaranya Nissan dan paling terbaru Ford.

      Pasal enjin campro, berhentilah meragui enjin ini. Enjin campro yang selalu dikutuk ni dah pun memenangi beberapa siri rally Asia Pacific.

  8. bmw pun nk pakai 4 silinder dgn turbo..biasa 6 silinder kan? dh jd trend downsize enjin, bagus jugak road tax pun bole krg,
    kasi power la kat enjin kecik, 1.2 cam 1.5, 1.5 cam 1.8, 1.8 cam 2.0 huhu

  9. Saya rasa secara logiknya GSC 2013 akan menggunakan enjin mitsu 1.2l yang sedia ada sekarang. Pastu masa facelift baru tukar enjin 1.2l baru yang akan dibuat dengan mitsu ni.

    Ada sesapa ada maklumat baru pasal enjin untuk lotus ethos ? Adakah GSC versi hybrid akan dipasarkan di Malaysia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s