funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : Exora turbo warna emas

77 Komen

Kali ini spyshots terbaru Exora turbo dengan warna emas. Kebiasaannya warna putih & hitam je Proton buat testing. Ini kemungkinan besar versi produksi. Gambar ini telah berjaya dirakam oleh Ekin Nao, salah seorang pembaca blog arenakereta. Jika dibandingkan dengan slide yang ditayangkan semasa AGM baru ni, lampu belakang Exora ni sepatutnya “smoked effect”, tapi yang ini cuma lampu biasa. Adakah Exora turbo ini akan ada 2 versi? Kita nantikan info selanjutnya nanti.🙂

sumber : www.arenakereta.com

77 thoughts on “SPYSHOTS : Exora turbo warna emas

  1. kenape gmbar ke 2 tu bahagian belakang mcm kemek sikit tu? adoiii

  2. launch date?

  3. alamak bro..mana gambar yg sy email???

  4. rasenye ni colour elegance brown mcm saga flx

    • rasa nama dia bukan elegance brown.. majestic brown kot…. hampir sama tapi tak sama… warna2 matang org kata

      • apa2 la… harap leather seat je jgn dia pakai warna brown.. skrg dah mcm trend kuar kete leather seat warna cerah… Eeeeee… sngt tidak bekenan…

  5. harga mngkn rm85k-rm95k.

  6. ada org suka kaler ni..ada org tak suka.. biasala masing2 ada pilihan cita rasa berbeza

  7. ada sunroof/moonroof x?
    electronic foldable side mirror?
    multimedia head unit??

  8. affordability is important.
    inspira sales is slow due to the price. so.

  9. Talking on affordability off topic for a minute:-

    Suzuki Malaysia baru saja alunched Swift GX. Harga OTR RM65,888!! OTR maknanya beserta insurans sekali!! Wow!! Nampak gayanya Swift ni lagi best daripada Myvi Baru. Ansurans bulanan paling rendah RM550 sebulan.

    • Tagline dia Lagi Murah, Lagi Best.🙂

    • Yalah,

      Swift OTR RM66k. Tapi model ni dah outdate sangat. New Swift nak launch kot..

      • tp new swift design tk brp berkenan la..
        lg bagus bwk maruti swift yg diesel.. lg save, power best

      • Nazri,

        Saya suka design New Swift. Terutama sekali front end-nya. Looks conti.Tapi tang belakangnya tak berkenan pulak.

      • bonto die lebih kurang renault scenic. Tapi sekurang2 nyer renault scenic tu ala mpv. X la nampak kecik sangat.

    • cuma kurang eksesori je.. tpi luaran swift sy suka.. smart and simple.. x over done mcm myvi LPLB.. ermm RM550 tu ok sngat.. sama mcm persona Bline bdk opis sy pakai.. tpi pelik mcm mana suzuki boleh offer interest jauh lebih rendah..

  10. exo t mgkn dlm 90k ni..bila lg nk sembelih!

  11. emm.. nie exora fl @ bro…

  12. kalu rajin pergi kat proton shah alam ada jer dorang parking kereta nie pagi2 aku nampak kat parking lot…aku rasa ini adalah antara varient2 yg ada kot…. maklumlah tak semua mampu bayar harga yg akan di tentukan kemudian.. so beri lah peluang pada pengguna gak…. kalu tak silap

    RIM 16
    HU baru
    reverse camera
    Foldable side mirror
    CFE turbo (of course lah)
    Disc brake (front and back)
    new triming (apa yg lama di tukar baru)

    tp rasa exora turbo nie dia nak buat mpv exclusive.. lagi pun bagi kereta laju2 kat rakyat malaysia nia masih lagi berbahaya… kesedaran sivik masih kurang.. kalu tengok kat jalan raya.. lagi besar/mewah kereta dia bawak… lagi kurang siviknyer….. laluan kecemasan pun slamber jer masuk.. mentang2 ada duit nak bayar saman….. so renung2kan

    • naseb bek saya kerja utara.
      Tapi kan, warna gold nh lebih nampak kan fluid tepi kereta nh a. Lebih nampak muscle.

  13. Make-up dalaman sehabis gempak sebab luaran sesangat biasa

  14. exora ni saya pernah jumpa 2x kat karak highway dgn thread plate….x sempat snap pic sbb laju sangat…layan corner..

  15. kalu dah upgrade exora turbo nie jd exclusive model,interior pun kene mantop jugak rr..padanan warna,interior biarlah kena dengan status xklusif tue,wat macam exora prime pun dah ok,kalu dapat up kan lagi kualiti lagi bagus..baru laa leh tawan ati penduduk m`sia yg kebanyakannye amat cerewet n teliti dalam pemilihan kereta nie,n xlupa,harga yg berpatutan..kasi wow jugak laa pada exora nie,cam woww yg telah ditunjukkan oleh perodua semasa pelancaran lagi power lagi best semasa mempamerkan harga dia yg agak n sgt berpatutan… just my 2 senn….

    • mana dapat bro.. barang mau xklusive tp harga berpatutan.. slalu benda2 xklusive nie takde yg yang berpatutan pun setakat nie.. semua harga lebih tinggi dr harga asal….bak kata org tepuk dada tanya selera…..nak bawak sedap ambik turbo….. kalu budget rendah family besar ambik yg biasa jer… my 1sen jugak lah…..

      ps: org malaysia ni berbelanja lebih dari kemampuan (dah terbukti :p)

    • lagi best sangat berpatutan ker… Setahu saya still overpice untuk 5 door hatchback.
      Satu jer bro, P2 reskin manakala P1 buat dari scratch. mana lagi susah nak buat.
      kalau nak exclusive, harga pun kene la exclusive. Ini x, sesetengah org, nak kualiti mcm bmw, tapi nak harga sebuah Proton saga. Mana nak dapat.

  16. rasanya dlm agm,ada sebut exo fl,exo tubo n exo prime akan dilancarkan. Mcm ada byk varient

    • rasa prime untuk market thailand and indon kalu tak silap….market kat malaysia nie takde sangat coz malaysian people tak sokong keluaran tempatan… we give the best to foreigners… kita anak tirikan jer org malaysia nie….

      • aik byk pulak thumbdown… sayang gak yer kat barangan tempatan…. tp rasa model prime semua untuk export.. kalu tak silap lah

      • mmg banyak pun..
        ada la..tu..

  17. off topic,br baca thread alza kat lowyat,dia org panggil the worst nightmare club🙂,
    em,nampaknya fc alza lebih kurang je ngan exora walupun byk yg ckp betapa jimatnya fc alza n byk ngat unresolved problem,kalah exora…hu..hu..ada gak yg ckp nyesal beli.
    Kdg2 confius ngan forumer yg suka agungkan perodua konon2 trouble free,jimat fc,tp bila baca komen owner,sumenya hanyalah indah khabar dr rupa.
    Bukan mngatakan proton trouble free @ jimat minyak,tp okla,xdala teruk.
    Nampak sgt menipu yg bg fakta konon2 kualiti tinggi n jimat minyak.
    Dlm bando rm50 bleh dpt 250km ke 300km, lebih kurang waja auto aku yg pkai campro kosong jer.
    Ada kata minyak waja aku kuat,tp lbih kurang alza jer. Klu alza dikatakan jimat, waja akupun jimatlah.
    Apa2hal,aku sentiasa elak dr tekan minyak jejak death valley enjin campro(torque dip)kat 3k-4k rpm dlm bando,klu long distance pun sama. Rekod paling tinggi milage long distance waja aku dekat rm85(rega skrg), mileage 630km br lampu minyak nyala,kelajuan 90-100kmh,kdg2 110 overtake.

    • lbh krg waja ev aku pun rm50 bole pegi 250km bila jem teruk, kalau jem tak teruk bole la 3xx km dlm bndr…

  18. saya ada kwn keje perodua ckp perodua ni mngutamakn model myvi je. quality n semua dititikberatkn. utk alza n viva, diorg wt ala kadar je. Fkir blek ada btul gk sbb dia kata dua model tu lg byk org komplen brbnding myvi.

  19. terrbaiikkk

  20. banyak variant exora kat indonesia & client kena tunggu 2 bulan utk dptkan kereta di M’sia..
    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=618048

    • sy dgr jgk berita kt TV tdi.. fakta menarik dia bagi sebab tawaran proton kt sana cukup bagus.. apa bagusnya? kadar interest 5-7%.. d/payment 25% kalau x silap ke 20% mcm tu la… ini kalau apply kat malaysia mcm ni mesti meriah kan…

    • Malaysai boleh jer. Down payment 20 percent. Mcm tu bayar muka 15k, bulan2 RM 700 sebulan. Bayar 5 tahun.. Boleh jer.. Cume kite x termampuu jer..

      • saya rasa d/payment 20% tu minima kt indonesia.. myb proton yg offer. dgn jumlah bil kereta atas jln rasanya kawalan kt sana mesti hebat.. kat malaysia 10% minima ramai jugak nk 0% dpyment.. dgn interest rate diaorg 5%-7% .. kt sini 3.5% pun rasa tinggi lagi..

      • kayanya org indon abis tu watpe diorg datanag keje kat sini

  21. engine turbo nih ada kekurangan jgk.. sebab tu x banyak pengeluar kereta pakai turbo.. walaupun mereka dah sedia ada engine turbo.. sedia la utk terima bebakul-bakul hinaan dan kritikan proton..
    buat bakal pembeli kaji dulu betul2 advantage and disadvantage turbo ni sebelum anda merepek x tentu pasal..

    • dh banyak la carmaker pakai 1.6 turbo kat malaysia. Plus, All truck/pickup in 2.5l diesel form is turbo. Even Peugeot us their 1.6 turbo.
      Why not P1

    • lagi satu. BMW, Cadillac,Fiat and even VW all used 2.0 L below + turbo/supercharge. So p1 undur ke belakang ker.

      • krenah turbo nih boleh tahan jgk perangai dia.. skrg ni proton yg pakai.. confirm la bakal jadi modal utk dibuat isu.. contoh turbo lag.. others manufacture benda ni normal.. kalau proton ada isu turbo lag korg rasa macam mana?

      • kapal terbang pun pakai turbo.. brg benda lama… tidak lh undur ke belakang.. cuma terlambat je..

      • lebih baik terlambat dari x d langsung kan bro.
        X per bro. Bab2 komplain nh mmg x dpt dinafikan. Tapi nak buat mcm mana. Mentaliti rakyat mlaysia ..

    • tang ni kena tunggu expert la yg ckp.
      sapa expert bab turbo kt sini? aku xexpert.

      kalu soft turbo, ape problemnye?

    • bro turbo standard kilang ngan turbo after market lain bro….para engineer dah kaji spec yg sesuai dgn kmampuan enjin 2….in terms of fuel consumption…turbo lg jimat dri N/A……jgn under estimate turbo charge yg borgwargner supply kt P1…

  22. yawning…huaaaa

  23. beriya2 kita ingat turbo sekali kluar facelift je..hahah~

  24. poyoton…nama baru proton

    • This guy is super annoying. Haha. ‘Akupunya’ yang punya segalanya tapi tak punya otak.

    • tak ada ke perkataan yang lebih kreatif dan unik, budak hingusan lagi rupanya akupunya ni.

    • bro campro, rasenye dah bleh lakukan ops pencucian ni..dia ni dah semakin merepek2 komennye..

      • bro, kang kalau bro campro cuci kang ada lak karang papa boy P2 yg kata blog nh fanatik p1. Biar kan jer la…

      • Mmm. Biarkn jer pesakit nie. Kita tengok sejauh mana dia ‘membogelkan’ (dgn izin) dirinya dgn komen2 dangkal.

        cheers.

  25. Harap exo iafm+ dgn cvt ni naik tak mahal .. CFE mahal pun takpe .. sebab aku nak beli yang biasa ja.. bukan nak bawa laju pun..

    • ada turbo lg best kot, klu muatan penuh relax je tekan pedal, tak payah nk tekan kuat terutama bila gerak dlm lingkungan 2000rpm, klu dpt lg rendah lg best , cam 1,500rpm ke, tp rasanya klu 2,000rpm pun dh ok sbb pakai gear cvt

  26. aku nak yang ade cvt je tau..

  27. Persoalannya skrg adakah Exora baru nih akan ada versi transmisi manual? sejak proton pakai CTV sy mcm ada rasa proton pun bakal tinggalkan transmisi manual nih.. abis semua car maker dah macam tinggalkan gear manual..

  28. sorry out topic…
    nk mintak pendapat…apa kata senior2 sekalian jika satria neo menggunakan campro cfe + cvt3…??

    ade2 dgr2 bnyi mcm nk keluar je..adakah ia mrupakan neo FL…??

    • rasanya mungkin xde, tapi versi r3 nanti mungkin ada yg pakai sprintex supercharger… neo tahun depan akan tamat perkhidmatan, p3 hatchback akan gantikannya dlm masa 2 thn lgi…

  29. aku dengar khabar lah sokj p321a nak turun line production

  30. untuk yg curiga pada technology turbo, sila rujuk kepada latest development motor industries. material engineering dah maju..skrg ni 2011 (dh nk 2012 pun). jgn nk bandingkan dgn engine turbo vr4 halfcut yg dr tahun 90an tu…

    skrg ni semua low intertia turbo. turbo zaman dolu2 tu besar & berat, sbb tu lagging. kemudian yg letak turbo aftermarket besar yg xsesuai dgn capacity engine, mmg lah lag.

    turbo unit operates in high temperature. sbb technology blm ckp develop lg masa 80-90an dulu, turbo besar, berat, tebal..semua supaya turbo tu xmeletup/cair. skrg ni material science dh hebat, material yg ringan, kecil & tahan suhu tinggi..dah cukup baik dan dah kukuh…kalau nk kata turbo ni mkn petrol, pun dah xboleh guna logic ni. turbo dahulu kala ni engine management mmg inject excess petrol, supaya unburned petrol fume tu boleh myejukkan turbo compressor tu..skrg dh xperlu semua ni, lg sekali, sbb material yg digunakan pd turbo modern..

    continental car manufacturer semua downsize engine & taruk turbo, sbb lg cost effective, lg jimat minyak, lg mesra alam, lg power…xkan nk kata mercedes, bmw, vw, audi, porsche, ford ni semua bodo kot?

  31. emm betul betul betull

  32. hum…

    Sape ada info, saga 1.3 cvt vs manual getrag mana lagi save minyak? Ada kawan tanya, saya rasa ikut logic cvt lagi save.. Apa pendapat anda semua?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s