funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : P3-21A (Persona R) merempit dengan Vauxhall Astra Turbo!!!

175 Komen

Ini merupakan spyshots terkini P3-21A (Persona R) yang telah berjaya ditemui sekitar Behrang menuju ke arah utara. Kali ini gambar telah diambil dari blog blog.galvintan.com yang menunjukkan 2 buah P3-21A (Persona R) sedang menjalani ujian & diiringi oleh sebuah Vauxhall Astra Turbo. Mungkin Vauxhall Astra Turbo sebagai “mule test” untuk P3-21A (Persona R) versi hatchback. Gambar yang pertama jelas kelihatan rupa staff Proton yang perasan mereka diekori & sempat “buat muka” lagi, hahahaha… kalau tengok gaya kereta ni pecut boleh tahan laju gak, jarang sangat test unit ni bawak slow kecuali tersangkut dalam “jammed” je.

* Dulu pun saya pernah terjumpa 2 buah Satria Neo CPS kat lebuhraya PLUS, laju tak yah cerita la, rasanya ada diorang konsisten tekan 200km/h++🙂

sumber : blog.galvintan.com

175 thoughts on “SPYSHOTS : P3-21A (Persona R) merempit dengan Vauxhall Astra Turbo!!!

  1. waww.. nampak menarik..

  2. untung deorg yg tangkap gambar nh kan. kenapa la saya selalu jalan highway, x pernah2 terserempak dengan kereta nh..

    • Kalo En. Prolever terserempak pun kadang-kala sepintas lalu je mereka ni speeding, beberapa saat lepas tu baru tercengang “Eh, kereta apa tadi tu ha?” (kisah benar) hehe..

  3. bibit2 dashboard dah nampak….
    pic pertama tu mcm ada bentuk forte plk…
    a nice spy pic….

  4. lampu belakang dah nampak perubahan..hee😀

  5. terbaeeekk…tapi kalau cantik ekzos tu di sorok bagi x nampak.cantik ckit.

  6. patut kereta ni dah boleh unveiled. kata ni kereta global dan nak lancar bulan februari tahun depan. takkan tak siap test lagi. Tak yakin dgn penerimaan org ramai?Proton ni mcm buat keje ekspress@last minit je. silap2 tangguh ni. selalunya proton mcm tu.

    Sekarang syarikat2 kereta suka unveiled pengganti kereta global dorang awal di mana2 motorshow antarabangsa sebelum dijual dlm pasaran. Setakat ni proton promo konsep emas je kat antarabangsa. bab2 ni mungkin proton tak berapa endah sangat agaknya. Yang penting promote kt msia dulu. pastu baru pikir nak jual kt luar negara.

    • tu yg sepatutnya, plg kurang dah boleh mula propaganda teaser… kalau tak nak buat official, anta je la gambar kat sy ni, boleh je tolong bg havoc skit, tp kena la ada ganjaran gak..

    • La.. Kan dah unveil proton tuah prototype. Tu bukan konsep ke? Research la dulu bro. Nampak sangat takde pengetahuan.

  7. mana satu yg betul ek, makin confius dgn lampu blkg persona R ni, dulu nmpk mcm f10 punya style ni mcm ada led lak kat tgh huhu

    rasanya proton taknak unveil cpt sgt sbb takut pesaing tiru…tp jgn la sampai lmbt sgt sampai terlepas bakal pembeli pastu krgkn feature utk pasaran tempatan cthnya dr 6 airbag kpd 2 ke..takde vvt kat enjin…

    • proton kalau buat lagi double standard macam tu memang boleh sakit la, semestinya diorg kena buat spec global ni semua sama je…tiada kompromi, muktamad.. tak kira la kat mana nak jual pun, spesifikasi semua sama, tuning je beza skit ikut kesesuaian cuaca & keadaan negara tu..

      • proton boleh letak global/full spek untuk varian H-line..spek boleh dikurangkan untuk varian B-line bagi membolehkan harga diturunkan dan ramai yg mampu memakai kereta ini..pengguna punya banyak pilihan.

        jangan malaysia punyer high spek tidak sama dgn yg dipasarkan di luar negara

    • 2 airbags tu dah pasti kt pasaran tempatan sbb airbags dah wajib. ABS pun dah standard dlm kebanyakan kereta. cuma persoalannya adakah proton offer 6 airbags, esp (kalau ada) kepada warga malaysia? kita tunggu dan lihat.

  8. nape mesti pair dengan opel astra? sedikit tak paham

  9. dah nampak lain…plat belakang dah naik atas balik…

  10. Dh x excited plak rsenye…silap2 x jd amik persona r n amik forte huhuhu

  11. bertampal-tampal lampu blakang tu.. x kena saman pulak ek.. ramai x sabar2 nk tunggu hasilnya nanti .. harap2 lepas nih boleh la goodbye je kt kereta kosong jepun yg mcm makin suram je rasa sejak korea jadi aggresif buat kereta..

  12. Npe ade persona r yg ekzos die ke bawah?biasenye kete diesel je bwat mcm tu….

  13. kalau buat dua ekzos pastu ekzos dia kat bumper cam honda type r ke merc ke audi ke.mesti nampak lagi kemas.tambah lg defuser kat belakang dan skirting lbih sporty kat depan..mgkin lbh mngancam…kete pun nampak lbih cntk..

    • honda typr r tu sama ke harga dgn honda model biasa? myb proton akan buat mcmtu untuk r3 punya kot.

      • tak sama bro..harga honda type r sekali ganda dari harga honda biasa.enjin pun lain, sistem safety dia pun tak sama, brek brembo

      • aah la bro. Type R manual 6 gear. ada side aiebag and brek brembo. Harga mmg Gucci punya harga la..

      • itu lah yg saya cakap kan kas kas, bro kat atas ni mintak ekzos dia kat bumper mcm honda type r. semua nk class baik punya, tp harga nk yg mcm standard.

  14. * Dulu pun saya pernah terjumpa 2 buah Satria Neo CPS kat lebuhraya PLUS, laju tak yah cerita la, rasanya ada diorang konsisten tekan 200km/h++
    (petikan artikel di atas….)

    hahahahahahaaa…mmg brani bro sbb x kena saman speed trap. klu gua yg wat test drive kt highway pun gua lenjan…klu had laju highway m’sia cam UK & europe gua pun brani tekan smpai 200kmh bro…tp klu brani tekan smpai 200 kmh mknanya proton ni mmg stabil..x mcm keta lg best lg power lg mahal yg br enjut 150 kmj dh t’golek tepi longkang.hahahahaaaa…

    • yup mmg stabil… 4 bulan lps sy praktikal kat salah satu pembuat custom manifold yg sy rasa agak terkenal dgn brand klo event tu melibatkn aksi drift.. dan yg paling bangga, proton percaya kt cmpany LI sy ni utk bikin manifold utk satria neo cps r3 yg kaler merah tu… ikut la la test drive kt hghway skali (duk sebelah driver je, pkai seatbelt…) mmg btul2 die lenjan kete tu…

      brsyukur sgt cz msh dpt mnjejakkn kaki kt tanah lps abis test drive tu…huhuhu

  15. mmg muka riak & bangga bro dlm persona R tu bila org amik gmbr…msti dia tau muka dia nk masuk funtasticko…..muka x bleh blah… hahahahahaaaaa

  16. ye ke neo cps leh cecah 200kmh?
    aku punya nk cecah 160kmh pn sakit…

    aku sempat gak rekod video utk buktikan pd kwn yg tak caye kete aku xleh nk cecah 180kmh pn..paling laju dpt 170 je .. tu pun time jalan menurun..lps tu kembali ke 160kmh balik

    • mungkin ada problem kat neo bro ni, sebab yg sy jumpa tu memang laju gile, bwak 120kmh kena potong bodo2 je, lepas tu hilang terus… lagi 1 mungkin auto ni dia tak la macam manual punya penangan….

    • so kalu ada sesiapa yg ada solution mcm mana nk kasi cps aku ni menjadi seperti cps yg sepatutnya, tlg la gitau camne nk buat..ni kete aku ni stendek tak tukar apa2 pn lagi tp meter aku tak pernah dpt cecah 180kmh, sedangkan kete membe aku saga blm & persona selambe je leh cecah 180kmh..

      • dah cuba anta “berubat” kat Proton SC ke bro? takpun try la refer kat i-care

      • dh pergi SC dh..siap tukar ECU lain dh sbb ms mula2 angkat aritu aku perasan kete aku mmg tak lepas 160kmh, pastu pickup berat giler..
        lps 2,3bulan buat komplain, diorang dh kasi tukar ECU baru…

        tp problem tetap sama..mcm makin slow ada la, smlm aku long distance, try potong viva ms 100kmh, punya la slow..malu aku di buatkan..kete yg dtg dr depan tu terpaksa elak plak tu aku potong viva tu…aduh..

      • walu apapun, part handling mmg aku tabik kat kete aku ni..
        smlm, aku nyaris2 nk langgar kete myvi ( yg kononnya lg best ) yg tetiba je kuar dari simpang..time tu aku bawak ala lbh kurang 100kmh, brek emergency aku di buatnya siap drif lagi sbb mula2 aku target nk elak depan dia tp tgk dia jln buat bod* je, terpaksa aku libas streng target elak blakang dia plak..
        syukur alhamdulillah…sipi2 je aku dpt elak blkg dia..kalu tak kerana handling bagus & abs, dh langgar dh smlm..

        haritu skali, masa lalu highway karak, start dr LPT karak lg ada la sebuah honda ek yg menyalak tak habis2 dgn ekzos bising dia tu..dlm terowong tu, bukan main lagi dia menyalak2 gema dlm terowong tu tau2 je la, nak pecah terowong tu di buatnya..tp lepas terowong tu, ada selekoh gile punya, aku beat dgn dia..terus tak nampak batang idong..bunyi ekzos pun tak dgr2 dh..baru dia tau mcm mana handling lotus..

      • itu la pasal, aku pun bkn nk sgt kete aku sampai 200kmh lbh..yg penting , ada pickup bila nk memotong..tp ni nk potong viva pun semput..

        even pakai 1.6 cps, tp rasa mcm pakai kancil 850cc aku yg lama tu je..nk memotong terpaksa pastikan jln bebetul clear..

      • bro kaskas,
        mmg ada something wrong la bro,
        mcm nh la, saya rase elok bro tanya balik SC dan tunjuk video nh. Mcm ada speed limiter jer. Kalau deorg x leh buat aper2, request nak test drive Neo CPS nyer test unit. Kalau sama gak, emmm.. ntah la bro..

    • Haha kesian bro ‘kaskas’.. Kete aku satria 1.3 manual 2003 (vdo msia) pon boleh cecah 165km/h.. Enjin standard abes takde buat apa kcuali psg grounding cable rm20.. Cuma servis aku jaga minyak itam tukar stiap 4000km..

      Ko tak jg servis kot.. Da brp lama tak bukak bonet dpan?

      Proton-sales.blogspot.com

      • haha..agak2 la bro nk sindir org pn..aku bkn driver pempuan yg hanya reti bawak kete je…kalu tak aku tak beli plak neo cps..

    • Aku ingat aku je yg ada problem dgn CPS ni. rupanya ada juga org lain yg menghadapi masalah yg sama.

      Waja CPS aku pun kdgkala mengalami simptom takde pickup,berat dan yg sewaktu dgnnya. tp kdg2 je..kdg2 rasa pickup kuat. So tak konsisten prestasinya. aku bukan nk jejak 180kmh pun cuma nak pick-up bila memotong dan bergerak lancar.

      aku pun tak tau puncanya. Ngadu kt SC, dorang ckp ia berpunca dari itu dan ini, tp bila diselesaikan, masalahnya masih sama. At the end, aku terima je keadaan kereta ni.

      • owhh ye ke…aku cps gak..kwn2 lain pn cps…tkde problem cm ni bro..140km dh biasa…180 selalu..200kadang2..tu time hari2 pi keje..
        ok la tu bg aku kete proton lari cmtu..

      • itu la pasal, aku pun bkn nk sgt kete aku sampai 200kmh lbh..yg penting , ada pickup bila nk memotong..tp ni nk potong viva pun semput..

        even pakai 1.6 cps, tp rasa mcm pakai kancil 850cc aku yg lama tu je..nk memotong terpaksa pastikan jln bebetul clear..

        plak tu, kalu di higway, kalu maintain speed, akan rasa dengung yg kuat..smpai terpaksa stop kat mana2 kasi telinga rehat..bila pergi kedai ekzos, diorg kata bukuan bunyi ekzos tp engine yg bunyi kuat..kalu bwk 120kmh tu ckp pun dh kene pekik2 dh..radio pun dh tak dgr dh..pdahal kete aku stendek je..ekzos tak tukar pn..

      • Mmm. Auto jer kan yang jadi mcm nh.

      • nampak sangat kereta keluaran proton ‘tadak guna’

        tu sebabnya aku dah malas nak sokong kereta nasional tu
        takda faedah langsung

      • da buat scanning kat sc x….try letak grounding cable ..sbb g2 saya taun 2005 sblm psng susah nak sampai 200.lepas pasang grounding kabel je .voltage stabilizer x pasang lagi dah boleh sampai 200 senang2…bateri pun long life.wpun blh sampai 200 pling laju pun bwk 130 je..200km/h tu kadang-kadang je tgok jln,tgk tmpat d keadaan.

      • bro dah try pg platinum SC kt COE or mutiara dmansara…diorg ade tuner r3 kt sne…sye pki neo 1st edition campro biasa…pnah gak dpt 190kmh tp mmg lmbt r….kne drop 3 (auto) smpi rpm cch 6-7k bru tolak blik D….pnah gak sye try kjar neo cps….tp kne mkn asap bro…padahal sye dah 180kmh rpm dah 5-6 dlm D…mmbr kt dpn jarak 4 bijik kete….sah 200kmh++…cbe bro refer tuner..slalu diorg bg advice tkr xtractor ngan buang ade part kt catalytic converter (xigt part ape)….lg stu faktor bro…maybe sbb neo nie berat….kluar2 kilang dah main 1500 kg…lg2 auto lak 2…mmg logik gak la klu prob nie jd…..(^_^)

      • neo stendek kene mkn asap di neo cps?beruntung btul neo cps tu..
        sbb pengalaman aku, aku pernah kene mkn asap di neo stendek..even ms tu aku dh tekan pedal rapat dinding tp dia dtg dr blkg slambe je potong aku..
        malu beb ms tu..terpaksa berlakon letak hp di telinga..

        aku dh tak tau dh camne nk buat kete aku ni pickup..bkn nk laju sgt pn…takkan smpai nk tukar enjin akan turbo kot..beli mhal2 tp underpower..kecewa beb…

      • ala bro…luaran je standard dlman dah bnyk tkr bro…pling busuk pon diorg dah pki adjustable cam pully ngan xtractor stainless steel 4.2.1…..bnyk dah bdk neo buat mcm 2…ade up skit la pick up…tp minyak cam air la….ade gak tip dri otai neo club bg kt sye….die ckp buat port n polish….msuk piston waja 1.8…scare automatiog cc jd 1.8 cos dlm ruang head campro still bnyk lubang bley d’bsrkn…tp sye x bran nk buat tkot effect kt block…n cost die pon dah cm msuk mivec 1.6….

      • bro… pe kata tuka extractor stainless steel 4-2-1 mcm neo cps r3 guna tu… kuasa pn brtmbah… kot nk usha2 extractor utk neo bole r tgk link yg sy bg kt komen belah atas2…

    • Bro email aku registration card ko.. Aku tlg ko buat complain letter..

      • ok, ni email aku utk forum ni..gorengpunsedap@gmail.com, email yg official aku bagi kemudian

      • harap bro Nazz boleh bantu selesaikan masalah bro kaskas…🙂

      • tp bro nazz ni EON ke?coz aku beli kete via proton edar..aritu mula2 detect prob ni, aku pergi ke EON service..sbb kwn aku yg rekemenkn, tp bila pergi tu, mcm kene halau je, terus tak lyn lepas dia tanya beli kat mane? aku gitau la aku beli dgn proton edar, terus je dia suh pergi ke proton edar..

      • tu yang org benci servis mcm tu. Sah2 under one roof tapi still nak tolak sana tolak sini.
        Eon x silap tpi kan die nak tolong buat complain latter. Terus anta COE kot..

      • Aku edar bukan EON.. Stkat salesman je bukan service advisor pn.. Tp complain letter boleh ler tlg buat..
        Bro Kaskas ko scan registration card ko then email kt aku..
        Nazzcyber@gmail.com

    • persona pun senang2 je cecah 160… takkan neo nak cecah 180 pun dah sakit

      ko tak berani tekan ke hapa?

      • cuba tengok video tu betul2, kalau dia tak berani tekan takkan la smpai redline rpm dia… tapi kereta tu tak boleh lepas 180…tu yg jadi misteri, mesti ada yg tak kena

      • betul bro, dlm video tu, aku tekan pedal rapat dinding tak angkat2 dh hingga hujung video..siap shift ke gear 3 lg..meter kmh berubah2 tu sbb permukaan jalan yg tak berapa flat..yg leh cecah 170kmh tu sbb jln sedang menurun..

        tp kete aku, stendek leh capai 140kmh je..lbh dari tu dh kene teram rapat2 mcm dlm video ni..lalu highway karak-gombak, ada part jln yg agak curam sikit tu, kete aku leh pergi 80kmh je.. ( tu tutup airkon tuh ), sama ngan kancil 850cc auto aku dulu jgk, leh cecah 80kmh jgk kat jln curam tu…

        di highway, aku pernah try lari dr persona stendek skali, ade la kat 100meter aku tinggal dia tu kira aku tekan pedal rapat tak angkat2 dh..tp slow2 aku perati dia dtg follow rapat blkg aku then potong…masa dia potong tu, aku tak lepas pn lagi pedal aku dr dapat dinding tu…

        so ms tu la aku betul2 realized yg kete aku mmg betul2 ada problem.

      • cube baca ape orang tulis atas. jangan tengok vid jer. Baca dulu aper org nyer problem.
        Susah la kalau mina komen tanpa baca ape malumat die.

      • bro kas
        atau pun cam gear lari dari spec. intake ngan exhaust not at the markers. thus make your car lack of power too.

    • keto ko ada problem kot. saga blm auto aku senang2 jer naik 160 yang penting kene maintain rpm 4000 ke atas

  17. bila lihat live kia forte dr side pintu belakang, mmg nampak cantik dan elegan, harap proton persona r ada faktor sebegini

  18. aku dah tengok dah interior keter nie masa gi tanjung malim.. apa yg aku nak katakan.. tengok mmg ada kualiti.. tak mcm dashboard yg kita tengok sekarang kat kereta2 proton… apa aku nampak ada slot key dan push start button… wohooo…
    mmg tgk tanpa koyok…. mmg dia compact dan padan gaya kereta nie… kalu tak silap skang nie dorang nak antar buat crash test….. 6 air bag tu confirm kot tuk versi high line

    • ye ke… ada gambar2 tak, hehehe…

      • gambar mau angkat mcmana bro.. dalam kilang.. dah org kerumun dh keter tu…. tp mmg smart lah…

      • ye ke, ok2… kalau berkesempatan lagi & line clear bro try2 la ye nanti..🙂 biasa la, barang “panas”… kalau nak compare dengan tuah dari segi exterior, mana lagi cun bro?

      • tak lari jauh dari tuah pun….. cuma biasalah bila manufacturing engineering.. benda2 yg concept tu terpaksa dia ubah sikit.. tp tak lari sangat pn dsign dia… mau tempah dah nie… hehehe

    • gambar? gambar? gambar? foto? foto? foto? allo bro…gua dh standby nk trade in persona gua ni… kna pulak thn dpn gaji naik..almaklumlah gua ni kje sektor awam…heheheheheee…

      • tp bini gua suruh amik mpv la pulak…padahal anak baru 1..klu nk pakai mpv kna anak rmai…kena usaha tmbh anak pasni…bini? 1 cukup la…

        ayat feveret gua ms p’kenalkan diri time kursus…”nama saya …. umur saya ….. dan saya blom ‘b’kahwin lg…’ bukan blom lg b’kahwin” hahahahaa

      • hahaha…baik amik sedan je la bro, mpv ni anak dah 3-4 org sesuai la

      • HAHAH.. ayat betul2 kelas.
        Ikut la bro. dua2 boleh pakai. Mpv mungkin pasal Isteri pikir jauh yang dlm jangka masa panjang, incase anak bertambah(tetibe twin ker), x perlu lah nak tukar kereta. Sampai abis bayar boleh pakai. Mungkin isteri bro pikir barang anak2, barang die lagi, barang bro lagi incase nak balik kampung. itu belum kalau mak/apak nak tumpang lagi..

    • bro….ade iras2 lancer gt x…sbb sye pnh tgk interior kete yg brkoyok kt dlm rNd shah alam….yg mngancam 2 die pnye steering design dah mcm honda lipas siap ade paddle shifters mcm inspira or lancer…..tp gear nob cm haram…still gnakan gearknob neo cps auto….slot kt gear dah nmpk cm volvo cos activation semi auto die tolak ke kiri……

    • informasi yg bro bagi ni dah buat kotak fikiran aku mengimaginasi mcm ada bentuk ultra moden…..lampu belakang bro x dpt tgk detail ke?…

    • rasanya bro kena buat mcm reporter kat mahkamah selalu tuh… sbb gambo takleh amik kat dalam mahkamah… jadi dorang kena lukis2lah nak tunjuk keadaan dlm mahkamah tu… haha

  19. baru-baru ni hari sabtu ada 3 buah persona r isi minyak dekat stesen minyak petronas temerloh,kebetulan saya pun nak isi minyak juga.Saya turun tengik secara dekat luar dan dalam.Untuk gambaran lampu depan pasti lampu jenis projektor dengan cover warna alumunium.lampu belakang seperti persona sekarang tetapi lebih cantik.Dashboard warna hitam, corong aicond 4 segi tidak bulat.Bahagian konsol tengah dekat gear ada pelapik alumunium dibahagian tepi.meter flat warna dalam meter ialah merah.stereng hampir sama dengan exora.Secara umumnya dashboardnya tidak futureistik tetapi agak menarik dan lebih baik berbanding kereta proton yang sedia ada.saya juga tengok saiz dalamnya memang besar hampir sama dengan toyota camry.Minta maaf tak dapat ambil gambar bahagian dalamnya terutama interior kerana tidak dibenarkan oleh tester.Pada pandangan saya kereta ni jika telah dicat semourna dan ada pula yang highline yang lengkap memang cantik.

  20. Aku dah tengok bahagian dalam persona r ni masa dia berhenti isi minyak kat bandar temerloh.Lampu depan memang projektor dengan cover alumunium.Lampu belakang hampir sama persona sekarang tapi lebih cantik.dashboard warna hitam.Corong aircond 4 segi.Meter flat warna lampu dalam meter merah.Dekat gear knob dibahagian tepi ada cover alumunium dikiri dan kanan.Dashboard tidak terlalu futuristik macam honda civic tetapi lebih cantik dari kereta proton yang sedia ada.Saiz dalamnya memang besar hampir sama dengan toyota camry.Maaf nak ambil gambar tak boleh tester tak kasi.

  21. Aku dah tengok bahagian dalam masa kereta ni berhenti kereta isi minyak kat bandar temerloh pahang.Aku intai bahagian dalamnya.Dashboard warna hitam.corong aircond 4 segi.Meter flat dengan warna lampu dalamnya merah.Dekat gear knobnya ada cover alumunium kiri dan kanan nampak mewah sikit.Stereng macam exora tapi rasanya yang saya tengok tu yang paling murah sebab tak tak ada button kat stereng.Dashboard tak futuristik sangat tapi lebih cantik berbanding kereta proton yang sedia ada sekarang.Saiz dalamnya memang besar rasanya hampir sama dengan toyota camry.Lampu depan memang jenis projektor dengan cover alumunium memang nampak menarik dan moden.lampu belakang seiras persona sekarang tapi lebih cantik.Saya nak ambil gambar interiornya tester tak kasi jadi dapat cerita jelah.

  22. gua dah tengok bahagian dalam masa kereta ni berhenti kereta isi minyak kat bandar temerloh pahang.Aku intai bahagian dalamnya.Dashboard warna hitam.corong aircond 4 segi.Meter flat dengan warna lampu dalamnya merah.Dekat gear knobnya ada cover alumunium kiri dan kanan nampak mewah sikit.Stereng macam exora tapi rasanya yang saya tengok tu yang paling murah sebab tak tak ada button kat stereng.Dashboard tak futuristik sangat tapi lebih cantik berbanding kereta proton yang sedia ada sekarang.Saiz dalamnya memang besar rasanya hampir sama dengan toyota camry.Lampu depan memang jenis projektor dengan cover alumunium memang nampak menarik dan moden.lampu belakang seiras persona sekarang tapi lebih cantik.Saya nak ambil gambar interiornya tester tak kasi jadi dapat cerita jelah.

  23. berapa banyak “ada gak” da….
    mcmana pon aku suke,, suke sgt..

    • itu hint hint jer….. tggu siap nanti baru tahu… tak lama lg jer tu koyok tu akan berkurangan… tak byk dia kurangkan pun.. coz testing dia mmg menyeluruh.. dari bunyi bising cabin hingga ke detail2 yg lain

      bukan senang mau buat global car tp ngan harga jualan malaysia ni. cabaran tu

  24. psst: interior yg dilihat oleh bro taboogen adalah hasil transformasi yg telah dikurangkan dari design shape yg asal.. vendor malaysia x boleh buat the original proposal.. huhu… n the new roamers menyatakan.. 6 air bag only for hi-line export jek.. dom mix 4.. huhu

    • apa yg tahu kalu kereta global semua spec akan sama jer… coz kalu banyak sangat varient coz production akan tinggi…. thats why they call it global car… kalu silap wallahualam kene tunggu kereta nie keluar.. tp apa yg pasti mmg ada 6 air bag untuk HL… takde lah dia kata HL domestic dengan HL export lain…. rasanya lah

      • S16 (saga) FLX 1.6 kat AUS akan keluar pada Nov …. ada ESP tapi malaysia xda T.T

        waja 1.8 dulu di euro market ada TCS 4 airbags tapi malaysia xda pun

  25. Mmm… koyok pun dah ada kurangnya. Dah nampak lebih ‘licin’:) Harap2 sangat lampu blakang kalau mcm audi, make it better than kereta2 audi yg nampak sedih tu. uhuhuhu.
    Kalau mcm bmw 3 series baru tu pun ok sangat2:) Dari pandangan saya kereta nie hasil akhirnya nanti akan tetap lawa.

    cheers!

  26. bro kaskas.
    atau pun cam gear lari dari spec. intake ngan exhaust not at the markers ,so happened it is contradicting each other which wrong cam position or angle combination makes the performance lacking..

    could this be during the factory,,yes maybe.

  27. Bro kaskas kalau dah komplen kat Proton tapi takde ape-ape maklum balas mungkin bro boleh cuba produk E-Booster, boleh tambah pick-up sambil menjimatkan minyak. Saya dapat tau pasal produk ni melalui Harian Metro.
    Produk ni adalah ciptaan anak tempatan.

    http://www.hmetro.com.my/articles/E-Boosterjimatminyak/Article
    http://www.facebook.com/group.php?gid=479733350363&v=info
    http://www.facebook.com/topic.php?uid=479733350363&topic=13094
    http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=49410&page=1

    Gambar kedua spyshot ni smart lah.

    BTW CPS bolt on turbo dah mengaum di jalan raya. Ni ada video Exora bolt on turbo, owner dia ahli EOCM ler. Cara dia bawak agak giler2 gak la🙂

    Saya bukan ejen bagi produk tersebut tapi cuma nak share je apa yg patut.
    he he🙂

    • ni mungkin exora putih milik saudara Xenon ni.. dia guna gen2 dulu.. skang dah guna exora pulak.. keter dia mmg smart… byk dia ubah enjin tu bravo tuk dia lah.. coz dengar barang2 dia import dari US…
      tp apa proton buat nie dia nak seimbang.. performance dengan fuel efficiency.

  28. damn aku punya 2010 gen2 cps tak ada prob macam ni pun..
    senang2x je cecah 180kmh.. nak tekan lagi kecut perut broo..
    kalo time naik er6n dulu leh je tekan sampai 210kmh

    • bukan kata CPS jer… campro biasa saya pn boleh cecah 180kmh.. tu tak heran sangat bro yg penting handling keter yg mantap.. straight line speed tinggi tp bila conering tak best..tak guna gak.. mmg feel bila ambik corner keter melekat jer.. baru terasa seram2 sejuk jer.. :p

  29. persona r ni aku tengok interiornya masa dia berhenti isi minyak kat petronas Temerloh.Aku jenguk kat dalam.Dashboardnya warna hitam,corong aircond 4 segi nampak material kualiti,suiz aircond sama macam inspira bukan macam exora.Dashboard tak futuristi macam civic tapi cantik berbanding model proton yang lain.Cuma stereng macam exora kurang menarik.Mungkin yang h line dibalut kulit k.Panel meter flat dengan lampu warna merah tapi lebih cantik dari exora bentuknya.Konsol tengah dekat gear ada pelapik alumunium kiri dan kanan nampak lebih mewah.Paling menarik lampu depan sah guna projektor dengan cover warna Chrome.Lampu belakang macam persona tapi ada 2 jalur putih memang cantik.Saiz ruang dalam memang besar lebih kurang honda ACCORd.Aku nak ambil gambar dalam tester tak kasi dapat cerita jelah.

  30. Aku dah tengok bahagian dalam persona r ni masa dia isi minyak kat temerloh,dashboard warna hitam,corong aircond 4 segi warna hitam,Suiz aircond macam inspira.panel meter flat dengan lampu merah lebih cantik dari exora.Dekat konsul gear ada pelapik alumunium kiri kanan.stereng lebih kurang exora design.Interior tak futuristik macam civic tapi menarik berbanding model proton sedia.saiz memag luas hampir sama dengan camry.Lampu depan guna projektor dengan cover chrome.Lampu belakang macam persona tapi ada dua jalur putih dan nampak memang cantik.nak ambil gambar tester tak kasi dapat cerita je.

  31. aku dah tengok interior persona r ni masa dia berhenti isi minyak kat petronas temerloh.Nak detail nanti aku citer

    • x sabar nk tggu bro nyer story ni, kalau ade gambar clear lagi bagus..

      • apa yg boleh di katakan.. interior dia gelap.. ada lining silver… air cond vent di salut mcm chrome….. mmg ada byk panel yg di salut ngan chrome.. nampak elegance( harap2 chorme tu tahan lama lah)

        kalu aku kata dashboard dia lebih kurang mcm nie mcmana.. ok tak.. cuma dia ada lining silver antar dash atas and bawah.. and aircond vent mcm BMW.. segi tiga tepat….

      • Mmm… terkejut beruk den… kalau dashboard mcm nie mmg superb ar… tapi x mcm nie kn? kn? Cuma lining chrome tu jer mcm nie kn? kn? … ooo…kata kn tidakkk!

        cheers!

    • design cues dia mmg dah dekat2 mcm tu dah… kalu pernah masuk ke dalam bmw 3 series tu, mcm tu lah cuma buang jer iDrive punya screen… lining silver tu beralun skit
      susah mau cerita coz mcm nissan infiniti pn ada gak.. alunan dia mcm tu. .cuma center console dia simple ada aircond vent.. radio.. atas hood dashboard kosong… mgkn nie nak buat kereta tu nampak lebih besar and luas.. org leh tengok ke depan

  32. aku nak ambik gambar tester tak kasi maaflah.Dashboard warna hitam.Corong aircond 4 segi nampak guna material kualiti.Design tak futuristik macam honda civic tapi boleh tahan juga.Dekat konsul gear ada cover chrome kiri dan kanan nampak macam warna ulumunium.yang ini memang nampak cantik dan berbeza dengan keretra prpton sebelumnya.Panel meter flat dengan lampu latar warna merah macam exora tapi aku rasa bentuknya lebih cantik dari exora.Stereng macamj exora yang ni kurang menarik mungkin yang tengok ni kelas paling murah sebab kereta tu tak pakai rim sukan.Harap ada hline stereng balut kulit.Saiz dalam memang luas aku rasa dekat sama dengan saiz honda accord.Lampu depan sah guna projektor dengan cover luar warna chrome.ada dua lampu projektor.memang ada lampu Led macam audi tapi dibawah lampubesar dan memanjang ikut bentuk lampu besar.Yang ini memang aku rasa cantik.Lampu belakang aku tengok dekat betul macam persona tapi ada dua jalur putih nampak lagi cantik dari persona.Aku tengok kereta ni dari dekat kalau dah siap dan dicat memang cantik rasanya nak suruh isteri trade in savvynya dan angkat satu.Maaf sebab tak dapat curi ambil gambar sebab tester ada kat situ.

  33. sabar dulu sebab aku nak masuk kelas nak gajar ni.

  34. bro kaskas, xtaulah jadi@x,ada bc gak,xingat forum mane coz dah lame, diaorg tukar cable spark plug cps ke cable spark plug standard campro,selesai masalah tu. Mgkin bleh pinjam mane2 cable campro kete mber2ke,try swap n tgk camne,tp jgn campro iafm sudahler.
    Tp rasanya bunyi ekzos neo cps kuat ckit dr waja cps lebih kurang gen2 cps,tp bunyi enjin sepatutnya xkuat mana pada 120kmh coz cps punya bunyi enjin slow ckit berbanding waja campro saya pada 120kmh kecuali pada rpm 4k coz cps activation point.
    Cuba gak check manifold kot2 la xlawas,ada problem pada manifold,kdg2, problem pada manifold pun bleh sebabkn top speed xleh g coz back pressure xcukup@terlebih.
    Klu ada mber2 ada neo cps,try swap@mintak tlg sc check,klu bleh swap sementara n test,lg bagus.
    Klu sume dah buat tetap xjadi, brlah check kot2 macam awak ckap tuh,kot2la cam degree lari ckit,tp biasanya nampak dlm pdt.
    Klu mmg xleh solve,mgkin bleh try r3@powerzone@hotbits catless extractor. Yg len kekal standard.
    Hrp2 prtn dpt solve problem bro.

  35. klu ada duit,anto je kat r3,amik kit r3 cps,dlm 6k ++ kot utk enjin n exhaust,tranform jd first neo r3 auto🙂 dlm mlaysia

  36. oklah kelas dah habis ni nak citer serba ringkas.Untuk makluman tester proton selalu datang Temerloh terutamanya hari sabtu.Mereka selalu singgah makan gulai patin masak tempoyak di kedai Pak Usop yang memang terkenal dengan gulai patin yang sedap.Hari sabtu 8 Oktober ada 3 buah persona r singgah isi minyak selepas makan tgh.kebetulan aku pun isi minyak lalu aku turun jenguk kat dalam memang nampak jelas interiornya yang aku rasa memang dah finishing.dashboard warna hitam dengan corong aircond 4 segi.Panel radionya juga hampir 4 segi tapi menarik nampak kemas dan guna material kualiti.Suiz aircond sama macam inspira iaitu tombol yang boleh laras dan nampak lebih cantik dari exora.panel meter flat tak timbul seperti forte dan warna lampu dalam meter merah.bentuknya seakan exora tapi lebih cantik sikit.sekeliling tombol gear dipagar oleh pelapik seperti alumunium bukan dekat gear knob tapi sekeliling tempat barang dekat gear.yang ni memang menarik dan nampak agak cantik.Saiz bahagian dalam memang besar hampir sama dengan accord.Lampu depan sah guna projektor lamp dan ada led dibawah ada gaya audi sikit.Ada dua projektor lamp dengan cover warna chrome.Lampu belakang macam persona tapi ada dua jalur putih lagi cantik dari persona sekarang.Bila tengok dekat model ni pada pendapat aku kalau dah dicat memang cantik lebih2 lagi kalau harga RM60,00 hingga 70,000.

  37. tiga segi tepat ke empat segi tepat bro taboogen?🙂
    tp 3 layer tuh lebih kuranglh cam2. Flow pun lebih kurang,cume tang ice lain ckit,a/c vent kat atas ice@multimedia.

    • maaf segi empat tepat… math mmg tak berapa lulus dulu.. hahahaha
      rasa mcm tu lah ac vent mmg kat atas.. radio kat bawah… coz kalu design aircond vent kat bawah pulak aircond tak smpai ke bahagian belakang…
      kalu nat radio bahagian atas dia akan menganggulak view pemandu and ride hide pemamadu kene adjust.. center or graviti lak tinggi… dan mcm2 lagi

      texture dashboard pn tak nampak plastic sangat… nak terangkan pun susah coz nampak mcm getah lembut pn ada…. senang citer sedap mata memandang

      • “kalu nat radio bahagian atas dia akan menganggulak view pemandu and ride hide pemamadu kene adjust.. center or graviti lak tinggi… dan mcm2 lagi”

        isk3x .. susah rupanya nak letak kedudukan radio dan a/c vent kat dashboard .. baru ku tahu.. tu la .. dulu suh blaja enjinea tak mau.. nak juga blajaq IT..😀

        Thanks taboogen.. ur info so important to me. Sebelum ni dok target Exora baru dengan cvt .. dah dapat info camnih, cam better tunggu persona keluar la plak~!

        Tapi tak nak terlalu mengharap.. nanti hampa~ keep it moderate first .. baru thrill

      • exora ngan p3-21A nie segmen berbeza bro… MPV dengan sedan.. tengok keperluan… kalu nak kereta besar mmg exora turbo tu… 205NM tork tu dah cukup kuat dah tuk kereta saiz tu…ikut citarasa masing2….

        lagi pun system audio tak leh letak tinggi nanti pemandu tak tumpukan perhatian atas jalan… just nice jer bro MyDear wa pun student IT gak :p tapi minat dunia engineering nie.. byk buat bacaan jer dalam internet nie….

      • Bro , radio skali ngan GPS ?. ke radio mcm mane ?. boleh Bro explain ckit .😀

      • kalu tak silap ada kot gps.. aksesori standard kereta skang nie.. mgkn salah satu selling point keter nie nanti bila kat luar.. coz gps masih lagi acc tambahan tuk kereta2 buatan lain… kalu gps nie dia standardkan so org akan pilih p3 nanti

      • thanks bro taboogen for info .😀

  38. waktu ngajar dah habis boleh sambung balik.k dashboard warna hitam bentuknya 4 segi ada chrome agak cantik juga.Corong aircond hampir 4 segi .panel meter flat warna lampu b roundnya merah .bentuknya lebih cantik dari exora.Stereng macam exora tapi bentuk chrome lain sikit.sekeling tempat barang dekat gear ada bubuh chrome warna silver.yang ni nampak memang cantik.Keseluruhannya interior tak futuristik macam civic tapi jauh lebih menarik berbanding dengan model proton sedia ada.Lampu depan sah guna projektor lampr.ada dua projektor dan ada led dibawah.Lampu belakang macam persona tapi ada dua jalut putih dan bentuk lampu memang cantik.Saiznya memang besar rasa aku hampir sama dengan accord.Aku nak ambik gambar kena blow dengan tester maaflah.Aku rasa kalau model dah dicat memang cun berbanding model sekelasnya tambahan jika harganya mampu milik

  39. aku nak sambung balik. dashboard warna hitam bentuknya 4 segi ada chrome agak cantik juga.Corong aircond hampir 4 segi .panel meter flat warna lampu b roundnya merah .bentuknya lebih cantik dari exora.Stereng macam exora tapi bentuk chrome lain sikit.sekeling tempat barang dekat gear ada bubuh chrome warna silver.yang ni nampak memang cantik.Keseluruhannya interior tak futuristik macam civic tapi jauh lebih menarik berbanding dengan model proton sedia ada.Lampu depan sah guna projektor lampr.ada dua projektor dan ada led dibawah.Lampu belakang macam persona tapi ada dua jalut putih dan bentuk lampu memang cantik.Saiznya memang besar rasa aku hampir sama dengan accord.Aku nak ambik gambar kena blow dengan tester maaflah.Aku rasa kalau model dah dicat memang cun berbanding model sekelasnya tambahan jika harganya mampu milik

  40. Dashboardnya hitam,corong aircong 4 segi ada cover alumunium sekelingnya.Bentuk panel radio juga 4 segi tapi nampak cantik dengan cover alumunium.Tempat isi barang dekat gear knob pun ada cover chrome kiri kanan macam altis.Ni memang nampak berbeza dan cantik.Panel meter flat lampu meter warna merah tapi menarik berbanding exora.Stereng macam exora.Yang ni kurang sikit.Saiz dalam memang luas macam accord.Lampu depan sah ada dua projektor lamp dengan cover chrome.ada led dibahagian bawah.lampu belakang macam persona tapi ada dua jalur putih lagi cantik bentuknya.Aku nak ambil gambar interior tester tak bagi jadi dapat citer jelah.

  41. syok r bro taboogen dah dpt tngok dalam dia.. huuhu tak sabaq dah nk tngok ni.. harga dia bro rasa dalam linkungan brapa? rm60k++?

    • bkn setakat syok jer bro.. bangga pun ada.. mcm tak percaya pun ada.. harga masih lagi dalam perdebatan….isu sensitive tu…. harga biarlah surprise masa perlancaran.. kira sempat lagi kumpulkan duit nie buat down payment….

      • syok dngr cerita bro taboogen . x sabar nk tngk p3-21a a.k.a Persona R ni nnti … mesti kereta Proton yg PERTAMA mnerima komen baik & positif . harap begitu la . dpat tutup basher2 Proton .😀

    • basher mana2 pn tetap basher gak… nanti ada jer dia cari yg tak kene pada kereta tu..mcm member beli peugeot 308 turbo.. dah nak 2bln kat service centre.. block engine masalah.. org PSA pn kata bnda nie byk berlaku kene tggu PSA HQ bagi keputusan… tak leh buat kat sini.. oleh kerana dia ada kereta spare dia tak kisah.. diam jer… yg kita nie hidup cukup2 makan nie mmg jd mcm nie lah.. tp takper sabar sikit jer lagi….
      nak pastikan yg terbaik…. tp kalu ada rezeki mmg sambar kereta nie… tp bagi wa kereta nie bkn aset.. target nak cari rumah jer….. kereta leh tumpang kawan2 saper yg beli :p

      • btul bro taboogen , rumah makin lame makin mahal . kalau kereta kite jual harga turun . rumah kita jual harga makin naik . rumah adalah aset penting . beli rumah dulu bro , pastu baru sambar kereta . abng sy pkai kereta kancil lame je . kumpul duit beli rumah kot . hehehe .😀

      • hahaha.. bagus2.. tp kalu dah minat jgn pendamkan…. org kata tunggu tggu pn tak menjadi… tengok budget mcmana.. rasa ada dua version turbo dan non turbo… terpulang pada modal masing2….kuat sikit. insyaAllah bolehnyer…susah2 dulu senang2 kendian…

  42. cikgu ddin ni msti ckgu subjek sejarah….brape bnyk komen dia ni daaaa…pastu bnyk ulang citer yg sma….hahahahahaaa..jgn mrh cikgu…thn dpn gaji ckgu naik banyaaakkkkkkk…klu DG41 pun dh bleh snyum pjg, inikan plak DG44..ye tak ckgu? pe hal pun tq sbb dh bg bebrape hint yg aku tgh bygkan…

    • Saya rasa cikgu ddin ni cikgu sesi petang. Habis kelas terus komen kat funtasticko. Thanks kat cikgu ddin kerana beri data yang berguna utk minda saya berfikir tentang rupa interior p3 ni. hehe

      • aku bukan cikgu sesi petanglah,cuma ada masa free aku komemlah sebab dah nampak depan mata.aku ngajor akaun akaun buka sejarahlah mysterio.untuk makluman semua peminat kereta Temerloh adalah antara tempat hentian utama tester proton kerana mereka suka makan gulai patin masak tempoyak kat sana.Dulu sebelum exora kuar pun aku dah tengok dulu interiornya.lain kali kalau ada p321A ni berhenti lagi aku akan ambil gambar curi k.

    • sorrylah mula komen tak masuk,komen lagi tak masuk komen lagi dia pergi ke spam sebab tulah berulang-ulang bukan sengaja,pe pun aku rasa persona r yang aku tengok tu pasti menggiurkan peminat kereta.walaupun interior kurang futuristik tapi amat berbeza dengan kereta proton yg sedia ada.dia berada antara persona dengan inspira tentulah harganya bawah 75k.aku paling mahal spec paling tinggi 75k.mesti ada yang bawah lagi.boleh sambar satu.

  43. Aku baru sampai dari Kemaman,lalu LPT nak balik KL,ingatkan dapat jumpa P3 tp yang “suam2 kuku”pulak aku terserempak,Exora CFE & Saga FLX 1.6(mungkin)…klau x malam ni,esok saya email gambo kat bro campro yer.tq.

  44. nak tengok saga 1.6 flx bagaimana ….🙂

  45. perhh.. korang rasa tak ape yang aku rasa?? emm… nie kira hari sejarah proton jgak keluarkan byk model @ type model ketenye serenrtak kan kan kan…??
    mcm lagu andylala tu,,, ini rumah kita,, mari makan isinye,,,, nye…. hu huh hu..

  46. perggh…mcm radikal je perubahan p1 kli ni.hrap p3 bleh jd global successor….

  47. huhu jetta otw ke pasaran…160ps tu ,, klu tukar ke hp dlm 158, lwn persona R dlm 15x jugak, hehe tp kan persona R rasanya lebih ringan dari jetta..jd ada kelebihan kat situ..torque 240Nm lwn persona 200Nm…mana lagi bagus ek..pasal harga pasti persona R lbh jimat poket

    tungguuuuuuuuuuuu

    • Jetta tuh pon just tukar bumper jek dull. Nak develop local part mane sempat. Nak puaskan hati gomen jek. Harapan to persona r. Test elok2. Jgn pakai tangkap muat jek. Upah third party evaluate. Pastu time decide harga. Gih jilat MITI nyer orang kasik kurang tax gegila puyer. Gih jilat menteri buat dasar automotive yg support local rnd sket. For marketing. invite lotus nyer org bagi komen bagus gler. Upah clean public prominent figure to talk how great the car. The advert also must be damn cool. Arrange tour to all over malaysia meh. Jgn biar engineering jek duk tungkus lumus. tapi the rest sitting like a haram. Nih the chances you should make it like a perfect wedding loh. Kali nih kaput. Bye bye lol.

      • ye betul, sia2 ada produk bagus tapi marketing dia tak berkesan…lepas tu persekitaran pun kena la mesra gak, kalau proton stand alone payah gak, krajaan kena support, bukan setakat kasi geran r&d yg seciput tu…kurangkan cukai & paksa bank turun interest rate

  48. Aku doakan persona R ni dapat kritikan yang baik dari semua orang. Dan aku harap jugak proton dapat membuat design sendiri dgan lebih baik tanpa meniru mana2 kereta yg lain mesti best.. i wish u all the best proton.. ^^

  49. akupun doakan p1 berjaya. Harap2 jgnlah pkai steering exora walupun aku paham,kdg2 kena share part,tp utk product global,alang2 buat baru terus🙂.
    Aku sokong kete tempatan bukan aper, walupun ramai ckp pasal tax, sampai bila2pun rasanya msia akan kenakan tax kat kete, cume kete tempatan rendah ckit,so mampu milik.
    Aku harapkan p1 dpt kuarkan produk berkualiti. Bialah persona r lebih pada civic, saga r lebih city mahupun vios pada rega lagi murah walupun tanpa cukai. Kita mampu buat,cume kena buang sikap tipikal malaysian. Jgn asyik nk blame sana,blame sini bila ada problem. Masalah utk diselesaikan. Proton blame vendor, vendor blame proton. Lebih baik sume bertanggung jawab.
    Sapa niaga xnak untung,tp biolah untung pada kuantiti. Kalu vendor buat yg terbaik,jaga part produce pada kualiti terbaik,so jualan kete proton akan meningkat,jualan part mereka juga akan meningkat, win win situation.
    Begitu juga proton,xleh duk takuk lama benchmark kete yg popular dlm msia jer.
    Kena buka mata. Maaf klu singgung sesiapa, bg aku,designer juga kena mendalami ilmu engineering supaya senang nk berkarya,xdalah bertelingkah dgn engineering, amik ilmu yg blaja ngan ital design n lotus design.
    Yg engineer plak, blaja gak selok belok design, walupun pentingkan aspek keselamatan, tp xbermaksud xbleh wat cantik.
    Powertrain,fokus kan pada tech baru,kita xnak jadi folower jer,jadi leader plak,so kalu buat enjin family y,pastikan kita jadi leader.
    Lastly,jaga lotus elok2,byk khazanah kat dalam. Walupun aku xsuka ngat dany bahar,tp aku suka bhagian dia rombak lotus,wlupun falsafah lotus lightweight n minimalist, xbermaksud kete kena ringan kau kau n interior togel gila babas.
    Asalkan ringan dari competitor pada power enjin yg sama pun cukup,nak minimalistpun bio cantik n lengkap feature.

    • sokong, orang mesia pon kalo buat bebetul boleh jadi bagus gak….tapi environment kena betul..

      topik persona r: harap admin blog bleh buat contest or kumpul idea camner nak marketkan persona r nih..( maybe local dulu)-camner kiter sebagai indie-net-citizen nih boleh contribute. paling kurang pon.. harap admin boleh buat survey camner nak buat advertisement kerete baru nih….
      1-harapan gua untuk adver tv. biar buat 3 version for all races, pastuh buat macam iklan macam maxis or tm ramli sket sket. remaja sket. jgn buat iklan macam old taste jek..boring gler….( vote iklan ramli 19 as 2011 nyer iklan of the year arr ).
      2-mintak discovery n nat geo cover buat documentary pasal susahnyer malaysia nak bangunkan model kereta kali nih….

      harap. selain proton nak jadi global car. pokok ditubuhkan proton untuk jadi people’s car yang sebonar jadi kenyataan la kot…

      off topik:
      bukan jd umno car macam rpk cakap nih…lol http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/44147-wikileaks-malaysian-government-decides-proton
      3-

  50. I like the last comment from sharky that claim Proton just rebadging and he can do it on his own garage.
    Some people nowadays so lazy to read, to find information about Proton and yet they want to talk about car. Why don’t they play with their ‘Mattel Car’s rather talk a crap like that. Just don’t show your stupidity is good enough.

  51. ini apa yang dah dapat di rumuskan
    1. slot key
    2. push start button
    3. projector headlamp with DRL
    4. 16 inch rim 205/55/16
    5. 1.6L CFE soft turbo with ~205NM
    6. Minimum 4 airbag( bayangkan lah kat mana dia letak yer)
    7. LED tail light
    8. autoflip side mirror (harap2 ada)

    • slot key?? cam keyless ke?? yang cam Sportage baru tu…kunci ade sensor, tak payah nak cucuk cucuk kunci..tokan je…canggih

    • 1.6L CFE soft turbo ni sama tak dengan VGT (variable geometry turbo) yang banyak digunakan dalam market sekarang, contoh mitsui Pajero baru sahaja launch enjin VGT ni.
      Saya pernah bawa Santa Fe 2.2 Face Lift CRDI VGT memang tarik dia terangkat.
      Hope Proton ambil turbo dari source yang sama.

  52. tension je baca, gua dh amik vios plak tuh, promo byk2 kete kat bini nk vios gak, hantam sajala…..

    tggu 2014 plak beli kete br, exora facelift kot….

    • rezeki masing2 bro…. ada hikmahnyer…

    • harap2 persona R ni jimat myk mcm vios jgk..
      neo aku isi rm50 leh pergi 200km je…rmai org ckp bila dh beli neo cps tu, jgn berkira sgt tentang myk sbb mampu beli neo cps tu dh menandakan tuan empunya dh tak kisah how much to fill the fuel..sbb kalu nk bkira sgt tentang myk baik viva je, lg jimat isi fultank siap leh pergi blk KT-Alor star..

      tp aku just beli neo yg harga just 60k sdgkn bmw yg harga 300k sebijik lg jimat dr neo aku..

      so sape2 pn mmg bharap kete dia jimat myk, harga myk skrg bkn rm1.10/l mcm 10thn dulu…

      so sgt berharap utk next car dr proton, akan mengambil kira FC

      • kaskas, neo ko kn ada problem.
        so jgnla generalize neo rm50 200km je.
        nnt org yg xtau history cte kete ko akan salahfaham.
        🙂

    • vios pn ok je.
      lg pn, kn ke vios tu kete bini ko? hehehe
      nnt ada rezeki ko bli je la kete lain, no problem🙂

  53. hrp2 prtn dpt solve msalah bro kas kas,bukan ape,exorapun paling teruk 50 dlm 250km, kcuali rev kau kau. ksian kat bro kas kas,apelah msalahnya. Doakan agar dpt solve problem. Try out segala yg direkomen forumer dlm komen sblm ni,manala tau bleh solve problem

    • utk permulaan ni aku baru try buang catalyst kat dpn ekzos tu seperti yg di cdgkn forumer mane tah kat atas tu..
      kebetolan membe aku ada sorg tokei kedai ekzos, bila bro yg atas tu suggest mcmtu, terus aku pergi jumpe membe aku ni…dia kata, catalyst tu mmg akan bg prob sbb dh byk kete proton yg dtg kdai dia suh buang sebab tersumbat..

      so skrg aku dh tukar dgn corong yg xde filter..trasa jgk beza dia, kete lebih smooth tp bila test, meter kmh tetap tak lepas 160kmh..
      myk pn lbh kurang lps 1 mingu tukar…

      adesss…..tak tau la ape mslh..

      lps ni aku nk try tukar grounding cable dgn kabel spak plug seperti bro2 kat atas suggest tu…

      anyhow, thanks pd bro2…harap ada lg tips2 yg lain yg berguna utk aku buat…

      owh…1 think nk cite…br smlm aku try brambat dgn saga blm 1.3 auto di trafik lite…guess what??? pickup kete aku sama beb!! bila meter cecah 140kmh, kelajuan sama, seiring…even masa tu aku swift ke gear 3 ( bermakna cps aku sentiasa terbukak ), agaknya kalu aku tak tukar gear 3 tu, mau aku kene tinggal di saga blm tu…

      apakah kete aku proton taruk enjin 1.3??????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s