funtasticko design

http://funtasticko.net

VW lancar Jetta, Passat & Cross Touran

25 Komen

VW telah melancarkan 3 model barunya serentak, Jetta, Passat & Cross Touran. Buat permulaan kesemua model ini adalah CBU, versi CKD yang akan dipasang di Pekan belum lagi diketahui bila akan bermula.

Harga bagi model Jetta adalah RM149,888 atas jalan tidak termasuk cukai. Dijana dengan enjin 1.4 TSI twin-charged, 160 PS dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan.

Bagi model Passat, harga yang ditawarkan ialah RM184,888, dengan enjin 1.8 TSI 160 PS dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan. Model Cross Touran pula, harga yang ditawarkan ialah RM166,888, dengan enjin 1.4 TSI, 140 hp .

sumber : paultan.org

25 thoughts on “VW lancar Jetta, Passat & Cross Touran

  1. details / specifications belum lg dapat diketahui..
    for now..kita tak boleh compare ngan model 508..
    rakyat malaysia boleh enjoy ngn kereta buatan eropah dgn harga di bawah 190K..
    zaman japanese cars boleh dianggap sudah berakhir..😀

    • tunggu kemunculan KIA Optima lak lepas ni

    • Pada aku, walaupun harga kereta eropah di bwh 200K terutamanya D segment, namun ia masih lg tinggi. Memang betul spec yg ditawarkan mmg premium dan high tech serta berpadanan dgn harga, tapi harga kereta jepun seperti camry, teana dan accord serta kereta korea (sonata,new optima) masih kompetetif.

      Rasanya tak semua malaysian yg mampu beli D segment car ni suka high tech sgt. dorang suka vvti, v-tech,vtc dll. rasanya tahun depan camry baru akan big hit kat msia. Aku lebih suka kelaskan kereta2 eropah ni sperti 508,passat,C5 lebih tinggi skit berbanding camry, accord, teana, sonata walaupun ia sama segment.

      • Harga bawah 200k memang masih tinggi bagi kebanyakan rakyat Malaysia yg marhain ni. Tapi apa yg ditawarkan oleh VW (dan Pug 508) sekurang2nya membuka mata pembeli apa yg boleh mereka ditawarkan dengan harga sedemikian berbanding jenama T & H.

        Harga lebih kurang tapi spec macam langit dan bumi. Harap rakyat dah boleh buat penilaian yg wajar.

  2. Harap VW yg akan dipasang di Pekan menawarkan harga lebih murah dan kerajaan akan lebih liberal mengenai pasaran kereta di Msia. Kasi tutup monopoli T&H yg selama ini enjoy atas dasar kerajaan.

    • Rasanya harga VW walaupun CKD, tetap lagi mahal. jgn harap leh dapat ckd jetta tu RM100K. Dasar kerajaan tetap sama dgn NAP tu. Malaysia only for proton and perodua. Other brand will become premium.hehe

      • jetta takleh dpt 100k , rendah sgt tu, segmen c selalunya 100k ke atas , kecuali forte

  3. jetta rival dia civic / altis
    passat rival dia accord / camry
    semua org tahu..
    harga jetta n passat ni still reasonable bg sy..kalau di bandingkan dengan merc bmw n audi..
    everybody knows that the tax from asian countries n european countries when they are making their way to our country are differents..
    so..kita tak boleh expect harga european cars ni bwh pada asian cars..
    ni cume pendapat sy..🙂

  4. pepehal pun, proton kena buat enjin family y lebih power dr enjin diaorg nih….

  5. Semalam terserempak ngan 7-8 biji Volkswagen Jetta… kemungkinan wakil media tengah test drive kot… berdesup potong kereta aku macam sayur…
    bila nak motong kereta aku tu, enjin mengaum gak la..
    bila aku pandang cermin belakang, tengok lampu depan, nampak cantik…
    aku puji diorang nye lampu belakang… kemas dan menarik… perggghhh
    aku mula terbayang sendiri… Persona R kita ada ke iras iras macam nih rupa nye?
    harap theking dapat bagi hint sikit….

  6. utk pengetahuan PROTON dah ade prototaip enjin dri 1.2 smpi 2.4 v6…tinggal nk jln je…campro CFE is the starting ones for this new engine generation….sumber dri engineer pwrtrain kt PROTON…(^_^)

    • wah betul ke?
      stkt ni family y ada 1.2 , 1.5 dan 1.8 je
      klu turbo agak2 1.2 cam 1.5, 1.5 cam 1.8, 1.8 cam 2.1/2.2…mmg mcm ada kekosongan kat 2.4…
      2.4 v6 tu turbo ke NA?

  7. adakah toyota akan membawa masuk toyota avanza baru,jika dibawa masuk adakah jualan alza akan terjejas.

    http://www.dapurpacu.com/toyota-avanza-veloz-ini-buktinya/

  8. Avanza 2012 sudah berada di indonesia. pesaing baru exora sekiranya dibawa masuk ke sini

    • Bro,
      Harga main peranan kat sana. Avanza baru semestinya x murah avanza lama. Dan semestinya harga lebih up dan lagi tinggi dari exora. Lagipun ikut org. Saya x minat bouncy2 row 3 avanza. Sakit badan sangat.

  9. Proton-Hawtai MOU sudah dilaporkan oleh Paul Tan dan Bursa Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s