funtasticko design

http://funtasticko.net

2013 VW Passat CC facelift

60 Komen

Awal betul VW preview model 2013 VW Passat CC facelift ni… tapi ini la yang sepatutnya dilakukan oleh pengeluar kereta sekarang. Tunjuk dulu bakal model akan datang & bakal pembeli akan membuat penilaian, selain mendapat “feedback” & kritikan supaya sebelum model tersebut dilancarkan, sempat lagi nak upgrade apa yang patut.

* Proton kena belajar buat macam ni, bukan asyik dok berahsia je… kalau keluar model betul-betul power tak pe la gak, kalau keluar yang hampeh nanti kena belasah kaw-kaw, hahaha… ubah-ubah la strategi zaman dulu-dulu tu, orang sekarang tak kisah sangat elemen suprise tu, ada faham ke?πŸ™‚

60 thoughts on “2013 VW Passat CC facelift

  1. Proton suka main ‘syok sendiri’. Semua nak rahsia. Taknak biar pengguna menilai atau bagi pendapat keatas produk mereka. Dari pendapat itulah barulah proton boleh upgrade atau buat perubahan. Ini tidak, ikut citarasa mereka, bukan citarasa bakal pembeli/pengguna.

    • Aku sangat suka dengan model Exora tetapi reka design dia agak ketinggalan. Agak nampak suram. Exora adalah model yang bagus, mengapa tidak design berikan sedikit ‘sporty’ dari segi design headlamp dan bumper depan? just my sense

      • mmg agak ketinggalan sikit bentuknya. kdg-kala tgk dari sudut tertentu mcm cantik, tapi kdg-kala juga mcm tak nampak menarik.

        Proton kena byk belajar design rekabentuk kereta2nya

  2. Mmm… kalaulah proton punyai facilitis lengkap sempurna dan dana yg tidak terhad, saya rasa proton pun bleh buat seperti mana VW buat. Sudah tentu VW punyai pusat integrasi rekabentuk n RnDnya dan setiap bahagian unit operasinya bergerak segerak dgn kemampuan teknologi dan fasilitis canggih yg mereka ada.

    VW dibahagikan kepada 2 division; Automotive division dan financial services division dan di dlm VW nie sendiri terdiri drp 342 group company yg terlibat secara langsung atau tak dgn penghasilan model2 VW dan automatives services yg berkaitan.

    Company automatif ke 3 terbesar di dunia nie masih memasang misi utk menjadi rank no. 1 di dunia menjelang 2013. So, division rekabentuk diorg dah ada barisan model2 yg nak dikeluarkan dlm jngkamasa 2, 3 tahun akan datang. Diorgn dah bleh release gambar2 tu sebab diorg confident dgn keupayaan dan teknologi yg diorg dah ada.

    my 2 cents.

    cheers!

  3. Ikut pendapat saya lah..

    Kalu nak ikut selera pengguna – semua nak yg bagus/high end punya..tak tergapai dek akal..( kita tak boleh nak puaskan semua orang)

    kawan saya pernah dijemput utk beri pendapat tentang model baru proton tahun lepas – ada 4/5 biji kereta katanya. kena bagi pendapat/komen tentang rekabentuk kereta proton tersebut … tapi tak boleh tanya..ramai jugak yg dipilih utk sessi tu…

    tak semesti cara lama tak bagus – mungkin kena ubah cara camour tu..buat corak motif kerawang/ belang harimau jadian ke atau macam BMw buat corak corak tu ..

    – saya setuju sangat ngan En. fauzan..

    • memang cara macam tu dah lama proton praktikkan, cuma kali ni skopnya kena meluas..kan sekarang dah ada blog2 indipendent, apa salahnya proton jemput diorang ni tengok & nilai model terbaru tu.. diorang dah tentu akan bagi feedback & boleh bantu proton pulak buat survey secara rambang kat blog masing2..

  4. nak compare VW, BMW, Hyundai, Kia, Honda semua tak patut la saya rasa. facilities diorang macamana, kilang ada berapa, man-power macamana, skill level…

    saya yakin bukan pihak PROTON tak nak buat preview2 mcm ni, tapi kemudahan mereka terhad. Tak mustahil dalam 1-2 tahun lagi, PROTON mampu buat sama seperti automotive maker lain.

    saya setuju dgn pendapat fauzan.

  5. proton bbrp kali mengakui mempunyai kelengkapan yg setanding dengan pengeluar kereta lain. aku snediri baca laporan2 yg berkaitan.. so?

    • tu la pasal bro.. nak kata fasiliti tak lengkap tak logik, semua proton dah ada, yang takde cuma KEBERANIAN nak reveal atau preview model lebih awal, sebabnya bila ada kritikan & perlukan sedikit touch up mesti ada vendor yg akan bising nanti, tu je la.. hahaha

      • aku rasa proton ada masalah dari aspek “design and finishing”..tu yg kdg-kala nak tayang model akan datang rasa “segan” dan malu-malu kucing. bab2 facilities kilang tu mmg proton takde masalah rasanya.

      • jangan malu2 kucing, kena berani macam harimau.. zaman sudah berubah

      • kalau nak segan, sampai bile nak maju. Preview dulu, tengok feedback baru tahu aper org nak. Nak jadi mcm 2012 Honda civic ker. Belum Launch dah kene buat Facelift pasal design terlampau boring. Nak kene mcm tu gak ker?

    • Mmm… setanding dari segi kualiti… tapi kuantiti?

      cheers!

  6. Kalau nak bandingkan proton dgn VW ni mmg tak adil. umpama bandingkan kedai runcit dengan pasaraya besar. Dan VW ni ada barisan model yg besar di pasaran. Silap2 berlambak kereta2 prototaip mereka yang bersedia untuk dikilangkan dan dijual. Maklumlah modal banyak sbb kereta terjual berjuta unit seluruh dunia.

    • Saya rasa kami x banding aspek perniagaan. Nh kira aspek promosi. Semua syarikat kat dunia nh perlu promosi. Tapi kalau still malu2 tikus, mana nak maju.

    • sekurang-kurangnya proton mesti ambik inspirasi dan contohi VW…kene lebih kreatif…zaman dah berubah,teknologi utk buat design kete mkin canggih,..tu yg PM najib kata kene labih kreatif kalau nak bersaing dgn lbh jauh…

  7. model passat cc ni mmg menarik… vw mmg berinovatif dalam keluaran2 masa kini berbanding beberapa tahun lepas… dari segi teknologi (dsi, side parking etc) dan design vw memang boleh di banggakan, kalau dilihat model seperti jetta walaupun design nampak simple tapi bila tengok mata rasa sedap jer memandang… mungkin mata orang tak sama…. scirocco & passat cc adalah kereta vw yg amat cantik rekabentuknya….

    • VW punya finishing terbaik.. Scirocco dlm gambar nampak biasa2 je.. dah ada dpn mata jauh beza.. sma juga model VW Polo.. rekaan simple tpi cukup kemas. bagi saya ini la kekuatan VW selain dari teknologi dia ada.. org Malaysia ni suka yg cantik dimata, RnH blakang crita.. tgk model kete terlaris tu.. dah banyak review kutuk kualti handling dia ramai jgk dok kejar tunggu jgk biar sebulan pun demi nk pakai kete comel tu.. ini dah ada komen owner isu speaker sama bumping absorber keras tu… aduh.. Miyabi kenapa harus begini

  8. VW memang terbaek.

  9. ala mcm PROTON dah ikut lah bro .. kan dia keluar kan tuah preview… lepas tu baru dia buat… kalu tgk spyshot2 yg ada tak lari jauh pn kan design dia… koyok2 tu sajer nak stir up keadaan supaya org tertanya2…dengan kata lain free publisiti and iklan…

    lg satu kenapa VW boleh buat full/complete coz resources vendor dorang banyak… petik jari bersusun vendor datang bagi dashboard… side mirror etc… tnggu bila dah maju nanti senang lah.. nie bukan proton maju.. malaysia nie maju dari segalanya.. teknologi, ideas, kepakaran… dan yg paling penting PEMIKIRAN

    ok ok back to work.. tak siap lagi projek nie.. adios

    • dah nampak perubahan tu, cuma kena lagi kaw la lepas ni… bukan pe, nak tengok apa persepsi org ramai bila proton intro new model lbih awal dari launching.. spyshots tu kira macam jumpa tak sengaja, lepas tu secara tak langsung ada la skit havoc dia.. proton kan dah set nak jadi global player, so kena la mula serangan global sekarang..πŸ™‚

      • ada tujuan tu bro dia koyok2…coz ada parts yg dia test yg mgkn tak akan masuk ke final product.. so thats why cover up lagi… nak kata tak sengaja pun tak gak.. ada gambar depan kilang proton shah alam pagi2 time org gi keje lagi.. mana tak jam.. cuma semua org tengah berkejar2 nak ke pjbt tak ambik gambar… lg pn susah nak jmpa dorang nie ada routing testing dah…

        ala yg bawak kereta tu pn mcm kita gak bro… malas nak redah jam and nak habiskan kerja se elok and secepat mgkn… :p

        mmg nak global.. thats the first baby car.. so mesti ada trial and error gak.. mcm honda civic baru pn berbalut tebal gak… lamborghini jatta pun berkoyok tebal gak…. tp just imagine kalu proton design keter and dedahkan design and sblm lauch dah dapat cemuhan… tahu tak betapa banyak soalan nak jawap.. berapa byk duit dah invest.. tu semua kene kira bro… bukan senang benda nie semua….. byk yg di pertimbangkan.. mgkn proton ada cara dia sendiri tak mahu ikut player lain.. mcm lamboghini oleh kerana tak suka ferrari dia buat keter sendiri.. and survive until now….

        ps: ni bagi pendapat jer lah…kalu nak dapat perhatian protonkan mana tahu dapat test drive kereta baru… bagi lah cerita yang mendalam.. full depth dari segi dunia automotive.. sound professional… seimbang.. padat tp tak terlalu pjg..tak perlu tiru blog lain tp dengan gaya tersendiri….
        amacam ok takπŸ™‚

      • bukan maksud sy kena open koyok tu.. tampal tetap tampal, tapi kena bagi sneek preview model tu lebih awal sebelum launching, public awareness sekarang dah lain bro, tujuannya nak test market & collect data utk improvement time minor change/facelift nanti..kalau setakat benda yg tak perlu crash test or interior bukan part yg major boleh la upgrade sikit2..

        sy harap p3 ni adalah benchmark kejayaan proton kat arena global nanti, harap ada banyak improvement dari segala aspek terutama sekali kualiti..

        blog ni sy nak buat dia lebih santai, tak terlalu formal macam web/blog automotif lain.. lgpun sy bukan pakar dlm automotif, cuma memang berminat dlm bidang ni yang ada kaitan gak dengan apa yg sy buat sekarang, jadi kat sini lebih cenderung kepada automotif design/styling yg jadi elemen penting dlm industri ni, sebab tu kurang sentuh bab engineering sebab memang bukan expert bab tu, takut nanti silap bagi maklumat, tak ke niaya.. πŸ™‚

  10. Mmm…. bukan nak bagi panas topik nie. Pandangan yg diberikan kat atas tu, mmg baik. Cuma lain company, lain senarionya dan faktor nie ar menjadikan kenapa kita lihat ada company buat mcm nie dan ada yg buat mcm tu.
    Sy percaya bila tiba masanya, proton pun bleh buat mcm tu:) Cuma belum masanya dan sorry to say proton tak akan memenuhi kehendak kita nie (preview awal n minta bagi feedback).

    Sebenarnya proton dah buat mcm tu, tapi kat anak syarikatnya lotus. Masih ingat 5 supercar yg bakal dikeluarkan dlm 5 tahun nie dgn kos RM6 billion tu? Diorg tunjukkan model2 yg bakal keluar dan salah satunya di tangguhkan pengeluarannya utk di redesign semula (lotus Elan) selepas menerima feedback dari peminat industri. Itu cara lotus utk proses pemulihan perniagaannya. Apa2 pun sebarang cadangan yg memberi manfaat kepada proton mmg diorg alu-alukan:) Bagi saya, biar prootn hasilkan ar beberapa rangkaian model yg hebat dan ketika itu diorg nak buat mcm mana VW nie pun dah tak segan silu dah, rasa bangga pun mgkin ada:) So, berilah laluan utk prootn hasilkan model2 seperti persona R (sedan n hotchback), EMAS, SUV dan inspira phase 2 dgn rekaan yg menawan. Dan pada ketika tu, bila diorg nak buat faccelift nak tayang awal2 pun dah tak rasa segan n malu dah…hehehe.

    just my 2 cents.

    Cheers!

    • sesekali “bakor” proton tak salah kan bro? mana la tau kot2 hujung2 tahun ni ada sneek preview persona r, kalau diorg tak nak tunjuk secara rasmi kat web diorg, leh je email gambar tu kat sy, dengan senang hati sy boleh membantu..πŸ™‚

      • dah tentu arahan atasan kata jgn tunjuk until launching.. mcm exora dulu.. walaupun PT dapat drive tapi embargo tak leh nak letak gambar…..dah sign contract confidential bro… kene patuhi.. amanat dan amanah kerja budak2 RND dan enggineering

      • tu sy akui la, cuma pihak atasan je boleh buat arahan.. tapi kali ini geng2 ni kena berfikir lebih advance la… rasanya bulan 12 atau bulan 1 tahun depan adalah masa paling sesuai proton buat sneek preview model baru..

      • banyak betul thumb down..

      • hahaha… bako bro jgn tak bako… biar garing sket. Ranggup dan sedap. Bako jgn sampai hangus ye… nanti tak leh buat apa2 dah:)

        cheers!

  11. apehal tuan punye web komen/sekolah/nk ajar proton???..suke ati die la nk wat ape pon…web pon xde org iklan. ..papan iklan ade ati nk komlen cara proton market keta…die wat keta xpakai duit tuan punye web kan??. so suke ati die la nk main sorok2 sbb keta die kn..proton dana x kuat lg..belanja anak dara tua teratai byk pakai duit…kite x bole samakn proton gan VW…mereka byk duit n kaya raya…bole la nk wat ape pon…

    • calm down clock jam..
      maybe dia hanya menyatakan pendapat sahaja..
      dan bersedia untuk menerima respon pembaca2 yg len..
      saya stuju..jgn samakan proton ngn VW..
      mungkin proton sedang menuju ke arah kemajuan VW..
      dalam masa akan datang..kita akan dapat tengok hasil nya..πŸ™‚

    • bila sy buat komen yang tak pro kepada proton ramai pula yang bash saya, hahaha..rileks la bro, sy buat macam tu ada reason dia, bukan nak tunjuk pandai ke apa & takde kena mengena dengan ada ke tidak orang nak iklan kat blog ni… ni blog sy, sy tau lah value dia kat mana.. sy cuma nak tengok respons pembaca kat sini & tengok apa reaksi.. nampaknya ramai yang tak setuju dengan pendapat saya, tapi matlamat asal saya BUKAN NAK BANDINGKAN PROTON DENGAN VW ATAU SYARIKAT BESAR YANG LAIN, tiada kena mengena dengan duit banyak ke tidak.. kena betul-betul faham maksud ayat saya tu, biar jelas..

      zaman sekarang banyak pengeluar global akan tunjuk model dulu sebelum pelancaran & mulakan penjualan secara rasmi, paling tidak 2-3 bulan ada juga sampai 6 bulan ke atas untuk grab market… bila preview awal, pembeli mungkin boleh menilai banyak perkara dari segi design & spesifikasi, sebelum membuat keputusan membeli.. dan pengeluar boleh membuat persediaan rapi untuk melakukan mass production, mungkin dari situ dah boleh buat target berapa unit boleh dijual.. banyak perkara positif bile buat strategi ni dan semestinya proton tak perlu gunakan duit saya pun untuk buat semua tu..sebab sy pun bukan ada duit nak bagi kat proton..πŸ˜‰

      think BIG!!!

      • nak buat mcmana bro. mngkin proton terlalu yakin sbb pasaran tempatan ni mmg dia dan P2 kuasai. tak pyh tunjuk pun org ttp beli nnti.

      • sebenarnya strategi tu adalah lebih baik utuk perkenalkan proton di pasaran global, local market untuk proton sekarang dah jadi asia tenggara, bukan setakat malaysia je.. bayangkan impak dia kalau betul2 p3-21a ni memenuhi citarasa global, pasti publisiti awal kat proton akan meluas… ni yang saya nampak..

      • hanjen dah gigit tuan…

    • ai.. lek bro. Nh perbincangan and brain storming idea dan pendapat. Bukannya mencemuh.

  12. Ada pro and cons dia. Salah satunya, kalau la p3-21a ni betul replace persona, org akan tunggu dan tak beli persona dah. Pastu stock lambat habis, lambat boleh launch la. Nak buat fire sales nanti owner marah pulak.

    Tapi kalau p3-21a slot antara persona ngan inspira harga dia, proton patut tunjuk awal suoaya org boleh hold pembeliqn kalau minat. Lagipun, kalau org kutuk nak redesign balik punmaybe sempat lagii. Strategi boleh la ubah nak bagi orh minat.

    Kalau tak silap model VW atas tu sebenarnya model 2012 ikut style kat sini. Kat US dia org selalui letak model advance setahun supaya nampak baru.

    • tak habis jual ..sedekah dekat polis je la… polis sedia menggunakan proton yg dibeli dgn duit rakyat itu

  13. As for the new P3-21A model which Proton will be launching next year, Syed Zainal stressed that the new car is not a Persona replacement.

    “It will be a new model on its own,” he stated.

    Syed Zainal also explained the cause for the delay of the Exora Turbo which uses the turbo version of the Campro 1.6L engine.

    “We had to undergo a longer testing period but the engine has passed the tests and we are happy with the progress.”

  14. ramai slh phm komen tuan tanah,sebenarnya konstruktif komen.
    Bukan dia bandingkan prtn ngan vw@other makers,cume dia nak highlightkan cara marketing proton sekarang,xmenampakkan hasil@impak yg besar pada pengguna.
    Sebagai penyokong kete prtn mcm dia mahupun saya,nak tgk prtn berjaya.
    Saya sendiri alami menda yg sama,kat tempat keje,bleh kata saya sorg jer yg berminat ngan automotif n ikuti perkembangan kat internet sehinggakan saya jd sumber rujukan klu mngenai kete.
    Waktu saga blm mk1, fl,exora mk1,exora mc1,saga flx,persona elegance, ramai yg xtau kewujudan kete2 tersebut kerana mereka xberminat pasal automotif. Tp yg menarik masa pelancaran miyabi LB, diaorg tau plak,begitu jugak miyabi LPLB walupun diorg xberminat n ckp p2 cekik darah. Tp yg penting,marketing diaorang berjaya jugak sampai kat pengetahuan org yg xberminat ngan dunia automotiv.Masih ingat br2 nih,ada member komen,dia ckp dia nk beli exora dl, tp xberkenan coz color interior kelabu taik anjing(no offence just recap aper org ckp). Monotone. Dia ckp klu exo wat warna gelapke,itam ke,confirm dia beli walupun monotone. Last2 dia beli alza 2 bln lepas.
    Org xtaupun yg exo punya interior dh warna gelap sejak mc1,so dh xpasal2 ilang buyer. Kat mana salahnya, bukan ke pihak marketing n prtn sndiri.
    Flx pun xdisedari wujud oleh kerana kewujudan fl terlebih dl. Dr luar,apa yg betul2 nampak perbezaan fl n flx?hanya emblem aje, so org x notice. Kdg2 kete tuh sendiri bleh marketingkan utk diri sendiri. Mcm myvi,walpun hanya bodykit,tp dia buat bio nampak lain sgt dr standard. So klu org yg xtau,dia terserempak ngan ngan LPLB, mesti diaorg tertanya,kete menda tuh,mcm myvi,tp laen jek nampak,follow rapat,nampak plak emblem 1.5, terus g showroom angkat 1πŸ™‚.
    Yg nak disampaikan disini,proton punya marketing antara weakest link dia. Ada yg ckp klu reveal nanti ganggu jualan kete sekarang,kesilapan dia sebab umumkan dulu sebagai persona replacemet. Mcm jugak kes savvy,umum tiara replacement. Sepatutnya, ckp jelah produk terbaru dr prtn akan kuar,bukan menggantikan kete mana2. So,xdalah ganggu sale coz pengguna masih xtau berapa rega,segmen mana. Klu dh terang2 ckp persona r, mmgler org akn hold n org bleh jangka rega dia mesti bwh dr inspira@dlm range persona yg sedia ada,so buyer akan hold.
    Itu pendapat aku ajer, lain padang,lain belalang. Selamat beramal.

    • pnjg giler ah..huhu tp baca gak sbb dh minat benda2 mcm nih…
      mgkn masa kuar dulu proton bole bg option utk balut dgn kulit interior tu..jd bole cover warna kelabu tu. mcm aku lagi minat kaler grey(brown)..

      dr segi beza fl dgn flx tu aku tatau la klu bole beza dgn chrome kat bingkai tingkap atau dgn sedikit bodykit utk flx

  15. ramai slh phm komen tuan tanah,sebenarnya konstruktif komen.
    Bukan dia bandingkan prtn ngan vw@other makers,cume dia nak highlightkan cara marketing proton sekarang,xmenampakkan hasil@impak yg besar pada pengguna.
    Sebagai penyokong kete prtn mcm dia mahupun saya,nak tgk prtn berjaya.
    Saya sendiri alami menda yg sama,kat tempat keje,bleh kata saya sorg jer yg berminat ngan automotif n ikuti perkembangan kat internet sehinggakan saya jd sumber rujukan klu mngenai kete.
    Waktu saga blm mk1, fl,exora mk1,exora mc1,saga flx,persona elegance, ramai yg xtau kewujudan kete2 tersebut kerana mereka xberminat pasal automotif. Tp yg menarik masa pelancaran miyabi LB, diaorg tau plak,begitu jugak miyabi LPLB walupun diorg xberminat n ckp p2 cekik darah. Tp yg penting,marketing diaorang berjaya jugak sampai kat pengetahuan org yg xberminat ngan dunia automotiv.Masih ingat br2 nih,ada member komen,dia ckp dia nk beli exora dl, tp xberkenan coz color interior kelabu taik anjing(no offence just recap aper org ckp). Monotone. Dia ckp klu exo wat warna gelapke,itam ke,confirm dia beli walupun monotone. Last2 dia beli alza 2 bln lepas.
    Org xtaupun yg exo punya interior dh warna gelap sejak mc1,so dh xpasal2 ilang buyer. Kat mana salahnya, bukan ke pihak marketing n prtn sndiri.
    Flx pun xdisedari wujud oleh kerana kewujudan fl terlebih dl. Dr luar,apa yg betul2 nampak perbezaan fl n flx?hanya emblem aje, so org x notice. Kdg2 kete tuh sendiri bleh marketingkan utk diri sendiri. Mcm myvi,walpun hanya bodykit,tp dia buat bio nampak lain sgt dr standard. So klu org yg xtau,dia terserempak ngan ngan LPLB, mesti diaorg tertanya,kete menda tuh,mcm myvi,tp laen jek nampak,follow rapat,nampak plak emblem 1.5, terus g showroom angkat 1πŸ™‚.
    Yg nak disampaikan disini,proton punya marketing antara weakest link dia. Ada yg ckp klu reveal nanti ganggu jualan kete sekarang,kesilapan dia sebab umumkan dulu sebagai persona replacemet. Mcm jugak kes savvy,umum tiara replacement. Sepatutnya, ckp jelah produk terbaru dr prtn akan kuar,bukan menggantikan kete mana2. So,xdalah ganggu sale coz pengguna masih xtau berapa rega,segmen mana. Klu dh terang2 ckp persona r, mmgler org akn hold n org bleh jangka rega dia mesti bwh dr inspira@dlm range persona yg sedia ada,so buyer akan hold.
    Itu pendapat aku ajer, lain padang,lain belalang. Selamat beramal..

    • sebab ramai baca komen yang pendek2 jer. Yg panjang lebar x dibaca. Org berbincang tentang promosi dan marketing, die ingat kite berbincang pasal lain.

      Weakness proton mmg marketing die. Produk awareness mmg kurang. Saya boleh tengak berapa kali iklan saga dan berapa kalai iklan Miyabi. Kat paper pun leh kira. Kat internet usah citer la. Mmg banyak org x tahu berapa banyak produk line proton tapi banyak orang x tahu. Ttengok produk line Miyabi and Vavi. Saya rase semua org tahu, eexlusive edition, extreme, se, bla, bla,bla, semua org tahu. Sebab marketing deorg power walaupun produk deorang ada weakness. Tapi sebab the overwhelming promotion yang membolehkan weaknesses kereta tersebut x terlihat. Tak silap, semua produk Miyabi and Vavi ada promotion sendiri. P1? Serious saya kata, Saga FLX, Exora MC1, Persona E, Waja CPS dan Savvy FL(2007) kekurangan publisiti masing-masing. Orang tahu kehadiran kereta tersebut pun pasal terserempak atas jalan.

      Saya berharap bahagian marketing/promosi P1 berfikir lebih banyak/brain storming untuk mencari jalan lain yang boleh dapat bantu current line product. Jangan jual barang baru, barang lama ditinggalkan.
      Saya Suka cara mcm mana bmw buat “don’t blog about this” untuk produk baru die. great marketing. Elok P3-21b pun buat mcm nh.

      Ape2 pun saya pun selamat beramal…

  16. off topic Team Fernandes dah tukar nama ke Caterham, Lotus Renault GP jadi Lotus GP Team sepenuhnya, tak payah menyamar as Renault lagi, best news ever http://www.autosport.com/news/report.php/id/95874

  17. 1st time komen di blog nie setelah hampir 6bulan follow blog nie..setakat nie..takde satu komen pun yg saya tak baca..so diharap yang lain baca sampai habes baru komen..
    p/s-suka membaca malas mengomen..tapi ramai malas membaca suka mengomen..

  18. Mmm…. kelemahan mmg ada dlm publisiti n marketing dlm prootn. Cumanya team diorg nie jgn plak patah semangat dgn komen2 berapi nie… Itulah cabarannya. ‘Berani berubah’ kn?πŸ™‚ So, bagi saya kalau nak cakap pasal kelemahan mgkin selamanya tak habis2. Why not kita bagi beberapa idea creative utk team diorg nie improve mana2 yg patut then terpulanglah bagaimana diorg membawanya menuju puncak gemilang:) Diorg kn lebih mengetahui produk diorg nie:)

    Utk kelahiran baby baru nie (persona R), kaedah promo italdesign utk EMAS mmg menarik perhatian saya. Proton kena guna kuasa internet sepenuhnya. Even wartawan konvensional pun banyak buat homework melalui internet sebelum keluar dlm paper:) Buat ar sistem countdown tu. Menarik. Tapi panjangkn durasi kepada 3 bulan. Dia ala-ala sneak preview ar gak. Bulan pertama release satu persatu (dlm 2, 3 gambar) gambar raw sketch paling kreatif dari angle yg pelbagai. Tak perlu detail. Dlm sebulan org akan bercerita ttg bab tu jer. Bulan ke 2 keluarkan ar satu persatu gambar2 rendering studio close-up paling kreatif bahagian2 tertentu sehingga org akan berteka teki tentangnya. dan bulan ke 3, keluarkan ar versi youtube atau apa saja media cerita tentang rahsia/kelebihan/keistimewaan secara samar2 dan penuh kreatif. Ketika ini keterujaan dan adrenelin ditahap memuncak hingga ke hari pelancarannya:) Dan bila pelancanrannya..pandai2 ar guna kaedah apa sekali pun… hehe.. berangan tak sudah yek!

    Apa2 pun. go proton… masih banyak yg perlu diperbaiki…

    my 2 cents.

    Cheers!

  19. off topic : exora warna emas dgn emblem yg masih dikoyok di kuala kangsar.

    http://saluran07.blogspot.com/2011/11/exora-warna-emas-ditemui-di-kuala.html

    • Adik:saya pun ada ambil picture ni tadi tapi di hentian rawang dalam pkul 11 pagi,gambar telah di emailkan pada Bro Campro.

  20. http://www.malaysiakini.com/news/180489

    Model baru yang akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, tahun depan bukan untuk mengantikan model Proton Persona, kata Pengarah Urusan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir hari ini.

    Katanya, model baru itu, yang buat sementara ini dikenali sebagai “P3-21A” adalah kereta baru, dengan rekabentuk baru dan tidak membawa rekabentuk daripada Persona langsung.

    Direkabentuk bagi memenuhi keperluan perundangan semua kemungkinan pasaran, model bertaraf dunia itu akan dikuasai oleh enjin turbo Campro, kata beliau kepada pemberita.

  21. the bottom line,, i hope proton is producing a refined and responsive engine for proton cars.

    thanks.

  22. vw passat bg aku la xterior ok…cuma interior terutama dashboard kurang sikit la sbb lurus sgt designnya, nak la jugak jugak tgk ada curve baru nampak trendy sikit

  23. mmg btul ke wujud IAFM+? sbb stkt ni enjin cfe je yg lpas euro 5.ataupn hnye versi cfe shj yg akn Diimport? Hmm cer citer….

  24. Memang cantik. Sesuai dijadikan kereta rasmi kerajaan. Baru ada class.

  25. Mana boleh Mr Savvy, Peraturan Kenderaan Rasmi kan dah jelas kena beli produk tempatan kecuali tiada dalam pasaran. Contoh, Proton tak keluarkan van baru boleh angkat Hiace ke, Pregio ke..Ford ke. Tp kalau Proton keluarkan SUV baru boleh Jab. Kerajaan gantikan Fleet X-Trail, Ford Everest dgn Toyota Fortuner. Itupun tertakluk kepada arahan Perbendaharaan.

  26. kenapa pulak mcm tu,, matlamat awal penubuhan proton adalah untuk melahirkan kereta tempatan bertaraf dunia.. kalau asyik ciplak kereta org, sampai bila pun tak boleh maju.. dah berbilion habis, tapi hasil tak ke mana.. proton harus ada matlamat asas yang kukuh dan jelas seperti Kia dan Hyundai.. proton lebih awal dr mereka nie.sesuatu yang tak kena dengan proton, yang harus diperbrtulkan dari atas. klau mereka dh berjaya dn bangga dgn model mereka, kenapa kita tak boleh,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s