funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : Exora FL dari bro Chor!!!

84 Komen

Memang clear la spyshots yang dikirim oleh sahabat kita bro Chor siang tadi. Lambat la sikit nak update blog sebab terlalu sibuk hari ni. Kali ini siap dengan interior sekali, memang terbaik!!! Terima kasih pada bro Chor kerana bagi spyshots ini, siap pakai DSLR tu, patut la clear…:)

Apa yang dapat diperhatikan dari gambar-gambar di atas kita boleh melihat dengan jelas pada Exterior :-

1. Detailing yang berbentuk honey comb pada air intake sisi bumper depan

2.Chrome lining melintang dibahagian atas gril, identiti terbaru Proton

3.Cluster lampu depan yang berwarna gelap, sama macam Exora edisi 25 tahun Proton

4. Cluster lampu belakang seperti “smoked effect”, sama dengan Exora Prime

5. Skirting bumper belakang seperti bumper Inspira

Interior :-

1. Steering bersalut kulit

2. Panel pintu juga disalut kulit 2 tone, hitam & brown

3. Seat juga disalut kulit 2 tone, hitam & brown

* Dengar cerita Exora FL ni ada 3 versi, 1 masih lagi pakai enjin CPS dengan bodykit baru, 1 versi CFE (Turbo) & 1 versi Prime(enjin tak sure)… betul ke tak kena tunggu la ye..hehehe… 🙂

 

Advertisements

84 thoughts on “SPYSHOTS : Exora FL dari bro Chor!!!

  1. cvt cooler radiator there.

  2. PRNDL selector as used for cvt

  3. yg melintang belah kanan kete tu bukan intercooler turbo ker?

  4. hahaha… manyak syiok….

  5. x saba nak tgk versi penuh..

  6. dah mula kira budget nak beli nih…insya Allah..

  7. Kale hitam ngn brown….nampak sporty+elegance….hehehe

    rasa2nya la perkataan apa yg tertempek kat bonet blakang tu??

    sebelah kiri mcm CPS ..yg kanan atas konpem la Exora…yg bawah tu??ermmm

    • FLX kot? hehehe
      erm.. takde org gatal tangan curi camera tu ke nanti? wiper blakang kereta kelisa kawan aku slalu hilang sebab org curi dengan btg wiper skali, sebab senang nak bukak dari luar… kalau proton buat camera yang terbenam kan bagus, susah skit orang nak tanggal.

      • oghang gatai tangan ni ubat dia keghat ja tangan dia…biaq padan muka..hehehe
        kalu Proton fix betoi2 menatang kamera tu x lekang kot

    • kiri : CFE
      KANAN: EXORA
      BOLD

      • yup…interestingly my fren also mentioned that BOLD name.
        is it a code or official name?

      • Dah mcm Blackberry pulak..hihi..,nanti ada la yg buat “Joke” nak BB pin!!

  8. Ahaaaaaaaaaaaa….meter display baru!!! 🙂

    Lopg kt stereng stil lama 😦

      • owh.. pening aku pikir apakebendenyer lopg tu. logo rupanya. aku suka stereng waja, berbalut kulit dan memang sedap pegang berbanding yang plastik keras macam persona & saga… stereng exora ni nampak best macam waja.. nanti gi try 🙂

      • salah taip..over exsaited…heheh
        betul3..waja nya stereng very comfort..sedap pegang..suka logo mcm kat stereng waja tuh… ade claaass

      • stereng waja ev aku salut kulit, ‘walnut’ stereng…mula2 mmg rasa tak sedap sbb keras rasa kat jahitan kulit tu bila pegang stereng…tapi skrg dah ok…tak rasa pulak..mgkn sbb dh biasa…

  9. agak2 versi CPS tu ada improvement dengan cvt atau masih sama dengan Exora sedia ada, rugi la kalau takde improvement.

  10. chor is this the same color wirh saga flx

  11. seat die nampak…….komfet (comfort) 🙂

  12. yg ni baru betul2 masak…harap proton “masak betul2” untuk kereta P3-21A nanti sebelum ia dilancarkan.

  13. rim die pon br gk kn??

  14. kalau ada camera blkg tu radio touchscreen ke atau dia display kt cermin pndang blkg mcm forte 6speed tue?

  15. ambo raso bekeney la pulop.. hehe..
    nape nampak lebih ‘gagah’ ek..
    rim yg lebey besar ke? atau skirting?

  16. kenape dekat stereng tu ade butang talipon plak??

  17. tadi ada sebijik lagi color hitam(saya x ambil gambar sbb biasa sgt),tapi yang tu maybe version Mline kot,basic jer,lampu exterior semua sama mcm yg lama cuma frt bumper dgn sportrim jer sama dgn yang atas ni…Interior sama sebijik macam exora M line sekarang.

  18. formation seat mcm mana bro??

  19. bro chor …

    meter sama dengan exora kini ?

    Interior ada lebih soft plastic tak ?

  20. TQ Mr Chor.. u r lucky man…. silau lak tgk gambar dia nih..
    Seat dia memang nampak selesa betul besar lak tuh.. stereng salut kulit memang bagus.. tangan nih kalau bepeluh pun rasa beminyak mesti rasa licin je kalau stereng biasa…
    ada reverse camera nih sangat bagus terutama waktu malam kt kampung2 gelap je payah nk kluar kete, silap pecaturan langar pokok rambutan.

    Mcm mana dgn Versi Exora president, ada tak kt Malaysia.. versi president ni mcm mana sbnarnya? yg saya faham dia ala-ala custom made kita boleh request nak ada apa lagi dan apa yg kita nk tukar eksesori dia

    • sorry bro

      saya pun rasa sakit mata…silau tu..nak buat mcm mana pinjam adik saya punya camera,haram saya x reti pakai..dia cakap gambar yg saya ambil ni kenapa pakai flash pastu ISO tinggi lah..ntah xtau saya,tu yg saya geram bila saya suruh snap dia sibuk nak tido…heheh

  21. kisah benar nie geng…..
    pelekat yang tertutup tu adalah… jeng jeng…
    CPS…………………………………….Exora
    FLX

    nie.. dh disahkan oleh dot dot dot proton

    engin sama dgn yg lain.

  22. Exora FL ni guna enjin 1.6 CPS dan CFE(VVT Turbo).

  23. cps pkai cvt ke bro the king? Knp xpkai 1.6 iafm plus @ ini cps plus plak?

  24. kt Harian Metro hr ni dalam ruangan bisnes ada brita pasl PROTON penuh 1 muka surat….

  25. RAC Future Car Challenge – Proton hantar Persona REEV pulak..

  26. Pingback: Gambar Lebih Jelas Luaran Dan Dalaman Proton Exora Turbo | sembang-auto.com

  27. combo cps + cvt nih akan dijual ke europe x coz sblm nih xlepas emisi utk europe the king?n nak tau gak,power n torque masih sama x? Iafm+ hp kurang,tp torque peak lebih awal,hrp2 cps + cvt nih lg baik. Klu lepas emisi,nampak gayanya, p321a ada harapan guna cps@iafm plus.

  28. CPS di China (youngman L5) boleh dapat Euro 4 , tapi nak lower the hp dan nm boleh boleh dapat Euro 4 …. sekarang banyak negara start Euro 5, only CFE boleh dapat Euro 5 shj ….

  29. br td aku naik 1x seater…masa naik tu tak sempat nk tgk jenis apa..rasa mmg senyap cam toyota..tapi body tak oleng mcm toyota, body roll ke kanan dn kiri pun mostly takde jugak…aik ni dah mcm proton pulak…tgk kat stereng ada lambang bintang…hehe…patutla pun…bila turun je tgk kat sisi..mmg betul la merc hehe

  30. Bro cho kerja kat NST ke

  31. bila lah dapat naik nie….

  32. Facelift depan boleh lah tahan, tetapi belakang memang belum cantik lagi. Perlu ada perubahan lagi.

  33. kwn aku bgtau cermin leh lipat utk prime. tarbaik.

  34. cantik… syabas Bro Chor… pic yg menarik….

  35. now that its November……………………

  36. harap2 depa improve ride & handling skali untuk versi terbo ni..enjin kuat je xcukup..bagi complete pekej le

  37. Dah tengah November ni… takde berita launching ke exora turbo?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s